Masih ingat entri
JR SPECIAL PASS? Trip dah lama di awal Mei 2012 yang lalu. Baru ada masa nak story mory. By using that special pass we didn't want to miss the opportunity to travel to the farthest part of tohoku region. Eceh speaking london u.
Travel dengan shinkansen ni agak mahal kalau harga biasa. Sendai ke Tokyo pun dah lebih kurang 10,000 yen. Tapi kali ni 10,000 yen boleh ke mana-mana dalam kawasan Tohoku selama 3 hari. Sementara masih larat ni patik gagahkan diri untuk jalan2 bersama cinta hati. Saya yang beria-ria nak pergi, my love rilek je hehe... Gambar di atas tu sebaik saja tiba di Shin Aomori station. Kenangan dengan peta Aomori, unik cara peta tu dipersembahkan.
Sendai station ke Shin Aomori Station. Kemudian kami mengambil local densya (train) ke Hirosaki. Penulis gedik nak ke Hirosaki Castle. Walaupun tahu sakura dah hira hira/berguguran di sana, tetap nak pergi jugak. Takpelah, boleh tengok atap istana pun jadilah kan... waktu sakura "
mankai" di sana jatuh pada hari weekday. Takkan nak ponteng lab kut semata-mata nak tengok bunga. Maka terpaksa berkorban dan pilih salah satu.
Sesampai di Shin Aomori station, kami bertanya pada staff di situ macam mana nak ke Hirosaki. Wahh terkezut sebab english mereka pera-pera. Next train dalam 10 minit lagi, sedaya upaya jalan laju2 setakat yang mampu (maklumlah kudrat preggy mama takat manalah sangat). Nasib baik sempat. Tapi rupanya densya express ke akita, orang dah beratur panjang, seat pulak non reserved terpaksa berdiri selama 30 minit. Kalau densya biasa mungkin dalam 40-45 minit.
Di Hirosaki station, ada landmark ringo (apple). Tapi tak tahulah kat mana ladang ringo tu. Kalau dekat boleh jugak terjah.
nak ke castle tu ada shuttle bus yang mengambil masa 10 minit dan bayaran yang dikenakan adalah 100 yen return ride. Bas pun ada banyak dan kerap...
Setibanya di Hirosaki castle, yang masih ada hanyalah kelopak sakura memenuhi sungai... cantik jugak... (ayat menyedapkan hati, sesungguhnya daku pasrah)...
Alhamdulillah cuaca pun elok je, mengorak langkah menuju ke pintu gerbang, terliur pulak tengok ice cream. Patik pun belilah ice cream ringo yang rasanya ala2 sherbet, not bad dengan harga 100 yen je seketul tu. Bergambar bersama saki baki zakura yang berbunga lambat sikit dari sakura...
kireii desu ne! I love flowers!
berjalan lagi menuju ke arah castle... kat sungai ni pun penuh dengan kelopak sakura...
kelopak sakura di mana-mana... Namun masih ramai lagi pengunjung dan ramai lagi yang berhanami dengan riang gumbira walaupun bunga sakura dah tak meriah.
akachan dan sakura. Nak bergambar di perkarangan istana pun tak boleh sebab ramai sangat manusia, posing di jambatan merah ajelah, gambar last tu posing "happy feet with sakura hira hira"...
akachan and castle... finally dapat satu gambar dengan atap istana :P. Kami tak masuk ke perkarangan sebab kena bayar... lagi satu patik dah kepenatan dan dalam masa yang sama nak kejar waktu sebab trip kami ni balik hari...
maaflah posing patik ni asyik pegang perut aje haha... jangan pengsan pulak tengok ye. Dah nak balik baru teringat nak bergambar dengan peta Hirosaki castle... sangat luas dan tak sempat pun nak explore semua. Hanya berjalan sekadar termampu je. Sadiss huhu.. takpelah janji dah ada serba sedikit kenangan di Aomori...
masa balik ke shin aomori, naik densya biasa je, beratur 20 minit sebelum densya sampai. Nak dapat tempat duduk punya pasal. Densya biasa lama sikit sebab berhenti banyak stesyen. Terkejut jugak masa train nak sampai tu ada seorang makcik dan anaknya seolah-olah tercari2 hala tuju, tapi bila densya sampai dan pintu terbuka laju2 dia masuk potong queue dan duduk, eh jarang2 betul jumpa orang jepun yang comot tak ikut peraturan hehe...
p/s: Itik dan sakura...