Pages

Saturday, March 24, 2012

Unten menkyushou...

Macam best pulak sebut perkataan tu? Senang tak nak baca? Dulu masa pertama kali dengar "haa.. unten nani(apa)?" Sekarang dah ok hehe.

unten = pandu/drive
menkyushou = lesen/license
maka ia membawa maksud lesen memandu

Waktu renew lesen jepun hari Isnin lepas, en suami berkata sambil merenung ke arah unten menkyushou-nya... "kalau kat malaysia kan senang, pergi je pejabat pos, cakap nak renew berapa tahun." Sekarang di malaysia masih sama lagi ke? atau dah lain cara renew lesen?. (soalan macam dah menetap kat jepun ni 10 tahun hehe. Lagi satu nak tanya ni, boleh ke orang lain tolong renew-kan lesen kita eh?

Ok berbalik pada ceritera asal. Ada dua waktu untuk register 8.30 pagi dan 12.30 tengah hari. Kami pilih 8.30 pagi. Uwaa sejuknyaaa pagi2 buta dah kena keluar dari rumah. Sampai tu terus ke kaunter 34 sebab saya nak renew awal dari tarikh asal (kalu ikutkan tarikh tamat, masa tu tengah pantang). Lagi pun kalau buat sekarang takla seorang diri kerana bertemankan cinta hati.

Selesai di 34, kena beratur di kaunter 1 pula. Bayar 4250 yen tiap seorang. Kemudian ke kaunter 2 untuk fotostet. Lepas tu isi borang dan beratur semula di kaunter 34 serahkan borang dan lesen lama. Tunggu nama dipanggil untuk ambil gambar yang akan diletakkan pada unten menkyushou baru nanti.

Booth untuk ambil gambar adalah dari bilik 13-15. Selepas nama dipanggil kena beratur dan semak kertas yang diberi, jika ada kesilapan pada nama, alamat etc, sila maklumkan pada waktu tersebut.

Dah selesai "photoshoot" kena naik tingkat 3 untuk dengar ceramah selama 2 jam. Pengsan! Dah la dalam bahasa jepun. Berapa peratus aje faham, tapi angguk2 aje buat2 faham. Aci tak? Penceramah tu sangat la skima gaban. Selepas 1 jam. Dia bagi waktu rehat 15 minit tapi lagi beberapa minit sebelum tu dah panggil masuk. Siap cakap masa tinggal 58 saat lg. Kebetulan saya baru je beli air cocoa panas kat vending machine. Takkan nak buang, huhu. Suruh en suami masuk dulu lepas tu cepat2 saya habiskan air tu. Bila saya masuk semula ke dalam bilik ceramah, en penceramah tu pandang je, nak tak nak buat dono ajelah hik2... orang kata selamba badak. (kenapa badak?)

Selesai ceramah, datang seorang staff memanggil nama peserta seterusnya diberikan menkyushou yang baru. Yeayy dah dapat lesen penuh.
IMG_0725
Perbezaan menkyushou percubaan dan penuh adalah dari segi warna. Kalau sebelum ni warna hijau. Kali ni warna biru. Yang lain2 tu tidak la pulak patik ketahuan. Perasan tak tahun tu bukan yang biasa. Dia guna sistem Heisei. Tahun ni 2012=Heisei 24. Sepatutnya setiap kali renew dapat 3 tahun, disebabkan renew awal maka penalti potong setahun. Err abaikan gambar latar belakang otomen pada fail tu hehe...

Semalam tiba2 yuki memutih kat luar rumah. Padahal dah penghujung Mac. Nasib baik hari ni dah cair. Mesti kat tempat lain macam Yonezawa dan Morioka berganda2 lebatnya...

39 comments:

  1. ui..strictnya nak renew lesen pun jadik camtu ek..comey ibu peknen ni..huhu

    ReplyDelete
  2. nak renew lesen kena dgr ceramah jugak ker? mmg strict. brsyukur la kat malaysia ni tak payah mcm tu. itupun ada lagi yg bleh tak igt nk renew lesen...

    ReplyDelete
  3. Nak tergelak pun ada...mula2 baca unten tu....macam bahasa jawa pun ada...rupanyanya drive.

    ReplyDelete
  4. \Bolehlah Hanis , kalau nak renewkan lesen ada juga suami akak tolong buat. Tak dak masalah.

    ReplyDelete
  5. comey ..tembam hehe.. bilo nok balik mesia?

    ReplyDelete
  6. susahnye renew lesen kat negara org..

    p/s: buleh jah kak ore lain tlg renew lesen.. sero laa.. hehe ;p

    eh tau dop? tau dop? mirah bleh kijo doh..kat selangor.. sile check entry lepas2 untuk cerita terperinci..ekekeke.. ;p

    ReplyDelete
  7. nasib baik lah kat malaysia ni tak kena dgr ceramah cam tu yer..bosannya. tapi ada bagusnya jugak..untuk beri pengajaran, dah lah kat m'sia ni statistik kemalangan tu tinggi.

    kat m'sia boleh jer kalau suruh org lain renew-kan hanis, wat on9 pon boleh..senang. skrg ni diaorang renew ikut besday's date kita..kes banyak rkyat m'sia lupa nak renew lesen..termasuk lah wida ni..hiks

    ReplyDelete
  8. Hanis,
    tak tahu ada ke tidak perkataan tu dalam bahasa jawa, tapi pernah dengar perkataan 'mboten' dalam bahasa jawa halus yang bermaksud tidak.

    ReplyDelete
  9. bila la kak mas nak p amik lesen, nak buat tapi selalu x sempat

    ReplyDelete
  10. ouch sgt strict kan.. kat mlaysia boleh je kirim kat org lain renew lesen.. hehehehe kaka hanis makin gebu.. seri pembawakan baby.. suka nengok

    ReplyDelete
  11. wahh kak tu buleh lesen doh. hihi. pahni buleh la gi jale2 lg dop? huhu.

    kak dok brapo lamo lg jepun? (tanyo mace nk gi jepun jah. haha.)

    ReplyDelete
  12. Nak renew license kena dengar ceramah, hmmm rasanya ada kebaikan jugak kalau praktik kat Malaysia biar beringat2 ngn undang2 jalanraya tapi alamatnya ramaila yg x renew sebab x nak dengar ceramah. Memandu hati2 ye Hanis.

    ReplyDelete
  13. dah macam anak jepun dah akak tgok sis dalam lesen memandu tuh.. hehehe... chomel jek..

    ReplyDelete
  14. salam perkenalan,

    kann ..klu kt jpn ni mmg semua ye strict...oo dr tohoku dai yek..rindu ye nk gi tohoku, dulu husband study situ...:)pasni leh drive kay..anyway take care :)

    aisha

    ReplyDelete
  15. banyaknye pulak proses nak renew lesen kat sana yer? kaknor selalu suruh suami jer gi renew.

    ReplyDelete
  16. hehe.. unten.. Una punye unten pun renew 5 tahun sebab musabab pemalas nak asyik g renew2 je.. hehe

    ** Take Care ya Preggy Mom.. wuuu Cute.. tetiba teringin.. eceh..

    ReplyDelete
  17. japan memang straight bab lesen ni kan? my sensei bagitau nak ambil lesen di jepun sangat mahal fee nya.. btl ke? tapi kereta kat sana sangat murah.. masalahnya kalau didapati mengakukan kesalahan memandu lesen ditarik balik.. ekk?

    agak menarik pada zuan style jepun ni, sebab orng akan lebih sayang lesen mereka selepas itu, dan drive behavely :)

    ReplyDelete
  18. dui, payahnye nak barukan lesen pun. kat Malaysia jugak senang. hehe 4250 tu berapa RM?

    ReplyDelete
  19. Blogwalking sini! ♛ Mr.Ix ♂ komen ..yoroshiku!! ║
    orang jepun/korea mmg pentingkan masa kan....

    ReplyDelete
  20. Salam anakanda

    Oh susahnya.
    Ada masa add june Rahim Yokohama tu, bolehlah kenal2. Boleh tau akaun fb?

    ReplyDelete
  21. renew lesen pon kena dgr ceramah jugak??dermm!

    ReplyDelete
  22. Sbb tue kt sini jrng accident teruk2 Mcm kt mesia tu
    Sbb rule dia mmg ketat giler
    Ai x renew lg Hjng thn nnt

    *mode nk sabaq nk peluk cium muah3x ngan u ni*

    ReplyDelete
  23. asal gambar license tu ada gambar otromen pulak?hahah XD

    lesen pun mcm citer power rangers...heheh...setailo la!heee~

    ReplyDelete
  24. kat mlaysia...renew leh spe2 tlong uat kn kt JPJ...nyo rm60...gambo anto jew yg pastport unyew...kejap jew die renewkn..cme konsep bru...smue lecen akn tamat pada birthday kte...haaa...sya bru renew lecen dr P kpade x de P...hiii

    ReplyDelete
  25. mmg strict kat jepun ni kat..nak renew pun kena ceramah lagi....hee..

    > 4250 yen tu lebih kurang RM160++ duit Malaysia..eh..yeke...hee...mahal jugak nak renew lesen kat sana ye...

    ReplyDelete
  26. owh renew awal dapat penalty ke? ingatkan dapat saguhati sbb mcm benda yg bagus kan...tak eh?

    ReplyDelete
  27. tak pe gambar kenangan tu.. kena simpan.. hee..

    eh...apap khabar baby. lama tak kunjung sini.. jiwa lara.heeee

    ReplyDelete
  28. Salam hanis! humang aiiiii! bykknyerrr prosessssssss dia! itu cuma renew ajer tu??? rasa nak fitam** kita nanti balik jepun urusan pertama yg nak diselesaikan lesen n visa, risau pasal lesen,sbb pasal visa kita tak risau sgt itu kerja suami :D lesen nak kena ambik test lagi kan? walau hanya beberapa soklan tp takuutttttttt! ehehe..

    ReplyDelete
  29. rinduuuu... dengan kak hanis ^_^


    hehehe... mesti kak hanis suka kad menkyushou tu kaler biru ^_^

    ReplyDelete
  30. kak hanis, husband kak hanis amek pure maths kan? before sambung phd ni husband akak kerja apa eh? lecturer eh?

    ps. sory banyok tanyo sbb nok survey course.

    ReplyDelete
  31. @amirah
    dah mok mok yg amat dh skrg ni kak...

    ReplyDelete
  32. @Noraim
    aim, cik abe kak tak ambil pure maths, ada application sket, yup lecturer, loni kak dgn cik abe tgh cuti belajar...

    ReplyDelete
  33. application gano eh?

    ohh lecturer. ssh dop kalu amek maths gini kalu nok kijo nnti?

    ReplyDelete
  34. nak renew lesen kena dgr ceramah???? mampus..nasib kat sini xmcm tu..haha

    ReplyDelete
  35. Wow! Strict peraturan renew lesen kat sana. Nanti hani-chan bsalin n bpantang kat sana ke? Tak sabar nak tengok rupa paras aka-chan=0).

    ReplyDelete
  36. simpan buat kenangan lisen tu kan. ehehe.. kat msia boleh backup kalau lesen xde. *taun lepas pernah kene tahan jpj, lesen msia boleh pulak tertinggal kat nihon(kelam kabut nk balik msia masa jishin tu (ic, lesen pun tinggal), tunjuk lesen jepun jpj lepas la pulk (kery punya).
    *Yonezawa macam baru nak winter, seharian ni turun lebat. huhu..
    *bila start cuti jln2 bwk tetamu?

    ReplyDelete