Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

Himalaya nappy rash cream...

Ada tak baby yang tak kena rash/ruam ni? Bestnya kalau tak kena ruam. Kulit baby kan sangat sensitif (tetiba teringat lagu sensitif rahim maarof tu). Saya minta kakak belikan just in case ada ruam. Nasib baik beringat sebelum kena. Itu namanya naluri keibuan, eceh, dush! Mula2 ok je kulit Hamza, alih2 pada suatu hari ada merah2 sewaktu tukar diaper dia. Masa minggu ke-2 kalau tak silap. Kesian pulak tengok... padahal dah tukar diaper dengan kerap.

terus guna Himalaya nappy rash cream yang kakak belikan. Saya tak suruh kakak beli krim yang spesifik. Tapi dia belikan yang ni. Dulu anak dia guna krim warna pink, tak ingat pula nama krim tu.

Hasilnya sangat puas hati. Berkesan pada kulit Hamza. 2 hari lepas tu terus hilang. Sekarang dah tak ada ruam tapi kami tetap letakkan sedikit sekali sekala. Walaupun dah guna diaper yang punyai penyerapan yang bagus (ayat iklan) tapi adakala kita tak dapat elakkan kelembapan pada kulit bayi yang dibaluti diaper tu. Ada tips lain selain pakai krim?


Tuesday, July 31, 2012

Senaman harian untuk bayi...

Tajuk sungguh skima. Walhal saya tak tahu pun senaman ni adalah yang umum atau tak. Selepas check up sebulan Hamza, seorang (erm tak tahulah nak kata nurse ke apa) staf dari daerah Aoba datang ke rumah. Seorang wanita sekitar akhir 30 an - awal 40 an. Sebelum datang dia telefon tanya boleh datang pukul berapa. Tepat jam 10 seperti yang dijanjikan beliau dah berada di hadapan pintu rumah.

Datang tengok rekod Hamza dan tanya perkembangan mama Hamza. Tapi dia cakap full japanese, tak semua yang patik faham huhu. Tujuan dia datang adalah untuk beritahu yang Hamza dah tak boleh pergi check up di Hospital university melainkan ada perkara serius dan dapat rujukan dari klinik biasa. Dia keluarkan buku yang mempunyai senarai klinik kanak-kanak dan tunjuk beberapa klinik yang berhampiran dengan rumah kami. Masuk 2 bulan nanti Hamza kena inject, risaunya... macam mana la agaknya Ken Hamza yang manja ni kena inject eh. Jangan meraung satu klinik dah la hu. Selain tu dia suruh isi poskad dan pos, lepas tu dapat percuma plastik sampah 50 keping. Kat sini ada plastik sampah khas kena beli. Sampah harian dan juga sampah untuk buang plastik. So kalau dapat 50 keping tu dah kira bagus dah.

Dia siap cakap sila berhati-hati dan kalau boleh elakkan Hamza dapat adik dalam masa terdekat hehe... "mochiron" (sudah tentu), mama dan papa hamza kan abiskan study dulu. Lepas dah bagi penerangan, dia tanya ada buat senaman untuk Hamza? Patik terpinga2.. hah, mama Hamza pun tak bersenam apatah lagi Hamza (alamak kantoi patik makles bersenam).

Dia cakap sehari sekali selama 5 minit. Letakkan Hamza secara meniarap. Senaman ni bagus untuk kuatkan leher akachan (baby) dan juga anggota badan yang lain. Sebab dia akan berusaha untuk dongak dan juga bergerak. Mula2 macam owh kesiannya, sebulan dah kena bersenam?

Hamza at his first attempt. Muka sangat blur, dia cuba tolak dengan kaki dan tangan sambil bunyi urgh, argh seolah sedang mencuba sedaya upaya (ayat tak menahan haha).


dari posisi berbeza, nak ambil gambar staf tu tapi takut dia marah wuwuwu... bila dah cukup 5 minit terus angkat, tercungap2 Hamza, macam nak nangis pun ada hehe, manja nii... lepas tu minum susu dan tidur dengan nyenyaknya. Penat bersenam agaknya :). Pesannya lagi, senaman ni perlu dihentikan sekiranya akachan menangis...

Tak pastilah patik tentang senaman ni. Tapi time ada masa dan nampak mood Hamza ok memang akan suruh dia bersenam. Kadang tu dia malas, baring je sampai hisap jari ish2... takpelah janji tak nangis.

p/s: berdebar nak tunggu keputusan nursery, agak2 dapat ke tak eh? hu...


Wednesday, July 25, 2012

Iranai dan neru...

Akachan aka baby biasanya pakai mittens and booties (tapi tak tahu pulak sampai umur berapa bulan, 2 bulan ke?). Saya siap minta kakak tolong belikan alang2 dia nak datang cuti2 jepun baru-baru ni. Beria suruh dia beli sebab tak jumpa kat sini. Bila benda dah ada depan mata barulah terjumpa mittens di Seiyu salah satu pasaraya kat sini tapi pelik cara dia jual, asing2 mittens dan booties dan dalam satu paket letak 3 mittens. Kenapa 3 huhu. Biasa tengok kat mesia jual sekaligus sepasang mittens dan booties.

Masa bersalin bawakla semua yang ada, tak banyak pun dalam 4 pasang je. Hari pertama je nurse pakaikan masuk hari kedua, lepas mandikan Hamza dia tak pakaikan pun mittens tu. Bila saya pakaikan mittens dek risau Hamza cakar muka dia sebab masa tu kuku agak panjang dan patik lupa nak bawa nail clipper dia. Bila mana nurse datang jenguk saya dan Hamza atau saya perlu ke bilik nursing, nurse bukak mittens tu. Dia cakap "iranai" (iranai=tak perlu, tak nak, nehi hay ok part nehi tu saje je penulis gedekiah ni tambah). Baru tahu rupanya, akachan akan cepat belajar kalau tak ada mittens ni, tangan dan jari jemari dia akan belajar banyak benda tatkala dia menyentuh dan explore sesuatu.

mittens iranai. Selalu check kuku dia, bila nampak panjang sikit terus potong, sebab asal menggeliat je mesti jari jemari Ken Hamza ni akan singgah ke dahi dan pipinya. Suka tengok bila dia gosok hidung comel je hehe... Lepas tu bila jari termasuk mulut dia rasa pelik siap pejam2 mata haha. Saja letak gambar neru (tidur) Ken Hamza. Tapi bila time sejuk (weather di Sendai tak menentu) saya pakaikan jugak mittens tu. (baju dari Aunty S di ireland, banyak berjasa dan puas hati sangat, sekarang dah ketat dengan Hamza, hu).

Kalau gaya neru macam ni memang tidur tak lama, kejap je ni. 30 minit dah jaga kut (heh, ye ye je buat andaian tapi kebiasaannya macam tu, asal tidur posing comel je sekejap aja dong).

Bila sejuk baju pun menutup aurat dan pakai mittens... "owh pening kepala dengan kerenah mama ku ini."kata Hamza.

geram pulak tengok gambar ni... Paling suka tengok dia tidur nyenyak macam ni. Bolehla mama buat kerja, weee...

Ragam bila tak neru pula macam mana ye?



Monday, July 9, 2012

Memori ichigo...

Sebesar-besar alam letak gambar ichigo kat sini hehe. Takpe kan? Bukan musim ichigo pun sekarang. Gambar lama ni.

IMG_0058
Di awal spring harga ichigo sangat murah, satu paket 198 yen, saje je beli. Tiba-tiba terasa nak makan...

Sewaktu sedang khusyuk makan, tiba-tiba teringat akan kenangan dulu. Sebelum ada Ken Hamza, saya pernah keguguran suatu masa dulu (dah tertulis belum rezeki kami buat masa itu). Waktu tu tak tahu pun berbadan dua (eceh ayat). Ingatkan hormon nak datang bulan tiba2 je hari-hari nak makan ayam goreng dan ichigo. Suatu hari di hujung minggu yang sejuk (masa winter), tengah bermalasan di ruang tamu. 

"Love, jom pergi kedai makcik ke hari ni?" (tak tahu nama kedai tapi owner dia makcik yang peramah, kedai jual buah sayur etc ala2 kedai runcit gitu).

"Kenapa, nak beli apa, bawang dan sayur dah habis ke?"

"Ada lagi, saje nak makan ichigo." sambil senyum meleret.

Buat memek muka ala2 ish ngapain dengan isteri ku ini (perlu ke tulis bahasa sinetrin di sini???)
"Malas la, kalau sayang nak pergi, pergila."

Laju2 patik bersiap dan meredah yuki yang tiba2 turun lebat sejurus keluar dari pintu rumah. Kedai makcik yang dekat (lebih kurang 200 meter) dirasakan jauh sebab berjalan sambil yuki menerpa manja ke arah muka. Kalau nganga mulut confirm tertelan.

Berkenaan makanan sejuk, bukan makanan sejuk dalam peti hehe, tapi sejuk menurut orang tua yang boleh menyebabkan kembung dan angin. Terima kasih pada yang sudi bagi info antaranya:

Timun..betik..kangkung..yg angin2 tu plez avoid ye sis.. 

buah2an x boleh langsung,ikan merah mak I gtau x gatal..kerang ,ketam,lala dan all kind of seafoods mknn sejuk menurut mak I..ayam baru2 bersalin x bleh mkn, tapi dah pertengahan berpantang boleh..daging kerbau boleh ,daging lembu x bleh..dgg ais x boleh tp daging yg fresh boleh..tp lembu tu dggnya gatal..

makanan sejuk, kubiss..hihihi ( pasti ler dah tau kan)
xpasti sgt.. maklum ler pestime jugak..
xdpt membantu.:( cume tau kubis, teh, itu jer kot..hihihi

mesti busy new mama ni kan!
masa pantang minum milo aje, tea and coffee dira tak ade minum...jaga pantang ok..untuk masa sekarang dan akan daang juga...take care!

Bila google tak banyak yang jumpa, ada satu di ENTRI INI.
blog langau- pantang larang makanan angin dan sejuk CNP dari blog tersebut.
Sayur :-

- kundur - kubis - kangkong ( sejuk ) - keladi ( sejuk ) - petola ( sejuk )

- pucuk ubi - terong - kuchai - pucuk sendi - kesum - pucuk jagung

- pucuk keti @ geti

Kekacang :-

- bendi - kacang panjang - kacang hijau - soya


Ubi :-

- ubi kayu - ubi keledek


Buah :-

- tembikai - sukun - tembikai susu - nangka - betik - labu


Makanan :-

- laksa - pulut ( semua makanan berasaskan pulut) - buah melaka

- teh - nescafe - mee kuning - jagung - bihun


Makanan yang boleh di makan :-

- sawi - bunga kubis - lobak merah - kailan

- ubi kentang - peria - daun cekur ( buang angin )

- pucuk pegaga ( buang angin ) - halia muda ( buang angin )

Amalkan meminum air rebusan halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, halba untuk membuang angin.

Bagi Ibu-Ibu lepas bersalin elakkan memakan makanan tajam, sejuk dan berangin.

Makanan Tajam @ bisa :-

- rebung - langsat / dokong ( bisa - lepas pembedahan, ada kudis, penat )

- nenas


Makanan Sejuk :-

- soo`un - jantong pisang - bayam - keladi ( sakit urat ) - cendawan

Bagi penghidap kencing manis elakkan makananan dan buah yang tinggi kandungan gula seperti :-

- pisang emas ( bisa ) - durian

- rambutan ( elakkan makan semasa DEMAM - mengakibatkan demam makin panas dan batuk) tetapi daunnya boleh digunakan untuk menjelum kepala. Bagi penghidap ASMA atau lelah adalah dilarang.

- delima ( elakkan makan semasa DEMAM )

- ciku @ buah sawa ( lelah @ penat )

Tak pasti sahih atau tak, tengok orang jugak rasanya. Yang penting makan makanan berkhasiat.


Monday, July 2, 2012

Ala manja...

Bila tengok Ken Hamza macam tak percaya, eh dah ada anak rupanya. Betul la kata orang yang lebih dulu makan garam, bila dah ada anak semuanya lain. Tumpuan dan masa lebih tertumpu pada anak. Jadual pun dah berubah. Awal-awal ni la masih nak sesuaikan diri dengan keadaan baru. Satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan dengan terperinci.

Tatkala menulis entri ni, Hamza dah berusia 22 hari. Banyak perubahan dia, maklumlah nak sesuaikan diri dengan dunia baru. Masa awal2 dulu dia selalu tidur je. Tidur dalam baby cot. Penghujung minggu pertama dia tidur siang dan tak nak tidur malam. Masuk minggu kedua siang dan malam pun tak berapa nak lena. Lepas tu tak nak tidur atas katil. Nak tidur bersama mama dan papa.

Masuk minggu ketiga dia nk tidur dalam pelukan orang. Tak nak diletak langsung ish2 fenin kami berdua. Naik lenguh sebab berat dia pun dah bertambah. Bukan patik aje, en cinta hati pun pegang sekejap je dia dah ckp lenguh hihi. Sekarang ni nak didodoi-dodoi pula. Biasa tidurkan dia tepuk2 je sambil bagi susu. Sekarang selepas menyusu dia nak style berdiri. Asal duduk je menangis. Bila dia tidur dan tersedar, asal lambat angkat je merajuk-rajuk tak nak susu buat seketika lepas merengek2 baru la nak susu. Manjanyaaa...

Serius masa awal2 dulu tatkala malam menjelma hati mesti berdebar. Macam mana ragam dia malam nanti, boleh handle ke tak. Eceh over sungguh. Nenampah i (ee punya style, read menyampah).

Makin lama makin faham serba sedikit dengan kerenah Hamza. Semoga kami dapat membesarkan dia dengan baik dan penuh kasih sayang (ayat drama). Tak lama lagi dah nak hantar nursery. Baru je nak mohon. Harap lulus la. Huhu sedih la pulak... Sebab rasa dia kecik lagi tapi apakan daya terpaksa... Kerna terpaksa... Eh nak termenyanyi pulak.

7


Hamza @ 3 am huhu... sekejap je tengok, tak sampai 2 minit pastu terus nangis minta didukung...



8


dah bambam... Tadi lawak je rasa. Dia menggeliat terlebih lentok tangan dia terkena hidung lepas tu terus nangis, sakit ke terkejut?

Tak sangka dalam tak berapa aktif nak update ada BE bertandang. Terima kasih nuffnang. Ni menurut pembacaan la, tips dia, asal ada BE je kalau boleh mention di blog dan juga ada keyword nuffnang. BE kali dari Digi DEP rider, Digi Samsung S3 dan Toyota Vios. Tak tahu la berapa lama akan bertahan
P/s:terima kasih byk2 Kak As Yonezawa dan Kamalia Iwate atas kunjungan tempoh hari. Datang tengok Hamza. Seronok dan sangat meriah tak puas borak. Bila ntah nak story mory kat blog hu...



Saturday, June 2, 2012

37, 38 weeks and counting

Hari Isnin depan dah melangkah ke minggu 39. Tak lama lagi dah edd. Akachan seronok lg kat dalam ni masih lagi aktif. Mama saya cakap kalau ikut pengalaman dia, bila nak dekat bersalin akachan dah kurang bergerak dan duduk elok pada kedudukannya... tapi sekarang macam tak ada pun tanda2 tu. Senior sekalian sudilah kiranya untuk berkongsi ilmu dengan patik ni hehe...

Alhamdulillah 2 minggu berturut2 dapat doktor lain. Doktor perempuan yang baik. Dia terkejut jugak tengok akachan besar sikit (sikit ke huhu) dari akachan jepun. Lalu ditanya rekod saya dan cinta hati berapa kilo masa waktu lahir dulu. Selepas memberitahu, dia mengangguk-angguk dan berkata "naru hodo". Dua kali jugak dia dah check laluan dah terbuka ke belum, lepas tu kepala akachan dah turun/engage ke belum. Tak biasa la, walaupun rasa diri ni dah relaks dan arik nafas panjang2. Setakat pemeriksaan Rabu lepas masih belum engage lagi.

Midwife pun ada bertanya dah prepare baby bag? Oh ya, kat sini minimum stay di hospital 5 hari bagi yang bersalin normal dan lebih 5 hari bagi kes yang berbeza. Kalau di mesia yang saya tahu lagi cepat discharge maknanya makin smooth la proses kelahiran malah ia menunjukkan ibu dan anak sihat walafiat dan berjalan lancar. Patik pun pelik kok kenapa di sini 5 hari. Bila borak-borak dengan Ayu LC rupanya kat sini tak ada pantang, so dalam masa 5 hari tu memang dijaga dengan baik oleh nurse di hospital. Selepas 5 hari tu para ibu dah boleh buat kerja bila pulang ke rumah masing-masing. Erk boleh ke lepas 5 hari tu buat kerja terus? Tak boleh bayangkan la huhu... maklumlah pengalaman pertama.

Perihal barang2 pula, kalau tak nak bawa banyak pun tak apa, baju akachan, towel boleh sewa dari hospital. Baju mak pun sama. Cuma kena bawa diaper dan body wash untuk baby dan beberapa barang lain. Tapi dah alang2 beli saya letak je dalam bag...

baju akachan 6 helai
diaper
baby body wash (baby lotion perlu ke tak eh? nurse cakap body wash je)
boots, mittens, bedung (nurse tak suruh pun tapi letak je dlm bag)
botol susu dan susu tepung newborn (midwife suruh standby in case susu lambat keluar etc)
kat sini tak barut akachan (so tak bawa, tunggu barut kat rumah nanti)
pants jenis yang boleh buka zap on kat bawah untuk tukar pad
pad saiz L dan M
b* pad
towel
body wash diri sendiri
baju patik sehelai je untuk dipakai balik dari hospital yang lain sewa robe hospital je sebab senang nurse nak uruskan.

apa lagi eh? tolongggg... (uish kecoh betul haha) 


Monday, April 30, 2012

Petua Memudahkan Wanita Bersalin...

Terbaca di laman sosial (skimanya ayat hehe), kalau ada tambahan bolehlah kongsi di ruangan komen ye...


a. Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
b. Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus..


لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
" Laa ilaaha ilaa Anta Subhaanaka inni kuntum mina'zhaalimin ".

Ertinya : Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang aniaya. ( al-Anbiyaa 87 )

c. Amalkan minum air lebihan suami.
d. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g. Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h. Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i. Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j. Bagi kulit bayi yang putih/ bersih, amalkan makan buah epal dan minum susu, selain meminum air soya.


p/s: tang makan telur mentah tu ish... macam tak boleh je wuwuwu...
hari ni cuti, tapi saya en suami di lab, yosh ganbare... sebenarnya minggu ni minggu cuti (golden week) esok dan lusa hari berkerja sambung pulak khamis dan jumaat. Tak ada plan ke mana-mana pun, datang lab atau duduk rumah takpun cari barang baby...


Thursday, April 19, 2012

32 syuukan...

syuukan = minggu/week

Semalam lama betul menanti giliran. Bukanlah lama sangat pun cuma waktu menunggu kali ni tak seperti biasa. Mulanya ramai yang beratur untuk urine check, kemudian nurse tersilap ambil kupon diskaun. Lepas tu bincang tentang kos bersalin pula. Kalau kena tambah dengan duit sendiri maksimum dalam 200,000 yen. Kemudian kena tanda tangan surat tak boleh request doktor wanita. Dibuatnya waktu nak bersalin tu ada doktor lelaki je kenalah pasrah. Dulu masa geng Sendai Iryd bersalin boleh request tapi sekarang dah tak boleh. Tak mengapalah didoakan semuanya selamat bila tiba waktunya.

Memandangkan dah 30 weeks plus, pertemuan dengan doktor adalah selama 2 minggu sekali. Selepas 36 minggu, kena jumpa setiap minggu. Semalam check-up dengan doktor yang tak pernah nampak. Hajimete. Nampak sangat muda. Tapi orang kat sini ramai awet muda rasanya, kadang wajah nampak macam sekolah menengah tapi bila tengok umur dah 30 plus wuwuwu.

Selepas nama saya dipanggil, kelam kabut nak masuk bilik sebab masa tu sedang isi borang makanan yang boleh/tak boleh makan waktu bersalin nanti serta maklumat lain. Masa nilah nak catat kat situ porky, daging tak halal etc tak boleh makan. Doktor tu siap buka pintu dan panggil lagi sekali. Sat na doc... hehe...

Bila masuk dia suruh baring. Lantas membuka fail yang berada di atas meja. Laju aje cakap jepun. Entah apa yang dia cakap. Yang faham cuma "32 syuukan desu ne." Kemudian saya angguk laju2 hik2. Dia minta kebenaran untuk letak gel (tak tahu nama) nak buat ultrasound.

"Are..." looking at the file and looking back at the screen. (a-re, re seperti sebut "re"hat)
"Are... ookii..." looking back at the file. While his hand is still resting at my leg. Memang sempoi.

Ookii=big/besar. Encik suami bertanya "Akachan ookii desuka?"
"Hmm.. chotto ne, but growth is normal." Adess konfius dibuatnya.
Kedudukan akachan pun masih sama. Kepala di atas. Belum buat pusingan "moero attack" lagi. (tiba-tiba teringat scene "hiroshi lihatlah tangan ku ini", zas tarik sarung tangan dengan gigi, entah2 scene drama lain...ampunnn).

Sekarang ni akachan 2.1 kg. Para senior, pada minggu-32 ni jikalau akachan mempunyai berat sebegitu rupa, besar sangat ke? Atau doktor tu yang terlebih ekspresi. Huhu...

Kemudian doktor bagitahu keputusan pemeriksaan darah, mama akachan ni pulak kurang hemoglobin dan doc suruh ambil Fe (iron) tablet. Kurma merupakan salah satu makanan yang ada Fe, memang makan setiap hari tapi minggu ni stok dah habis. Kena order lagi di baticrom.com. Sepanjang mengandung ni baru sekali je makan hati ayam, tapi seafood yang bercengkerang tu adalah juga banyak kali. I likeee "asari" (clam).
 picture from mr Wiki...

Tips untuk penyerapan Fe yang mantap. Ada 3 rangkaian makanan. Sesiapa yang tahu lebih lanjut dialu-alukan untuk berkongsi dengan patik yang cetek ilmu ni. Seperti yang diketahui makanan yang kaya denga Fe adalah hati, tuna, ikan bilis, makanan bercengkerang seperti oyster, asari (clam), soya, tauhu, spinach popeye the sailorman etc. Penyerapan ke dalam badan yang maksima adalah jika dimakan bersama daging lembu/ayam, telur, susu dan juga vitamin c seperti capsicum, white radish, oren dan lemon.

Jika tuan hamba teringin nak minum teh (ye ye je padahal penulis yang teringin nak minum teh susu :P). Kena tunggu sekurang-kurangnya sejam sebelum atau selepas makan.

p/s: Thanks Nuffnang for another BE!

Thursday, March 8, 2012

20 perkara sebelum dan selepas...

Sekadar perkongsian... mungkin dah ada yang pernah membacanya. Bukan setakat 20 perkara ni malah lebih banyak lagi kan? Here goes...


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

By: Wonderful Life.my

Ye ke no 19 tu? mula2 kita rasa macam orang asing?... masa preggy ni pun dah bercakap2 dah dengan dia apatah lagi bila keluar nanti. Ada tak ibu dan ayah mithali di luar sana ingin tambah/kongsikan dengan saya yang masih newbie ni (eceh, nyampah,...hehe)...

Baru tahu hari ni adalah hari wanita, patutla google macam comel aje kan?
 selamat hari wanita!


p/s: risaunya meeting petang nanti huhu...


Tuesday, July 19, 2011

Rilakkuma sakuranbo dan favicon...

Rilakkuma yang comel! Beria je, walhal tak pernah tengok kartun rilakkuma ni. Pernah tengok patung dan key-chain serta bermacam jenis lagi yang dijual. Sampai saya sendiri teringin nk beli siap cakap kat cinta nak beli siap2 utk anak ahaha... of course tak dilayan kan? (sebab dah tahu siapa yang nak hehe... :P). Apa itu rirakkuma? ejaannya rirakkuma tapi sebutnya rilakkuma, entah diriku ini tidak mengerti kenapa sebegitu...

(クマ)kuma=beruang/bear
(リラック)rirakku=relax/rilek la brader.. (tetiba hip hop la pulak)
bila gabung jadilah rirakkuma
mungkin ini salah satu sebab saya suka beruang, kenapalah kartun beruang dibuat sebegini comel dan gebu... huu, patik terpedaya ok...(gambar dari google).

IMG_0011
sebenarnya nak cerita pasal sakuranbo kembar ni... tapi sebab dia posing bersama rilakkuma, terpaksa saya perkenalkan si rilakkuma ni juga. Yang tu dapat free bukan beli, tapi rilakkuma tu bukan mcm patung or bantal, keras aje huhu...
IMG_0015
yum2 manis je macam sakuranbo yang lain, mula2 macam takut nak makan, tapi belasah ajelah :D

sambungan sikit perihal Favicon tu.. ada yang bertanya (KakNo dan Rina) nanti favicon tu nampak kat mana? Ni contohnya...
tadaaaa....(sound effect wajib hokay... haha)
pinjam layout amilin comey (kiri, peminat arashi hik2, t akak buat enri pasal arashi ye) dan juga my "pashion" icon Syaima di Niigata (kanan)...  

dulu ada terbaca tutorial etc, tapi kalau tukar terus di favicon edit tu terus jadi, tak perlu susah2 nak link2 bagai... kalau lambang biasa buat blogger tu, huruf B dlm kotak oren, kalau rasa nak comel sikit bolehlah letak gambar kegemaran anda ya, dan ingat segiempat sama ok jangan jadi macam patik.. 
                            

contoh... gambar rilakkuma ni, sebelah kiri dah nampak macam segiempat sama tapi sebenarnya tak pun, resizekan jadi segiempat sama macam belah kanan tu, bolehlah masukkan dalam favicon, selamat mencuba...


Tukar Favicon...

Perasan tak butang edit favicon? Saya baru aje perasan... saje je klik... excited siap buat entri lagi ha. Maklumlah saya tak berapa nak celik sangat bab2 IT. Semoga ada insan yang sekapal dengan patik ni :)...

 favicon di "page elements"

Saya letak gambar bunga... i like flowers hehe... masukkan apa2 gambar yang saiznya empat segi sama... mula2 saya cuba letakkan satu gambar dan rasa pelik jugak bila keluar ayat "the image is not square" (dalam hati fikir, eh bukan semua gambar empat segi ke?)

Lepas tu baru terlintas sempat segi samalah kut... lawak je bila ingat balik. Resize gambar, barulah keluar gambar yang diingini... yeayyy...

p/s: banyak sangat cerita sampai tak tahu nak cerita mana satu huhu, plus hari ni agak busy.. ada meeting... ganbatte to me...

Wednesday, March 2, 2011

Apa yang paling digeruni masa "presentation"?...

Baru je lepas menghadirkan diri di pembentangan akhir pelajar tahun 4 makmal ni. Seramai 5 orang labmates telah membentang. Sepatutnya 6 orang tapi seorang lagi entah menghilang ke mana. Puas ditelefon dan cuba dijejak tapi tak berjaya. Kesian my sensei tu, ke hulu ke hilir risau akan pelajarnya. Minggu ni adalah minggu pembentangan bagi pelajar tahun akhir sarjana muda jurusan Kimia. Sebelum tu nak cerita sedikit perbezaan berbanding pengalaman muda mudi saya di UTM suatu masa dahulu...
 eh apa kaitan pulak dengan gambar ni... suka betuk enterprom queen ish2... sebenarnya cuba cari gambar zaman belajar dulu tapi tak de la pulak dalam pc ni huhu...

(Daigaku=University, belajar U mana? belajar Dai mana?)
  • UTM: Di semester 2 tahun 3 senarai topik kajian akan dikeluarkan dan masa tu first come fisrt serve basis. Jika anda dah target dari dulu nak buat kajian dengan supervisor idaman @ idola maka kena cepat2lah berebut dengan pelajar lain. Sekarang tak tahulah ada lagi ke tak sistem tu kat utm.
  • Tohoku Dai: Pejalar akan melawat setiap makmal yang ada di jabatan kimia. Pelajar2 senior yang sedia ada perlu buat lab tour dan menerangkan sedikit sebanyak tentang latar belakang kajian di makmal masing2. Para pelajar yang dipilih masuk adalah berdasarkan markah dan kelayakan. Contohnya nak masuk makmal kimia organik, jadi markah subjek berkaitan dengan kimia organik haruslah melepasi piawaian yang ditetapkan...
Ok mari kita berbalik pada topik asal... suka tak presentation??? Saya paling tak suka dan paling lemah sangat bab2 kena berdiri dan bercakap depan orang ramai ni. Walaupun dah ada pengalaman jadi cikgu masa praktikal dan sempat mengajar di uni sekejap sebelum sambung bejalar ni. Tapi bila mengajar tu lain, lama2 nanti oklah insyaAllah, sekarang ni dah kembali ke dunia pelajar yang mana lagi banyak belajar rasa lagi banyak tak tahu huhu... Every time nak present mesti ada rama2 dalam perut (butterfly in the stomach) nasib baik bukan tikus ke cicak ke lipas ke... oh udah2 le tu. Dah la tengah kecut lepas tu asyik terfikir pulak akan perkara seperti di bawah...

- tengah present alih2 lupa skrip (huwaaa, haru biru)
- nampak obvious kita nervous (cuak tau, huhu)
- tak dapat jawab soalan (walhal sebelum tu dah pernah bincang, alih2 panik terus blur)
- pegang pen alih2 syok sangat present gerak tangan bagai sampai pen terpelanting ke arah hadirin yang dihormati sekalian alam... (ada ke? ke saya je over imagine)
- imej yang nk ditunjukkan tak keluar, masa praktis ok je tapi bila tiba waktu yang betul pling2 hilang pulakkk kompius mak! dan macam2 kes lagilah...

Oleh itu saya nak berkongsi beberapa tips yang saya tahu... kalau ada tambahan mahupun berkongsi pengalaman dialu2kan tulis surat cinta kat ruangan komen tau!

  • mesti praktis... apa2 hal wajib/harus praktis dan baca berkali2 slide yang telah disediakan. Lagi banyak baca lagi banyak kesilapan yang kita jumpa contohnya kesilapan ejaan miss typo ahauww... dan dalam pada tu mungkin timbul idea2 untuk up-kan lagi slide presentation tu. Suruh jugak orang lain baca dan idea penonton perlu diambil kira jugak ok...
  • senaraikan soalan2 yang dijangka akan ditanya berdasarkan slide tu, tak kisah lah pengetahuan asas ke, berkenaan radas ke, experimental dan sebagainya...
  • slide jangan kalerful sangat, pening nanti nak baca cukuplah dengan 2-3 warna asas... avoid striking colors. 
  • khas buat lelaki, masa present tu jangan letak tangan dalam poket baju mahupun poket seluar, this is not a good ethic in presentation, kut ye pun nak santai please dong jangan buat macam tu...
  • saya tahu taktik masuk tangan dalam poket tu adalah nak kurangkan gementar dan juga sorokkan kupu2 yang berlegar dalam diri tapi cara lain untuk elak gementar adalah dengan pegang objek lain, saya selalu pegang pen, tak pun pointer. Sebelum mula present tu pegang pen dengan kemas tapi janganlah sampai patahkan pulak ye kut ye pun gemuruh jiwa semangat membara (eh apesal termenyanyi pulak ni?), goyang2kan pen tu lama2 nanti gementar anda dialirkan melalui objek tersebut. Cubalah ok!
  • hindarkan buat aksi macam garu kepala ke, kuis hidung ke posing tangan kat dagu ke, sebab ini semua mengundang dugaan buat para hadirin, nanti mereka tak fokus kat slide tapi fokus pada orangnya sahaja...(saya lebih rela orang tengok slide)
  • masa present tu janganlah pandang slide sahaja, silalah ada eye contact. Pandang orang yang anda kenal, kalau tak nak pandang orang sila pandang dinding belakang tapi jangan sekali-kali pandang siling ok! nanti orang pun takut ingat ada hantu ju-on dalam bilik tu... 
  • suara kena jelas. Kalau ada mikrofon lagi best, tak perlu nak lontar suara (eh macam kelas vokal la pulakkk).
  • bagi wanita hindarkan pakai pakaian ketat metat cekci mekci, singkat mingkat, lagi satu elakkan banyak2 warna padi baju siap intan berlian semua, cukuplah 2-3 warna sahaja sebab anda bukan present sorang2 tapi di khalayak ramai dah tu bukan pergi dinner ke apa kan, so tak perlulah overdress, underdress sahaja dah cukup sebab yang lebih penting isi pada slide tu. Kalau pakai suit lagi cun...
  • buat para-para sakura eheh silap.. encik2 sekalian cuba tengok cara anda pakai tali leher @ tie. Ni saya baca kat etika pemakaian ke pejabat tau... hujung tie tu sila jangan lebih dari buckle tali pinggang anda. Jangan atas dari buckle mahupun bawah dari buckle, ianya perlu berada di antara ruang buckle belt sahaja ye tuan2... kalau anda lihat orang lain mahupun "mat soleh"= mat saleh pakai tak betul bolehlah ketawa dalam hati sambil berkata "eee mamat ni mesti tak expose dengan etika pemakaian ke pejabat". Astaghfirullah tak baik riak takbur bongkak macam tu. Cepat2 tadah tangan mohon diampunkan dosa...

Itu sahaja yang terlintas setakat ini. Kenapa beria sangat bagitahu tips ni? Dalam dunia pendidikan dan dunia research mahupun pekerjaan apa sekalipun memang tak boleh lari dari presentation, seminar, conference, kelas dan sebagainya... adakalanya kerja yang kita buat bagus tapi cara penyampaian yang tak kena membuatkan isi yang kita sampaikan nampak hambar... saya pun masih cuba memperbaiki kekurangan diri ini, tiap kali mula present masih gugup 2-3 minit lepas tu baru cool... pen mmg wajib di tangan... lets share together-gether ok...nak tahu juga tips dari anda....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails