Showing posts with label Sightseeing a.k.a jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Sightseeing a.k.a jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

El Mirador Tazawako...

Berbelit lidah patik nak sebut El Mirador tu. Apakah? Nama tempat kami menginap... macam vass gitu kan? Hehe, tapi itulah yang termurah yang kami jumpa. Asalnya nak tinggal di cottage bersama yang lain nun di atas bukit tapi tak cukup bilik, kerana bilik hanya ada 3, kalau nak tinggal kat situ ada yang terpaksa tidur di ruang tamu, maka kami ambil keputusan untuk tinggal di mana2 hotel yang masih kosong dan murah. Biasalah kalau ada matsuri aje kebanyakan tempat penginapan ni cepat betul penuh huhu...

Alhamdulillah selamat sampai, tapi sampai depan tasik aje... belum sampai hotel lagi... si isteri dah excited ambil gambar dari dalam kereta, biasalah penulis ni memang macam tu, layankan sajolah yo...
IMG_4627
Dah nampak tasik tapi macam terkedu. Eh? ni tasik ke pantai? kok kenapa persis pantai aja dong? haa kang dah terspeaking ala2 sinetron gitu. Geramnya rasa nak turun tang tu jugak nak kayuh itik tu haha... jakun yang amat! dah nampak kebiru-biruan mata hitamku tasik tu... i likeee....
IMG_4637
jalan nak ke hotel pun sangat2 mendamaikan... pandangan tasik diselang seli dengan pepohon nan redup... tak tahu nak tengok mana satu (eceh nyampah!)...
IMG_4630
nampak ramai pengunjung mandi-manda, naik bot, kayak, "itik kayuh" tu (eh serius tak tahu nak panggil apa benda alah tu, ala yang nak gerakkan ala2 bot comel tu kita kena guna kaki huhu...
IMG_4625-tile
pemandangan Tazawako... tanah digunakan sepenuhnya, padi pun ditanam dengan banyak di sekitar tasik ni...
IMG_4654-tile
ingatkan papan tanda hotel tapi RnR je, tu dia siap ada RnR lagi ha... tak sah kalau tak ada red gate yang simbolik ni.... weee dah nampak macam hotel aje kat depan tu!
IMG_4668
pemandangan di tepi El Mirador, entah apa la yang mereka duk tengok tu.. takpe2 sabar, patik terjah sat lagi naaa...
IMG_4681
muka cinta hati ku kena paksa posing dengan cik puan isteri hehe... masa ni kami agak risau sebab jam menunjukkan hampir 2 pm, biasanya check in hotel kat sini pukul 3pm.
IMG_4671-tile
Redah aje ke kaunter, dan bertanya pada reception lelaki yang sangat lemah gemalai ahauww bersopan santun gitu, kalau nak masuk awal kena bayar ke tak? Alhamdulillah, boleh masuk awal tanpa dikenakan sebarang bayaran extra...weee... kami ambil bilik murah iaitu mengadap bukit dan breakfast. Kalau nak bilik mengadap tasik kena keluarkan ongkos yang lebih. Tak perlu rasanya sebab hotel pun dah tepi tasik, nak tengok tasik turun hotel ajelah, ye tak?Macam biasa, memang akan ada okashi (snak warna putih tu) diberikan...
IMG_4695-tile
selesai solat terus keluar untuk menikmati pemandangan di depan hotel... gambar first tu, pandangan dari tingkap kecil berhampiran lif, wahhh birunyaaa, cantik sungguh! Subhanallah... indahnya ciptaan Ilahi... tapi kat situ je nampak biru lain macam aje kat tempat lain sekitar tasik tu taklah sebiru ini pun...ntah2 ada pirana tak pun "resaksa" kat dalam air tu haha (mulahlah nak berkhayal!)... rumput nan menghijau rasa nak guling aje... lepas tu nyanyi lagu Sound Of Music sambil pusing2 macam heroin cerita tu Julie Andrews! Dulu masa muda mudi selalu buat wallpaper pada PC gambar tasik yang berlatar belakangkan gunung ganang... teringin nak pergi kenyirko namun tak kesampaian, masa dpt offer study di NZ dulu dah mula berangan jugak, tapi rezeki bukan di sana, last2 dapat belajar di jepun, tak sangka boleh jejak tasik yang cantik di jepun (eh banyak pulak patik membebel... ampunnnn...)
IMG_4714-tile
di sebelah sana tasik ni berpasir macam pantai, kat kawasan hotel ni, berbatu macam pantai jugak tapi ala2 pantai yang ada cliff tu... disapa angin sepoi2 bahasa, angin yang nyaman... kalau angin pantai tu ala2 masin sikit kan, tapi sebab ni tasik jadi lainlah sikit anginnya... eceh yer ye aje kamu ni! tu ayat cinta hati bukan ayat saya hehe... suka sangat gambar yang ketiga dan keempat tu! sebab backgroundnya yang menawan kalbu...
IMG_4751
tak ada tripod uwaaa... si steri berusaha jugak nak ambil gambar berdua, nasib baik ada batu2 kat situ, patik amat berterima kasih wahai batu2 Tazawako sekalian... tapi senget sikit, yelah mana ada batu yang rata kan? dah puas adjust kedudukan kamera pada batu tu... maka akur ajelah dengan gambar senget huhu...
IMG_4737
berombak macam pantai... memang saya dan cinta tak bercakap seketika hanya berdiri di atas batu menikmati pemandangan...
IMG_4854-tile
sekejap aje layan blues... lepas tu kami menuju ke sebelah kanan hotel tu... nampak ada kedai dan rumah kayu kecil (macam boleh agak yang rumah kayu tu pasti berkait dengan kepercayaan mereka). Ada jual tangkal supaya diberi kesihatan, bertemu jodoh etc... maaflah terpaksa melihat gambar pemandangan bersama model yang jelek huhu... kerna patik tak dapat menahan perasaan untuk tersengih2 di depan kamera tu haha... ayat tak menahan!
IMG_4826-tile
mula2 cinta tak nak pergi kat rumah kayu tu...puas saya pangil, tak peduli dah orang dengar ke apa... saya kuatkan volume suara, "love!" "love!". Dari jauh cinta angkat kening, saya pulak melambai-lambai "sinilahhh"... tapi dia buat tak tahu... panggil lagi... akhirnya datang jugak... ish cinta ni cubit manja kang baru tau, geram betul haha... saya teruja nak tunjuk ikan2 yang sangat mesra alam ni, last2 cinta hati pulak over excited ambil gambar mengalahkan i ok! Kami tak beli pun makanan ikan tu sebab tak tahu nak cari kat mana (padahal malas nak membazir, cukuplah tumpang tengok aje yang orang lain bagi), tapi gembira sangat sebab ada pasangan pakcik dan makcik dari Hokkaido (wahh jauhnya datang)... mereka beli sorang satu paket, kesian nampak kat saya duk teruja tengok ikan gamaknya, maka dihulurkan sepaket, alamak! segannya, saya geleng2 malu (ceh) dan cuba menolak cara baik, but he insisted and placed it on my hand... baiknya pakcik, hontou ni arigatou ne! Maka bermulalah khayalan patik sebagai bawang merah "Merah datang ni, bawa makanan" nasib tak nyanyi lagi si ikan kaloi haha... ok sila pengsan! Beria betul ikan tu semua, sampai terkeluar dari air demi sesuap makanan... sugoi!
IMG_4843
ada tour boat mengelilingi tasik, kami tak naik pun...macam tak best aje... mesti mahal...
IMG_4860-tile
dah penat bagi makan ikan, kami pun turun kat bawah tu pula... rupa-rupanya ikan tadi pun banyak kat situ... cinta hati khusyuk tengok sakana (ikan/fish). Orang tak bagi makanan pun dia datang terkedek2 di gigi air (kenapa gigi air eh? entah2 salah penggunaan ni, mintak maaf siap2 hehe) memang mesra sangat2, ada pengunjung yang cuba tangkap tapi tak dapat, ikan itu berjaya memboloskan dirinya dengan pantas... tapi tetap datang balik meminta makanan hehe... bergambar kenangan pada patung emas tu, lambag Tazawako, kami pun tak tahu akan sejarah patung tu...
IMG_4905-tile
waktu untuk lunch! perut pun dah menyanyi2 dengan kuatnya... pergi ke kedai berdekatan, cinta makan tenpura udon dan saya makan tenpura soba... yum yum!
IMG_4742-tile
dah kenyang lepak ambil angin tasik sekali lagi di kerusi yang disediakan oleh pihak hotel yang di hadapan tasik tu... berposing untuk kali terakhir sebelum menjuju ke tempat matsuri... kali ni patik nak terima kasih untuk meja pulak sebab sudi ambil gambar kami berdua weee :)

p/s: tak nampak mana pun matsuri tu, nasib baik nampak hanabi huhu...

Friday, July 22, 2011

Nametsu Otaki...

Sambungan dari entri sebelum ni... saje post asing2 saya risau gambar lambat keluar huhu... harap2 pengunjung HS boleh lihat kesemua gambar yang dipaparkan...(macam rancangan tv pulak, koya nak jadi pengacara nona :P)
IMG_4379
yeayy... dah sampaiiii...alhamdulillah tak sesat... silaplah tak bawa baju extra, kalau tak boleh rendam2 badan dalam air... bestnyaaa...
IMG_4380
kalau otaki yang anum comei FMTY pergi tu kena panjat tangga, tapi yang ni terbalik pulak, kena turun tangga tinggi... turun takpe lagi, masa nak balik tu adehhh jenuh nak naik tangga tau... (tapi patik tak "terel" ambil gambar macam anum huk2... gambar otaki patik sangatlah buruk wuwuwu... (lari laju2 masuk bilik humban muka kat bantal, ok apa kena hari ni asyik over acting aje haha...)
IMG_4386
Namestu Otaki desu! (air terjun Nametsu/Nametsu waterfall)... subhanallah, waahhh sampai2 aje terpegun tau..., sukanyaaaa i like pantai dan waterfall! Musim panas macam ni airnya sejuk sedang2 elok, cuba kalau ke tempat ni musim luruh confirm tak boleh nak celup kaki sebab sejukkk brrrr.... musim sejuk entah2 beku...
IMG_4407
air yang jernih, owh sungguh nyaman... rasa nak guling terus kat situ ahaha... tapi tak boleh sebab tak bawa baju huhuhu....
IMG_4425-horz
terpaksalah patik jadi photographer tegar, sebab cinta khusyuk sangat menikmati keindahan otaki, dah tu bila jumpa geng terus borak pasal kereta hehe... lelaki dan kereta tak dapat dipisahkan ok...
IMG_4389-tile
cinta hati ku malas nak posing so banyak gambar candid, penulis excited kemain siap buat gaya ala2 membasuh baju di tepi sungai macam cerita Bawang Putih Bawang Merah Latifah Omar dan Mustapha Maarof, nasib  tak nyanyi lagu bunga hutan aje haha... arigatou my love sebab sudi bagi pinjam selipar, terpaksa cinta berkaki ayam, yelah saya mana tahu kena redah air, bila jalan tanpa kasut rasa tajam2 batu tu huhu (ngengada betul tuan puteri celup ni!) ingatkan boleh duduk posing2 kat tepi tu je hehe, siap pakai kasut lagi pergi otaki ahaha... tak seswai betul...
IMG_4392-tile
jernih kan air dia... cantikkkk.... owh nametsu otaki, i miss uuu... (jangan dilayan penulis yang terfeeling ni hik2)
IMG_4428
inilah satu-satunya gambar saya dan cinta...huhu sadis betul... susahnya nak ajak dia berposing, en suami satu je cukup, yang si isteri tak cukup satu pose, nak banyak2 hehe...
IMG_4440
Rasa macam nak pergi interview je pakcik tu tapi saya tak reti nak cakap, takutlah huhu, "Pakcik pakcik, ada ikan ke? saya tak nampak pun"(ada yang nak kena hempuk dengan pakcik tu kan :P)... mesti pakcik ni dah expert dengan kawasan ni...
IMG_4462-tile
auww pasangan jepun yang sweet muwit, anak Kak As, Haqem yang sangat comel! asyik senyum aje... mesra pulak tu... tak dapat ambil gambar berdua banyak2 ambil gambar bayang2 pun jadilah. Masa untuk pulang, uwaaa sadis tak puas posing bercanda di otaki.
IMG_0011-tile
Bila dah naik atas tu baru perasan ada tempat untuk melihat otaki dari jauh, gambar kedua menunjukkan pandangan otaki tu dari atas. Manakala gambar ketiga dan keempat adalah pemandangan di sekitar tu... sawah padi luas terbentang... mentari petang mula mengundurkan diri di celah bukit bukau... owh indahnya...
IMG_0008
Banyak lagi rupanya tempat yang belum diterokai di Miyagi-ken ni...

apa? tak tahu lagu bunga hutan? Inilah cerita kegemaran patik tau...
sungguh murni (ehhh)...bunga hutan..(ohhh)...
p/s: dinner date to remember...

Nametsu Otaki: The journey...

Masa kecik2 dulu saya jarang dapat berjalan. Hanya berjalan bila abah ada out station, so itulah yang dinamakan cuti2 kami sekeluarga. Jarang ke pantai, ke air terjun etc. Bila belajar barulah ada usaha pergi jalan2 bersama kawan2. Serius! kenangan saya di air terjun hanya 2 kali huhu silalah turut sadis bersama patik... pernah ke air terjun jeram linang dan juga jeram pasu huhu... itulah kenangan air terjun patik masa zaman kanak-kanak... huk huk...

Betapa terujanya hati saya ni bila Kak As (Asmara Life) telah mengajak saya dan cinta bercinta eh silap pergi jalan2 di otaki atau taki = air terjun/waterfall not waterjump okeh! rupanya dalam kawasan miyagi, dekat aje dengan sendai...haha kenapalah kami tak pernah tahu... auww malu maluu...
IMG_4347-tile
setelah bersesak-sesak dengan lautan manusia di Rokkon Matsuri, kami akur dan pulang ke rumah dengan penuh kekecewaan (penulis aje yang kecewa terlebih hik2, biasalah i kan over ektim), sejurus selepas solat laju2 kami ke Namtesu Otaki... dahlah kereta tak ada navi, nasib sempat men-google tempat tu... Nasib kak as explain dengan penuh detailnya, sebab dia takut saya dan cinta tersesat ke lorong2 hitam eheh. Ambil Tohoku expressway dan exit di Shiroishi... lepas tu lalu jalan biasa menghala ke bandar Shichikashuku... tenang dan damainya pemandangan, "love, nak pergi lagi tempat ni... i likeee..."
IMG_4360
pakcik...pakcik coolll... (sila nyanyi ikut nada yang betul :D) Siap lalu di ruangan basikal/motor demi mengelakkan kesesakan lalu lintas...
IMG_4363-tile
melintasi empangan yang sangat besar dan cantik, airnya warna hijau, saya jakun sebab tak pernah pergi tasik kenyir yang mana cinta hati pernah ke sana... so dia tak heran takat tengok air hijau macam tu hehe.. siap cakap "segala jenis ikan pelik, 'resaksa' semua ada dalam air tu" ish love ni biar betul? menakutkan je, mentang2lah i ni mudah percaya, suka tau main2kan perasaan i (ok sila pengsan haha)
IMG_4361
depa ni suka buat jambatan lagu ni, tapi saya suka je tengok... terus teringat cerita otoman taro... resaksa menendang2 jambatan hingga terbelah dua... huuu... abaikan khayalan saya ni...

p/s: bersambung...

Wednesday, June 1, 2011

And the journey begin... Double Tree, KL

Err... erm...sebenanrnya kan... kami dah selamat pun ke Abu Dhabi, UAE. Plan asal kami nak ke sana awal Mei iaitu masa cuti Golden Week kat jepun ni. Dah bagitahu abg saya nak pergi sekian2, plan sekian2. Namun setelah jishin hari tu, kami pulang ke Malaysia dan secara otometiknya terkensellah plan tu. Hingga satu hari di awal April...
"Dik... nak g Abu Dhabi bulan ni?" tanya abang saya yang driver tu...
"Mestilah nak!!!!" peluang keemasan haruslah tidak ditolak ye tak?
Lepas tu borak dengan K.Na (wife abg saya yang driver tu). "Dik, jumlah datang Abu Dhabi, abg driver fly ke KL 10 April, nanti boleh ikut dia fly balik ke Abu Dhabi." huwaaa mmg opportunity ni!
etihad
abang saya (i called him abedi yang mana bahasa ibunda abe=abang) adalah driver Etihad Airways nun di Abu Dhabi, Kapten Ahmad dot dot namanya...ceh ngadanya dot dot gitu haha...
800px-LocationUnitedArabEmirates.svg
Mungkin ABU DHABI kurang sikit GLAM dan tak HOT ok! Kalau lebih HOT kenalah sebut DUBAI. Maklumlah semua orang pun nak yang glam2 aje kan. Tapi patik tak kisah, patik ok je, eceh sempat pulak nak mencelah. Semua ni di bawah satu negara iaitu UAE atau dengan nama lain The Emirates sebab negeri-negeri ni diperintah oleh Raja yang berlainan. Tapi ibu negara bagi UAE adalah ABU DHABI. Eh kenapa kena tulis capital letters ni haha... over acting betul. Pemerintah di Abu Dhabi ni low profile je, beliau tak nak pun berlumba-lumba dengan Dubai untuk membina bangunan pencakar langit dan Dubai lebih terkenal sebagai bussiness center trade center gitulah. (entah patik kurang arif). Antara negeri-negeri lain dalam UAE adalah Ajman, Fujairah, Sharjah etc... erm nak tahu lebih lanjut tanya en wiki atau en google (haha padahal pemalas, ala u, i busy la). Warna merah itu adalah UAE. Kalau dari Abu Dhabi nak ke Dubai ambil masa 1 jam je dengan kereta.
1
"Abedi, adik pinjey topi meta"... koya nk jadi pilot Etihad Airways... takmo jadi stewardess sebab kena pakai skirt. I malu u...
2
Setelah mendapat tawaran keemasan itu, maka kami pun belilah tiket AA ke KL. Sesampainya di KL, maka Abedi tanya lagi, "Dik, nak duk hotel dengan abedi ke?" Wahh2 memang hati patik berbunga2 sebab patik tahu hotel staff Etihad ni mestilah bukan calang2... patik kan jakun orangnya... oleh itu haruslah saya superduper excited. Kami bermalam satu malam di Double Tree by Hilton Kuala Lumpur. Dekat je dengan KLCC dan juga Ampang Park. Abedi book satu bilik untuk kami, bilik biasa je bukan suite macam dia... takpe tak kisah pun, boleh stay kat hotel ni pun macam bulan jatuh ke riba uhuhu... inilah bilik yang "biasa" tu kan, tapi sangat luar biasa bagi kami. Tak pernah2 stay hotel yang bilik mandinya see through gitu kan auuww malu u, tapi ada tirai, tekan suis maka turunlah tirai tu, ok tak malu dah...hik2 gedik...
3
Keesokan harinya kami checkout dan lepak di bilik abedi, staff Etihad checkout lambat sikit sebab flight ke Abu Dhabi adalah waktu malam, syok jugak lepak bilik suite sambil menikmati panorama nan indah... lawanya KL...
4
LRT... dah lama tak naik LRT... anak buah saya panggil "RT" sebab tak reti nak sebut "L" kat depan tu.
5
Abedi cakap bangunan yang tinggi tu adalah Highland towers. Tiba-tiba teringat kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 11 Disember 1993.
6
hujan lebat diikuti guruh dan kilat...tak lama lepas tu menghampiri bangunan kami, dah tak nampak apa kat luar tu, perut pun dah lapar...makan jom!
7
Aktiviti sementara tunggu makanan. Kacau my love yang sedang khusyuk berinternet. Pertama kali kami makan dalam bilik hotel tau! "very the jakun u".Sadis tak? Layan ajelah kejakukan kami ni ye. Staff tu masuk dengan troli lepas tu imaginasi penulis pun sampai, pling-pling jampi serapah macam citer cinderella "Salagadoo-la mechicka boo-la bibbidi bobbidi boo, Put 'em together and what have you got, Bibbidi bobbidi boo!"Sape tak pernah tengok kartun disney cindarella tu confirm tak tahu, boleh geng dengan cinta hati saya, dia tak tengok kartun tu hehe. Kenapa jampi? sebab tiba2 dia terbukak jadi meja yang bulat dan hidangkan makanan kami, wow rasa macam nak pengsan je huhu. Maaflah terlebih ekspresi. Hontouni arigatou abedi!
8
Abedi and his crews naik bas ke KLIA, and he booked a taxi for us. From this moment, we have to go our own way macam passenger lain dan jumpa abedi di baggage claim Abu Dhabi International airport. Bestla kat mesia mana2 pun ada free wifi, kat jepun ni susah sangat, kalau ada pun semua kena bayar. Nasib ada internet kat lab hehe... 

next post, pengalaman beberapa hari di Abu Dhabi...

Friday, May 20, 2011

Hyatt Teluk Cempedak...

Balik dari KL kami singgah ke rumah kakak di kuantan. Kami adik beradik berkumpul dan tidur semalaman di sana. Tak nak susahkan my eldest sis tu, jadinya miss yanggi (kakak ku yang vogue divasss) ajakla stay di Hyatt TC, menggunakan corporate rate dia. Alhamdulillah bolehla tumpang sekaki payung. Lagipun miss yanggi memang suka stay kat sini, katanya seronok dan selesa memandangkan company miss yanggi selalu buat kursus/meeting kat hotel tersebut. Patik tak tahu sebab ini kali pertama jejak ke Hyatt TC ni.
 
http://kuantan.regency.hyatt.com/hyatt/hotels/index.jsp
antek tak tudung 5 hengget beli kat giant, eh itu pun nk bagitahu ke? tskkk... posing bersama anak-anak my eldest sis... tengok yang baju kuning tu... we called him our very own Justin "bibir" haha... yang cantik jelita sebelah saya tu anak buah yang pertama Nad nama dengan kawan2 kalau keluarga dia suka bahasakan diri dia Yah... dah besar dan matang gitu...dah ada boifren ke belum? baik ngaku, ceh garang betul auntie dia ni... eh takpe auntie sporting tau...
miss yanggi and her hubby... pengerusi program...
hotel penuh... tinggal 2 bilik je, unless nak ambil suite yang mahal tu...err takpelah sekian terima kasih. Kami ambil je bilik yang ada, yang kosong ni kat bangunan lama... (kat sini ada dua, satu old concept, satu lagi modern concept...) bilik kami tu old concept... gambar dicandid oleh Nad, once dia pegang kamera mmg tak nak lepas... naik pening dah i nak posim...
Nad suka ambil gambar, tapi bila diajak bergambar mulalah dia malu2 nak menyorok belakang auntie dia tu...
kirei na umi (pantai yang cantik, umi=pantai)
seronoknya mandi manda... saya tengok2 aje dari jauh...
cinta hati bersama mr yanggi dan justin bibir yang dah penat berenang-renang di lautan... "you know you love me, i know you care..." ce teka lagu apa?
finally sempat snap alyff without him doing his cheeky act...
salah satu gambar posing2 di TC, good job Nad! tiba2 nak letak lirik "andai dipisah... laut dan pantai... " eh rock la pulak, tak pun lirik ni "deru sang ombak, bersilir ke pantai, disambut alunan nyiur melambai" eheh terlebih romantika pulak, i kan very d romantika (perasan tahap gaban)...
kami berjalan ke arah kiri pantai TC menuju ke tempat berbatu tu... konon nak jalan2 atas jambatan kayu kat tepi tu baru lah feeling macam tuan puteri zaman dahulu kala ber-kanda dan dinda, cewah... padahal i sorang je duk feeling...cinta hati menten cenggitu jugak...
udah2 le tu posing, sila jangan geli geleman huhu... tapi nak jugak buh ayat geli jelly fish, aishiteru my LOVE! pengsan!
laluan jambatan tu ditutup ok... huhu musnah harapan dan realisasikan khayalan ku ini... kena aksi panjat2 sikit la, lalu kat celah pokok dan disambut pula oleh mr monkey... (tak boleh nak expect apa mr monkey tu akan buat sama ada terkam ke lari... kalau pegang makanan confirm MM terkam)
laluan hanya sampai di sini, ada je orang lalu tapi like i said before kena lalu di celah pokok kat tepi tu...
Nad yang candid!
i miss u Nad... and also my other nieces Ninin and Alin, 3 ni je anak buah perempuan dalam family yang lain semua hero hindustan hey...
jalan2 sampai nak maghrib... we had another makan2 outing that night hehe... i likeee.... u like? bukan mahan kat hotel pun, takmo la makan hotel, confirm mahal... gathering makan adik beradik...

jom makan2 lagi di entri seterusnya... huhu hari ni ada meeting from 5-8 pm erkkk...tolonggg!...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails