Appointment pada jam 9 am 15 Feb 2012. Sesampai di Tohoku Daigaku Byouin, ambil folder hijau untuk isi kertas appointment dan baucer diskaun check up. Kemudian self check blood pressure dan berat badan, kertas kecil yang keluar dari mesin tu diletak bersama dalam file hijau tersebut, kemudian serah di kaunter. Satu lagi bekas urine letak je pada slot bertingkap yang disediakan dalam toi tu.
Apabila selesai, tunggu nama dipanggil masuk consultation room jumpa mid wife yang mana ada dua je kat sini iaitu bilik no 21 dan 22 yang berbunyi
"Hanis-san, ni-jyuu ichi (21) ban ni ohairi kudasai" [kudasai=please/sila, ban=no, ohairi=enter/masuk] --> (puteri Hanis sila masuk bilik no 21) maaflah patik memang suka berangan jadi tuan puteri tsskk...
"Hanis-san, ni-jyuu nana (27) ban ni ohairi kudasai"
Berjalanlah saya dan cinta hati menuju bilik 27. Bila masuk terkejut tengok ada 2 orang doktor. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki sah2 doktor jepun. Yang perempuan nampak macam gaikokujin (orang luar). Lalu dia perkenalkan diri tapi tak dengar nama, cuma dengar "I'm from Philippines."Kemudian doktor lelaki tu terus menyampuk, "She is a specialist in ultrasound etc." Terkejut ocopot la sebab tak pernah2 pulak ada doktor pakar yang check. Apapun syukur alhamdulillah.
Agak kuat la doc tu tekan sebab banyak yang dia check. Geli pun ada huhu. Nak tergelak je. Tapi gambar scan dia bagi 2 keping je wuwuwu. Sebab dah biasa dengan check up sebelum ni bila doc letak je scanner tu biasanya akan nampak kepala, kemudian perut, lepas tu paha. Namun begitu idok la pulak saya tahu terma2 yang digunakan oleh doktor ni seperti BPD, HL, AC dan FL. Kali ni banyak betul yang diperiksa. 2nd trimester ni masih boleh nampak see through dalam badan baby, bila dah 3rd trimester dah tak nampak. So alang2 masih dalam 2nd trimester ni, doktor tu check
- kedudukan rahim
- kandungan cecair amnion
- bahagian otak, dia tunjuk celebrum
- jantung, dia tunjuk aorta, atrium, ventricle kanan dan kiri
- bahagian perut
- ginjal
- tulang belakang
- tulang jari tangan
akachan bergerak banyak sangat melindungi pemandangan doktor. Sampai satu tahap tu doktor naik geram dan tekan2 serta tolak2 perut saya sambil cakap "Come on baby just move a little bit more over there..." tapi akachan tidak memberikan kerjasama. Dia nak check tulang jari kaki tapi terlindung la pulak.
Sepanjang check up tu cinta hati angguk-angguk nampak macam faham. Bila sampai rumah dia belek balik gambar tu juga gambar check up yang sebelum ni dan tanya macam2. Ni apa? Ni gambar belah mana? Laaa tak faham rupanya, comel betul! Cubit pipi tu kang baru tahu.
Ni apa ni? tanya en suami. Saya tahu tang tulang paha je, istilah dia tatau yang mana satu dan ianya tertulis pada jadual sebelah bawah kanan tu... sekarang berat akachan lebih kurang 734 gram.
tulang hidung pun doktor ukur jugak, tsk...
Maka gigihla patik cari maklumat, nasib baik di hujung jari u ahauwww, dengan taip2 di tenet ni. Itu yang tiba-tiba gigih buat entri pasal akachan. Baiklah ibu-ibu dan para wanita sekalian alam, uish over betul haha... semua maklumat dan gambar diperolehi di LINK INI. Entah2 semua dah tahu, patik je ketinggalan jaman wuwuwu...Takpelah anggap sebagai ulang kaji pelajaran eceh macam masuk exam, dush!
bahagian kepala, doktor akan ukur BPD stands for Biparietal Diameter, sebelah tu contoh gambar ultrasound.
yang ini pula AC stands for Abdominal Circumference. 
FL stands for Femur Length iaitu ukuran tulang paha. My fav part sebab ini yang paling faham bila tengok.
Oklah sekian dulu kelas tak bertauliah ni, sensei lapar nak pergi makan hehe... aiyoo next check up kena bebel lagi ni, huhu... ada sesiapa sudi bagi tips makan. Nak minum jus je kut tak makan, tskk sadiss...
p/s: dah lama tak ambil gambar purikura huhu...