Showing posts with label Sendai. Show all posts
Showing posts with label Sendai. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Today is my...

Today is my convocation day (25 September 2013)... berkonvo dari jauh jela nampaknya...versi alam maya dan versi di awang-awangan haha... Memang tak dapat nak pergi kerana urusan kerja... takpelah tunggu sijil ajelah.. tak merasa pakai hakama wuwuwu...

Beberapa bulan sebelum balik ada event kat international centre... boleh pakai kimono bayar 200 yen eh.. ke 300 yen... lupa pula patik. Ala 200-300 yen tu macam 2-3 hengget jela nilai dia kat sana. Tak mampu nak sewa kimono atau hakama yang kat butik tu, yang versi murahan ni pun jadilah... saje je ambil gambar sebagai kenangan sebab macam dah jangka tak dapat pergi konvo wuwuwu... scroll pun pinjam junior punya haha... sebab masa tu cinta hati pun belum convo...

 anakanda kenhamza... i love this shot... thanks to hasben kak ani, omar... atau pit panggil omaq (versi kedah hikhik)

 di perkarangan international centre...

my forever love... till jannah... aminn... i love u love! 

 Hamza comot hehe... geram betul kat dia masa ni... asyik nak turun merangkak je... masa ni suka sangat cubit pipi dia yang tembam... even until now, walau dah kurang sikit tembam tu hehe...

 dapat pinjam satu je scroll terpaksa la bergilir pegang... bila dah sampai my scroll nanti kenkonon nak ajak cinta hati bergambar lagi, tapi paham2 ajelah my love tu mesti dia tak nak wuwuwu... sadis i... takpe akan diusahakan versi pakai baju melayu and baju kurung plak hik2... (berangan tak hengat).

 mama papa je tengok kamera hikhik...

oh bambam... thank u to you too darling!

waktu tu yuki (snow) turun rintik-rintik, haha istilah sendiri... it was such a memorable day... i miss sendai so much!!! i miss my sv, my lab... semua2 la huhu... kalau ada rezeki nak run sample kat sana, boleh la berkunjung ke sana lagi.. one fine day... insyaAllah...

Happy graduation to all Tohoku University students!


Thursday, September 12, 2013

Sushi with our dear friend...

I was totally surprised when suddenly my love said to me "jom beli tiket kita pergi jepun, rindu..." Gosh... i never thought that he will say like that. Ha hari ni cakap london u haha... Tak sangka la cinta hati nak rindu-rinduan. Of course la patik memang sangat rindukan sendai, rindukan suasana, dan pengalaman di sana sentiasa terimbas kembali. owh, kenapakah ayat sangat skima gaban. Waktu en suami cakap tu dia berada depan tv, tengok perlawanan bola sepak secara langsung antara pasukan Jepun dan alamak tak ingat la... sambil cakap "nippon nippon"... rindunya... sambil pandang pada saya... err harusla rindu tapi nak buat macam mana kan hehe...

ni entri cerita baling kebelakang (throwback haha)... beberapa hari sebelum balik ke tanah air labmate my love ajak dinner kat rumah... dinner sushi. Sambil tu nak tengok anakanda Ken Hamza.
makan sushi di rumah mr and mrs H-san

semua my love suka, patik pilih2 jugak hehe... 

my love and H-san, my love cakap dia sangat2 pandai... dan dia banyak bantu my love during his study...

mrs. H, Hamza and me... umur dia masa ni paling la yang best jaga... ken hamza @ 9 months

Hamza tak makan pun sushi tu sebab mama dah bawa bekal hehe... H-san siap beli soy sauce yang boleh dimakan (yang tak ada alkohol).

buat macam rumah sendiri je... pitam...

apa cerita la mereka sekarang... hopefully they are doing fine... rindu kawan2 nihon dan rindu nihon jugak... huhu...

special gift from H-san to all of us... thank you so much for everything...

saya dan cinta hati tak makan pun sushi kat mesia, satu sebab tengok harga nak pengsan, keduanya mesti tak sama dengan tempat asal usul sushi yang lebih fresh n yummy...


Saturday, July 20, 2013

Takut dengan jumperoo...

Ini pun basi jugak hehe... (entri tersadai, nak buat cemano haaa). Jumperoo ni super duper special sebab gift dari geng Sensai IrydPitt. Siap surprise baby shower lagi (boleh baca di ENTRI INI). Mama Hamza ni memang tak sabar nak letak Hamza atas jumperoo. Tapi ya ampunnn Hamza takutttt sangat dengan benda ni. Dia tak confident, tiap kali naik jumperoo nak kena teman main sama2 kalau tak pasti menangis meraung.. adoiiyaaiii... selepas seminggu ke dua minggu, adehh patik dah terlupa la pulak... barulah dia ok itu pun ada sedikit extra cautious, dia bukan jump2 pun dengan jumperoo tapi pusing2 je, haha sabar jelah... lama sikit lepas tu baru la jump ala shy2 cat. Sebab Hamza takut hehe.. aduhai anakanda...

comel tak kasut bumble bee saya? dalam rumah pun nak pakai kasut ish... gedekiah la mama Hamza ni kan hehe, nasib baik musim sejuk waktu tu so ada alasan la nak pakai kasut :p

Hamza banyak main mainan skeliling je... tapi oklah boleh mama buat kerja waktu tu...

Tiba2 teringat zaman Hamza muda mudi dulu... uwaaa cepatnya waktu berlalu... sekarang dah setahun sebulan...

One fine day patik nak story mory tentang Hamza yang terkini tapi adakalnya susah betul nak ambil gambar sebab tak duduk diam huwaaa.... tak sempat nak tulis d entri patik upload di instagram aja sonang hehe...


Thursday, July 18, 2013

Asari rice...

Basi... ha ah ye... cerita basi haha... tengah belek post2 yang tak sempat dipublish waktu dahulu kala. Zaman Hamza muda mudi lagi. Eceh... Dan tentunya zaman masih di Sendai... haishh duk telek2 gambar lama ni teringat sangat2 kat Sendai. Tapi dalam duk teringat tu takleh lawan dengan fefeeling indah tinggal di negara sendiri.

masa ni Hamza umur berapa bulan eh? patik lupa la, haha itulah akibatnya lama sangat peram entri... tapi rasanya dia masih belum makan waktu ni (meaning less than 6 months)... sempat lagi bisikkan pada anakanda, be a good boy ye Hamza, mama papa nak mamam, hehe... Ketika itu (eh ayat drama) kami berkunjung ke Otooya. Pernah story mory di SINI.

Kali ni nak share menu nasi asari. Tray makanan dah sampai, dalam bekas tu ada asari rice. Nasi yang dimasak bersama asari.

inilah dia asari rice dan juga sup tofu dengan telur dan sayur... yummylicious! patik tak tahu la nama BM asari ni huhu ampunn... macam geng2 kepah lala je... (rinduuu tofu kat sana uhuk2... eh tetiba)

pencuci mulut ice cream beserta buah verangan... i likeee buah berangan! tapi berangan sira dia macam tak mengancam sangat la huhu...

Nak publish siang tadi tapi kan ke puasa... ada yang kena sound nanti...so scheduled publish la nampak gayanya...


Wednesday, July 17, 2013

Surprise... surprise...

Who doesn't like surprises? I do! A lot! Tapi benda yang kita suka ni lah kita jarang dapat, kan?... once dapat it will be most appreciated. Ye tak? Tatkala menulis entri ni mood ke laut, bimbang apa yang bakal diketahui selepas check up nanti. Patik ada appointment dengan doc hari ni. Kes batuk yang tak hilang2 for almost two months rasanya. Entahlah selesa menaip di sini berbanding di FB. tak tahu kenapa... 

Oh well berbalik pada kejutan istimewa dari rakan sendai sewaktu viva patik baru2 ni. Su (we used to call he miss panama hehe) texting me, nak jumpa kat rumah Kak Nik sebelum bertolak ke Kirara Suhi bersama-sama kuncu lain. My love and i were fine with that, lagipun dah lama tak ke kaikan, the place we used to lived for almost 3 years... owhh rinduuu... eceh mula la nak jiwang ni.. Sampai tu macam biasa la borak2, makan2... kak nik cooked something untuk alas perut. Memang saya tak terfikir apa2... tengah khuysyuk berbual... tiba2 terdengar suara mengucapkan tahniah and i saw Kina holding a cake with a card on it. Terus berdebar dan melting at the same time... huwaaa nak nangis boleh?

 
siap sesi potong kek lagi... ya ampunnn... rasa macam birthday girl pun ada... encik baju hitam kat sebelah kiri patik tu, I love u love! eh sempat pulak haha...

kad, beserta ucapan... yummylicious cake made by Kina and d gang... Thank you so much semua! Rabu-rabu uols!

anakanda yang asyik pandang je kek tu lepas tu menjerit minta disuap... haish banyak jugak dia makan, suka makan kek macam mama nampak gayanya Ken Hamza ni...

The next day, a surprise visit from Ami and family... yeayy boleh jumpa princess Aisha Khayra... Ken Hamza bukan nak mengelak dari Khayra tapi memang dia duduk senget sejak diletak atas stroller lepas tu duduk statik macam tu je haha... tak excited langsung jumpa kawan...

and then we went to the mall for dinner, Hamza tidur pulak masa tu, Ami and her daughter, Khayra dan paling kanan tu Kak nik and her daughter, Zarin...

tunggu queue nak makan... terima kasih sudi datang dari Yonezawa dan belanja makan lagi ha... thank you so much guys! nati jupo rayo deyh (hehe cakap bahasa ibunda plak)...

Di airport pula... surprise visit dari Ayu pemilik blog ladychenta... tercapai juga nak tengok ayu and her "tummy"... masa ni Hamza excited jumpa abang Adam...

Terima kasih gojess mama... siap bawa pressy lagi untuk Hamza... weee... arigatou, Hamza loves it!

the boys... 

our last japanese dish di jepun, huhu sedihnya.. nasi, salmon, ikura (telur ikan) and some typical japanese side dish, ampunn tak ada gambar. Sigh... it wont be the same eating japanese dish here i guess...


Apapun, yang penting  i had such wonderful memories at sendai, geng sendai yang always superb and the best part, dari awal hingga akhir pengajian, i always have my love and along the way i have my son... syukur alhamdulillah...

p/s: uwaaa sedihnya episod Kisah Cinta semalam, kenapa Lea tak nak seek the truth? (eh tetiba).

Tuesday, July 9, 2013

Owari dan IAD...

Pheww... sapu dahi... alhamdulillah, syukur pada mu Ya Allah... akhirnya tamat jua walaupun second viva aka final viva tak selancar seperti yang patik rancangkan. Namun alhamudulillah syukur sangat2 dah lulus pengajian! Tunggu surat, sijil etc in 1-2 months time. Tak dapat nak gambar perasaan patik ni. Terima kasih tak terhingga buat sensei patik, sensei2 lain, juga insan tersayang dan kawan blog, eceh tetiba buat ucapan pulak kat sini haha... Patik tiba di jepun to be exact haneda airport 11 pm plus pada 25 Jun 2013. Keesokan pagi terus bertolak ke Sendai dengan shinkansen (bullet train).

Sampai je sendai terus check in hotel Toyoko inn. Pergi sewa kereta dan patik terus bergegas ke lab. Jumpa sensei dan geng lab, malam balik hotel, makan dan buat persediaan apa yang patut. Dengan badan tak sihat, batuk2 yang dah lama berlarutan (dah berjenis ubat makan, sampaikan antibiotik paling kuat pun dah telan namun keadaan masih sama), dugaan sungguh tapi semuanya harus diteruskan.

 Mujur anakanda lena awal, behave la jugak haha... sebab asyik cakap kat dia, be a good boy mama ada exam, i dunno whether he understands it or not haha... of course mata tak boleh nak lelap, praktis pun macam banyak benda tak puas hati rasa blur pun ada... mixed feeling yang tak dapat patik lakarkan di sini... dush!

 Lepas dah selsesai semua urusan anakanda, jam 9 am bertolak ke lab, tak boleh nak senyum pun. Itu yang cover dgn hp hikhik... berdebar tak hengat, viva jam 11 am.
Sampai je lab, baru baca email sensei yang patik kena print tesis untuk panel yang hadir. Ingatkan print power point je... adoii gelabah betambah berganda gitu kan... namun ada yang membantu. Sensei pun tegur, dia tahu patik tak sihat. Masa defend pulak time qna ada satu soalan ni prof tny lain patik jawab lain sampai kena tegur dengan sensei haha sabar jelah... paniks panikss aduiiyaaii, tapi apapun kelegaan yang teramat selepas tamat viva tu... nak pitam pun hado ha... stay di lab selesaikan urusan etc...

 balik je hotel terus cari anakanda yang sedang khusyuk main berus gigi... apakah? haha... sekarang dah tak nak pandang kamera, susah betul nak tarik perhatian anakanda... waktu tu lantas berbisik "yeayy, yatta... owari dayo" (owari=tamat, finish dan yang sewaktu dengannya).
Keesokannya pergi lab selesaikan urusan, isi borang etc... hanya ada sehari je di sendai untuk berjumpa rakan2 dan cari barang yang dikirim... memang packed sangat jadual (walaupun dalam hati verangan nak pergi sana sinun semuanya terkubur begitu sahaja uwaaa pasrah ajolah).

 sempat jumpa princess Khayra yang super duper comel! Tq Ami sekeluarga sudi datang sendai... 

 hari terakhir di sendai.. gambar masa nak pergi breakfast, anakanda belum mandi lagi haha...

 sampai di tokyo station, ambil cab ke hamamatsuchuo station sebab tak larat nak heret bag yang agak banyak (bawa balik barang saki baki di sendai, buku etc)...

 gambar Ken Hamza di Haneda Airport waktu balik hari tu 29 Jun 2013... kut2la ada yang rindu (eceh tak menahan!)... suka sngat cakap sambil muncung2.. entah apa yang ingin diberitahu... mama tak faham la Hamza... oh tak lupa buat ayu ladychenta yang sudi hadir jumpa i, ahauww... i loikee tengk ayu yang berseri preggy 2nd baby... semoga semua berjalan lancar beb... gambar takde plak nak upload, maybe in my next entry...

 my shayang2 (cakap pelat la pulak haha...) suka cakap tatata sambil tangan lambai ala princess diaries, ish penangan mama Hamza yang suka tgk citer pwincess ke ni? pengsan!


Owhh bercerita pasal IAD, yess... IAD u knoww hehe... Istanbul Aku Datang... Patik ketinggalan jaman okeh, baru je ada peluang tengok. And of course tengok seorang diri. Jiwang2 seorang diri uhuk2. My love mungkin tertidur 5 minit sejurus filem ditayangkan huhu... kalau bab filem romantika, fefeeling sorang2 ni bagi kat i la... not his kind of movie... Nasib baik ada my niece (along) who gave me this movie. Love it to the fullest! Ingatkan dah takde movie yang setanding BMBP (bawang merah bawang putih latifah omar) dan juga puteri impian where i can watch all over again tanpa jemu, hafal dialong remember most of the scenes and so on. Tak jemu tengok lagi setakat ni. Bagi patik cerita ni best sangat!

 Kecomelan Lisa surihani tu ya ampunnn tak menahan! Memek muka masa tulis blog, seriously comel! yang gambar atas ni pun super duper comel, bila kena paksa cari rumah haha kesian, baru je sampai istanbul. I am never a fan of tomok dan juga kumpulan apa tu new boyz eh? masa tu tak faham kenapa ramai sangat minat tomok. Naik pengsan dibuatnya, tapi itula taste masing2 kan. Tak sangka lakonan tomok not bad, showing off his romantic side (amboii ni ruangan ulasan pelem kew?)

 Siap goyang kepala tangan bagai! suka nya watak lisa dalam ni haha... sebab kadang2 patik ada jugak bermemek2 muka macam ni esp dengan my love, time writing pun hado. Tak dapat penuhi keinginan mula mencebik sendiri (belakang my love la) kalau depan2 mau kena laser haha...

 comel jugak time ni, jumpa maggi asam pedas ok, haha... ahh tengok movie ni macam terus nak terbang ke istanbul! i wish!

Adoii macam budak2 kan haha... terserlah keremajaan diri ini ahauww... remaja remaja jugak, esok puasa ok! patik pohon ampun maaf, selamat menjalani ibadah puasa buat semua...
 buat renungan semua...

jap lagi ada meeting curi masa waktu lunch ni... shawl patik dalam entri ni dari purdypetals... will story mory more about shawls... i loikee...

p/s: xoxo publish... haha...


Tuesday, April 23, 2013

One fine weekend...

Masih lagi di entri tertunggak... waktu ni Hamza 4 bulan kut...Biasanya weekend di sana terutamanya hari ahad cari barang rumah, barang Hamza lepas tu singgah makan di mana-mana. Owh i lurvee sunday. Sekarang dah balik bekerja, sudah tukar jugalah... weekend pada hari jumaat dan sabtu. Masih dalam keadaan menyesuaikan diri... eceh menyampah haha...

di hadapan kedai... tak tahu nama... it was in Aeon Natori...

our dish... mine gambar atas, my love gambar bawah... 


my fav dah tentu dessert haha... nak kata tak rindu kat sana bohonglah kan... tapi rindu yang beria-ria tak jugak sebab dah set awal2 kat sana hanya sementara, cuma kalau ada peluang untuk mencari pengalaman lagi pasti patik tak lepaskan... mungkin di negara sama atau negara lain? adehh belum apa2 dah berangan nak buat post doc haha pengsan!

p/s: dah lama tak baking...



Thursday, April 18, 2013

Little diary...

Ini adalah entri tertunggak, eh eh boleh pulak ye, macam bil tertunggak aje ha. Dah lama terperap tak sempat nak update.Gambar terbaru mungkin di entri akan datang. Yang dalam entri ni Hamza zaman muda, rambut pun jarang2 lagi haha... masa ni masih di Sendai.

Ni untuk bacaan@tatapan anakanda bila besar nanti, eceh verangan gitu. Tak pun angan2 kedua adalah... pada suatu hari seorang "awek"(awek tu) menghampiri Hamza dan cakap, "eh lambat ye awak tumbuh gigi masa baby dulu." Hamza terpinga2... getusnya, eh kok gimana sih dia bisa tahu (haha boleh pulak cakap bahasa lain eh, apa ingat ini sinetron?) "Saya tahu sebab saya ada terbaca di blog mama awak." sambung awek itu lagi. Aduhai, apa ingat glam sangat ke blog hana sakura ni sampai ramai pembaca haha... pitam! Berangan tak sedar diri namanya tu hihi...

27 Sept 2012 lebih kurang jam 9.30 pm Hamza made his third attempt untuk meniarap. Awalnya tangan tersekat (as usual) lepas tu my love betulkan tangan dia, tapi dia bounce back pada posisi baring. Both of us gelak sebab lawak muka dia masa tu. Sekali dia meraung punya la kuat, sama ada terasa mama papa dia gelak atau gelak kami tu terkuat makanya jiwa sensitip dia sedikit terkejut. Tapi rasanya tak kuat pun gelak2 biasa aje...


nampak penat anakanda dek berusaha bersungguh2 nak main remote tv hikhik....

the next day bangun tak mandi lagi terus nak meniarap...

Progress Hamza ni biasa2 je, tak cepat pun... tapi at least ada progress la... 2 November 2012, Hamza dah boleh mengesot ke depan... 13 November 2012 Hamza dah boleh pusing 180 darjah, angkat punggung macam nak merangkak tapi tak bergerak pun... action je lebih haha...

 20 November 2012 for the first time bila saya cakap Mama oide (come to mama) dia hulur tangan nak pergi dengan mama... berbunga2 hati i, u...
03 Disember 2012 Pertama kali dia makan jari kaki dan habiskan his first porridge!
06 Disember Hamza dah mula meniarap dengan lincah di mana2 pada bila2 masa... sebelum ni time dia rajin je...
10 Disember 2012 genap 6 bulan Hamza dah boleh duduk... (org kelantan cakap duk congok)

Hamza suka baca buku sebab mama dia baca siap dengan suara menjiwai watak gitu kan... masa ni balik je dari rumah baby sitter terus pegang buku sambil jerit geram... bila dah baca baru dia senyap... adoiii

salah satu mainan 100 yen shop yang digemari Hamza... maaflah anakanda mama papa beli mainan murah2 je haha... mahal2 bukan Hamza nak main sangat pun, sibuk nak berebut remote, nak main mug, pinggan, paper cup etc...

27 Februari 2013 Hamza mula merangkak...

04 Mac 2013 Hamza mula pachi-pachi (aka tepuk tangan). Bila cakap pachi aje terus dia buat aksi pachi sambil senyum... tapi sekarang tak senyum dah dia pachi aje...

Tak catat tarikh terkini... tapi waktu 9 bulan Hamza mula berdiri... sekarang bila dah 10 bulan asyik nak tolak kerusi atau kotak atau apa2 tempat yang dia boleh berpegang. memang kena berjaga2 takut jatuh. Nasib baik time merangkak dan jumpa benda dia jenis tak masukkan dalam mulut. Cuma yang harunya... bila dia main pintu ke, sliding almari ke... dia akan jilat kat mana2 yang dia rasa berkenen... haha, nak tahu rasa best ke tak kut... pastu bila tarik dia akan marah, kuat protes betul sekarang ni... tak dapat apa yang dia nak, bising aje... nanti ada masa patik nak rekod pastu tunjuk time dia besar nanti hik2...

anakanda Ken Hamza... will you read about this one day?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails