Thursday, March 31, 2011

Tak best tengok wayang bila...

Sendai dah semakin pulih tapi pasti ambil masa yang lama untuk pulih seperti sediakala... Tak dapat bayangkan bila kembali ke sana. Tohoku University akan dibuka pada 24 April. Sentiasa berdoa agar dipermudahkan segalanya. Bila balik sana tak berani nak makan makanan laut, minum air etc... due to the radiation. T_T. Ada la update dari labmate ku F-san. My bestie kat sana...kalau anda pernah baca conference trip saya ke New Zealand pasti kenal dgn "abang jepun". Dia akan kembali ke sendai dalam masa terdekat selepas beberapa hari berehat di rumah. Dia nak kemas lab dan selenggarakan apa yang patut. Ada beberapa gambar yang dikirim. Sekarang ni update blog kat cc...eheh...sadis betul ok. So tak dapek la nak include gambar dan ada beberapa info terkini...nak beli makanan masih beratur tapi makanan tu ada cuma kena tunggu giliran. Petrol lagi lama sampai berjam-jam...haduii laa... dugaan sungguh. Moga2 time kami balik sana nanti semua beransur pulih...lebih baik dr sekarang...

Buat masa sekarang enjoy sepuas-puasnya waktu bersama keluarga. Dan juga jalan2. Mukaddimahnya memang menyimpang jauh hehe... Saya dan en suami adalah pergi tengok wayang. Cerita yang best pun jadi tak best bila mana...(pengalaman kami tonton movie sekitar e@curve dan Midvalley)

1. Manusia "buas" bila mana tak reti duduk diam tendang sana sini sampai kerusi yang saya dan cinta diduduki bergerak. Rasa macam jishin pun ada..fobia seihhh...
2. Feeling sangat tengok cerita sampai geram takpun gembira dengan kejayaan hero sampai tepuk2/tumbuk2 kerusi belakang.
3. Cakap mengalahkan speaker...macam itu wayang dia yang punyalah huhu... sampai benda remeh pun nak cakap... antara contohnya...
"Oh sh*t...kenapa kena buat macam tu.. sh*t....oh...sh** sh**?" entah berapa kali kena sebut macam tu...
"Eh, dia tengah high ke tu...euwwww."(yang ni perlu ke cakap kuat2?)
"ha tu ha...tadi dia kat situ..ee cepatlahhh...kenapa dia kat situ lagi bla bla...." ya ampun... mahu pengsan kami berdua dalam wayang tu nak tunggu cerita habis..seat penuh..kalau tak for sure dah pergi cari seat lain.

Ok itu je kut..masa pun suntuk...till my next updates...

Saturday, March 26, 2011

Perjalanan pulang...

Maaflah, keadaan tidak mengizinkan kerana tak dapat update dan BW dengan jaya jusconya. A bit limited over here. Tapi dalam hati memang semangat membara nak cerita macam2.
sewaktu tiba di Yokohama station, muka keletihan... kawan2 kami all the way from sendai...hotel sekitar haneda airport semua penuh, nasib baik Ab dapat contact Ben, dan kami tumpang di rumah rakan baik Ben.. Takuya-san

Selepas makan dan borak2 update cerita bersama rakan sendai Iryd, Ab, Akmal dan Su, serta main2 dengan Ai-chan dan Gen-kun yang conmel..its time to go to sleep. Tapi mata tak boleh nak lelap. Pusing kiri, pusing kanan...haishh macam mana ni.. tak sabar menanti hari esok... nak balikkkk... Iryd pun nampak seperti tak dapat tidur.. jadi kami borak2 sekejap bincang esok nak bertolak dari rumah Takuya pukul berapa and so on... lepas tu alhamdulillah boleh lelap tapi tak tahu pukul berapa dapat lelapkan mata. Bangun solat subuh Su menghampiri saya...

"Eh, rasa tak jishin 2 kali smalam?"
"Huh? takde pun"
"Kuat tau! yang  first tu biasa2 je... yang kedua tu rasa la jugak goyang dan gegar tapi sekejap je..."
Orang lain pun rasa... belum sempat saya bertanya pada cinta
"Sayang rasa tak gegar kuat pagi tadi? Katil rasa gegar."
alamak...memang tidur tak sedar dunia.. mengalahkan rakan dari sendai yang nyata lebih penat dan lebih trauma dari saya...mereka ni dalam kalut2 sempat lagi cakap..kami pelarian dari sendai..lawak betullah... yang kami (saya dan encik suami) pula pelarian tersepit di tokyo...
Hontou ni iro-iro arigatou gozaimashita. Sangat berterima kasih terhadap tuan rumah, kami mendapat layanan yang sangat baik... dahlah sediakan tempat tidur, ibu Takuya masak makanan yang sedap2 pulak tu, paling yummy adalah roti apa ntah yang disediakan untuk sarapan pagi...made with love...sila lah abaikan mr doggy tu kerana mereka letak dalam sangkar, sebab menghormati kami yang tidak boleh menyentuh anjing... hanya tahu bila sampai ke rumah Takuya-san, dah terdesak dan darurat macam ni nak buat macam mana lagi kan... masa ni dia dukung kononnya nak bye2 pada kami..kami hanya lambai jauh2 je tskk... cuba kontrol ketakutan nanti terasa pulak tuan rumah...
 tahun ni tak ada rezeki kami untuk menikmati sakura dan berhanami....huhu... kat sini dah ada sedikit bunga tapi dari spesis lain...masa ni berjalan menuju ke train station dari rumah Takuya-san
 nampak tersenyum riang, tapi dalam hati siapa yang tahu... T_T, smile to comfort each other...as if nothing had happened for the passed few days...
 we walked passed by the railroads (betul ke ayat ni..hentam sajalah)
 naik train ni untuk ke Yokohama eki seterusnya ambil bas ke Haneda airport...
All of us...headed back to hometown.. tanpa bantuan Ab dan Akmal yang tolong ambil passport kami, tak tahu lah macam mana kami nak balik Malaysia..thanks a lot guys.... we owe u!

Sewaktu di airport, ada satu lagi scene mencemaskan yang tak dapat dilupakan (yang pertama adalah gegaran di tokyo dalam subway tu). Saya dan cinta sedang beratur untuk melepasi imigresen. Kami menaiki Air Asia di Haneda airport kerana itulah flight termurah yang dapat dicari. Ada aunty di sebelah bertanya

"You feel that?"
Saya tercengang... sambil terfikir feel apa pulak aunty ni... lepas aje dia cakap...cinta bersuara
"Sayang..." sambil tangannya menunjukkan ke arah papan tanda Immigration yang berada di atas kaunter.

Sejurus selepas itu...papan tanda bergoyang kuat, lantai rasa bergegar dan siren berbunyi.. Adalah aksi pegang tangan cinta erat2 sekali lagi..memang terkejut sangat... dalam hati banyak2 berdoa dan ishtighfar..memujuk hati, tak lama lagi nak naik flight dan pulang ke tanah air. Selepas beberapa saat (mungkin 30 saat) ia reda dan kami meneruskan perjalanan seperti biasa. Rupanya tika itu ada jishin di Shizuoka-ken (area mount Fuji) dan kawasan haneda terkena tempiasnya. Kerap betul jishin di tempat selepas jishin kuat di sendai berlaku... seolah bersahut-sahutan pula...
aishiteruuu... alhamdulillah syukur sangat2... semoga semua berjalan lancar selepas ni terutamanya pelajaran kami.. semoga keadaan kembali stabil dan kami dapat meneruskan saki baki pengajian seterusnya back for good pada waktu yang ditetapkan... insyaAllah, semoga ada hikmah di sebalik semua ini...hanya Allah yang maha mengetahui...yang penting kami selamat dan masih dapat meneruskan hidup dalam keadaan sihat walafiat...

PRAY FOR JAPAN...

Saturday, March 19, 2011

Kenangan pahit...

Sangat berharap inilah satu-satunya kenangan pahit kami di jepun. Alhamdulillah kami dah selamat sampai di bumi malaysia, rabu yang lalu jam 9 pagi di LCCT. Terima kasih atas doa dan semangat dari anda semua. Memang terharu sangat2 dan saya tak nafikan ianya sebagai penaik semangat. Man dan Eyrique, terima kasih kerana sudi buat post untuk diri ku ini. Juga buat rakan-rakan lain maafkan saya jika ada terlepas pandang memandangkan line internet yang tak mengizinkan untuk saya BW semua orang dan juga follow balik follower baru. InsyaAllah akan saya usahakan bit by bit. Bak kata kawan sendai ku Ab, walaupun sendai gempa tapi internet kat sana 100x lebih up dari sini. Inipun hanya menumpang kasih dengan laptop kakak ipar. Hingga kini masih duk terfikir akan nasib laptop beserta data-data ku itu, bilik eksperimen, bilik tempat duk update blog hari2 kat lab tu huhu... malah seluruh rakyat Malaysia yang masih di jepun juga tak ketinggalan seluruh rakyat jepun. Semoga semua selamat terutamanya selamat dari radiasi yang kian merebak. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia, bolehlah balik ke negara tercinta tapi rakyat jepun dah tak ada tempat untuk dituju. Kak As, Kak Lia, Kak Umie, Kak Anie, Yatiey Comey, Kak Hana Kanazawa, Syaima, bagaimana keadaan kalian di sana?
 sumber dari seismic monitor www.iris.edu, kalau dilihatkan pada gambar lingkaran utama adalah di Amerika Latin (tiba-tiba teringat perkataan godak), Indonesia, New Zealand yang mini tu ada di negara lain seperti di Europe etc... Malaysia selamat tapi dekat la jugak dan mungkin kena tempiasnya

Man, arigatou gozaimashita (dicilok dari blog man), nak buat ayat kow2 pun takde mood lagi ha huhu...
Ok sekarang berbalik pada cerita, tinggal di lingkaran api saya dan en suami aka cinta, sudah terbiasa dengan gempa kecil sekali dalam setiap bulan namun pada skala yang kecil and it usually last for less than 5 seconds. Adakala langsung tak rasa gegaran cuma nampak lampu bergoyang dan air dalam gelas seolah-olah bergetar. Lebih baik rasa setiap bulan dari langsung tak rasa sebab bahaya kalau dia duduk diam2 kat dalam laut tu dan berkemungkinan gegaran yang lebih kuat berlaku. Sebab tu kat jepun ada detector gempa dan tsunami yang canggih. Mereka akan bunyikan siren bila gempa kuat berlaku dan juga akan bagi amaran tsunami. Tapi kami ni dah namanya bukan orang jepun bila rasa kuat sikit dari biasa mulalah gelabah, walaupun dah buat latihan gempa berkali-kali. Yang labmates lain rilek je makan macam biasa, maklumlah tak bunyi siren oleh itu tak perlu nak "kalut ribu" terkeluar pulak bahasa ibunda.

Gempa baru-baru ini mengikut skala jepun adalah 9.0 (skala dunia 8.9) dan ianya adalah yang paling dahsyat dalam sejarah gempa di negara jepun. kalau nak diikutkan skala tu bangunan masih mampu bertahan kerana pada gempa kuat yang berlaku tahun 1978 di Sendai, banyak bangunan musnah dan runtuh (lupa pula skala waktu itu) selepas itu mereka bangkit dan perbaiki pembinaan rumah yang tahan gegaran, dinding ringan namum kukuh dan bergoyang pada sudut2 tertentu. Namun yang mengeruhkan lagi keadaan adalah kesan dari tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa. Saya sempat melihat video siren tsunami dibunyikan, ramai orang berlari menyelamatkan diri ke tempat yang tinggi namun masih ada yang tidak sempat. Sungguh menyayat hati. T_T

Dalam keadaan yang serba kekurangan pengalaman kawan kami dari sendai sungguh mengharukan. Dengan terpaksa tidur di pusat evakuasi, makanan dan air yang serba kekurangan (bayi dan kanak-kanak lebih diutamakan dari segi kuantiti, bilangan) kerana kita orang dewasa mampu bertahan. Walaupun keadaan darurat, mereka tetap beratur seperti biasa dan tiada yang ambil kesempatan pecah rumah untuk mencuri dan sebagainya. Makanan dibahagikan sama rata tanpa mengira bangsa dan kaum. Rasa sayu sangat... mereka sangat baik namun dugaan yang diterima sangat kuat. Kalau beragama islam sudah tentu dapat banyak pahala (eh ke situ pulak). Ada rakan kami yang berteduh dalam kereta untuk pasang heater lantaran tiada bekalan elektrik di dewan evakuasi. Mereka tetap pergi dan ketuk cermin kereta untuk agihkan makanan. T_T.

Buat masa sekarang elektrik dan air sudah kembali normal di sendai cuma gas di sesetengah tempat lambat. Macam kediaman kami akan ambil masa sebulan. Tohoku University pula mungkin akan dibuka pada 24 April namun co-sensei saya akan update dari semasa ke semasa sama ada kami perlu pulang ke sana awal, on time atau lambat. Alhamdulillah pihak embassy juga telah mengeluarkan pelajar malaysia dari sendai ke tokyo. Kemudian terpulang pada mereka untuk pulang ke malaysia atau tidak. Tapi dengan nuklear yang main bahaya ni buat apa nak berada lagi kat sana. Semasa kami di tokyo pun makanan banyak habis di rak2 dan terhad. Kedai pun tutup awal untuk jimat elektrik.

Hari yang kami bergegas ke yokohama ada sesetengah train dihentikan dan train yang kami naiki tiada aircond dan kekerapan laluannya juga berkurang lantaran nak supply sedikit bekalan elektrik ke arah tohoku. Nasib baik kawan2 sendai kami sangat nekad. Sebelum ke tokyo meraka ada menelefon embassy meminta bantuan. Ayat yang paling mereka tak boleh lupakan adalah "teruk sangat ke kat sana?" astaghfirullah... kami yang ada di tokyo pun boleh rasakan dan bayangkan keadaan mereka di sana yang serba kekurangan. Masa tu reaktor kedua belum pecah namun kehidupan si sendai sudah cukup huru-hara dan menyedihkan. Di yokohama kami tinggal di rumah besfriend kepada rakan sendai kami bernama Ben, kebetulan dia berada di sana lepak2 di rumah kawan baiknya bernama Takuya (eh macam sebut nama artis Kimura Takuya, biasanya mereka panggil Kim Taku). Tak cukup masa untuk bercerita di sini dan berkongsi sekeping dua gambar semasa di yokohama dan juga sebelum kejadian kami sempat ke shibuya crossing.

Ada masa akan saya update lagi....terima kasih sekali lagi buat semua, berkat doa kalian semua...(Teringin nk jumpa rakan blogger terutamanya di KB dan KL, kalau sudi bglah phone number atau email address, ada masa ada rezeki pasti ketemu...)

Monday, March 14, 2011

Another update...

Alhamdulillah kami sekrang berada di Yokohama. Hari ni agak kelam kabut, menanti kawan kami dari Sendai. Ab+Akmal+Gen, Iryd+baby dan Su. Mereka berusaha datang ke Tokyo. Here goes a bit update to share... gambar dan video telah banyak diupload anda boleh cari di CNN dan juga youtube. Kami hanya lihat di tv dan memang menyayat hati. Setiap masa pun update pasal jishin.
Masa tiba di kedutaan Malaysia kami bayangkan akan ada bilik atau dewan berserta sedikit keperluan. Ada seorang pegawai menanti dan menegur kami tanya dari mana dan berpesan supaya buat macam rumah sendiri. Tambahan pula kami tidak membawa pasport semasa ke Tokyo since it was just a short trip and we'll be going back to Sendai in 2 days time. Tak sangka pulak gempa besar berlaku. Setelah solat Subuh, cuba rehatkan badan di surau tapi sangat sejuk dan kami tak tahan. Kami duduk di sofa, saya lihat ramai orang keluar masuk jalan melepasi kami tanpa sebarang terguran dan hanya berjalan menuju ke bilik belakang. Cuba bayangkan kami tak ada arah tuju... nasib baik pakej shinkansen yang kami beli tu dah termasuk dengan hotel oleh itu untuk malam 12hb tu kami boleh tidur hotel. Lepas tu ada 4 org pelajar lagi datang. Tiba-tiba datang seorg jepun staff di embassy...bila nampak kami terus dia tanya...how r u? R u ok? dan bertanya tentang perihal lain. Oh prihatinnya dia... malah dialah yang ambil semua maklumat kami. Kami turut bertanya boleh tak nak buat passport emergency etc dan respon dr salah seorang pegawai adalah "kena pastikan pasport betul2 hancur dan rosak baru boleh buat baru kalau tak nanti overlap ada 2 passport". entahlah saya pun tak tahu tentang prosedur ni. Kami memang tak tahu apa yag berlaku di rumah kami. Tapi yang pasti kami tak boleh balik ke sendai untuk ambil passport. Takkan nak balik ke tempat bencana.

Walaupun agak blur kami tetap berjumpa beberapa staff menyatakan bahawa kami akan ke hotel dan saya bersalaman dengan salah seorang dari mereka. Kami tidak diberi sebarang maklumat atau briefing. Lagi 4 pelajar undergrad juga dilepaskan balik. Kami meneruskan perjalan ke hotel dan cuba menghubungi kawan2 sendai yang lain serta ahli keluarga untuk update terkini. Public transport juga baru dibuka dan kami boleh naik subway untuk bergerak sekitar tokyo. Salah seorang pelajar undergrad telefon pihak embassy untuk bertanya tentang penginapan tapi hampa kerana dimaklumkan dia kena cari penginapan sendiri...

Memang plan nak ke Nagoya ke rumah kak anie dan kami juga dapat panngilan dr kak umie. Terima kasih kak! Kebetulan kawan kami dari sendai nekad nak datang sini selamatkan diri mereka. Oleh itu kami hold dulu dan tunggu mereka di tokyo. Menurut rakan di sendai, hari kedua selepas gempa Embassy indonesia pergi beramai2 berusaha mencari dan mengeluarkan semua rakyat mereka dari sendai. Menurut mereka juga embassy malaysia pergi hantar makanan. Kemudian embassy bagitahu pada rakan di sendai, kalau nak keluar dari sendai sila inform dan mereka akan pergi ambil. Ab dan aAmal tetap nekad dan tak nak tunggu lebih lama dan mereka tolong ambil passport kami dan terus ke Tokyo menaiki kereta. Mereka hanya mahu keluar dari sendai secepat mungkin. Malangnya pertol dicatu dan jalan jem teruk. Mereka berhenti di Yamagata dan menaiki special bas service ke Tokyo. Alhamdulillah mereka selamat sampai. Kami jumpa di stesen shibuya berpelukan dan menangis. Syukur mereka selamat. Pengalaman mereka lebih teruk jika nak dibandingkan dengan kami.

Kawasan kami di sendai selamat dan tidak dinaiki air kerana agak jauh dari pesisir pantai. Bangunan pun stabil cuma barang2 habis jatuh berselerak dan pecah. Jika diikutkan saya nak bercerita lebih lanjut tapi masa tidak mengizinkan. Kami telah membeli tiket balik ke Malaysia. Alhamdulillah kami tak sabar untuk pulang.

Saturday, March 12, 2011

A Quick Update...

Hari Khamis 9 Mac 2011 berlaku gegaran agak kuat dari biasa kami lalui setiap 1 kali dalam satu hingga dua bulan. Gegaran biasa sekejap sahaja tak sampai 5 saat dan kami dah biasa dengan keadaan tersebut... namun sejak 3-4 bulan yang lalu tiada gegaran berlaku di Sendai. Rasa pelik jugak. Gegaran 9hb agak lama dan kuat dari biasa mungkin lebih dari 1 minit. Nak bercerita di blog tapi nak kumpul material tentang gempa bumi dan maklumat lain. Keesokan harinya (Khamis) saya dapat panggilan dari abang yang tinggal di abu dhabi singgah di tokyo. Dia ajak berjumpa. Setelah berbincang kami mengambil keputusan untuk berjumpa dengan dia di sana. Dengan berbekalkan baju 2 helai dan toiletries kami menaiki shinkasen Jumaat pagi menuju ke tokyo...maka saya telah buat 2 post AUTO PUBLISH  semasa ketiadaan saya ke tokyo buat pengunjung blog.

Tak sangka pemergian kami ke tokyo seolah-olah satu perlindungan dari merasa gempa yang lebih dahsyat. Alhamdulillah syukur kami selamat... sewaktu kejadian kami di dalam subway yang tiba-tiba berhenti mengejut dan kami dengar pemumuman (Ooki jishin-gempa besar). Pada awalnya kami sangkakan gempa tersebut berpunca di tokyo. Gerabak bergoncang kiri kanan dengan kuat dan sangat lama...saya pegang tangan cinta erat2. Sangat berdebar dan cemas. Selepas reda, subway begerak perlahan2 menuju ke hentian seterusnya dan kami keluar dari situ. Bila keluar ke atas semua orang berdiri di atas jalan - tempat lapang untuk mengelak sebarang kecederaan sekiranya ada cermin pecah etc... masih ada gempa susulan tiang bergoyang dan rasa sangat pening...saya muntah 2 kali :(. Tak pernah alami jishin kuat macam ni.

Kami meneruskan perjalanan dan dengar orang sekeliling cakap tohoku dan sendai, masa tu saya terus rasa tertusuk di dada...Ya Allah bagaimana keadaan di sana? Kerana memang dijangka ada gempa besar tapi jangkaan mereka pada tahun 2008 namun ianya tidak berlaku sehingga tahun ini, 2011. Kami optimis dan sentiasa berdoa agar dijauhi dari gempa besar tersebut.

Semua public transport dihentikan. Hanya ada bas dan teksi sahaja. Itupun queue yang sangat panjang sebab semua orang panik nak balik atau pergi ke destinasi lain. Bayangkan berjuta manusia di sini yg memang bergantung pada train dan juga subway tiba2 perkihdmatan tersebut terhenti. Sangat sukar untuk dapatkan teksi tapi setelah beberapa jam menunggu alhamdulillah ada teksi yang sudi bawa ke Narita airport seterusnya ke hotel tempat abang saya menginap. Namun ianya tidak selancar yang disangka, trafik sangat teruk dan kami terpaksa mengharung jem 5 jam lamanya. Hotel semua penuh, lantas kami ambil keputusan untuk ke kedutaan Malaysia. Setelah sampai ada 2 orang staff bertugas di bilik operasi, tapi dalam bangunan sangat sejuk kerana centralised air-cond hanya waktu office hour. Tak ada bilik penginapan hanya ada set sofa dan surau. Terus ke surau solat dan masa tu memang saya nangis puas2 pujuk hati ni. Memang penat dan down sangat. Apapun bersyukur sangat2 kerana selamat. Tak putus berdoa agar keadaan semakin baik dan juga keselamatan kawan2 sendai yang lain.

Gegaran susulan masih berlaku hingga kini. Alhamdulillah kami dapat tahu warga sendai yang lain selamat di evacuation center. Sempat berbual dengan rakan lab, Fujita-san, "You are very lucky Hani-chan. The lab was terrible with apparatus, books falling down, but the buildings are fine. No electricity and no water. Please stay there and dont come back yet to Sendai...abunai (bahaya). Every 3 minutes there is jishin, and i am very cold now." Masa ni rasa sangat sedih dan teringat nasib rakan yang lain dan terfikir juga akan data eksperimen ku itu T_T. My thesis, my study and so on, tapi ini bukan masa untuk risau hal tersebut insyaAllah ada penyelesainnya nanti.

Alhamdulillah dapat berhubung dengan Kak As pagi tadi... sekarang kami di hotel untuk satu malam dan esok kami akan cari kawan2 di Tokyo atau di Nagoya untuk menumpang tidur, tak mampu kami nak tinggal di hotel menanti waktu yang baik untuk pulang ke sendai...baru berpeluang tengok liputan di tv bila tengok sendai dan miyagi terus rasa sebak... Ya Allah permudahkanlah urusan kami semua...semasa menulis post ni terasa gegaran di sini tapi sekejap sahaja, mungkin tremor masih belum habis. Kawan2 tolong doakan kami ye, saya dah cuba untuk tulis/cerita segalanya dalam masa yang terhad ni....mungkin esok dan seterusnya kami tak ada kesempatan untuk online lagi....

Kak As, Kamalia, Iryd, Kak Anie, Kak Hana Kanazawa, Yatiey chomel, Zeti dan yang lain saya tak sempat sebut nama please do take care dan sama2 kita doa...

Yonezawa, bandar yuki...

Terima kasih tak terhingga buat Kak As sekeluarga kerana sudi mengalu-alukan kedatangan kami. Seronok sangat boleh jumpa rakan blogger di alam betul hehe... Klik SINI untuk baca entri Kak As. Saya pulak terhegeh2 baru nak update ni...

2 in 1 trip. Lab mengadakan program tahunan ski trip di Zao Onsen. Tempat kami lihat juhyo 2 tahun berturut-turut (Juhyo 1 dan Juhyo 2). Dan 2 tahun berturut2 jugak ponteng trip lab ni. Tahun ni rasa bersalah kalau tak join. Alang2 tak main ski mahupun snowboard, baik melencong jumpa Kak As sekeluarga di Yonezawa. Terima kasih cinta sudi bawa i pergi sana... tanoshiikatta! Moh kita ke Yonezawa sama-sama....
sesiapa yang pernah baca entri tentang juhyo pasti boleh bayangkan... juhyo terletak di zao onsen, manakala Yonezawa atas lagi dari zao onsen lebih kurang 40 km... gambar kat atas tu setelah 2 km meninggalkan zao onsen...
Kamis sungguh terkejut dengan pemandangan kiri kana dipenuhi yuki.. masa ni masih tercari-cari bandar Yonezawa...
tengoklah stesyen minyak tu... mak aihh...
singgah di 7E, masa ni tengah calling2 kak as maklumlah kereta kami takde navigator itu yang susah pakai navi ikut naluri hati ni hehe... sempat snap gambar cinta yang khusyuk tengok majalah kereta... :P
perjalanan diteruskan, terkejut entah ke berapa kali dengan ketebalan yuki, mini lori ni memang tersekat tak boleh keluar dari yuki...owhh tidakkk kak as mmg hebat tinggal di Yonezawa ni...
terima kasih buat suami kak as sebab sudi guide kami ke rumah akak... lihatlah ketebalan yuki di kawasan rumah kak as ni... boleh jadi ice queen kalau saya duk sini..brrr....
wow! sugoi ne...
geram tengok anak kak as ni comel..peramah pulak tu... "hello..nama saya Haqem"mungkin itu yang cuba diberitahu siap tunjuk2 apa ntah hehe... "comel tak saya"... comel kannnn...
seronok dapat jumpa kak as sekeluarga... bersama Batrisya yang kawaii dan Haziq yang shy2 cat.. hehe... terima kasih banyak2 kak as... tatau nak luah macam mana... kami dihidangkan dengan nasi goreng ayam, kari ayam, salad tatau nama...ayam goreng rangup kalah KFC, lepas tu ada desert kek coklat dan juga puding laici ala hotel gitu... siap dapat bekal bawa balik ke hotel lagi... wahhhh sangat-sangat terharu T_T, sudilah kiranya berkunjung ke Sendai pulak ye... wajib tau ehehe...
alalala...good boynya dia... 
menuju ke Uesegi Shrine, bak kata kak as tempat pelancongan Yonezawa...
singgah posing kat Yamagata daigaku...
berjalan menuju bangunan lama yang ada dalam dai tu... ala lupa nama bangunan tu huhu... ice princess and ice prince pantang jumpa yuki mesti mereka nak main2...
alhamdulillah tercapai juga hasrat nak bergambar kat sini... pengsan tak tengok yuki tu??? segitiga kat belakang tu dibuat untuk lindungi pokok daripada tertimbus dek yuki yang tebal...
Uesegi Shrine...tempat yang sangat besar dikelilingin tasik ke sungai lupa pulak huhu... tak sempat nak pusing semua sebab kami perlu balik semula ke zao onsen...zannen betul huhu... nasib baik ada Batrisya yang sporting berposing...

 


 nice candid...arigatou my love!
air separa beku, kak as cakap kalau time sejuk dan yuki lebat memang beku sampai boleh main ice skating, wahh ureshiii..teringin nak pijak atas tu jugak...
yuki ga ippai!
kenangan di Uesegi shrine...
yuki yang tebal dan tinggi...terasa nak join lari-lari bersama ice princess dan ice prince tu tapi malu ehehe...
terima kasih sekali lagi buat kak as sekeluarga, seronoknya boleh jumpa rakan blogger...ada rezeki kami pasti berkunjung lagi....insyaAllah...

Friday, March 11, 2011

Membawa diri.. sob sob...

Macam merajuk aje kan...agak sibuk untuk berceritera... just a quick update... sebelum tu nak ucap terima kasih banyak2 buat lovely Nur Liyana a.k.a Yana, sebab suka jenguk dan follow blog akak yang tak seberapa ni... siap buat entri lagi...terima kasih banyak2... i very like ok...
 yana and da geng (fewwittt cun melecun semuanya...gambar dicilok dari blog yana)
 weee... saya dan cinta hati ada dalam blog yana...suka dengan layout bunga2 tu...saya hantu bunga hehe... sila jangan takut dengan kata lain saya peminat bunga, rabu2 yana...

Semalam celebrate birthday cinta, takde candle light dinner pun sekadar berpurikura dan buffet dinner... sambutan ala kadar... hadiah dah beli awal2... kasut Red Wings kegemaran cinta hati ku... lepas tu masa on the way balik ternampak kasut sale, belikan lagi satu untuk dia... dua hadiah dua-dua pun kasut ehehe takpe janji en suami suka...
inilah bila jarang berpurikura, posisi tak kena jadilah gambar yang tak center tu huhu...i pandang mana ntah tu...
nasib baik en suami sporting nak posing cenggini ha... siapa lagi directornya kalau bukan si penulis yang over acting itew, :P...aishiteruuuu rabu rabu...
dinner buffet ke buffet dinner ye? lantaklah... yang ni kurang menyengat berbanding dinner buffet yang kami selalu pergi kat jusco, tempat agak sempit dan ramai orang waktu itu menyebabkan kami tiba2 jadi pemalu nak bergambar eceh...
Sejak dari petang yuki turun, tapi light yuki je... gambar kat atas tu yuki melekat kat ranting pokok... cantik kan...tapi gambar tak jelas lah pulak...
ni footsteps jiran sebelah... yuki nips macam ni pijak terus nampak jalan/tanah...

Ni aje sempat nak share jumpa di lain entri pulak ye... minna ki-wo-tsukete (minna=semua, kiwotsukete=take care)

Thursday, March 10, 2011

Jelajah Blog Luar Negara...

Kali ni nak join satu lagi segmen marvelous En Ben Ashaari iaitu JBLN eheh singkatan tajuk kat atas tu...mungkin agak terlambat, harap-harap masih punyai peluang huhu... dulu ada join Saya Blogger Perantau anjuran BPM. Nak baca klik SINI...
 klik pada gambar untuk tinggalkan url penyertaan


Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda...
Berasal dari Kelantan. Sekarang menuntut di Tohoku University bersama suami tercinta yang juga pelajar di universiti yang sama. Sentiasa berdoa agar pejalanan pengajian phd kami berjalan lancar dan kembali berbakti sebagai pendidik di Malaysia.

Apakah kenangan manis anda di sana...
Banyaaakkkkk tak terhingga... yang paling seronok adalah dari segi pembelajaran kerana alat2 untuk research kat sini canggih dan banyak. Tak perlu tunggu giliran berbulan2 semata-mata nak analisis 3 sampel, boleh guna alat sesuka hati tanpa had dan mereka sangat terbuka dalam perkongsian ilmu ni. Win-win situationlah kan. Maklumlah negara maju duit pun banyak kan.. takpe Malaysia pun sedang menuju ke arah itu...penyelia sangat merendah diri dan baik hati... i likeee my sensei...
 alhamdulillah mama abah dapat jejak kaki dan lihat tempat anak bongsu dia belajar, sensei tengah explain (english) dengan bersungguh2 walaupun dia tahu abah dan mama mungkin tak fahammacam mana alat tu berfungsi, sample dan sebagainya...

Kedua dari segi suasana kehidupan dan hidup di negara 4 musim amat berbeza dan menyeronokkan. Jakun sebab pertama kali merasa salji, musim bunga, musim luruh.. musim panas tu sama aje macam Malaysia cuma taklah panas mana..paling panas di sendai ni 28 degrees sahaja.
aishiteruuu...
 
bak kata man godak (kenapa godak, sebab dia suka mandi parit masa kecik2 dulu), "akak nampak kurus kat sini", hamboi kamu suka sangat nyakat akak ye?
juhyo the tree monster...(nak baca sila jenguk di ruangan I HEART)

Saje nak selit kat sini, terkejut apabila seorang makcik datang menegur saya yang bertudung ni. Dia cakap nampak kawaii (ehem2 tiba2 kaki tak jejak bumi cloud 9 gitu kan) lepas tu diajaknya bergambar sebagai kenangan dia... first time jumpa orang muslim katanya..kalau hati makcik terbuka untuk Islam lagi saya sukaaaaa...
ini kisah di nikko...nak baca klik SINI

Kenangan pahit anda?
Alhamdulillah kalau dari segi kehidupan seperti berurusan dengan orang2 jepun tak ada yang pahit, mereka saling menghormati dan sejak datang sini kami ni dah terbiasa tunduk2 bila jumpa orang, bila bagi laluan kat orang, bila nak bayar kat kaunter, bila keluar masuk kedai...
dan juga tak ada masalah racist, mereka terima semua agama dan tidak memandang serong pada agama lain... malah islam dah makin berkembang kat sendai ni masjid pun akan dibesarkan tak lama lagi... orang kuat disebalik tu semua adalah mualaf jepun di sendai juga....syukurrr...

Kata kata khas buat si mereka yang ingin menyambungkan pelajaran di luar negara...
Datang belajar di jepun hanyalah angan-angan saya sejak dari kecil sehinggakan apa2 tentang jepun pasti menarik perhatian diri ini... sehinggakan selalu buat2 macam cakap jepun walhal sepatah pun bukan perkataan jepun, rekaan semata-mata (biasalah Ben, 2011 cakap i kan drama queen hehe) tidak disangka impian menjadi kenyataan...dengan angan-angan, doa dan usaha...insyaAllah pasti akan ada peluang itu... bawa balik apa yang baik kita dapat di tempat orang untuk dikongsi bersama yang lain...

Wednesday, March 9, 2011

Kokonoka...

Apa itu kokonoka? Ada tak ala2 nama masakan yang menggunakan serbuk koko tak pun nata de coco...i like coco and nata de coco, ahaha sudahh...jangan dilayan kerenah penulis ni.

Kali ni sensei nak ajar tarikh dan bulan dalam bahasa jepun pulak ok...let's start...
1- Tsuitachi (tsu-e-tachi) -->Januari = Ichi-gatsu
2- Futsuka -->Februari = Ni-gatsu
3- Mikka -->Mac = San-gatsu
4- Yokka -->April = Shi-gatsu
5- Itsuka -->May = Go-gatsu
6- Muika -->Jun = Roku-gatsu (nasib baik bukan goku naddia eheh)
7- Nanoka -->Julai = Shici-gatsu
8- Youka -->Ogos = Hachi-gatsu
9- Kokonoka -->September = Ku-gatsu
10- Tooka (to macam sebut "to"h sebab ada 2 O panjang 2 harkat haha ajar tajwid pulak) -->Oktober = Jyuu-gatsu
11- Jyuu-ichinichi -->Jyuu-ichi-gatsu
12- Jyuu-ninichi -->Jyuu-ni-gatsu
13- Jyuu-sannichi
14- Jyuu-yokka
15- Jyuu-gonichi
16- Jyuu-rokunichi
17- Jyuu-sichinichi
18- Jyuu-hachinichi
19- Jyuu-kunichi
20- Hatsuka
21- Nijyuu-ichinichi
22- Nijyuu-ninichi
23- Nijyuu-sannichi
24- Nijyuu-yokka
25- Nijyuu-gonichi
26- Nijyuu-rokunichi
27- Nijyuu-shicinichi
28- Nijyuu-hachinichi
29- Nijyuu-kunichi
30- Sanjyuu-nichi
31- Sanjyuu-ichinichi
Sistem di sini sebut bulan dulu baru sebut tarikh, oleh itu para pelajar sekalian sekiranya anda rajin, tulislah birthday kat ruangan komen ala2 japanese style ok, senang sensei nak wish... :D

Ada udang di sebalik mee kari tentang entri ini kerana san-gatsu kokonoka adalah hari bermakna buat saya. Hari ni birthday my love ikut kalendar oreng putehs...

Mi amor... (My Love)
Otanjyoubi Omedetou....itsumo aishiteru....
(Happy Birthday).... (i will always love you)... mmuahhss

p/s: Looking forward for dinner date...

Tuesday, March 8, 2011

Memori pakai Kimono...

Inilah memori yang takkan dilupakan sampai bila-bila. Pengalaman yang saya war-warkan dalam entri Dapat yubiwa di Hina Matsuri tempoh hari. Alhamdulillah rezeki... duk sibuk dengan urusan lab, hampir terlupa nak survey program Hina Matsuri, lepas tu satu hari datang Soutome-san bagitahu pasal program Hina Matsuri untuk pelajar dari luar. Pergi sana pun dah lambat, semua kimono was already fully bookedl! Tak ada yang available pun. Saya tetap tunggumenaruh harapan, kebetulan ada seorang peserta pulang awal dan tak ada insan lain yang booking kimono tersebut selepas gilirannya... syukur sangat-sangat. Nak beli kimono satu set tu sangatlah mahal, lebih mahal dari kereta usang kami tu, jadinya kalau beli kimono ni seolah-olah pakai kereta kat badanlah kut huhu... lagipun kalau beli boleh pakai masa hari raya ke? :P.

Totally different from yukata (kimono musim panas). Yukata juga banyak disediakan di hotel sebagai baju tidur dan juga baju yang dipakai masa berjalan nak menuju ke kolam onsen penuh gaya mutu keunggulan (pakai semata-mata nak ke bilik tersebut, tskk, bukan apa senang nak pakai balik dan laju2 terus ke tempat makan mahupun pulang ke bilik). Bila masuk onsen tak boleh pakai seurat benang pun ok... ahauuww maluuu...
 antara pilihan kimono... saya ada rezeki untuk pakai yang ke-2 dari kanan... bayaran yang dikenakan hanyalah 300 yen (+- RM11)
 sabar menanti di bilik persalinan (kalau cakap depan orang indonesia mesti terkejut sebab persalinan=bersalin/beranak/give birth)
 weeee orang tu dah nak balik sebab dia ada hal...
 permaisuri di bilik persalinan, (Sis Astina..ampunnn pinjam title kejap ek). Lapisan pertama adalah kain cotton nipis tanpa corak... lapisan kedua kain sutera lembut...
 inilah rupanya sebelum dipakaikan obi... kimono ni panjang dan akan disesuaikan mengikut ketinggian kemudian diikat di atas dan dibawah lipatan untuk tampak kemas dan anggun (berangan masuk rancangan Nona haha...)
 suka lengan panjang tu... corak pada kimono pun tak sarat, just nice! tapi lupa nak posing bagi nampak lengan kimono tu, dushhh huhu..menyesal...
 pemakaikan obi... memang dia ikat ketat2...terasa diri ku kurus dan selim melim walhal bila tengok macam seketul besar je pada kawasan perut tu...
 para peserta lain...
 posing di bilik pameran Hina Matsuri.... i very like! My dream come true... tapi baru separuh sebab yang betul2 punya adalah bergambar dengan cinta hati yang mana dia pakai versi lelaki, owhhh pasti segak! Tapi sampai sekarang dia masih belum termakan bujukan rayu ku...nape ntah cinta tak nak pakai...sob sob, rakan2 sekalian tolong doakan ye...
 MJC=miss japan celup (ahaha... sila pengsan dengan segera) abaikan khayalan patik yang hina ini huk2...
 posing bersama IKEBANA sejenis gubahan bunga ala jepun (orang kata susah nak buat gubahan ikenaba ni) entahlah belum pernah ikuti kursus tu, kalau ada saya pasti akan cuba!
 abaikan posing syok sendiri ini... kimono tergantung tu antara kimono klasik dan mahal, coraknya dan warnanya not really my type tapi ianya disulam dan dibuat penuh teliti, mungkin gambar burung tu membawa sesuatu maksud tersirat....
 di samping perhiasan Hina yang lain...
 alamak kedudukan jari jemari saya tak betul..sepatutnya kena ikut macam cara makcik tu... kanan atas kiri menang dah betul tapi kesemua jari kiri harus ditutup menggunakan jari kanan tu, owh sungguh beradat, ampunnn...
 terima kasih buat Dewi kerna sudi ambil foto ya! tak sempat nak posing lama2 dan juga posing cun2 sebab perlu bergegas pulang ke lab... tsk...
 Bila dah pulangkan kimono, saya disajikan dengan manisan Hina masturi rice yg mcm dalam "cikelat krispy" tu disalut dengan gula berserta kacang merah rebus disalut coklat...oishiikatta yo!
 dan juga dihidangkan dengan matcha (teh hijau pekat) plus Hina candy and kuih sakura apa ntah (pink bulat tu)

Ureshiikatta desu... doumo arigatou gozaimashita for the most wonderful experience ever!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails