Showing posts with label Aomori. Show all posts
Showing posts with label Aomori. Show all posts

Sunday, July 22, 2012

Nebuta di Aomori...

Masih lagi ceritera sebelum bersalin, maaflah down memory lane sekali sekala. Nak habiskan episod terakhir di Aomori. Kami sempat menjengah bandar Aomori selepas pulang dari Hirosaki.

IMG_9771
Kedai souvenir di Shin Aomori station. Sempat beli kuih/kek yang sedap, boleh baca di SINI.

IMG_9777
Aomori sangat terkenal dengan Nebuta Matsuri (matsuri=festival). Manakala Sendai terkenal dengan Tanabata matsuri. Bagi patik, tanabata (Tanabata memories 2010) lagi comel hehe, sebab tak tahu sangat asal usul nebuta ni.

IMG_9784
Pada mulanya ingatkan stesyen shinkansen Shin Aomori ni di tengah bandar, rupanya bukan, kalau nak ke bandar Aomori, ambil loople bus di atas 200 yen untuk setiap stop dengan perjalanan lebih kurang 15 minit. Ada pakej sehari kalau tak silap tapi lupa berapa bayarannya. Boleh ke tempat menarik yang lain lagi. Memandangkan kami tak ada banyak masa, cuma sempat ke bandarnya sahaja.

IMG_9793
Jambatan merah di mana2 sahaja...

IMG_9798
menghampiri bandar Aomori, kecil sedikit dari bandar Sendai... kami bayangkan Aomori lebih meriah dari Sendai...

IMG_9809
lupa pulak nama bangunan di atas tu.. reminds me of pyramid sebab rupa parasnya itu hehe...

IMG_9818
Nebuta museum (yang warna merah)...
IMG_9821
Aomori memang terkenal dengan ringo (apple) ada A factory outlet (apple factory) yang menjual bermacam produk dari ringo, kami tak beli pun sebab agak mahal dan tak ada yang menarik hati patik ni. Mula2 ingatkan outlet macam premium outlet, rupanya outlet lain, tertipu i.

IMG_9825
nice view, tapi sejuk sangat, tak tahan. Laju2 buai ku laju saya dan cinta hati masuk dalam museum nebuta tu...

IMG_9829
my love kurang gemar melihat muka nebuta ni, dia cakap ala2 syaitoon hehe, lawak je. Tak tahulah kenapa garang sangat muka nebuta ni, hero zaman dulu gamaknya, patik makles nak menggugel ampunnn...

IMG_9827
unik atau menakutkan?

IMG_9833
nak masuk tengok pameran kena bayar, tapi tak masuk pun curi2 ambil gambar di koridor... mungkin banyak sejarah nebuta dalam tu tapi mungkin dalam bahasa jepun...

IMG_9836
it's time to go home... bye2 Aomori, rasanya dah tak terjah kut kat bandar ni, melainkan kami nak ke Hokkaido menaiki feri dari Aomori itupun jika ada masa dan rezeki, wallahua'lam...

p/s: alhamdulillah dah hari kedua berpuasa, harap dapat puasa penuh tahun ni. Di sebalik nama Ken Hamza...

Tuesday, July 10, 2012

Itik Aomori?

*scheduled entry*

Entri ke Aomori dulu belum habis sebenarnya (Di kala Hamza masih dalam rahim mamanya lagi). Bagi yang belum baca boleh ke SINI. Masa ni kami dah keluar dari perkarangan istana hirosaki dan tamannya yang luas. (Tak sempat keliling satu taman pun wuwuwu).

IMG_9730
Tak tahu itik ni spesis apa. Maka patik dengan selamba je bagi nama itik aomori. Sebab nampak di Aomori, mula2 nak bagi nama itik hirosaki hehe, tapi itik aomori lagi cun kut. Posing di sungai yang dihiasi sakura hira-hira gitu kan.

IMG_9731
Itik Aomori posing di sungai yang dihiasi sakura hira-hira gitu. 

IMG_9737
Cubaan mengambil pose itik dari depan tak berjaya...

IMG_9748
Hanya berjaya ambil gambar dari pandangan belakang je... Penuh sakura berguguran sampai tak nampak pun air tu..

p/s: Dah lama tak cerita pasal Ken Hamza, hari ni dia dah sebulan. Kami ada check up di byouin...


Thursday, June 7, 2012

Memori di Aomori...

Masih ingat entri JR SPECIAL PASS? Trip dah lama di awal Mei 2012 yang lalu. Baru ada masa nak story mory. By using that special pass we didn't want to miss the opportunity to travel to the farthest part of tohoku region. Eceh speaking london u.

IMG_9615
Travel dengan shinkansen ni agak mahal kalau harga biasa. Sendai ke Tokyo pun dah lebih kurang 10,000 yen. Tapi kali ni 10,000 yen boleh ke mana-mana dalam kawasan Tohoku selama 3 hari. Sementara masih larat ni patik gagahkan diri untuk jalan2 bersama cinta hati. Saya yang beria-ria nak pergi, my love rilek je hehe... Gambar di atas tu sebaik saja tiba di Shin Aomori station. Kenangan dengan peta Aomori, unik cara peta tu dipersembahkan.

Sendai station ke Shin Aomori Station. Kemudian kami mengambil local densya (train) ke Hirosaki. Penulis gedik nak ke Hirosaki Castle. Walaupun tahu sakura dah hira hira/berguguran di sana, tetap nak pergi jugak. Takpelah, boleh tengok atap istana pun jadilah kan... waktu sakura "mankai" di sana jatuh pada hari weekday. Takkan nak ponteng lab kut semata-mata nak tengok bunga. Maka terpaksa berkorban dan pilih salah satu.

Sesampai di Shin Aomori station, kami bertanya pada staff di situ macam mana nak ke Hirosaki. Wahh terkezut sebab english mereka pera-pera. Next train dalam 10 minit lagi, sedaya upaya jalan laju2 setakat yang mampu (maklumlah kudrat preggy mama takat manalah sangat). Nasib baik sempat. Tapi rupanya densya express ke akita, orang dah beratur panjang, seat pulak non reserved terpaksa berdiri selama 30 minit. Kalau densya biasa mungkin dalam 40-45 minit.

IMG_9619-tile
Di Hirosaki station, ada landmark ringo (apple). Tapi tak tahulah kat mana ladang ringo tu. Kalau dekat boleh jugak terjah.

IMG_9622
nak ke castle tu ada shuttle bus yang mengambil masa 10 minit dan bayaran yang dikenakan adalah 100 yen return ride. Bas pun ada banyak dan kerap...

IMG_9625
Setibanya di Hirosaki castle, yang masih ada hanyalah kelopak sakura memenuhi sungai... cantik jugak... (ayat menyedapkan hati, sesungguhnya daku pasrah)...

IMG_9633-tile
Alhamdulillah cuaca pun elok je, mengorak langkah menuju ke pintu gerbang, terliur pulak tengok ice cream. Patik pun belilah ice cream ringo yang rasanya ala2 sherbet, not bad dengan harga 100 yen je seketul tu. Bergambar bersama saki baki zakura yang berbunga lambat sikit dari sakura...


IMG_9640
 kireii desu ne! I love flowers!

IMG_9650
berjalan lagi menuju ke arah castle... kat sungai ni pun penuh dengan kelopak sakura...

IMG_9658
kelopak sakura di mana-mana... Namun masih ramai lagi pengunjung dan ramai lagi yang berhanami dengan riang gumbira walaupun bunga sakura dah tak meriah.

IMG_9676-tile
akachan dan sakura. Nak bergambar di perkarangan istana pun tak boleh sebab ramai sangat manusia, posing di jambatan merah ajelah, gambar last tu posing "happy feet with sakura hira hira"...

IMG_9694
akachan and castle... finally dapat satu gambar dengan atap istana :P. Kami tak masuk ke perkarangan sebab kena bayar... lagi satu patik dah kepenatan dan dalam masa yang sama nak kejar waktu sebab trip kami ni balik hari...

IMG_9713-tile
maaflah posing patik ni asyik pegang perut aje haha... jangan pengsan pulak tengok ye. Dah nak balik baru teringat nak bergambar dengan peta Hirosaki castle... sangat luas dan tak sempat pun nak explore semua. Hanya berjalan sekadar termampu je. Sadiss huhu.. takpelah janji dah ada serba sedikit kenangan di Aomori...

masa balik ke shin aomori, naik densya biasa je, beratur 20 minit sebelum densya sampai. Nak dapat tempat duduk punya pasal. Densya biasa lama sikit sebab berhenti banyak stesyen. Terkejut jugak masa train nak sampai tu ada seorang makcik dan anaknya seolah-olah tercari2 hala tuju, tapi bila densya sampai dan pintu terbuka laju2 dia masuk potong queue dan duduk, eh jarang2 betul jumpa orang jepun yang comot tak ikut peraturan hehe...

p/s: Itik dan sakura...


Thursday, May 10, 2012

Aomori sweets...

Tak tahu bila ada masa nak story mory tentang lawatan beberapa jam ke Aomori menggunakan JR east pass special. Cerita pasal makanan dululah, boleh gitu? (Ish2 makan aje kamu ni). Mula-mula tak nak beli namun selepas diberi sample percuma terus teringat2 akan kesedapannya. Maka sebelum bertolak balik ke Sendai sambar cheesecake Aomori dan my love pula terliur dengan cheese tart.

IMG_1051
packaging siap dengan ais kering memandangkan shinkansen Aomori-Sendai lebih kurang 2 jam. Dari kiri Aomori cheese tart, Aomori apple cheese cake dan Aomori sakura cheese cake. Eh perlu ke tulis Aomori, walhal cheese cake kat mana-mana pun ada hik2. Sebab beli di Aomori dan ia merupakan produk Aomori haruslah tulis Aomori gitu... skima betul penulis ni, dush!

IMG_1057
rupa cheese tart, rasanya sudah tentu lazat... percaya tak kalau bab-bab tart ni patik suka base dia berbanding inti haha... lagi rangup/crispy lagi la i suka u! (ish pelik betul).

IMG_1056
Apple cheese cake. Aomori ni terkenal dengan ringo [cara sebut rin-go] (apple) yang besar dan manis. Banyak tanaman ringo dapat dilihat sewaktu di dalam shinkansen dan juga densya (ampun tak snap gambar, lagipun ringo belum berbuah lagi... belum sampai musim).

IMG_1054
Akhir sekali sakura cheese cake. Siap ada kelopak sakura lagi kat atas tu. Kedua-dua cheesecake ni lebih sedap dari cheese tart hehe, bila makan tu pejam mata sebab sangat sedap, atau dengan kata lain makan dengan penuh penghayatan gitu (eceh).

Banyak yang tak sempat diterokai di Aomori. Namun kami cuba gunakan sepenuhnya masa yang ada dan saya pun jalan santai2 aje setakat yang termampu...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails