Showing posts with label Ken Hamza. Show all posts
Showing posts with label Ken Hamza. Show all posts

Tuesday, April 7, 2015

Song list for the day... or for everyday?

While mama layan lagu yuna sejak kebelakangan ni... lain pulak ragam anakanda Ken Hamza.


Ni lagu terbaru Yuna iaitu strawberry letter 23 penyanyi asal lagu ni adalah Shuggie Otis. Bila tengok video ni baru tahu kewujudan lagu strawberry ni hihi... mula-mula ingatkan lagu baru Yuna. Tapi tang starting lagu ni memang melekat kat kepala... lepas tu patik layan jugak lagu lama ni... terima kasih cinta dari afgan... feeling abis haha... ni kalau EE baca sure pitam 14 jam hahaha...



Tapi anakanda ni pulak tengah minat lagu ni haaa...


Kalau naik kereta, anakanda ken hamza akan minta dua je kalau lagu ni mesti dia akan cakap "mama... lalala" sampai patik terpaksa safe dalam usb so that he could listen to it over and over again. kalau habis je nak dengar lagi dan lagi sambil fefeeling nyanyi dengan slang dia. Yang mama faham lagi dan lalala je haha...

Satu lagi lagu fav dia sekarang ni "mama... awak ane?" awak ane awak ane... yes of course lagu awak kat mana by Taufik Batisah. Patik terkejut sangat satu hari tu balik dari rumah pengasuh Hamza, tetiba ada lagu awak kat mana. En suami tak gemar sangat terus tukar siaran radio lain. Sekali anakanda meraung kat belakang buat muka sedih huk awak ane... muka bermuram durja ahaha adoii lawak betul... tak sangka begitu fanatik sekali. Sama jugak dengan lalala dia tu kalau tak repeat memang menangis macam kena pukul haha...


Wednesday, January 21, 2015

Yey Kalan.... Bobak

Anakanda Ken Hamza  yang makin banyak ragam... buat mama dan papa pitam haha... menjadi2 sejak ada khadija ain ni la... perhatian kena lebih pada dia... nampak mama atau papa pergi kat adik mulalah berdrama swasta. Perkara yang boleh alih perhatian anakanda Ken Hamza sekarang adalah ipad dan tab. Yang tak tahannya suka sangat main puzzle dah tu suka main yang susah level dewasa bila dia tk boleh buat mulalah meraung suruh mama dan papa setelkan... pengsan!

susah betul nak ambil gambar. Ni pun senyap2 jer kalau tak memang dia akan lari... i miss taking picture of you baby... kalau buat front camera tu yang nal selpis tuu... mulalah macam2 aksi nganga mulut menjerit bagai lagila takleh amek gambar haha... kamu ni ngapain sihh...

Latest pic... masa ni pergi rumah rakan sekerja rumah berdekatan pantai yang sangat cantik dan unik rekaannya i very likeee uolss.... tengoklah anakanda ken hamza pegang apa tu... fav dia dia la tu timmy dengan shaun... tp shaun tu dia panggil "bek" jer

Ok berbalik pada tajuk... apa ko bondo la tu kan... yang bobak tu sekejap je la boleh figure out... dia dengar azan kat ipad... lepas tu terus cakap bobak bobak (allahuakbar)... mama pay (pray) gelak sakan la jugak tapi kena tahan sebab kalau gelak depan dia sure dia malu or marah haha.. so qada gelak dalam bilik haha... 

Tapi kalan ni memang lama... baru beberapa hari lepas dapat tahu... papa ken hamza ni selalu cakap jom pegi jalan... each time nak keluar beli groceries ke atau beli apa2 lah melibatkan naik kereta... bila keluar sama ada dalam kereta atau tengah jalan kat luar tetiba out of blue dia cakap kalan yey kalan... kalan banyak... tunjuk sana sini...terus kitaorang konfius apa benda lah kalan tu... ingatkan merujuk pada benda ke etc rupanya kalan tu jalan dan banyak tu maknanya jalan jauh la kut haha... sebab dia akan cakap cantik banyak... which means cantik sangat la kan haha... adoi anakanda ni lawak la...

Bila tah nak ceritera adik dia pulak...


Monday, August 25, 2014

Colmar Tropicale Bukit Tinggi...

Uish... kalau google nama tempat ni siap keluar colmar tropicale france bagai ok... haha... dah lama ke tempat ni... penghujung Mei lalu waktu tu preggy 6 bulan. Ada urusan di kelumpo... maka on the way balik patik ajak en suami singgah sini... kenkonon nak celebrate anniversary. Macam biasa la patik ajelah yang beria kan... en suami macam takde perasaan.. entah ingat entah tidak... nyampah mak... hukhuk...

inilah dia posing paling femes kalau ke colmar tropicale... semua pakat duk posing depan ni ha...

ramai sangat orang kat jambatan tu patik bergambar kat sini jelah sebab anakanda ken hamza beria nak tengok "fiiish"...

terima kasih abang eh ke pakcik sebab tolong ambilkan gambar kami... 

tempat ni kecik je... kalau dekat kami pergi balik hari je sebab jauh terpaksa la bermalam...

jalan2 kat area bawah jambatan... nampak tak ada bubbles? kalau terrer ambil gambar sure gambar cantik... anak sorang ni en suami dah makles nak bergambar.. bila anak 2 nanti rasanya blog ni penuh dengan tulisan merapu je gambar kena imejin sendiri hokeh haha...

pelik tak kenapa anakanda ken hamza pakai baju ala2 waiter ni haha... sebenarnya nak pakai waktu dinner dengan final year student... patik pun dah beli dress bagai (dress biasa jew bukan dress rekaan pereka fesyen ponn)... sekali kena paksa pergi kursus daaa... lepas tu tak tahu bila lagi waktu sesuai nak pakai so patik pakaikan terus masa trip ke colmar tropicale ni hikhik aci tak???

ok... nampak kan ada swan kat situ... bila pergi dekat patik tak tahu kenapa anakanda tiba2 sebut "bekkk... bekkk" adehh rasa nak gelak guling2 tapi tahan sebab dia sensitipp sekarang ok, kalau bab gelak2 ni walaupun tak gelak kat dia... dia terasa apatah lagi kalau gelak sebab dia buat lawak... walaupun gelak niat baik dia akan emo haha... sejak nk jadi big bro ni macem2 la kamu wahai hamza...

ada japanese garden... bas disediakan kat sebelah jambatan femes tu... tapi kan kesian utk org preggy dan juga makcik2 sebab lepas naik bas lalu lorong berliku2 kena naik tangga yang tinggi lepas tu mendaki pulak adehh... patik gagahkan jua tapi bila sampai atas nak ke taman kena mini hiking la pulak... surrender... makan eskrem jap...

kemudian turun balik tangga tunggu bas haha....

bergambar sat sebelum ke bus stop... anakanda nampak butterfly itu yang macam gaya terpegun tu... bila dah sampai kat bus stop ada 2 orang makcik tengah tunggu bas... mereka cakap tak naik atas pun terus tunggu bas untuk turun semula ke hotel... dah tak larat nak naik tangga dan mini hiking ke taman tu... kesian pulak... huhu

p/s: ceritera jalan2 waktu preggy 7 bulan...


Wednesday, August 20, 2014

Ooter dan bebo...

Eheh... Ooter and Bebo bukannya siri kanak2 yang terbaru... tapi pelat anakanda ken hamza hik2. Sejak dua menjak dah masuk 2 tahun ni dia dah makin suka untuk cuba ikut percakapan yang didengari tak kisahla dari mama papa, dalam tv dan juga ipad. Dan dia sangatlah suka lagu abc, phonics etc... haha... tapi dia tak mampu lagi nak ikut semua... beberapa huruf je boleh sebut...

antara vocab anakanda yang mencuit hati...
ooter... nak tahu apa? helicopter ok, haha
bebo... kartun tom and jerry, tak tahula cemana boleh jadi bebo... memang sejak akhir2 ni hamza suka sangat tgk kartun tom and jerry... satu hari balik dari rumah pengasuh... masuk rumah cakap bebo sambil tunjuk kat tv... memula tak faham sampai dia menangis yg merengek la (agaknya merintih hiba, adoii kenapa mama papa tak faham2 orang cakap nak tengok bebo ni) lepas tu en suami tukar channel CN yg ada tom and jerry terus dia beboooo lepas tu sengih dan sampai ke hari ni mama dan papa pun panggil bebo jugak la... pengaruh anakanda haha...
tujannn... hujan
titahh... kipas
dahh... pedas
takitt... sakit

patik kalau cakap dengan anakanda ken hamza cuba sebut both malay dengan english nak tgk dia boleh pick up mana satu... setakat ni dia cepat sebut bm... tapi beberapa hari yang lalu punyalah terkezut... patik tunjuk mata pada buku ke soft toy... "tengok mata dia.." lepas tu Hamza tak semena-mena letak jari kat mata dia sendiri... "eyes" adehh terus tergelak la mama dan papa alih2 dia malu dan tak nak sebut dah haha... tapi lepas tu dia sebut lg... eye... sambil tunjuk kat koleksi soft toys dia... 


 
gambar terkini anakanda Ken Hamza... memang sangat sukakan kenderaan, masih tak tahu sebut kapal terbang atau aeroplane walaupun itulah yang paling dia suka... mesti akan cakap "tu" dan akan minta mama atau papa sebut... teruja dengan mainan sale mama beli kat lazada... beli yg murah2 jew takde toys r us bagai...

 iftar hampir penghujung ramadhan bersama Miss S comel... my coursemate masa kat utm dulu... nanti kita dating lagi ya my gorjess friend...

 gambar masa raya hari tu... rumah bapa saudara di jalan bayam... lighting yang cantik gamaknya kat rumah my uncle sebab nampak muka berseri semacam jew haha... jadual hectic sangat mmg boleh kira berapa keping gambar je sempat snap masa raya tu sobss...

 patik yang agak terkini jugak la 33 weeks, pergi observe pelajar latihan industri di jabatan forensik uols...

Sekarang dah nak masuk 36 weeks... tak tahu la baby ni nak keluar bila... waktu anakanda Ken Hamza awal sehari dari edd yang based on saiz kantung waktu 8 bulan.  Edd baby baby 22/9 based on tarikh terakhir mensus... kalau ikut saiz kantung masa 8 weeks edd 15/9... erkk dupdapdupdap, nurse pun dah suruh prepare baby and mama's bag... ganbatte hani-chan... insyaAllah...

*thanks a lot cik hu... sememangnya mu sgt faham aku sekilas je baca entri... laju2 wassap aku...hugs hugs hugs... "kak mas" pun sama terus roger i, hugsssss


Thursday, July 24, 2014

Ni sai desu!

Anakanda Ken Hamza dah lama masuk 2 tahun pada 10 Jun 2014 yang lalu tapi ya hampunn mamanya tak nyempat2 nak update haha...

Vocab Hamza setakat ni
Papa
Mama (kadang dia suka suki panggil ma, mak takpun mok sama macam dia panggil pengasuh dia... alahai anakanda... )
Jump and jam 
Nana - (banana)
Nanah - (panas) asap dari freezer pun dia panggil nanah jugak haha
Papi - (api)
Papum - (lampu) erkkk?? apakah?
Tangan
Tatak - (katak and kakak)
Ball
Bird
Iyo iyo - (ambulans, kereta polis etc)
Baju
dan ada lagi la patik tak tertulis kat sini.
dan tak lupa bahasa dia sendiri yang dia assume semua orang faham hikhik...

Sejak nak jadi big brother ni manja makin menjadi-jadi ok...

 tunjuk apa ntah hihi...

 dating with anakanda...

 gambar 10 jun lalu nampak macam malu2 bila mention happy birthday entah faham ke tidak haha...

 simple celebration je... tak nak la buat party2 bagai... eating his fav cappuccino cheese...

 antara gambar terbaru patik bersama anakanda Ken Hamza...

suka lari dan jump2 sejak 1.5 years old dan semakin suka jump di mana2 sahaja esp tilam adoii pitam!....

Semoga terus membesar jadi anak soleh, taat pada Allah dan mama papa and be a good brother ok dear... insyaAllah...

Selamat hari raya maaf zahir batin utk semua k...


Monday, April 21, 2014

A day with Ken Hamza...

Not so typical weekend... but one of the weekend yang mana patik sempat capture. By the way anakanda ken Hamza insyaAllah akan jadi big borther tak lama lagi. Doakan patik and baby k. Sekarang ni 18 weeks plus. Tatkala duk tulis blog ni ya ampun beria-ria akachan gerak. Tak sempat patik nak tulis kat blog sendiri (baru sempat mention kat IG) diva ladychenta dah astro kat blog dia amboiii very the pantass kilatzz gtew kannn haha...

So far penerimaan anakanda terhadap adik dia erm.. macam tk boleh terima hakikat kot haha... pantang ada peluang mesti dia tepuk area bawah pusat... sebab sebelum tu patik asyik cakap adik dan akachan. Konon nak latih dia la kan haha... Pengasuh Hamza pun dah mula panggil abg long (sebelum ni panggil adik... manja yang amat dengan pengasuh dia tu). Bila panggil abg long buat dek tp bila panggil adik laju2 dia lari haha... tak tahu la nak bayang cemana Hamza bila dah ada adik. bila dah ada adik still panggil nama lah kut tak ada istilah abang adik... masa awal2 kawin mmg dah setuju hal ni dengan cinta hati.

Ok sambung cerita. Pagi2 dah ikut papa siram rumput... sikit je tanam rumput lain tu simen plus mozek. Tak sempat ak tanam pokok bagai. Ada time dia bangun lambat pukul 10 pg. Tapi kebiasaannya bangun pagi dalam 7 ke 8 am gitu.

kitaorg beli rumah siap je... kiri kanan lum ada jiran... tapi lot lain dah penuh... (ada 9 lot semua, banglo setingkat) susah dah nak cari tanah dan rumah murah kat tganu ni... harga naik mendadak macam nak pengsan. Sebelum pergi further study... masih murah tp masa tu tak ada masa dn juga kekurangan bajet... huhu...

Tengah hari kadang makan luar kalau tak keluar masak jela... kebetulan petang tu cinta hati ajak minum petang. Dah lama tak pekena pari goreng pak asin di pantai teluk ketapang. Gerai lain mahal.. gerai pok asin ni la paling murah dan best. Bila order baru dia goreng... tapi Hamza tak makan pun dia sibuk duk makan... alamak patik lupa la nama makanan ni yang serbuk kelapa campur apa tah... makanan ni klasik gitu zaman patik kecik dah ada sampaila sekarang... tang rambut tu maaflahhh... mama dia tahu gunting fesyen cenggitu je ha suruh papa bawa ke kedai gunting papa hamza tak konfiden takut Hamza tak duduk diam... belum cuba belum tahu kut2 behave ke... eceh...

our fav ikan pari goreng... hanya di gerai pak asin... eceh promote pulak... satu pinggan RM5 uolss...

bila malam dah shower makan semua... (makan pun ikut mood, time lalu nasi.. nasi dgn telur dan sayur kalau tak, roti ke biskut ke pasta ke)... sekarang Hamza tengah suka main lego anpanman pemberian isteri tanaka sensei (wife pada ex-supervisor my love)... 

dia main la sampai boring... kadang mood kurang baik bila tak boleh buat macam yang dia nak, habis dia baling semua haha... adoii pitam mama cenggini...

time good boy dia akan kemas toys yang dia main...

siap tutup box lego tu dan suruh mama simpan atas meja...sambil cakap "tu.. tu... " tangan hala ke meja...

Vocab anakanda biasa2 je tapi dia faham la yang mama dan papa cakap... nihon-go pun faham sebab kami masih guna nihon-go sikit2... vocab anakanda adalah papa, mama, tu, air, duduk, tish (fish) lepas tu bahasa dia sendiri yang patik dan cinta hati tak pernah faham... tapi dia suka cakap bahasa dia tu... kalau kitaorg tak faham mula la dia geram... alahai anakanda Ken Hamza awak ni kelakar ok... yang tak menahannya bila balik kg belah rumah mertua... dia ada sepupu tua setahun (girl) tapi mereka sama besar dr segi tinggi dan saiz tubuh... yang sorang lagi (3 tahun tu) dah pandai cakap, dan Hamza dengan bahasanya tersendiri... lepas tu jenuh patik nak jawab soalan yang berbunyi "kenapa Hamza tak pandai cakap lagi ni" yela bg patik setahun lebih normal kut kalau masih kurang vocab....

bila tido suka buat mulut cenggini ha... tengah syok mimpi lettew... itulah rutin harian dia so far... tak tahu bila nak hantar dia g school... tunggu dia 3 atau 4 tahun la kut... hu...

asyik tertangguh je entri yang satu ini (dalam draft)... will try my best ya... nak sambung kerja waktu lunch time pun da bis ni... till then...


Wednesday, January 8, 2014

Abang jebat BKATC...

Selain menyukai kartun di channel Disney Jr seperti TIMMY, POCOYO, HI5, MICKEY MOUSE CLUB HOUSE, JAKE THE NEVERLAND PIRATE, anakanda Ken Hamza pun suka lagu2 lain selain kartun. Kalau dengar lagu kartun dia gerak tangan dan kaki goyang badan. Entri sebelum ni ada salah satu lagu yang dia minat... tu lagu pop... lagu ballad pun dia minat ok...

 khusyuk tengok Timmy...

 taraaa... dia suka lagu tema Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC)... Salahkah nyanyian Hafiz dan Dato' Rossa, bila dengar je cepat2 lari pergi depan tv lepas tu kepala gerak kiri kanan ikut alunan balada tu... amboii mama tak ajar pun joget menari bagai (eceh padahal ada je menari HIGH FIVE dengan hamza haha) dia suka tengok abang jebat... kadang siap pegang muka (sentuh kat skrin tv tu... cuit2 haha)...

 mastura yang comel ni pun sama... beria dia tengok... adoii... tapi nasib baik jugak boleh la mama layan BKATC... 


 amboii kemain lagi...

p/s: masih guna pacifier masa tido still tak boleh stop sepenuhnya... sigh... akan story mory usaha suci murni patik ni haha... 


Monday, September 30, 2013

Juhyo with Ken Hamza...

Ingatkan dah kembali semula ke alam kerja ni ada masa untuk blogging macam dedulu, tapi kan ya ampunn... selalu tak cukup nafas hehe... but i enjoy my work... and i really want to give the best to my students. InsyaAllah dengan usaha dan izin dari-Nya...

Kisah silam di sendai yang tak sempat nak diceritakan... (silam laa sangat hehe)... syukur ada juga rezeki bawa Hamza tengok juhyo di yamagata. Banyak kisah silam di yamagata ni... Kalau nak baca yang lagi zaman dahulu kala boleh ke LINK INI (waktu kunjungan pertama) dan juga LINK YANG INI waktu kunjungan kedua... masing2 pun punya pengalaman tersendiri. Termasuk la kunjungan dengan Hamza ni merupakan kunjungan paling singkat haha...

Inipun nasib baik boleh pergi, ikutkan cinta hati dah tak nak pergi risau Hamza naik bukit tinggi la, naik kabel car la, nanti angin kuat la, macam2 lagilah... pitam... kebetulan ini adalah lab trip patik, maka patik suka sangatla dengan trip ni yang memang kebetulan di saat nak pergi... tercapai hasrat hati ini eceh... dush!

macam biasalah pemandangan sewaktu perjalanan, letak satu je. Nak tengok yang lain boleh ke link kat atas k.. lebih kurang aje scenery nya...

tido je sepanjang perjalanan... i likeee... boleh mama Hamza ambil gambar hehe...

tatkala menulis entri ni... uwaaa rindu dengan gate ni dengan pokok tu semua-semua lah... sobs

hotel tempat kami menginap... dah peram lama sangat sampai lupa nama hotel ni, ampunn...

check in terus boleh masuk bilik... solat etc...

the ropeway...

beratur nak naik ropeway... muka Hamza blue je... kat mana la mama papa nak bawa hamza ni ye hehe...

the view... 

stop yang pertama... rehat jap kat sini sebelum naik ke puncak...

beratur cable car yang kedua...

nasib baik naik dengan sorang mamat ni nak main ski... dan dia dengan baik hati ambil gambar kami.. macam biasalah, Hamza mana nak pandang kamera...

i love this view!

dah sampai atas... mula2 elok je cerah tapi tiba2 angin kuat dan semua orang kena masuk dalam dan tak boleh tengok juhyo lagi... nasib baik ada rezeki kami...

rindu juhyo...

dua orang pakcik baik hati ambil gambar kami siap suruh gerak kiri kana hehe... comel! arigatou pakcik baik!

jom turun... walaupun seketika it was a memorable moment with anakanda...

bye2 juhyo...

bergambar di hentian pertama...

we went up to 1661 m... yatta ne Ken chan...

sunset... time for shower and dinner with my labmates...

semua orang geram dengan Hamza esp dua orang ni... nasib baik anakanda ok je didukung oleh my labmates... dah biasa kat baby sitter kut...

dua orang ni kalau jumpa mesti cakap pasal kuruma (kereta)...

my cool sensei and anakanda, nilah satu-satunya gambar sensei dengan anakanda... i will treasure this and show it to Hamza bila dia besar nanti... verangan tak hengat... haha...

p/s: ceritera shawl...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails