tanggal 10 Jun 2012... tiba2 teringat semula detik cemas bersalin (entri ini)... cuba membayangkan diri ini berada semula di tempat kejadian iaitu di tohoku daigaku byouin... macam tak sangka pun ada bila dapat baby.
Tak banyak gambar Hamza waktu lahir sebab papa hamza aka my love malu nak ambil gambar. Dia segan pihak hospital tak bagi huhu... rasanya boleh je, lagipun masa tu my love dah penat duk berdiri lama sangat kat sebelah patik. Kalaulah patik boleh bangun terus lepas bersalin (i tak mampu u... wuwu) pelbagai angle gambar anakanda akan patik shoot... eceh berangan tak menahan... nyampah...
katil tertera nama patik, tarikh lahir anakanda ken hamza, berat 3814 gram, lahir pada 39minggu 6hari... panjang 53 cm... bawah tu Hamza at 5 days old... tunggu masa nak keluar dari hospital. Kat sana memang minimum tinggal di hospital 5 hari bagi yang tak ada masalah, kalau ada masalah lagi lamalah jawabnya...
hari pertama di rumah sewa sanjo machi... nurse suruh catat suhu 3 kali sehari...
Ken Hamza waktu 1 bulan...
Ken Hamza di usia 2 bulan...
Ken Hamza... 3 bulan... muka dah makin bulat kan?...
first purikura with mama at 3 months... wajah yang sangat tak mengerti apa2 gitu haha...
Ken Hamza at 4 months... patik suka tengok gaya dia tidur...
Ken Hamza sewaktu 5 bulan... suka makan sotong plastik dan jumping2 dalam jumperoo...
Ken Hamza with mama (6 months...)
6 months jugak... time 6 bulan ni memang seronok ambil gambar dia...
7 bulan... cheeky face...
dah boring sotong plastik... makan usagi (rabbit) pulak... trademark tidur kuak lentang...
sewaktu 8 bulan pergi jumpa Khayra chan di Yonezawa... bila dah masuk 8 bulan ni susah betul nak ambil gambar, tak duduk diam...
memori dengan yuki bersama Khayra comel! (8 bulan)...
bila dah masuk 9 bulan... pantang nampak tempat berpegang asyik nak berdiri aje ha... kalau kat rumah tu habis semua barang dia alih dari atas meja ke atas lantai... suka sangat "kemas rumah"... pitam!
tertidur sambil peluk renraku cho... buku/diary nursery Hamza yang mana baby sitter catat semua rutin harian dalam buku tersebut... ni gambar dari instagram patik...
farewell wishes dari semua babysitter Hamza... sedih sangat waktu ni huhu....
10 months old di rumah sewa (cik hu, mesti mu rindu rumah mu... ada masa nanti akan ku upload gambar rumah mu k...) patik sekarang sewa rumah bestie patik, cik hu... gaya tidur Ken Hamza dah bertukar kadang mama dia nak jatuh katil kena tolak.... adoii...
drama swasta waktu mama nak solat... (10 bulan)...
pertama kali bawa ke ofis... tumpang sementara di bilik staf cuti bersalin... alhamdulillah sekarang ni baru je dapat bilik sendiri tapi tak cukup perabot lagi... insya Allah soon... sedang menanti dari pihak pengurusan... kalau tak, patik tak tenang nak buat kerja yang dah menimbun ni.... gambar atas tu, Hamza duduk elok kat kerusi tak sampai 5 minit.. toleh kiri kanan.. terus bangun nak "kemas ofis" pulak...
Ken Hamza at 11 months... kuat merajuk sekarang ni... dulu kalau mama dan papa minta apa jua barang yang dipegang dia akan bagi je... tapi sekarang memilih, kalau barang yang dia suka tu laju2 merangkak lari dari mama dan papa...
rasanya semua budak suka pegang stereng
kereta kan? Hamza suka tiru aksi papa pusing stereng, masuk gear bagai
haha... sedang berusaha nak tiru aksi start/stop enjin tapi tak
sampai...
kenangan di bukit bendera... bila ntah nak story mory ke penang ni... kecewa tak dapat jumpa JL...
gaya macam nak cabut stereng pun ada sebab dia geram... ish.. pengsan!
Hamza suka pantai macam mama dia (ececeh...)...
picture taken in the morning of 10th June 2013... mama siap pakai headband happy birthday bagai tapi Hamza bangun lambat, tak sempat nak ambil gambar sebab rushing nak ke rumah babysitter dan juga ke ofis...
Semoga anakanda membesar dengan baik dan sihat serta jadi anak yang soleh dan sayangkan keluarga...
p/s: confirm ada typo... minta ampun maaf awal2...
37 comments:
Allahuakbar.... cutenya.....
cepatnya sis masa berlalu
hepi beday si comel=)
Otanjoubi omedetou sayam ku ken kun
Be gud boy oke
Can't wait nk hug ketat2 ni emuahhhs ヾ(@⌒ー⌒@)ノ
Dah muka mama-papa macam Jepun duduk di Jepun Hamza pun dah macam anak Jepun. Cutenya...
Happy birthday sayang:)
akak, bila nk jumpa org pulak? blk kb nnti oyak ko ore dehhh!
Happy birthday ken ham yang teramat laaah comeeeel
happy birthday hamza! cepat betul masa berlalu...makin comel dan muka jepun tetap menyerlah.
sanah helwa ya walad..cumilnyer dia...hensem boy..ken hamza...
rindu kat ken hamza..happy 1 year old dear ken hamza..auntie sayang ken hamza..jadi anak yang baik ye..
Comelnya. Kejap jer dah setahun yer. Happy birthday Ken Hamza. Semoga membesar sebagai anak yang seleh.
handsome boy!...so handsome...kejap je dah besar...rindu nk tgk gmbr hamza lagi.. : )
Sanah helwah ken Hamza.... Moga jadi anak yg soleh...;-)
Alahai tomei tomeiiii
Happy Birthday Ken Hamza!!
Hugh & kisses from Aunty Yong!!
Gigit dari jauh jea
makin besar makin comel...sekejap je dah setahun...hepi befday ;)
hanis....lamanya rasa tak dgr perkhabaran...
kzie ternanti2 entry hanis....dah balik malaysia? bila? tak ada perkhabaran rasanya...sblm ni agak2 aje...tapi dlm entry ni...dpt jwpn...
letc. u mana ye?
HANIS KERJA Kat mana ? Peneng ke?
After doing proof reading, I dont think so.
Seriously, his hair style mcm JL la. ikal. Tak menahan nmpknya nak kalahkan uncle ee dia ni.
Kenaapa x gitau awal2 so that kita boleh jumpa . susah la nak contact each other skrg ni.
sekejap je dah setahun ye. hensem giteww
"Jadi anak yg baik ya Ken!"
:)
sanah helwa!! :D aminn,, inshaAllah jadi anak yg soleh..
happy birthday buat si comel :)
otanjoubi omedetou ken kun...bilo nk mari derat batu pahat? leh datim2 hehe
Tomelnya dia...
Moga Ken Hamza membesar menjadi anak yg soleh, Amin
Happy birthday Ken hamza... Jadi anak yang soleh.. :)
Ken kun..ensem2..!! Luv u lahhh..!!
hamza comel..dah besar..sedar tak sedar dah setahun kan..follower blog ni saksi perkembangan hamza..hehe
Masyallahhh....ya rabbb.. allahu akbarrrr.... ya ampunnn.. dah setahun.. lama nya kak tak ke mari... sebabnya.. blog list tu akak kecik kan.. so tak nampak pasti nya tiap kali u up N3 baru.. pasti tertinggal..
dah besar Hamza.. semoga tumbuh dengan baik lagi.. INSYALLAH..
apa u dah balik mesia?
Kak hanis, when you will back to Malaysia??? Nak jumpa ken hamza yg tomei2 tu! Omnomnomnomnom! Ke dh balik jepun semula??
happy birthday ken hamza. auntie doakan ken hamza jadi anak soleh dan dimurahkan rezeki. amiin...
Mohon kiranya Kenza hairstyle dibuat begini.sekadar cadangan
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151897341449129&set=pb.108427339128.-2207520000.1371377456.&type=3&theater
Comeynyo ken hamza, geram rasa hee. Nok tahu insta kak nis boleh?hehe
@Anonymous
yer susah sgt nak contact... ee please email me!
assalamualaikum hana...hepi besday hamza....semoga akan terus membesar dan menjadi anak yg soleh yer...sekejap jer masa dah berlalukan...:)
kak!!! comey teh ken hamza.. gere nok tarik pipi =P
comel melampau sgt hamza nihhh..gerammm je tgk budak gebu2 montel2 nih..haihhh
dah lama tak singgah sini...happy belated birthday hamza..suka nengok gambar2 hamza..semoga membesar menjadi anak yg soleh dan mendengar kata
Post a Comment