Showing posts with label Japan. Show all posts
Showing posts with label Japan. Show all posts

Monday, September 30, 2013

Juhyo with Ken Hamza...

Ingatkan dah kembali semula ke alam kerja ni ada masa untuk blogging macam dedulu, tapi kan ya ampunn... selalu tak cukup nafas hehe... but i enjoy my work... and i really want to give the best to my students. InsyaAllah dengan usaha dan izin dari-Nya...

Kisah silam di sendai yang tak sempat nak diceritakan... (silam laa sangat hehe)... syukur ada juga rezeki bawa Hamza tengok juhyo di yamagata. Banyak kisah silam di yamagata ni... Kalau nak baca yang lagi zaman dahulu kala boleh ke LINK INI (waktu kunjungan pertama) dan juga LINK YANG INI waktu kunjungan kedua... masing2 pun punya pengalaman tersendiri. Termasuk la kunjungan dengan Hamza ni merupakan kunjungan paling singkat haha...

Inipun nasib baik boleh pergi, ikutkan cinta hati dah tak nak pergi risau Hamza naik bukit tinggi la, naik kabel car la, nanti angin kuat la, macam2 lagilah... pitam... kebetulan ini adalah lab trip patik, maka patik suka sangatla dengan trip ni yang memang kebetulan di saat nak pergi... tercapai hasrat hati ini eceh... dush!

macam biasalah pemandangan sewaktu perjalanan, letak satu je. Nak tengok yang lain boleh ke link kat atas k.. lebih kurang aje scenery nya...

tido je sepanjang perjalanan... i likeee... boleh mama Hamza ambil gambar hehe...

tatkala menulis entri ni... uwaaa rindu dengan gate ni dengan pokok tu semua-semua lah... sobs

hotel tempat kami menginap... dah peram lama sangat sampai lupa nama hotel ni, ampunn...

check in terus boleh masuk bilik... solat etc...

the ropeway...

beratur nak naik ropeway... muka Hamza blue je... kat mana la mama papa nak bawa hamza ni ye hehe...

the view... 

stop yang pertama... rehat jap kat sini sebelum naik ke puncak...

beratur cable car yang kedua...

nasib baik naik dengan sorang mamat ni nak main ski... dan dia dengan baik hati ambil gambar kami.. macam biasalah, Hamza mana nak pandang kamera...

i love this view!

dah sampai atas... mula2 elok je cerah tapi tiba2 angin kuat dan semua orang kena masuk dalam dan tak boleh tengok juhyo lagi... nasib baik ada rezeki kami...

rindu juhyo...

dua orang pakcik baik hati ambil gambar kami siap suruh gerak kiri kana hehe... comel! arigatou pakcik baik!

jom turun... walaupun seketika it was a memorable moment with anakanda...

bye2 juhyo...

bergambar di hentian pertama...

we went up to 1661 m... yatta ne Ken chan...

sunset... time for shower and dinner with my labmates...

semua orang geram dengan Hamza esp dua orang ni... nasib baik anakanda ok je didukung oleh my labmates... dah biasa kat baby sitter kut...

dua orang ni kalau jumpa mesti cakap pasal kuruma (kereta)...

my cool sensei and anakanda, nilah satu-satunya gambar sensei dengan anakanda... i will treasure this and show it to Hamza bila dia besar nanti... verangan tak hengat... haha...

p/s: ceritera shawl...


Wednesday, July 17, 2013

Surprise... surprise...

Who doesn't like surprises? I do! A lot! Tapi benda yang kita suka ni lah kita jarang dapat, kan?... once dapat it will be most appreciated. Ye tak? Tatkala menulis entri ni mood ke laut, bimbang apa yang bakal diketahui selepas check up nanti. Patik ada appointment dengan doc hari ni. Kes batuk yang tak hilang2 for almost two months rasanya. Entahlah selesa menaip di sini berbanding di FB. tak tahu kenapa... 

Oh well berbalik pada kejutan istimewa dari rakan sendai sewaktu viva patik baru2 ni. Su (we used to call he miss panama hehe) texting me, nak jumpa kat rumah Kak Nik sebelum bertolak ke Kirara Suhi bersama-sama kuncu lain. My love and i were fine with that, lagipun dah lama tak ke kaikan, the place we used to lived for almost 3 years... owhh rinduuu... eceh mula la nak jiwang ni.. Sampai tu macam biasa la borak2, makan2... kak nik cooked something untuk alas perut. Memang saya tak terfikir apa2... tengah khuysyuk berbual... tiba2 terdengar suara mengucapkan tahniah and i saw Kina holding a cake with a card on it. Terus berdebar dan melting at the same time... huwaaa nak nangis boleh?

 
siap sesi potong kek lagi... ya ampunnn... rasa macam birthday girl pun ada... encik baju hitam kat sebelah kiri patik tu, I love u love! eh sempat pulak haha...

kad, beserta ucapan... yummylicious cake made by Kina and d gang... Thank you so much semua! Rabu-rabu uols!

anakanda yang asyik pandang je kek tu lepas tu menjerit minta disuap... haish banyak jugak dia makan, suka makan kek macam mama nampak gayanya Ken Hamza ni...

The next day, a surprise visit from Ami and family... yeayy boleh jumpa princess Aisha Khayra... Ken Hamza bukan nak mengelak dari Khayra tapi memang dia duduk senget sejak diletak atas stroller lepas tu duduk statik macam tu je haha... tak excited langsung jumpa kawan...

and then we went to the mall for dinner, Hamza tidur pulak masa tu, Ami and her daughter, Khayra dan paling kanan tu Kak nik and her daughter, Zarin...

tunggu queue nak makan... terima kasih sudi datang dari Yonezawa dan belanja makan lagi ha... thank you so much guys! nati jupo rayo deyh (hehe cakap bahasa ibunda plak)...

Di airport pula... surprise visit dari Ayu pemilik blog ladychenta... tercapai juga nak tengok ayu and her "tummy"... masa ni Hamza excited jumpa abang Adam...

Terima kasih gojess mama... siap bawa pressy lagi untuk Hamza... weee... arigatou, Hamza loves it!

the boys... 

our last japanese dish di jepun, huhu sedihnya.. nasi, salmon, ikura (telur ikan) and some typical japanese side dish, ampunn tak ada gambar. Sigh... it wont be the same eating japanese dish here i guess...


Apapun, yang penting  i had such wonderful memories at sendai, geng sendai yang always superb and the best part, dari awal hingga akhir pengajian, i always have my love and along the way i have my son... syukur alhamdulillah...

p/s: uwaaa sedihnya episod Kisah Cinta semalam, kenapa Lea tak nak seek the truth? (eh tetiba).

Tuesday, July 9, 2013

Owari dan IAD...

Pheww... sapu dahi... alhamdulillah, syukur pada mu Ya Allah... akhirnya tamat jua walaupun second viva aka final viva tak selancar seperti yang patik rancangkan. Namun alhamudulillah syukur sangat2 dah lulus pengajian! Tunggu surat, sijil etc in 1-2 months time. Tak dapat nak gambar perasaan patik ni. Terima kasih tak terhingga buat sensei patik, sensei2 lain, juga insan tersayang dan kawan blog, eceh tetiba buat ucapan pulak kat sini haha... Patik tiba di jepun to be exact haneda airport 11 pm plus pada 25 Jun 2013. Keesokan pagi terus bertolak ke Sendai dengan shinkansen (bullet train).

Sampai je sendai terus check in hotel Toyoko inn. Pergi sewa kereta dan patik terus bergegas ke lab. Jumpa sensei dan geng lab, malam balik hotel, makan dan buat persediaan apa yang patut. Dengan badan tak sihat, batuk2 yang dah lama berlarutan (dah berjenis ubat makan, sampaikan antibiotik paling kuat pun dah telan namun keadaan masih sama), dugaan sungguh tapi semuanya harus diteruskan.

 Mujur anakanda lena awal, behave la jugak haha... sebab asyik cakap kat dia, be a good boy mama ada exam, i dunno whether he understands it or not haha... of course mata tak boleh nak lelap, praktis pun macam banyak benda tak puas hati rasa blur pun ada... mixed feeling yang tak dapat patik lakarkan di sini... dush!

