Monday, April 30, 2012

Petua Memudahkan Wanita Bersalin...

Terbaca di laman sosial (skimanya ayat hehe), kalau ada tambahan bolehlah kongsi di ruangan komen ye...


a. Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
b. Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus..


لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
" Laa ilaaha ilaa Anta Subhaanaka inni kuntum mina'zhaalimin ".

Ertinya : Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang aniaya. ( al-Anbiyaa 87 )

c. Amalkan minum air lebihan suami.
d. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g. Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h. Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i. Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j. Bagi kulit bayi yang putih/ bersih, amalkan makan buah epal dan minum susu, selain meminum air soya.


p/s: tang makan telur mentah tu ish... macam tak boleh je wuwuwu...
hari ni cuti, tapi saya en suami di lab, yosh ganbare... sebenarnya minggu ni minggu cuti (golden week) esok dan lusa hari berkerja sambung pulak khamis dan jumaat. Tak ada plan ke mana-mana pun, datang lab atau duduk rumah takpun cari barang baby...


24 comments:

Kazman / Sue said...

bagus ni untuk sama2x amalkan.... selain kita berikhtiar kita juga berserah kepada Allah supaya dipermudahkan segalanya...

Hanis Azla said...

semoga petua2 yang baik itu membantu hanis dalam proses bersalin nanti.. take care ya..

wida said...

hanis, wida pon ada makan selusuh telur.tp bidan kata..kalau x lalu mkn mentah boleh buat arung (separuh masak)

mrs kayrul said...

alamak kalau kena makan telur mentah tak sanggup nyer

Cik Pulau said...

moga kak bersalin dengan mudah. aminn..

bilo due kak??

sabar dubai said...

kak hanis tq for sharing....kite pon xlalu tang telur mentah tuh.....try laaa buat arung...

Shana' said...

satu cara lagi Hanis...amalkan minum sesudu minyak zaitun in case takde minyak kelapa. Minyak zaitun boleh cantikkan kulit baby jugak....:P

Anonymous said...

haah , ahkak pun x lalu le dik non part teluq tu ..

Hanamiko Sakura said...

ermm.. macam mana kalau banyakkan berjalan.. ermm..


btw, semoga kak hanis dan akachan selamat :))

Nini D.. said...

jaga diri baik2 ya..

Kakzakie Purvit said...

Amalakn membaca suroh an-nisa' dan Maryam juga baik Hanis...

sudipVSsenduk said...

kalau dulu, saat paling seronok bila sama2 beli barang hantaran... skrg ni sama2 beli barang baby. Antara saat2 manis yg tak boleh dilupakan, penuh dgn imaginasi yg bakal jadi nyata... moga baby & ibunya sihat.

ijayuji said...

Salam hanis! haar ya kat japan tgh cuti2 minggu emas ya :D sian dia kena g lab, doa utk hanis juga semoga dipermudahkan urusan hingga waktunya insyaAllah! tak sabo pulak kita dgr ehehehe..

Munn Jaafar said...

thanks nis utk tips ni...anis bila bsalin?

Teratak Hami said...

Petua boleh caya ke ni? Amalkan surah yassin,ayat2 al-quran dan berdoa. Tapi masa sakit nak bersalin memang secara auto mulut ni kumat-kamit baca bermacam2 ayat2 Al-Quran.

Unknown said...

oh..tak boleh bookmark rupanya..:p
terima kasih..:)

ch000tz said...

inshallah :) moga dipermudahkan segala xoxo

Umie Naziera said...

dah berapa bulan baby??

zikir tu mmg baguss

Nuwairani said...

petua yg bagus ni. boleh simpan dulu untuk kegunaan masa depan. heheh

Unknown said...

tips bagus ni :)

apdm said...

salam

boleh amalkan juga naik turun tangga dan lebihkan hubungan badan, kata org mudah bersaling sbb ada jalan..

fadhilah said...

saya pernah dengar cerita kalau minum air soya nnti susah nak jahit (kalau terkoyak). tak tahula btul ke tak.

annadinara said...

Salam kenal Hanis..
saya dulu juga amalkan petua macam orang-orang cakap tapi berakhir caesar jugak sebab tali pusat baby pendek. Baby tak dapat nak turun ke posisi jalan lahir.. Semoga Hanis lancar bersalin serta mummy dan baby sehat2 yaa..

Siti Aisya mzm-fc said...

Salam Hanis..bagus dapat share petua ni.. o ye,masa sy belajar kat sekolah pondok dulu ramai jugak iu2 yg datang bawak minyak tanak tu utk tuk guru baca2 doa sikit.. ambil berkat org alim.Kita pun boleh buat sendiri jugak kan.. selawat banyak2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails