Pages

Sunday, March 25, 2012

Tak semua...

Kata-kata dari seorang teman, S. Z...
Tak semua orang yg bersolat itu baik, tetapi sekurangnya mereka tidak meninggalkan satu perintah Allah yg besar...

Tak semua orang yg datang kemasjid itu baik, tetapi sekurangnya mereka menghidupkan Sunnah Nabi SAW...

Tak semua orang yg bertudung itu baik, tetapi sekurangnya mereka menunaikan satu perintahNya menutup aurat...

Tak semua orang yg berjanggut dan berkopiah itu baik, tetapi mereka telah meniru perbuatan Nabi SAW dan syiarkan Islam...

Tak semua orang Islam itu baik, tetapi mereka tetap mulia disisi Allah walaupun mempunyai Iman sebesar zarah, kerana hanya Islam agama yg sebenarnya menjamin kejayaan dunia & akhirat...
Apa pendapat anda?... Apapun sama2 kita berusaha menjadi khalifah terbaik. Tapi dunia sekarang ni macam2 ragam. Ada yang sekadar berpura-pura, ada juga untuk kepentingan diri sendiri dan sebagainya. Nauzubillah dari segala perkara yang tidak elok... yang pasti ada akhirat menanti, semoga kita tidak leka dengan pancaroba duniawi ni....

37 comments:

  1. hanis, memang memakai tudung tudung tu dikatakan menutup aurat tetapi kekadang ada yang tidak lengkap jika berbaju nipis atau berpakaian seperti sarung nangka.
    tapi mungkin ramai terlupa kaki kita juga perlu ditutup (berstokin) kerana aurat seorang wanita hanyalah muka dan dua tapak tangan.

    ReplyDelete
  2. baik atau tidak, hanya Allah yang tahu :)

    ReplyDelete
  3. kita cuba dan sentiasa mencuba menjadi yang terbaik.sentiasa berusaha yang penting.ikhlas.isnyaallah:)

    ReplyDelete
  4. lakukan semua dengan ikhlas kerana Allah.

    ReplyDelete
  5. biar apa tanggapan org pada kita.
    yang penting hati kita ikhlas.
    hanya Dia yang tahu.

    ReplyDelete
  6. teringat sebuah hadis Nabi bila baca entri nih..

    Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Setiap umatku akan masuk syurga, kecuali orang yang enggan." Baginda ditanya, "Siapakah orang yang enggan itu wahai Rasulullah?" Baginda berkata, "Sesiapa yang mentaatiku dia akan masuk syurga dan siapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya dia telah enggan."

    ( Riwayat Bukhari )

    ReplyDelete
  7. Salam hanis, muhasabah diri, insyaAllah,sama2 perbetulkan diri semoga diterimaNya aminnnnn..

    ReplyDelete
  8. cuba jadi yang lebih baik kak..istiqamah dalam berubah ^^
    insyaAllah~

    ReplyDelete
  9. terima kasih kak hanis ^_^

    saya suka dengan ayat2 tu...

    ReplyDelete
  10. setuju sangat dengan kata2x tu... sebenarnya sejauh mana dosa kita tapi jika pengahiran hidup kita berlafazkan 2 kalimah syahadah insyalllah akan masuk juga ke syurga...

    ReplyDelete
  11. Betul tu, baik atau buruk...ikhlas atau tak seseorang tu hanya DIA yg maha mengetahui.

    ReplyDelete
  12. Salmah MY..

    Akhlak yg baik beserta dgn amalan kpd perintah Allah SWT yg wajib akan menjadikan diri kita lebih cantik. Namun dlm dunia yg penuh dugaan, kita sebagai manusia tak kan lari dari turun naik emosinya, dan w/pun kita bertudung & bersolat, akhlak kita mungkin sebaliknya. Moga kita sentiasa beringat dan cepat2 kembali kepangkal jalan, selalu berbaik sangka dan berkawan dgn rakan2 yg sentiasa dpt ingat-mengingati, tulisan di blog juga boleh memberi peringatan & penyuburan jiwa kpd pembacanya...wallahua'lam...

    ReplyDelete
  13. betol tu...memang tak semua orang baik...tapi sekurang-kurangnya ada sedikit kebaikan yang telah dia buat..

    hanis, nani ada gi hokkaido baru2 ni seminggu..tapi tak sempat nak hello2 pon sebab hokkaido jauh sgt dengan sendai...lenkali kene gi jalan2 kat sendai la baru leh jumpa hanis..

    ReplyDelete
  14. menyampah sungguh saya bila dengar orang kata..eleh pakai tudung belum tentu baik..aku tak pakai tudung tapi hati aku baik tau..

    agak agak hari kiamat nanti daya tak dia nak jawab macam tu depan Allah..after all, kubur masing masing..yang pakai tudung belum tentu baik tu dah tentu terselamat bila Allah tanya tentang aurat rambut..tapi dia?

    dasar manusia sombong...

    ReplyDelete
  15. well said....sebaik2 nye kite tetap mencuba utk menjadi kepada yg lebeh baik di masa hadapan. :))

    ReplyDelete
  16. nauzubillah, mintak dijauhkan dari semua perkara tak baik.

    pekakkan telinga kalau org ckp apa2 psl tudung ni. Telinga ni dah lali sgt dgr org kutuk mengutuk ni kak.

    ReplyDelete
  17. betul, sekurang2nya mereka memang berniat nak ke jalan Allah. Mudah2an kita semua sentiasa ikhlas mencari redha Allah SWT. ;)

    ReplyDelete
  18. salam

    selalu dengar orang cakap mcm ni, tapi malas layan balik, sebeb bila kita layan org jahil, kita akan jahil sama.

    smoga kita semua terus berada dalam cahayaNYa.

    ReplyDelete
  19. akak setuju dengah semua pendapat puan blog,sebab akak dah berjumpa/terkena dengan semua yang puan blog tulis itu.

    ReplyDelete
  20. semua pendapat kat atas tu betul..yg penting kena ikhlas kerana allah dan sentiasa perbetulkan diri kita dr semasa ke semasa..

    ReplyDelete
  21. manusia boleh menipu sesama mereka tetapi tidak pada Allah..

    ReplyDelete
  22. suka sgt dengan kata2 tu.. semoga hidup dan mati kita dalam islam hendaknya, insyaALLAH..

    ReplyDelete
  23. yang masalahnya kalau hipokrit melampau lampau tu.

    ReplyDelete
  24. sy setuju dgn komen sudipVS senduk, kita boleh menipu semua org tp bkn Allah SWT..

    ttg tudung,lantak lah org nk kata hipokrit pun,yg pnting kita buat ape yg disuruh dan ada rasa takut pd Allah SWT...klau benar percaya n takut knp Allah, knp perlu timbul alasan mereka utk tidak menutup aurat?

    belum smpai seru?takda seru2 der...ini perintah...perintah dr Tuhan yg buat kita..bukannya perintah PM, bukan perintah polis...

    ReplyDelete
  25. Semoga kita sentiasa dalam redha ALLAH :0).

    ReplyDelete
  26. tepuk dada tanya iman.sometimes kita buat memang tak ikhlas, tapi lama2 kesedaran tu akan terserap dalam naluri.percayalah..kita manusia memang tak sempurna, tapi harus mencari kesempurnaan especialyl dalam bab agama ni..huhu..still searching!

    ReplyDelete
  27. Thanks for sharing..good info though..

    ReplyDelete
  28. sejak akhir-akhir ni asyik jumpa orang yang suka buli orang lain. bila ada pangkat, kedudukan, umur tua sikit.. suka hati je nak menindas orang yang lemah. padahal islam tak mengajar semua tu pun.

    ReplyDelete
  29. hmm masalah ni terjadi sbb tkt akan siksaNYA.. :)

    ReplyDelete
  30. tak semua orang pakai tudung tu baik..
    tapi dah sah-sah yang tak pakai tudung tu tak baik sebab dah langgar suruhan Allah iaitu menutup aurat,..

    yolo dop kak?
    pekaba akachan???

    ReplyDelete
  31. masih berusaha utk memperbaiki diri Hanis..

    ReplyDelete
  32. Setiap hari kita berusaha perbaiki diri....

    ReplyDelete
  33. hehe..itu antara alasan yang selalu dipakai oleh segolongan orang..
    Semoga kita terus beristiqamah beribadah kepada Allah dan semoga kita semua hidup berpaksikan Islam serta dimatikan dalam islam dan husnul khatimah.:)

    ReplyDelete
  34. setuju dgn semua statement kat atas. at least kita dah tunaikan salah satu atau lebih daripada perintahNya :)

    ReplyDelete
  35. minta dijauhkan perkara yang tak elok :( dan moga niat kita sentiasa terpelihara..

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah.. Thanks Kak Hanis... Kata2 tu amat bermakna.. Semoga Allah pelihara iman kita dari tersasar.. Amin

    ReplyDelete