 Lepas dah selsesai semua urusan anakanda, jam 9 am bertolak ke lab, tak boleh nak senyum pun. Itu yang cover dgn hp hikhik... berdebar tak hengat, viva jam 11 am.
Sampai je lab, baru baca email sensei yang patik kena print tesis untuk panel yang hadir. Ingatkan print power point je... adoii gelabah betambah berganda gitu kan... namun ada yang membantu. Sensei pun tegur, dia tahu patik tak sihat. Masa defend pulak time qna ada satu soalan ni prof tny lain patik jawab lain sampai kena tegur dengan sensei haha sabar jelah... paniks panikss aduiiyaaii, tapi apapun kelegaan yang teramat selepas tamat viva tu... nak pitam pun hado ha... stay di lab selesaikan urusan etc...

 balik je hotel terus cari anakanda yang sedang khusyuk main berus gigi... apakah? haha... sekarang dah tak nak pandang kamera, susah betul nak tarik perhatian anakanda... waktu tu lantas berbisik "yeayy, yatta... owari dayo" (owari=tamat, finish dan yang sewaktu dengannya).
Keesokannya pergi lab selesaikan urusan, isi borang etc... hanya ada sehari je di sendai untuk berjumpa rakan2 dan cari barang yang dikirim... memang packed sangat jadual (walaupun dalam hati verangan nak pergi sana sinun semuanya terkubur begitu sahaja uwaaa pasrah ajolah).

 sempat jumpa princess Khayra yang super duper comel! Tq Ami sekeluarga sudi datang sendai... 

 hari terakhir di sendai.. gambar masa nak pergi breakfast, anakanda belum mandi lagi haha...

 sampai di tokyo station, ambil cab ke hamamatsuchuo station sebab tak larat nak heret bag yang agak banyak (bawa balik barang saki baki di sendai, buku etc)...

 gambar Ken Hamza di Haneda Airport waktu balik hari tu 29 Jun 2013... kut2la ada yang rindu (eceh tak menahan!)... suka sngat cakap sambil muncung2.. entah apa yang ingin diberitahu... mama tak faham la Hamza... oh tak lupa buat ayu ladychenta yang sudi hadir jumpa i, ahauww... i loikee tengk ayu yang berseri preggy 2nd baby... semoga semua berjalan lancar beb... gambar takde plak nak upload, maybe in my next entry...

 my shayang2 (cakap pelat la pulak haha...) suka cakap tatata sambil tangan lambai ala princess diaries, ish penangan mama Hamza yang suka tgk citer pwincess ke ni? pengsan!


Owhh bercerita pasal IAD, yess... IAD u knoww hehe... Istanbul Aku Datang... Patik ketinggalan jaman okeh, baru je ada peluang tengok. And of course tengok seorang diri. Jiwang2 seorang diri uhuk2. My love mungkin tertidur 5 minit sejurus filem ditayangkan huhu... kalau bab filem romantika, fefeeling sorang2 ni bagi kat i la... not his kind of movie... Nasib baik ada my niece (along) who gave me this movie. Love it to the fullest! Ingatkan dah takde movie yang setanding BMBP (bawang merah bawang putih latifah omar) dan juga puteri impian where i can watch all over again tanpa jemu, hafal dialong remember most of the scenes and so on. Tak jemu tengok lagi setakat ni. Bagi patik cerita ni best sangat!

 Kecomelan Lisa surihani tu ya ampunnn tak menahan! Memek muka masa tulis blog, seriously comel! yang gambar atas ni pun super duper comel, bila kena paksa cari rumah haha kesian, baru je sampai istanbul. I am never a fan of tomok dan juga kumpulan apa tu new boyz eh? masa tu tak faham kenapa ramai sangat minat tomok. Naik pengsan dibuatnya, tapi itula taste masing2 kan. Tak sangka lakonan tomok not bad, showing off his romantic side (amboii ni ruangan ulasan pelem kew?)

 Siap goyang kepala tangan bagai! suka nya watak lisa dalam ni haha... sebab kadang2 patik ada jugak bermemek2 muka macam ni esp dengan my love, time writing pun hado. Tak dapat penuhi keinginan mula mencebik sendiri (belakang my love la) kalau depan2 mau kena laser haha...

 comel jugak time ni, jumpa maggi asam pedas ok, haha... ahh tengok movie ni macam terus nak terbang ke istanbul! i wish!

Adoii macam budak2 kan haha... terserlah keremajaan diri ini ahauww... remaja remaja jugak, esok puasa ok! patik pohon ampun maaf, selamat menjalani ibadah puasa buat semua...
 buat renungan semua...

jap lagi ada meeting curi masa waktu lunch ni... shawl patik dalam entri ni dari purdypetals... will story mory more about shawls... i loikee...

p/s: xoxo publish... haha...


Monday, June 24, 2013

Rinduuu...

Sekarang ni patik berada dalam situasi yang kritikal (eceh). Pernah tak anda berada dalam situasi tak dapat berbuat apa2? Malah berdiam diri lebih baik sebab tu aje yang terbaik kut... just wait and see ajelah, huhu pengsan! Takpelah redha sajalah, kena ingat bahawa Allah sentiasa ada, yang maha tahu segalanya dan pasti semua yang berlaku ada hikmahnya. Haish lebih baik berhenti menaip pasal ni dan cerita benda lain.Ye tak?

Teringat zaman muda mudi dulu. Tiba2 rindu dengan kehidupan di sendai, kawan-kawan lab, instrument, experiment... semua2 lah... gambar kat bawah ni bak kata ladychenta zaman kuruih... zaman student memang zaman kurus kan hahaha cover line tak hengat...

me, my sensei and my labmates...

Tak ingat la tahun bila gambar ni diambil. Sebenarnya terjumpa secara tak sengaja dalam buku tahunan yang juga tertengok secara tak sengaja (eh apa punya ayat daaa). Nak sangat gambar ni tapi kena beli dengan buku harga 24,000 yen... adoii pengsan... mahal sangat, takpelah ambil gambar dengan phone je wuwuwu. Ramai yang dah grad, ada yang dah dapat kerja, ada yang dari degree sambung master, dari master sambung phd, dari phd sambung postdoc... dan sebagainya...

Beberapa hari je lagi viva patik ni. Tolong doakan ye... patik bakal berangkat ke sana tak lama lagi. Sangat berharap semoga dipermudahkan segala urusan, viva berjalan lancar, tak tergagap, boleh jawab soalan, tak terpeleot masa jalan, aduyaii ke situ pulak haha, mulala duk terbayang macam2 yang negative... shoo shoo go away hehe... it was never an easy journey, but it is one of my memorable one... ganbatte hani chan!


Monday, December 31, 2012

Calpis, the wonderful drink...

Fuhhh tiup sikit (tiup banyak kut) sebab dah lama sangat tak menulis meluah rasa di sini. Waktu genting sekarang ni dah tak boleh nak merapu seperti waktu dulu-dulu. Tensi tahap maksima. Kadang rasa sedih bila diri ini tension, terasa diri terkapai, tapi bila tengok anak, kekuatan tu tiba-tiba datang entah dari mana. Dia memerhati, merenung ke arah mata, kemudian jejari halus menyentuh muka ini lantas memberi kucupan (padahal bukan kucupan, gayanya macam nak jilat muka mama dia je haha), adakah dikau mengerti wakai anakanda?

Mungkin inilah yang dikatakan kita perlu pasrah dan redha. Mencungkil sejauh mana kudrat dan kesabaran diri. Give me strength... (dalam hati tak henti memberi kata-kata semangat) nampak macam sikit lagi nak habis tapi terasa sangat jauh untuk digapai. Agaknya inilah penangan bila kedua-duanya tensi nak habiskan belajar. Namun sebagai wanita, isteri dan ibu banyak yang perlu ditolak ansur dan diutamakan. Secara otometik anak akan diuatamakan dari segalanya. (nijyuugonichi) december 2012 adalah tarikh yang akan diingati untuk tahun ini dan sampai bila-bila kut...

Ok berbalik pada cerita asal, tahula dah lama tak menulis, panjang pulak intro kamu ye! Nak bercerita tentang air calpis yang best. Rasanya kat mesia dah ada air ni tapi tak tahu semua range ada ke tak dan harganya tidaklah patik pasti. Dah beberapa tahun duduk jepun baru tahu akan kewujudan air calpis. Itupun setelah kak as ku sayam yang mention dan dia cakap air calpis sangat sedap. Maka dari situ timbul perasaan nak cuba. Arigatou kak as... btw windu sangat2 dengan kak as sekeluarga huhu...

カ-ka, ル-ru, ピ-pi, ス-su, karupisu aka calpis, semia info dan gambar dari en wiki. Rupanya dah lama air ni sejak tahun 1919. "the beverage has a light, somehat milky and slightly acidic flavor similar to plain or vanila flavored yogurt or yakult. Its ingredients includewater, nonfat dry milk and lactic acid and is produced by lactic acid fementation." Yang kat atas tu air basic calpis.

Tapi kan... patik lebih gemar yang ni... versi sirap, heh pepandai je sirap bagai. Yela sebab dia pekat macam sirap tak pun ribena kena tambah air lepas tu kacau2 sehingga sebati. Tapi kami tak guna air pun, guna susu, ya ampunn... kena la dengan selera kami ni, kiranya minum susu berperisa gitu... yang oren mula2 tu rasam macam ubat demam masa zaman kanak2... pernah makan tak? mula2 je rasa macam tu lama2 eh sedap pulak...

yang ni adalah my fav! budou (anggur) dan ichigo (strawberry)...

Apa ke juadah update pasal air haha... insya Allah more bebelan will come soonnn...

Tuesday, October 30, 2012

I will remember you...

Ingat lagi entri makan-makan (It's the packaging) sebelum ni? Makanan tu semua tak ada satu pun yang patik beli, semuanya ambil percuma di lab. Not that my lab has free tasting foods. Tiap kali ahli lab pergi conference/meeting dan yang sewaktu dengannya mereka pasti membawa pulang ke lab sedikit buah tangan yang selalunya berupa makanan seperti kuih, biskut, coklat, aduhai semua tu kegemaran patik ok! Tiap kali ada souvenir di atas meja bilik seminar tu mesti saya akan belek2 content untuk pastikan boleh makan atau tidak. Kalau boleh, berbunga-bunga cintalah hati patik untuk memakannya...

dalam banyak2 yang diselitkan di entri terdahulu... yang ini paling diingati. Terus terfeeling dan ada background lagu Amy Grant-I Will Remember You. Kelopak ros jatuh kiri kana patik ni. Eceh tak menahan nak ada lagu bagai dah la lagu zaman bila entah (kalau kat sekolah dulu kawan cakap zaman tok kaduk atau zaman jaafar tonggek... uhuhu kesian jaafar yang tak bersalah).

Harajuku chocolate. Kalau ke Tokyo i'm gonna find it! Souvenir ni F-san yang bawa balik. Dalam ramai2 kawan lab dia yang paling tahu akan ingredient yang patik tak boleh makan. So most from what he bought i can eat it happily, yeay! Tak reti nak descrbe macam mana, tekstur dia tak macam kek pun walau rupanya persis mini muffin. It melts in the mouth and ada crunchy2 part yang buatkan patik khusyuk makan sampai pejam mata menghayati. Masa ni rasa nak pergi ambil lagi kat bilik seminar tu (tapi hati cakap haish tak baik tamak haloba, nak lebih pergi beli sendiri). Maaflah penulis blog ni memang over acting, sila jangan pengsan wuwuwu.

Sekian entri merapu untuk kali ini... tskk...


Monday, October 22, 2012

It's the packaging...

Kadang sayang nak makan, kadang rasa wahh mencabarnya nak makan. Mana taknya packaging yang sangat cute juga rapi dan teliti. Walaupun adakala rasanya biasa-biasa je. Kebiasaanya oyatsu (snek) atau omiyage (souvenir) ni kat luar dah balut macam hadiah (kadang ada riben bagai suka suka), lepas buka balutan ada kotak, dalam kotak ada bungkusan kecil lepas tu barula boleh makan...

contohnya macam yang ni, balut, kotak, dalam otak ada lagi kotak kecil, dalam kotak kecil baru jumpa seketul biskut dalam plastik bentuk panda hehe... rasanya macam biskut butter je, tapi jadi sedap sebab bentuk penda bear, pengsan! maaflah jangan tak tahu penulis ni memang over acting macam ni ye hikhik...


yang ni biasa2 je, tokyo saku saku pie (saku2 tu ekspresi bunyi rangup kalau tak silap patik)...

yang ni kelakar bentuk loceng "doraemon"... macam kuih bahulu je rasa kuih loceng tu (pandai2 je panggil kuih loceng)...

inti paling femes iaitu kacang merah dan sebelah tu inti yang jarang saya temui, inti buah berangan...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails