Thursday, March 1, 2012

Memori atau pengalaman?...

Rasa macam nak taip entri laju-laju selaju shinkasen wosshhh... berangan la haha.. sekarang ni duduk lama-lama depan pc cepat betul sakit pinggang. Sebelum ni bila dah setel hal-hal lab biasanya boleh mengadap blog dan sebagainya. Tapi sekarang owhh tidakkk seperti dulu. Takpelah ikut kemampuan badan ye tak?

Tahun ni tahun lompat. Saya pun tak sedar. Alih2 ada 29hb Februari. Ocopot terejut. Ok tipu, itu over acting namanya. Memori atau pengalaman pada 29 hb aka tahun lompat? Entahlah saya pun tak tahu hehe...

Ceritanya bermula begini (cewah). Pada hari isnin seperti biasa saya ada group meeting. Kena bagi laporan tentang apa yang telah dibuat sepanjang minggu sebelumnya. (Serius tak suka meeting ni, tapi kerna terpaksa....). Bila masuk bilik tu ada seorang yang tak sihat. Batuk2, hidung berair dan suara serak (alamak dah la saya tak pakai mask). Ibu mengandung kan sistem imunisasi badannya kurang berbanding waktu tak hamil. Maka senang untuk kena jangkitan penyakit terutama selsema ni. Tapi masa tu kedudukan kami agak jauh... dia nun hujung sana saya pula hujung meja sebelah sini. Buat2 cover hidung dengan tangan, konon boleh sekat kuman haha iyolah tu.

Semalam, Rabu 29 Feb 2012 (eh berapa kali nak tulis 29 hb daaa, maaf pengaruh pelem p ramlee yang datang secara tiba-tiba). Hari tu tekak terasa pedih. Tapi buat "dek" aje, minum air banyak2 dan juga jus banyak2. Petang tu waktu tengah khusyuk depan pc kononnya nak siapkan analisis data, tiba-tiba rasa sakit2 badan, rasa macam nak baring. Saya bagitahu my love nak balik awal, dia serba salah sebab dia pun ada kerja nak disiapkan. Tak lama lepas tu memang tak tahan, muka tiba2 je rasa panas. Bagitahu en suami lagi sekali. Dia pun setuju untuk balik awal.

Sampai aje rumah terasa panas kat dalam badan. Tapi kat luar, kaki dan tangan ni sangat sejuk. Bila check suhu, 37.2. Baring sekejap. Tapi tak selesa. Cuba lelapkan mata tapi tak lena. Check suhu lagi sekali dah naik 38. Dua-dua dah naik risau. Tapi akachan elok aje duk gerak2 somersault dalam tu (maaf over, saje nak kasi dramatik sikit haha). Maka telefon geng sensdai Ab dan Akmal. Minta tolong mereka call emergency unit sebab kami berdua kan sangat terror nihongo sehinga tak tahu nak cakap macam mana tskk T_T. Nihongo biasa2 tu bolehlah tapi kalau nurse tanya detail pasal keadaan badan dalam bahasa doktor ni kemungkinan besar patik gak ngerti kok. Lagian mahu jawaban. (koya terror cakap indon la pulak, dush!)

Pergila ke emergency unit Tohoku Daigaku Byouin, dengan baju tido kaler kuning haha. Malas nak tukar. Dengan jacket 2 lapis.. sejuk uuuu. Nasib baik sebelum ni dah pernah ke sana masa kes cinta hati dulu, jadi kami dah tahu nak tuju ke mana. Cuma bezanya maternity unit di tingkat enam. Jalan pun tak larat masa tu. Rasa macam nak nangis wuwuwu. Sampai je nurse terus bawa ke satu bilik dia suruh baring dan dia selimutkan saya (rasa macam tuan puteri, heh sempat lagi berangan). Nurse check suhu dan suruh tunggu doc datang. Tak tahu apa nama doc sebab dia tak kenalkan diri dia. Muda belia lagi diiringi oleh seorang doc pelatih. Wahh speaking london pera-pera... i likee...

Doc bgtahu jangan risau, tak ada apa2 serius. Kemudian dia check akachan. Kebetulan akachan tengah buka mulut. (mama, get well soon, angan2 yang tak agak2). Doc juga check pengaliran darah di umbilical cord dan juga di otak. Alhamdulillah tak ada apa2. Dia juga cakap kalau demam cecah suhu 40 pun takkan effect akachan dalam kandungan oleh itu jangan risau. Mungkin dia check detail sebab nampak air mata dah bergenang, huhu macam2 bermain di fikiran, maklumlah kandungan yang pertama yang dinanti-nanti setelah beberapa tahun.

Dalam 11.30 pm kami pulang ke rumah. Tiba-tiba lapar, singgah konbini beli onigiri. Lepas makan terus terlena... sedar pagi tadi saya rasa ada orang pegang muka. Mesti si dia nak tahu masih panas ke tak. Bila check suhu, alamdulillah dah turun ke 36. Cepat2lah sihat, banyak kerja kena buat ni wuwuwu... semoga diberi kekuatan. Empat tahun akan datang pada tarikh tersebut agak2 ingat lagi tak peristiwa ni eh?

36 comments:

Cik Pulau said...

mujur xdop gapo.. naling jgop baco skni..
mestilah ingat kak.. kea tulis oh dale blog neh,. hihihi

Asmara said...

odaijini! Alhamdulillah suhu dah turun. Take care! yg pnting jaga kesihatan. Sapu2 sikit bdn dgn vicks/minyak, esp. tapak kaki, betis, belakang. Biar darah berjalan lancar. Lebih2kan rehat ye. ;)

anNaqia said...

Lame xsinggah sini. Get well soon kak. May Allah bless you and baby and husband. hehe. :)

Hafizin Jamil said...

kena cerita kat akachan cerita ni..hehe

Chekgu Azrine said...

get well soon dear..take care.. rasanya sis kurang rest la..

Syazwan Che Deraman said...

naseb baik semua okey..baby dalam kandungan pon okey.

semoga cepat sembuh kak!.

Unknown said...

huuu..saspen nyo kak.. kompem la ingat kak.. pengalaman pahit yg manis akhirnya.. eh berkait dok? hihi

Unknown said...

phew...nasib baik ok. :)

fara said...

alahai..kesiannya hanis..tapi betul dah tindakan tu, terus pergi ke emergency unit. alhamdulillah tiada apa2. hanis and akachan kan strong, insyaAllah cepat sihat and sihat sentiasa! amin2.

fara said...

alahai, kesiannya. tapi betul dah tindakan hanis tu, terus ke emergency unit. alhamdulillah, tiada apa2. takpe, hanis and akachan kan strong, insyaAllah cepat sihat and sihat walafiat sentiasa. amin.

Annisa said...

Assalamualaikum,

risaunya baca entri kak Hanis kali ni T_T jaga kesihatan baik-baik k..

P/s : nak tengok baju tidur kaler kuning :P hihi.. miss you kak hanis <3

Hanamiko Sakura said...

mujur alhamdulillah...
jaga kesihatan tau kak hanis... risau saya ^^

Teratak Hami said...

Alhamdulillah dah sihat :-)

Ada kwn akak kena admitted pasal demam panas. Doktor takut effect pada akachan tapi lain pulak dgn doktor kat Jepun kan. Apa2 pun betterlah check.

ct kektus said...

kalau kite, bukan setakat bergenang, menangiskang kalau jadi macam akak. huhuhu


kalau sentiasa ingat, mungkin 4 tahunakakn datang pon tetap ingat jugak kak. :)

Umie Naziera said...

insyaAllah sihat smpai melahirkan..take care :)

Hanis Azla said...

Alhamdulillah, semuanya okey..akak pun demam.. sakit teka, sakit badan semua cukup.. adooii.

Anonymous said...

get well soon ok.you are soooo cute

amirah said...

Peristiwa 29 Februari la ni..jadinya memori la kut..huhu..jg diri ok mama..kena minum byk2 air ni..

Unknown said...

odaijini hanis,

sebab tukar cuaca kan ni? harap2 semuanya ok :)

nur easy said...

moga sihat2 selalu ;) odaijini

anumuchan said...

odaijini k.hanis..

So Shy Lady (SSL) said...

take care dear. risau juga.... hati2 mkn ubat tu ye, ada yg preggie mom t.leh mkn tau. moga lkas baik

Kazman / Sue said...

moga sihat hendaknyaa yeee...

シャイマ said...

odaijini kak hanis! take care! and don't worry too much :)

sudipVSsenduk said...

jaga diri & jaga baby.. jangan risau2 sangat k..

Munn Jaafar said...

memandangkan nis dah buat entry, insyaAllah lg 4 tahun mesti ingat kisah ni =)

hopefully nis cpt sihat n baby juga ok!

Ijah EmoTemo said...

uishh mujur semua nya okay! take care eh sis :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

seriyesss risau lepas baca ni odaijini babe...u kena jaga diri betul2 sebab preggy ...la dah weather x menentu...meh hugs ketat2...jumpa hjng bln ni k

نورعيم said...

kak, jago diri molek deh. nti bilo akachan besar cerito la dio psl ni. hehe.

mrs kayrul said...

mujur semuanya ok..hanis bebanyak rehat tau..

Unknown said...

musim demam skrg ni..eh kiro musim demam satu dunia sama la kot kan..hehe

Ain said...

konfom ingat 20 tahun pon boleh ingat kalau terbaca balik entry ni...

Azmie & Vivie said...

hani-chan..take a very good quality rest,ok =0).
minum air kosong selalu... jaga kesihatan demi akachan n hani-chan jugak =0)

happyichigo♥ said...

hanis take care of your health...akachan, grow up healthily!! everything is gonna be alrite, banyak2 berdoa ok! empat tahun akan datang mesti hanis akan ingat balik punya...!dira rasa tiada mama yang lupakan detik2 pregnant, rasa happy, penat, nervous, takut, giddy, macam2 lah perasaan! lagi 4 tahun hanis toleh belakang dan akan senyum balik!

Nadiah Sidek said...

get well soon..

CikUna said...

Semoga senantiasa didalam lindunganNYA.. hehe ayat dolu2 bagai.. Take CaRE sis,,

\\( ^_^ )//

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails