Showing posts with label Cars. Show all posts
Showing posts with label Cars. Show all posts

Friday, October 12, 2012

Hummer...

Patik ni kalau bab-bab kereta fail yang amat. Masa dulu2 tak ada keinginan sangat nak beli kereta apa. Biasa2 je, kalau boleh yang bayaran bulanan sikit heheh. Kereta aje pun, hik hik. Lepas kahwin banyak tahu pasal kereta dari my love. Orang lelaki dengan kereta mana bisa dipisahkan tak gitu. Ok mungkin tak boleh digunapakai untuk semua lelaki sebab ada je yang tak suka kereta tapi majoritinya memang penggemear kuruma (kereta).

Pada suatu hari, dah agak lama la... dalam kereta dari kampus pulang ke rumah. En suami cakap Peng labmate dia tu suka sangat kereta hummer. Saya terkedu. Hummer? macam hammer pun ada. My love pelik, takkan tak tahu kereta hummer macam mana? "Love, takkan tak tahu i ni buta kereta, ok." Lepas tu barulah tahu ohhooo begitu rupanya si hummer ni..

yang ni hummer versi kiut sikit, macam "resaksa" pun ada huhu.

pandangan depan... ish "ganah" sungguh nampak rupa kereta ni. Bagi free pun tak nak. eh eh ayat tak agak2 ada ke orang nak bagi kat kita kereta free?

Apa kereta idaman anda?

Saturday, March 24, 2012

Unten menkyushou...

Macam best pulak sebut perkataan tu? Senang tak nak baca? Dulu masa pertama kali dengar "haa.. unten nani(apa)?" Sekarang dah ok hehe.

unten = pandu/drive
menkyushou = lesen/license
maka ia membawa maksud lesen memandu

Waktu renew lesen jepun hari Isnin lepas, en suami berkata sambil merenung ke arah unten menkyushou-nya... "kalau kat malaysia kan senang, pergi je pejabat pos, cakap nak renew berapa tahun." Sekarang di malaysia masih sama lagi ke? atau dah lain cara renew lesen?. (soalan macam dah menetap kat jepun ni 10 tahun hehe. Lagi satu nak tanya ni, boleh ke orang lain tolong renew-kan lesen kita eh?

Ok berbalik pada ceritera asal. Ada dua waktu untuk register 8.30 pagi dan 12.30 tengah hari. Kami pilih 8.30 pagi. Uwaa sejuknyaaa pagi2 buta dah kena keluar dari rumah. Sampai tu terus ke kaunter 34 sebab saya nak renew awal dari tarikh asal (kalu ikutkan tarikh tamat, masa tu tengah pantang). Lagi pun kalau buat sekarang takla seorang diri kerana bertemankan cinta hati.

Selesai di 34, kena beratur di kaunter 1 pula. Bayar 4250 yen tiap seorang. Kemudian ke kaunter 2 untuk fotostet. Lepas tu isi borang dan beratur semula di kaunter 34 serahkan borang dan lesen lama. Tunggu nama dipanggil untuk ambil gambar yang akan diletakkan pada unten menkyushou baru nanti.

Booth untuk ambil gambar adalah dari bilik 13-15. Selepas nama dipanggil kena beratur dan semak kertas yang diberi, jika ada kesilapan pada nama, alamat etc, sila maklumkan pada waktu tersebut.

Dah selesai "photoshoot" kena naik tingkat 3 untuk dengar ceramah selama 2 jam. Pengsan! Dah la dalam bahasa jepun. Berapa peratus aje faham, tapi angguk2 aje buat2 faham. Aci tak? Penceramah tu sangat la skima gaban. Selepas 1 jam. Dia bagi waktu rehat 15 minit tapi lagi beberapa minit sebelum tu dah panggil masuk. Siap cakap masa tinggal 58 saat lg. Kebetulan saya baru je beli air cocoa panas kat vending machine. Takkan nak buang, huhu. Suruh en suami masuk dulu lepas tu cepat2 saya habiskan air tu. Bila saya masuk semula ke dalam bilik ceramah, en penceramah tu pandang je, nak tak nak buat dono ajelah hik2... orang kata selamba badak. (kenapa badak?)

Selesai ceramah, datang seorang staff memanggil nama peserta seterusnya diberikan menkyushou yang baru. Yeayy dah dapat lesen penuh.
IMG_0725
Perbezaan menkyushou percubaan dan penuh adalah dari segi warna. Kalau sebelum ni warna hijau. Kali ni warna biru. Yang lain2 tu tidak la pulak patik ketahuan. Perasan tak tahun tu bukan yang biasa. Dia guna sistem Heisei. Tahun ni 2012=Heisei 24. Sepatutnya setiap kali renew dapat 3 tahun, disebabkan renew awal maka penalti potong setahun. Err abaikan gambar latar belakang otomen pada fail tu hehe...

Semalam tiba2 yuki memutih kat luar rumah. Padahal dah penghujung Mac. Nasib baik hari ni dah cair. Mesti kat tempat lain macam Yonezawa dan Morioka berganda2 lebatnya...


Wednesday, February 8, 2012

Kamakura no pa-kingu...

Dimabil dari news juga hehe... tengah khusyuk buat puzzle, terkejut bila my love panggil tengok yuki tebal di news... terus capai kamera kat meja tu...

kamakura = igloo (nak tengok kamakura boleh ke Entri INI dan juga INI)
pa-kingu = parking (パーキング) perkataan english yang dijepunkan kepada katakana, read pa-kin-gu...

IMG_0245
ingatkan apalah yang wartawan ni tunjukkan dari jauh...

IMG_0246-tile
rupanya ada lori masuk parking di bawah timbunan yuki... (ampun gambar ada kesan flash kamera wuwuwu)...

IMG_0248
tempat parking pakcik ni dah diliputi yuki, dia tak clearkan tapi buat ruang yang muat2 aje untuk lori tu masuk dan juga untuk dia keluar dari pintu lori... erkk pengsan!

IMG_0249
melihat ke arah kamakura parking beliau, hehe... tapi patik rasa macam tak sanggup la hukhuk...

p/s: puzzle yang memeningkan...


Thursday, December 22, 2011

Yukichan dan Akachan...

Malam tadi sejuk betul nak masak kat dapur. Rasa macam tak nak duduk dapur wuwuwu. Sebab saya tak pergi lab kerana kurang sihat, jadi tak tahu keadaan kat luar. Malas nak jenguk2 duduk diam2 je kat ruamg tamu atau dalam bilik. Bila terasa sejuk satu macam patik pun selak langsir, laaa yuki rupanya... 

IMG_0040
sempatlah snap satu gambar yuki setoet waktu malam :P 

IMG_0043
Pagi tadi keluar untuk ke hospital... untuk apa? nanti akan diceritakan sebentar lagi... sat naa... 

IMG_0045
walaupun yuki taklah tebal mana di Sendai ni, ambil ajelah gambar buat kenangan (ayat pasrah haha) kalau nak golek atas yuki tebal terpaksa merantau keluar sedikit dari Sendai, tak jauh pun...

IMG_0046
suka tengok yuki atas pokok dan kereta... 

IMG_0047
basikal yang kesejukan... 

IMG_0051
tengok cinta hati pakai snow cap macam tu terus terbayang Moscow, Russia hehe nape ntah...

IMG_0052-horz
pity as well to the other two, our baby M and baby O...

IMG_0059
kesian yukichan kena pijak, hehe ke situ pulak...

ok enough about yukichan, now what is akachan?
akachan=baby/bayi

Baru-baru ni saya menceritakan tentang pengalaman lalu di entri blighted ovum pregnancy. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga di atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah. Pagi tadi saya pergi Tohoku Daigaku Byoin untuk check up our precious baby (muah! muah! geram nak kiss tapi dalam womb huhu) at 15 WEEKS. Tapi saya akan cerita di lain entri ya. 

Sekarang nak cerita back to back to previous weeks of pregnancy untuk kenangan saya dan cinta hati. Tak berani nak story mory awal2 sebab dulu kan ada kenangan pilu. Alhamdulillah berkat doa dari semua kami dikurniakan rezeki lagi. Berharap sangat untuk rezeki kali ini. Semoga Allah melindungi saya dan baby serta dapat menamatkan pengajian dengan jayanya, insyaAllah.

Masa tahu pregnant, kami buat temujanji di hospital. Hati berdebar2 sewaktu menunggu giliran dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan. Waktu itu Dr Nabeshima yang periksa. Dr asyik tukar2 setiap kali pergi check up, tak pernah dapat dr sama hehe. Tapi takpe semua dr pun best2 dan baik2 belaka dan yang penting boleh explain in english.

Pemeriksaan terakhir untuk kandungan yang lalu, Dr Nabeshima juga yang check. Dia cakap rahim dah kembali normal dan boleh pregnant anytime. Kalau nak cepat sila datang hospital dan dia boleh bagi ubat. Tapi kami tunggu dan berdoa sahaja. Alhamdulillah akhirnya, ada juga rezeki buat saya dan cinta hati. 


IMG_6996
our precious darling at 5 weeks... hanya nampak gestational sac sahaja, risau tu tak yah cakap la, sebab asyik terbayang akan gambar ultrasound kandungan dulu yang mana saya masih simpan rapi (nampak sac tu sahaja). Tapi Dr Nabeshima dengan yakin cakap, "Daijyoubu desu, dont worry... this is normal" sambil memberi senyuman yang sangat meyakinkan (silalah imejin).

Sebelum tu patik juga ada buat entri perubahan yang tiada perubahan. Waktu tu dah mula berjinak2 makan folic acid 400 mikrogram plus vitamin c, saya cari plus calsium tapi tak ada kat sini wuwuwu. Cut off my caffeine intake bit by bit. Maybe now i'm more relaxed in terms of work loads perharps? huhu... ramai yang mendoakan patik dan cinta hati di ruangan komen. Alhamdulillah termakbul, i lebiu all!

Sebelum buat self check guna stick tu, saya ada buat eksperimen, handle chemical yang sangat busuk (ada thiols, siapa yang familiar, bolehlah bayangkan kebusukannya). Masa tu eksperimen di katahira, sambil tunggu cinta hati sambil minum cappuccino beli di mesin kopi dangdut. Bila dah tahu ada baby terus risau cari maklumat sana sini. Tapi melalui pembacaan, wanita mengandung minum coffee sekali sehari is still ok pada first dan second trimester. Jangan minum masa thrid trimester sebab masa tu digestion system dah makin perlahan nanti caffeine akan berkumpul dalam badan. Legalah patik hehe.. sometimes i took milk tea kalau tiba2 teringin nak minum coffee... (kadang minum jugak seteguk dua heh...) teh pun ada caffeine tapi kurang about half berbanding coffee (depends on tea, black tea paling banyak, green tea sedikit sahaja manakala barley tea dan satu lagi lupa has zero caffeine).

Syukur juga kerana morning sickness tak teruk, cuma loya2 sahaja dan tak muntah. Tapi awal2 dulu sakit belakang, sekarang dan kurang sikit. Baby macam faham je mama dia nak belajar. Waktu tu saya boleh ke lab dan bereksperimen seperti biasa. Tapi minggu ni sakit kepala dan penat, harapnya untuk minggu ni sahaja dan minggu depan boleh kembali bekerja keras. Yosh!

Tentang panggilan pula, sebelum kahwin dengan cinta hati lagi saya dah imejin nak anak panggil mama (haha beria-ria betul!). Cinta hati masih belum buat keputusan. Dia tak tahu nak suruh baby panggil apa nanti. Yang saya ni dah excited usap2 perut cakap dengan baby hehe...

p/s: doakan kami ya, next story week 7...

Saturday, December 17, 2011

ビンテ―ジ @ Vintage...

Patik tak pastilah mana yang lebih sesuai kalsik atau vintage. Macam best aje sebut vintage kan hehe... kalau dijepunkan perkataan klasik tu jadilah kurashikku, manakala vintage pula jadi binteeji (te panjang 2 jarhat hehe).

Masa tu dinner date dengan cinta hati, saje pusing2 kawasan berhampiran kedai makan tu. Tiba2 datang zat gedik nak ambil gambar sebab macam kiut la pulak.

IMG_0006
dimulakan dengan motor, orang jepun panggil baiku...

IMG_0007
vespa ni comel la... hehe, hati tu tengok kat tv3 kalau tak silap vespa ni berasal dari Italy rupanya...

IMG_0008
kalau ada versi real, macam tak sanggup nak naik hehe... lepas jadi suri pernah la rempit dengan cinta hati waktu tu kereta kami rosak...ahauww tiba2 teringat hehe...

IMG_0009
sebelah tu kereta, banyak betul VW, mesto SooHaeDaa suka dengan VW...

IMG_0011
comel tak? patik suka dengan corak bunga-bunga dan juga suitcase kat atas kereta tu hehe...

IMG_0012
bas, keretapi etc...

IMG_0013
cukup lengkap, plane pun ada...

IMG_0014
sempat zoom yang ini je sebab cinta hati dah malas nak tunggu...
 
ocopot terkejut sebab sedang khusyuk tengok vintage cars tiba2 ada spaceship (tak menahan, spaceship gitu) pulak...
IMG_0016
siap ada alien kuning jadi penyambut tetamu hehe... ada tangga dan dalam UFO tu ada kerusi lagi ha, tapi i takut la nak masuk dan testing duduk2 and posing wuwuwu... i kams pemalu...

p/s: till then, nak keluar dating...

Wednesday, September 28, 2011

Miniatures...

Hari tu pergi dating... auwww i (mesti kalian tahu apa yang saya bakal tulis, hehe, tahulah tahulah... macam nada "buailah, buailah" bawang putih gedik). Ternampak kuruma ni dalam perjalanan...
IMG_5897
eh, awak ni kiut lah... geram kita nak cubit tauuu... (eee gediknya...)

IMG_5900
wow vogue de vass... pintu kereta ni terbuka style naik atas kan? ke ada banyak versi... rasa macam dalam pelem... tapi patik takdelah minat sampai rasa nak beli, kalau dapat free apa salahnya (haha, sampai pencen pun takkan terjadi kut)... part depan tu yang cun part belakang tu bolehlah...

Tapi yang ini tercomel... paling comel nana dan achik...

IMG_5644
dengan harga 378 yen hehe... dapatlah versi skala 1/65 bagi Odyssey dan skala 1/57 bagi mini cooper...

IMG_5638
cuteness...

IMG_5637
mini cooper one (kalau ada 2 ekzos dan lubang angin kat bonet depan tu mini cooper s)... tak ada pulak miniature cooper clubman... sadiss...

IMG_5631
Odyssey absolute 4th generation untuk pasaran jepun, tapi rasanya baru je masuk pasaran malaysia (kalau tak silap la)... yang banyak sekarang 3rd generation...

IMG_5639-tile
tak de kerja duk ambil gambar miniature ni hehe.... cinta hati tengah belek2 kereta tu, saya pun sesaja snap... banyak ceritera tapi tak ada masa nak story mory, wuwuwu patik busy la...

p/s: yosh ganbare...

Sunday, September 25, 2011

Max Yamabiko terputus di tengah jalan...

Shinkansen merupakan salah satu pengangkutan utama di Jepun. Eh eh, macam nak buat karangan pulak. I like shinkansen. Especially naik max yamabiko, lagi2 bila duduk di tingkat dua atau tingkat tengah (eh ada ke? ada, tapi tak sempat ambil gambar) tapi tak best bila duduk di tigkat satu. Huhu... kalau yamabiko dan lain2 hanya 1 tingkat, "max Y" je ada tingkat tambahan.(eh ye ye je... kalau salah minta maaf eh, sebab patik selalu naik shinkansen area tohoku ke tokyo aje tak penah naik belah bawah osaka nagoya etc). Kalau sebut max je sedia maklum ada 2 tingkat...

IMG_0005
model tetap max yamabiko (gurau je love, hehe...)

IMG_0004
tak suka tingkat satu sebab kedudukan bawah sangat... sama paras dengan lantai... tak nampak pemandangan huhu...

IMG_0014
platform sendai eki... kadang kalau tak sempat beli bekal sebelum masuk "boarding area" kami beli bento kat gerai2 kecil ni...

IMG_0016
sila buang sampah di tempat yang betul :) dari kiri gomi (sampah selain tin, botol dan kertas), tin minuman serta PET bottle dan hujung sekali untuk kertas...

IMG_0017
tempat khas untuk buat asap...

IMG_0010-tile
bahagian depan Max Yamabiko...

IMG_0006-tile
sibuk jugak nak enterprem... hehe... 

IMG_0019
interior, ada 6 seat, 3-3, kalau naik satu family boleh pusing kerusi depan so duduk berhadapan... nak makan bukak je meja kat depan tu... tapi kalau duduk behadapan tak dapatlah bukak meja...

IMG_0022
sendai eki (eki=station)

IMG_0023-tile
Owh teringat bas hijau. Sekarang dah jarang naik... masa awal2 dulu sewaktu belum ada kereta, bas hijau itu lah yang selalu dinaiki untuk ke kampus, zoom in tempat kami tunggu bas, nak ke kampus tak ada direct dari rumah kena tukar bas lain kat bandar ni...

IMG_0032-tile
pemandangan biasa di awal perjalanan, melalui celah bangunan...

IMG_0039-tile
pemandangan yang tenang dan damai sepanjang perjalanan... 

Tapi tajuk terputus di tengah jalan? Cemana tu??
(from google search)... kalau ada dua destinasi namun arah yang berbeza ginilah rupa shinkansen tu, nanti di stesyen yang spesifik, maka terputuslah mereka... "jangan pisahkan... aku dan dia" eh tiba2 ada sound effect lagu jiwang pulak bila shinkansen tu berpisah (sila pengsan haha...)

p/s: arigatou EE, anum and ayu bagitahu tentang malware.. dah buat apa yang patut, harap2 dah tak ada problem virus-virus cinta... hari tu bw ada la beberapa blog yang terkeluar pop-up access denied, agaknya dapat dari situ kut huhu... risaunya... odaijini my blog...

Wednesday, August 17, 2011

Comel ke comot?

Entri merapu tak cukup tidur huhu... agak sibuk 2-3 hari ni. Rasanya tajuk tak ada kaitan dengan entri haha...hantam sajalah...
 dalam perjalanan untuk iftar bersama kuncu-kuncu sendai hujung minggu yang lalu...

Berdasarkan rajah di atas (ada rupa soalan exam tak? haha... pengsan!) Adakah...

Comel sebab helmet dijadikan sebagai aksesori, macam fesyen gitu... :P

atau

Comot sebab tak ikut peraturan jalan raya.... hehe

Pertama kali jumpa tau, kes terpencil ni hehe... lagipun, bak kata encik suami, ala tak ada apa pun setakat jalan sekitar "kampung" ni je tu... shinggo (lampu isyarat/traffic light) depan tu dia belok kiri menyusuri jalan kecil di tepi sungai.... mungkin dekat aje perjalanan dia, so letak je helmet macam tu sekadar ambil syarat pakai helmet hik2.. (andaian patik je tu).

Perasan tak motor tu kecik je kan? 60cc, kat sini motor kecik aja dong, sebab tu boleh dikatakan tak ada mat rempit (iyolah kan cemana nak pecut kalau 60cc). Kalau setakat nak ambil lesen bawa motor kecik tu cuma perlu jawab ujian objektif (lupa berapa soalan). Lulus dah terus dpt lesen. Kalau nak naik berdua, memang motor besar gedabak ala2 harley davidson tu. Yang tu kena ambil lesen khas, plat no motor pun bukan warna putih.... warna pinky winky kut ebtahlah patik tak pasti...

Oh ya kereta sebelah kanan dan kiri motor tu plat kuning dan putih... kuning maknanya kereta di bawah 1000cc manakala putih pula 1000cc ke atas... kalau yang putih pula ada dua 5(go)-ban dan 3(san)-ban [ban=nombor]. 5-ban untuk kereta bawah dari 1.8 cc dan 3-ban pula atas dari 1.8 cc. Eheh betul ke ni? Kalau salah tolong betulkan patik. Ngantuknyaa... nak tidur dululah lepas tu bangun untuk sahur jam 2 pg nanti. Subuh jam 3.17 am (2.17 am waktu di m'sia terchenta), in case ada bertanya puasa berapa jam, waktu berbuka adalah 6.28 pm (5.28 pm waktu m'sia).

Tuesday, August 16, 2011

Antara trenitalia dan shinkansen...

Ini hanyalah pendapat dan perbandingan sepintas lalu... Pengalaman kami naik trenitalia hanyalah beberapa hari jika nak dibandingkan dengan shinkansen di jepun ni, banyak kali juga kami sempat naik, maklumlah shinkansen merupakan pengangkutan utama untuk ke Tokyo dan juga bandar-bandar lain. Mungkin pengalaman masing2 adalah berbeza. Sudilah kiranya baca pengalaman patik yang tak seberapa ni... nak banding jugak ke dengan Malaysia? rasanya ramai dah sedia maklum dan ada pengalaman sendiri, Saya pernah naik LRT dan monorail yang ontime, KTM yang kadang lambat sikit, komuter yang selalu lambat banyak huhu... lebih kurang aje cuma mesia tak ada keretapi laju. Cukuplah sekadar mencoretkan antara trenitalia dan shinkansen...


Trenitalia, ada 2 jenis (kalau salah minta ampunnn), yang laju dan biasa, tapi patik tak pastilah yang dalam gambar tu yang laju atau yang slow. Sila abaikan gambar saya dan cinta di hadapan shinkansen zaman muda mudi tu hehe... malu pulak rasanya... auww pling2 lenyapkan diri dengan asap kepul2 dan fairy dust...

Tak nak melalut panjang...

Ketepatan masa
T: Setakat yang kami naik untuk beberapa hari tu tak punctual pasti akan lambat beberapa minit malah lebih lama pun ada...
(tips: kalau ambil connecting train atau kena tukar train di stesyen lain, pastikan ambil gap masa yang lama sebab kalau delay sekurang-kurangnya sempat nak kejar train yang lagi satu tu...)

S: Tak pernah tak tepat (saje nak buat ayat pening haha), pasti sampai tepat pada waktunya bertolak tepat pada waktunya tak pernah lewat walau seminit huhu... macam robot :P (biasanya kalau beli tiket shinkansen dan kami perlu tukar train di mana2 stesyen pasti akan diberitahu oleh staff, dari paltform x ke platform y akan ambil masa berapa minit untuk berjalan dan sempat atau tak untuk naik train tersebut, pernah sekali tu gap masa hanyalah sepuluh minit, laju2 kami jalan, takut kena tinggal, tapi memang ngam2 jelah sampai2 je tak sempat hilang penat terus naik train).

Kebersihan
T: Staff datang bersihkan masa kita baru aje naik dan duduk, bersihkan toilet, sapu lantai etc... tengah duduk2 kena angkat kaki serta alihkan bag etc... mereka bersihkan sebelum train tu bertolak... kadang tu train dah bertolak slow, mereka tengah bersihkan lagi dan akan turun sebelum train meneruskan perjalanan...

S: Sama juga bersihkan sebelum train bertolak tapi bezanya... katalah waktu bertolak 1 pm. 10-15 minit sebelum tu train sampai dan penumpang yang sedia ada akan turun. Masa tulah para pekerjanya bersihkan segala bagai... siap berlari lagi, sangat cekap, kami yang tengah beratur nampak dari luar...(penumpang yang baru nak naik masih tunggu kat luar... beratur pada lane yang disediakan) kena siapkan cepat2 sebab penumpang yang lain nak naik dan mereka hanya ada beberapa minit je... kemudian bila dah siap berderet beratur depan shinkansen (di hadapan gerabak yang mereka bersihkan) semua akan tunduk minta maaf kerana telah membuat kami menanti untuk naik train, huhu terharu tak? bagus betul... pengsan! terasa diri bergitu berharga eceh apa ke juadah kamu ni!

Platform dan tempat duduk
T: Satu je yang saya tak berapa minat bila nak tukar platform kena melalui laluan bawah tanah yang gelap dan penuh contengan sana sini huhu macam dalam movie aje... train tak sama dengan platform contohnya macam naik LRT pintu terbuka kita terus masuk aje kan... tapi kat sini mostly yang kami pernah naik ada tangga... kami tak kisah la tangga tu tapi kalau yang ada anak bawa stroller, orang tua yang uzur (contohnya jalan guna tongkat, etc) kesian jugaklah kan nak kena naik tangga...
tempat duduknya berhadapan (macam naik KLIA express kan ada seat berhadapan, KLIA express takpe lah sekejap aje) ini trip beberapa jam huhu, lepas tu ada meja di tengah2, kurang gemar sebab kalau terkena dengan mat soleh besar2 gitu tak muat mesti berlaga lutut huhu... duduk pun kena sopan2...

S: Tak ada tangga, terus masuk aje melainkan kalau naik shinkansen dua tingkat, dalam tu baru ada tangga untuk turun bawah dan naik atas.... kalau family, bolehlah pusingkan seat dan duduk berhadapan kalau tak nak, duduk je macam biasa.

Itu aje kut, pengalaman patik, lebih lanjut bolehlah baca di entri seterusnya...

Tuesday, July 26, 2011

Perjalanan ke Tazawako, Akita...

Entri agak panjang... kalau rasa tak mampu nak baca silalah pura-pura pengsan. Hehe... Kami tak pernah terfikir pun untuk ke Akita yang berada di sebelah utara Miyagi. Memikirkan akan kekangan masa dan tol yang agak mahal. Baru-baru ni kami ada lihat di tv akan perihal tol, tapi kami kurang faham...

Satu hari di awal July, ketika ber-gather bersama senior citizen, hubby Iryd, iaitu Pitt tiba2 memberi cadangan (ayat dah ubah suai sebab tak berapa ingat ayat asal tapi membawa maksud yang sama :P) "Kita pergi Akita nak? Ke Tazawako, air tasik tu cantik sangat warna biru, baru2 ni kawan aku pi sana. (Pitt orang utara dan punyai ramai kenalan international). Saya dan cinta kan bawah tempurung sikit ehehe...

Sambung Pitt lagi "Tahu tak? kita dapat tol free untuk travel di Tohoku sebab kita dikira sebagai mangsa jishin (gempa). Kena isi borang, lepas tu masa kat tol nati tunjuk borang dan lesen memandu yang dikeluarkan di Sendai/Miyagi. " Masa tu barulah faham apa yang kami lihat kat tv hari tu. Wah-wah hati ini terus berbunga2, maknanya perlu keluarkan duit minyak dan duit penginapan ajelah kan... kebetulan 23 Julai tu ada matsuri di tasik tersebut.Right timinglah kan...
Wilayah Tohoku aitu Fukushima, Miyagi, Yamagata, Iwate, Akita dan Aomori... Dulu pernah terjah Iwate (di atas Miyagi) iaitu di Morioka dan Koiwai sewaktu Fuyu (winter), imbas kembali di SINI, SITU, SANA, SINUN.
close up tasik yang dituju... A=tempat penginapan kami...
IMG_4518
Bermulalah perjalanan kami pada 23 Julai yang lalu ke Tazawako, Akita lebih kurang jam 10.30 am, tiga buah kereta, masing2 pergi waktu berlainan sebab ada hal dan semuanya akan berjumpa di sana... memasuki Tohoku Expressway...
IMG_4519
sebelum ni kami guna ETC card di tol (dapat diskaun kalau travel di hujung minggu). Kali ni ambil tiket di lane biasa untuk gunakan kemudahan tol percuma (i very like!)...
page4
bosan tak tahu nak buat apa dalam kereta, saya pun ambillah gambar kereta-kereta jepun sepanjang perjalanan hehe... dmulai dengan Mitsubishi Delica, Honda Vamos dan Honda Elysion...
page3
Toyota Vitz yang baru, kalau di Malaysia Vitz dinamakan sebagai Yaris, Toyota Vanguard, dan Toyota Voxy...
page2
Kereta comel Honda Life, Mazda Carol dan Toyota Prius... comelnya warna bitu tu rasa macam nak makan je nyum nyum...
page1
Honda Fit (di Malaysia Jazz), sekarang dah keluar Fit Hybrid dan juga Fit ala2 MPV, comel jugak! Toyota Estima Hybrid yang baru, dan Daihatsu Boon, rasanya Daihatsu dah bergabung sebab nama lain adalah Passo, kalau tengok kat depan ada lambang Toyota, entahlah patik konfius sudahhh...
IMG_4564
Akhirnya sampai ke tol Morioka kalau tak ada free tol kami kena bayar 4+++ yen tau, erk pengsan, duit makan untuk beberapa hari tau...Tak ada hidhway ke Akita, tasik tu pula di sempadan antara Iwate dan Akita ini adalah jalan terdekat...
IMG_4566
Keluar aje tol dah ada papan tanda ke Lake Tazawako (eh patik pelik, bukan "ko" tu dah membawa maksud lake kenapa dia letak lagi kat belakang Tazawa bila dah ada "Lake" kat depan perkataan Tazawako tu, eh itu pun nak kecoh ke? dush!!)
IMG_4618
mula memasuki jalan kampung yang kecil dan mendamaikan...(Honda Freed , eh sempat lagi hehe...)
IMG_4621
kiri kanan sungai berbatu2 dan sawah padi... ureshii...
IMG_4595
sebab kawasan berbukit antara sempadan Iwate dan Akita tu, banyak betul terowong yang kami perlu lalui...
IMG_4602
tingginya... gayat plak kalau tengok lama2...
IMG_4622
dah nak sampai ni... bersambung di entri seterusnya... patik ada kerja yang perlu dibereskan... 

p/s: selamat hari lahir untuk orang itu! you know who you are... wink!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails