Wednesday, August 5, 2015

Aduhaiii Kiraz Mevsimi... lala... lalalala...

Sebelum bercerita panjang patik ingin mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri 1436 H... ya ampunbnn berkurun lama exist sangat baru nk mula menulis balik... haha... roh menuulis di mana kamu? sebenar-benarnya busy yang amat. Ampun maaf dipinta sekiranya ada salah silap terkasar bahasa...

Pagi syawal... alhamdulillah, giliran di rumah patik... namun sekejapan saja uols lepas tu terus ke rumah mertua pepagi tu lagi ke sana... tapi kalau turn belah rumah mertua dulu confirm lambat2 aje datang rumah patik ni haa... kenapa eh? Semoga raya mendatang makin improve ye en suami cinta hati? :p

Ok berbalik pada Kiraz mevsimi ye... maksudnya cherry season. Entah macam mana boleh terjebak gedebuk dengan cerita ni. Pada suatu malam nak dodoikan Khadija Ain, patik saje tekan2 "chanel" eh silap eja channel tiwi lepas tu terberhenti pada 133 astro bella... terkedu terdiam sebab pelik bahasa yang belum pernah didengari... lepas tu heroin nya sangat comel... hero pulak muka standard pojaan ramai but not my tatse eceh pangg kang haha...

Dah tu terpikat pulak dengan lagu tema kiraz mevsimi... terus record kat astro sebab belum tentu boleh follow setiap hari... kena tengok keadaan anakanda lah kann... so "lala" kat tajuk entri tu tak boleh sebut mendatar sajooo haruslah sebut macam dalam lagu tu okeh? haha... banyak songeh penulis HS ni.

Yine de inanmam sonsuz aska
gelip gecer sevda dedikleri



i wish i wish hidup macam drama novel haha... tak payah nk verangan boleh tak? impossible okehh... tapi kalau sesiapa yg dpt pasanagan ala2 drama novel bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan... 

tetiba pulak belek album lama... haha... tengok la tarikh tu... 14 october 2007... tarikh akad nikah 28 mei 2008... kenal around july 2007... how time flies... young and innocent and now still like that... haha tak menahan...

Oyku and Ayaz, Burcu and Emre, Mete andSeyma, Sibel and IIker....


Tuesday, June 9, 2015

Final class pose...

Ikutkan hati hari-hari pun nak update dan berceloteh namun apakan daya patik tak mampuuuu buat masa sekarang. Draf punyalah berlambak haha... kelas terakhir adalah saat yang paling dinanti kann ye tak... yang lebih lagi dinanti sudah tentulah paper final exam yang terakhir. Lepas tu hoorayyy... Kelas terakhir yang patik ajar sem ni berakhir minggu lepas 3 Jun 2015 bagi subjek KIM4601. Eceh siap ada kod bagai. Biarlah pelajar patik je yang tahu. Memandangkan ni subjek elektif maka kelas berakhir dengan pembentangan tugasan.

ni ambil dari camera student... tak tahu la bila derang snap ni, before or after class... 

sebab kelas sempit makanya kena ambil gambar kat luar kelas... testing testingg... kemain kamu pose kat depan tu ye dhildhil...

semua 89 orang tapi tak cukup rasanya ni... sobss... apapun u guys are always awesome ok!

freestyle... sporting betul... thanks mucho!!!

with the gegirls yang super sporting!

tetiba rasa macam pengantin dengan bridesmaids haha... apakah??? (ini kes sebab zaman kawin dolu tak merasa bridesmaids macam zaman sekarang yg ada baju sedondon bagai tu...)

with the guys pulak... lompatan suria perkasa hitam tak menjadi haha.. takpela kenangan terindah jugak ni...

ingatkan dah habis posing... sekali ada idea bernas pulak dari mereka yang gigam ini...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tara.... rabu rabu... love love gituuuu.... oh myyy terkezut sangat patik ok! 

u guys memang ohsem! love u guys to the moon and back ok.... all d best for final exam and future undertaking...

with gossip girls haha gurau jek... jangan marah...

walaupun awak2 semua kadang tu tido la tengok hp la borak la tapi biasalah kan... kalau time saya story mory kemain khusyuk lg dengar yeee... dh final year dah pun semoga apa pun jalan yang awak pilih may it be the best for you guys... saya mendoakan yang baik2 aja k... until we meet again, please dont forget me T_T eh tetiba emo...


Tuesday, April 7, 2015

Song list for the day... or for everyday?

While mama layan lagu yuna sejak kebelakangan ni... lain pulak ragam anakanda Ken Hamza.


Ni lagu terbaru Yuna iaitu strawberry letter 23 penyanyi asal lagu ni adalah Shuggie Otis. Bila tengok video ni baru tahu kewujudan lagu strawberry ni hihi... mula-mula ingatkan lagu baru Yuna. Tapi tang starting lagu ni memang melekat kat kepala... lepas tu patik layan jugak lagu lama ni... terima kasih cinta dari afgan... feeling abis haha... ni kalau EE baca sure pitam 14 jam hahaha...



Tapi anakanda ni pulak tengah minat lagu ni haaa...


Kalau naik kereta, anakanda ken hamza akan minta dua je kalau lagu ni mesti dia akan cakap "mama... lalala" sampai patik terpaksa safe dalam usb so that he could listen to it over and over again. kalau habis je nak dengar lagi dan lagi sambil fefeeling nyanyi dengan slang dia. Yang mama faham lagi dan lalala je haha...

Satu lagi lagu fav dia sekarang ni "mama... awak ane?" awak ane awak ane... yes of course lagu awak kat mana by Taufik Batisah. Patik terkejut sangat satu hari tu balik dari rumah pengasuh Hamza, tetiba ada lagu awak kat mana. En suami tak gemar sangat terus tukar siaran radio lain. Sekali anakanda meraung kat belakang buat muka sedih huk awak ane... muka bermuram durja ahaha adoii lawak betul... tak sangka begitu fanatik sekali. Sama jugak dengan lalala dia tu kalau tak repeat memang menangis macam kena pukul haha...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails