Saturday, March 24, 2012

Unten menkyushou...

Macam best pulak sebut perkataan tu? Senang tak nak baca? Dulu masa pertama kali dengar "haa.. unten nani(apa)?" Sekarang dah ok hehe.

unten = pandu/drive
menkyushou = lesen/license
maka ia membawa maksud lesen memandu

Waktu renew lesen jepun hari Isnin lepas, en suami berkata sambil merenung ke arah unten menkyushou-nya... "kalau kat malaysia kan senang, pergi je pejabat pos, cakap nak renew berapa tahun." Sekarang di malaysia masih sama lagi ke? atau dah lain cara renew lesen?. (soalan macam dah menetap kat jepun ni 10 tahun hehe. Lagi satu nak tanya ni, boleh ke orang lain tolong renew-kan lesen kita eh?

Ok berbalik pada ceritera asal. Ada dua waktu untuk register 8.30 pagi dan 12.30 tengah hari. Kami pilih 8.30 pagi. Uwaa sejuknyaaa pagi2 buta dah kena keluar dari rumah. Sampai tu terus ke kaunter 34 sebab saya nak renew awal dari tarikh asal (kalu ikutkan tarikh tamat, masa tu tengah pantang). Lagi pun kalau buat sekarang takla seorang diri kerana bertemankan cinta hati.

Selesai di 34, kena beratur di kaunter 1 pula. Bayar 4250 yen tiap seorang. Kemudian ke kaunter 2 untuk fotostet. Lepas tu isi borang dan beratur semula di kaunter 34 serahkan borang dan lesen lama. Tunggu nama dipanggil untuk ambil gambar yang akan diletakkan pada unten menkyushou baru nanti.

Booth untuk ambil gambar adalah dari bilik 13-15. Selepas nama dipanggil kena beratur dan semak kertas yang diberi, jika ada kesilapan pada nama, alamat etc, sila maklumkan pada waktu tersebut.

Dah selesai "photoshoot" kena naik tingkat 3 untuk dengar ceramah selama 2 jam. Pengsan! Dah la dalam bahasa jepun. Berapa peratus aje faham, tapi angguk2 aje buat2 faham. Aci tak? Penceramah tu sangat la skima gaban. Selepas 1 jam. Dia bagi waktu rehat 15 minit tapi lagi beberapa minit sebelum tu dah panggil masuk. Siap cakap masa tinggal 58 saat lg. Kebetulan saya baru je beli air cocoa panas kat vending machine. Takkan nak buang, huhu. Suruh en suami masuk dulu lepas tu cepat2 saya habiskan air tu. Bila saya masuk semula ke dalam bilik ceramah, en penceramah tu pandang je, nak tak nak buat dono ajelah hik2... orang kata selamba badak. (kenapa badak?)

Selesai ceramah, datang seorang staff memanggil nama peserta seterusnya diberikan menkyushou yang baru. Yeayy dah dapat lesen penuh.
IMG_0725
Perbezaan menkyushou percubaan dan penuh adalah dari segi warna. Kalau sebelum ni warna hijau. Kali ni warna biru. Yang lain2 tu tidak la pulak patik ketahuan. Perasan tak tahun tu bukan yang biasa. Dia guna sistem Heisei. Tahun ni 2012=Heisei 24. Sepatutnya setiap kali renew dapat 3 tahun, disebabkan renew awal maka penalti potong setahun. Err abaikan gambar latar belakang otomen pada fail tu hehe...

Semalam tiba2 yuki memutih kat luar rumah. Padahal dah penghujung Mac. Nasib baik hari ni dah cair. Mesti kat tempat lain macam Yonezawa dan Morioka berganda2 lebatnya...


39 comments:

amirah said...

ui..strictnya nak renew lesen pun jadik camtu ek..comey ibu peknen ni..huhu

Rohani Hashim said...

nak renew lesen kena dgr ceramah jugak ker? mmg strict. brsyukur la kat malaysia ni tak payah mcm tu. itupun ada lagi yg bleh tak igt nk renew lesen...

Amie said...

Nak tergelak pun ada...mula2 baca unten tu....macam bahasa jawa pun ada...rupanyanya drive.

Nieda said...

\Bolehlah Hanis , kalau nak renewkan lesen ada juga suami akak tolong buat. Tak dak masalah.

Siti Aisya mzm-fc said...

comey ..tembam hehe.. bilo nok balik mesia?

Unknown said...

susahnye renew lesen kat negara org..

p/s: buleh jah kak ore lain tlg renew lesen.. sero laa.. hehe ;p

eh tau dop? tau dop? mirah bleh kijo doh..kat selangor.. sile check entry lepas2 untuk cerita terperinci..ekekeke.. ;p

wida said...

nasib baik lah kat malaysia ni tak kena dgr ceramah cam tu yer..bosannya. tapi ada bagusnya jugak..untuk beri pengajaran, dah lah kat m'sia ni statistik kemalangan tu tinggi.

kat m'sia boleh jer kalau suruh org lain renew-kan hanis, wat on9 pon boleh..senang. skrg ni diaorang renew ikut besday's date kita..kes banyak rkyat m'sia lupa nak renew lesen..termasuk lah wida ni..hiks

Amie said...

Hanis,
tak tahu ada ke tidak perkataan tu dalam bahasa jawa, tapi pernah dengar perkataan 'mboten' dalam bahasa jawa halus yang bermaksud tidak.

Unknown said...

bila la kak mas nak p amik lesen, nak buat tapi selalu x sempat

me suya said...

ouch sgt strict kan.. kat mlaysia boleh je kirim kat org lain renew lesen.. hehehehe kaka hanis makin gebu.. seri pembawakan baby.. suka nengok

نورعيم said...

wahh kak tu buleh lesen doh. hihi. pahni buleh la gi jale2 lg dop? huhu.

kak dok brapo lamo lg jepun? (tanyo mace nk gi jepun jah. haha.)

hanim said...

Nak renew license kena dengar ceramah, hmmm rasanya ada kebaikan jugak kalau praktik kat Malaysia biar beringat2 ngn undang2 jalanraya tapi alamatnya ramaila yg x renew sebab x nak dengar ceramah. Memandu hati2 ye Hanis.

Chekgu Azrine said...

dah macam anak jepun dah akak tgok sis dalam lesen memandu tuh.. hehehe... chomel jek..

aisha said...

salam perkenalan,

kann ..klu kt jpn ni mmg semua ye strict...oo dr tohoku dai yek..rindu ye nk gi tohoku, dulu husband study situ...:)pasni leh drive kay..anyway take care :)

aisha

whitecappuccino said...

banyaknye pulak proses nak renew lesen kat sana yer? kaknor selalu suruh suami jer gi renew.

CikUna said...

hehe.. unten.. Una punye unten pun renew 5 tahun sebab musabab pemalas nak asyik g renew2 je.. hehe

** Take Care ya Preggy Mom.. wuuu Cute.. tetiba teringin.. eceh..

Unknown said...

japan memang straight bab lesen ni kan? my sensei bagitau nak ambil lesen di jepun sangat mahal fee nya.. btl ke? tapi kereta kat sana sangat murah.. masalahnya kalau didapati mengakukan kesalahan memandu lesen ditarik balik.. ekk?

agak menarik pada zuan style jepun ni, sebab orng akan lebih sayang lesen mereka selepas itu, dan drive behavely :)

Mia Adriana said...

dui, payahnye nak barukan lesen pun. kat Malaysia jugak senang. hehe 4250 tu berapa RM?

Anonymous said...

Blogwalking sini! ♛ Mr.Ix ♂ komen ..yoroshiku!! ║
orang jepun/korea mmg pentingkan masa kan....

mama ju said...

Salam anakanda

Oh susahnya.
Ada masa add june Rahim Yokohama tu, bolehlah kenal2. Boleh tau akaun fb?

Umie Naziera said...

renew lesen pon kena dgr ceramah jugak??dermm!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Sbb tue kt sini jrng accident teruk2 Mcm kt mesia tu
Sbb rule dia mmg ketat giler
Ai x renew lg Hjng thn nnt

*mode nk sabaq nk peluk cium muah3x ngan u ni*

Unknown said...

asal gambar license tu ada gambar otromen pulak?hahah XD

lesen pun mcm citer power rangers...heheh...setailo la!heee~

Kak Mahh said...

Renew awal pun kena penalti.

Ain said...

kat mlaysia...renew leh spe2 tlong uat kn kt JPJ...nyo rm60...gambo anto jew yg pastport unyew...kejap jew die renewkn..cme konsep bru...smue lecen akn tamat pada birthday kte...haaa...sya bru renew lecen dr P kpade x de P...hiii

Ezad Skytech said...

mmg strict kat jepun ni kat..nak renew pun kena ceramah lagi....hee..

> 4250 yen tu lebih kurang RM160++ duit Malaysia..eh..yeke...hee...mahal jugak nak renew lesen kat sana ye...

man yusoef said...

owh renew awal dapat penalty ke? ingatkan dapat saguhati sbb mcm benda yg bagus kan...tak eh?

Azian Elias said...

tak pe gambar kenangan tu.. kena simpan.. hee..

eh...apap khabar baby. lama tak kunjung sini.. jiwa lara.heeee

ijayuji said...

Salam hanis! humang aiiiii! bykknyerrr prosessssssss dia! itu cuma renew ajer tu??? rasa nak fitam** kita nanti balik jepun urusan pertama yg nak diselesaikan lesen n visa, risau pasal lesen,sbb pasal visa kita tak risau sgt itu kerja suami :D lesen nak kena ambik test lagi kan? walau hanya beberapa soklan tp takuutttttttt! ehehe..

perjalanan pulang said...

angguk jelah

Hanamiko Sakura said...

rinduuuu... dengan kak hanis ^_^


hehehe... mesti kak hanis suka kad menkyushou tu kaler biru ^_^

نورعيم said...

kak hanis, husband kak hanis amek pure maths kan? before sambung phd ni husband akak kerja apa eh? lecturer eh?

ps. sory banyok tanyo sbb nok survey course.

Hanis MY said...

@amirah
dah mok mok yg amat dh skrg ni kak...

Hanis MY said...

@Nieda
terima kasih kak!

Hanis MY said...

@Noraim
aim, cik abe kak tak ambil pure maths, ada application sket, yup lecturer, loni kak dgn cik abe tgh cuti belajar...

نورعيم said...

application gano eh?

ohh lecturer. ssh dop kalu amek maths gini kalu nok kijo nnti?

Munn Jaafar said...

nak renew lesen kena dgr ceramah???? mampus..nasib kat sini xmcm tu..haha

Azmie & Vivie said...

Wow! Strict peraturan renew lesen kat sana. Nanti hani-chan bsalin n bpantang kat sana ke? Tak sabar nak tengok rupa paras aka-chan=0).

Asmara said...

simpan buat kenangan lisen tu kan. ehehe.. kat msia boleh backup kalau lesen xde. *taun lepas pernah kene tahan jpj, lesen msia boleh pulak tertinggal kat nihon(kelam kabut nk balik msia masa jishin tu (ic, lesen pun tinggal), tunjuk lesen jepun jpj lepas la pulk (kery punya).
*Yonezawa macam baru nak winter, seharian ni turun lebat. huhu..
*bila start cuti jln2 bwk tetamu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails