Dah beberapa hari tak berupdate. Dah mengadap depan pc, nak karang ayat. Alih2 tertidur. Selalu je macam tu. 2-3 hari lepas memang waktu malam je yang agak free. Dah 3 hari juga cuba menghabiskan entri ni haha.. punyalah lama. Baru balik dari tempat kurang sejuk di selatan Sendai. Bila balik sendai uwaaaa sejuknyaaaa. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Walau tak dapat pergi semua tempat yang disenaraikan, namun tetap enjoy. Ok back to "orang sebelah".
Setiap kali ada eksperimen di katahira saya mesti tertanya-tanya. Dinding pemisah antara bilik sangt nipis dan ada sedikit ruang udara di atas (macam pelem P ramlee yang ada dialog "oi orang sebelah" tuu). Adakalanya co sv saya mengeluh dan geleng kepala. Orang sebelah ni kumpulan komputasi. Tak libatkan bahan kimia dan eksperimen. Maka kebanyakan kerja mereka ni depan pc ajelah. Co sv saya ni agak independent dalam research, hanya ada bilik yang saya guna sekarang ni je yang masih punya ruang untuk letak alat eksperimen beliau dan dia ada beberapa alat melibatkan lens dan laser. Ada satu alat ni sensitf dengan bunyi sgt bising serta pergerakan atau gegaran yang kuat (alat yang saya guna). Orang sebelah selalu borak dan makan-makan. Makanan kan biasanya kalau jenis bergoreng/ berminyak etc tak elok untuk alat co sv tu. Nak tegur nanti nampak macam jiran yang tak peramah pula.
Paling tak tahan asyik borak aje depa ni. Maklumlah buat keje depan pc je kan. Kalau tutup pintu gedegang, uish ganas jugak. Bila gelak ketawa ya ampun kuatnya heheh. Masa ni suka tengok reaksi co sv sebab dia akan geleng kepala sambil roll the eyes hik2 tanda geram dan menyampah agaknya.
Disebabkan jiran sebelah ni begitu "fashion"nya maka patik mulalah berimaginasi. Macam mana ye rupa dan gaya orang sebelah ni? Tiba-tiba pulak kan? Adakah mereka comot sebab asyik makan je. Adakah muka mereka happy go lucky sebab asyik ketawa je. Entah apa yang diborakkan. Kalau pera-pera nihongo dah lama saya faham agaknya (angan2 tak agak2 haha). Bukan kah ada pepatah "don't judge a book by its cover". Dalam keadaan macam ni boleh ke consider tahu isi tapi tak tahu cover. eh mulalah nak melalut tu.
Beberapa minggu kemudian, pada waktu lunch, seperti biasa saya akan makan di meja di luar bilik eksperimen. Meja bujur seperti meja meeting di tepi tingkap. Sambil makan sambil tengok pemandangan. Sedang khusyuk suap makanan tiba2 berduyun manusia datang. Berapa orang lelaki. Muka skima, baju kemas dan stylo. Macam model. Tapi muka serius je. Salah seorang dari mereka nampak agak matured dan berumur. Saya hanya tunduk hormat. Dia menyapa "konnichiwa". Semua pun duduk di meja tu (sebab kawasan umum, sesiapa pun boleh duduk). Yang lelaki lain buat tak tahu je, bila yg senior tu tunduk dan ucap konnichiwa baru yang lain ikut sama tunduk juga.
Mereka pun makan bento yang dibeli di coop sambil borak-borak. Bila dengar je macam, "eh macam kenal je suara2 dan gelak ketawa sebegini. Orang sebelah ke ni?" Getus hati kecil ku (bajet cerpen ke?). Tapi macam tak logik sebab mereka suka makan dalam bilik. Bila dah habis makan, saya nak kembali ke bilik eksperimen dan ada beberapa dari mereka siap awal lalu berjalan mengekori saya. Sekali tengok, mereka masuk bilik sebelah. Laaa patut la macam ku kenal je suara tersebut...
Bila saya tanya co sv dia ada bagitahu yang dia telah menegur orang sebelah bab2 makan ni sebab dia nak jaga alat2nya yang mahal itu. Maka mereka terpaksa makan di luar bilik. Hehe kasihan, tapi yang part bising tu co sv tak tegur la.. adapt ajelah. Manusia ni pelbagai ragam.
Terasa sungguh skima entri ini haha... ok nanti story mory lagi...
23 comments:
Jangan concern sangat dgn org sebelah tu ye.. awak tu mengandung.. heee..amit amit jambang baikkk..
sbb tu la lbih elok terus terang kan ;)
macam ku kenal jer suara itu..oh!! rupanya orang sebelah..patotlaaa..sometimes wonder juga bila dgr suara camana la rupanya.
hahaha..lucu la kak hanis ni.. siap dok imagine lg.. ;p
hehehe ijah pernah jgk kdg2.. nk update satu entry pun makan masa berhari2 heheheeh
terhibur baca entry ni. ayat-ayatnya best! ala-ala skema tapi tak skema pun ^_^
jiran sebelah tu..org M'sia ke?
muko skema tp gege deh...ore pun kade2 tension jugop dgn budok2 dlm lab ni sbb meme klu bual derah..lab ore pun meme jenis wat kijo depe pc jah
kelakar part adekah diorang comot sbb asyik makan je..heeee
patut la lama nak siap entri ni.... macam cerpen daa... tapi moral of the story ni memang best laa... kisah jiran yang bertoleransi.... macam cerita masam-masam manis la hanis... haaa3x
Gakusei dia ke atau staf? Betul la kan byk ragam org ni. Hanis sihat ke? :D
first time tgok entry kak hanis takde gmbar! hihihi selalunye banyak gambar! :D
naib baik die tak campak barang kat org sebelah mcm cerita p ramlee tu..
masam2 manis.. =)
ingatkn orang sebelah yang mana..huhu
buat la mcm filem p ramlee tu,baling kulit pisang kerrr..hahahahha
Salam Hanis,
He.he.he macam2 ragam manusia ni kan Hanis.....
buat dunno ajer udah hehehe
kalau co sv lagi tua mesti dia respect punya kan..
rest when you have time to, kak hanis!take care!
manusia...pelbagai ragam ado...
kalau dah namanya orang sebelah..mesti akan terganggu jgk even kita tak nak ambik tahukan??
har3... lawaklah kak hanis... buat karangan depan pc terus tidur... hehe...
ragam2 manusia memang gitu... ^^
HEHE.. orang sebelah 2x.. tak kisah la dema nak buat ape ye, yang penting jangan K.E.N.T.U.T sudah hehe
\\( ^_^ )//
"konnichiwa" kak hanis ^__^ bajet nisa orang sebelah tu juga.. hihi..
kak hanis try la ketuk comel comel kat dinding tu, bagi diorang faham.. tu pun if diorang faham.. hihi..
Post a Comment