Tuesday, July 9, 2013

Owari dan IAD...

Pheww... sapu dahi... alhamdulillah, syukur pada mu Ya Allah... akhirnya tamat jua walaupun second viva aka final viva tak selancar seperti yang patik rancangkan. Namun alhamudulillah syukur sangat2 dah lulus pengajian! Tunggu surat, sijil etc in 1-2 months time. Tak dapat nak gambar perasaan patik ni. Terima kasih tak terhingga buat sensei patik, sensei2 lain, juga insan tersayang dan kawan blog, eceh tetiba buat ucapan pulak kat sini haha... Patik tiba di jepun to be exact haneda airport 11 pm plus pada 25 Jun 2013. Keesokan pagi terus bertolak ke Sendai dengan shinkansen (bullet train).

Sampai je sendai terus check in hotel Toyoko inn. Pergi sewa kereta dan patik terus bergegas ke lab. Jumpa sensei dan geng lab, malam balik hotel, makan dan buat persediaan apa yang patut. Dengan badan tak sihat, batuk2 yang dah lama berlarutan (dah berjenis ubat makan, sampaikan antibiotik paling kuat pun dah telan namun keadaan masih sama), dugaan sungguh tapi semuanya harus diteruskan.

 Mujur anakanda lena awal, behave la jugak haha... sebab asyik cakap kat dia, be a good boy mama ada exam, i dunno whether he understands it or not haha... of course mata tak boleh nak lelap, praktis pun macam banyak benda tak puas hati rasa blur pun ada... mixed feeling yang tak dapat patik lakarkan di sini... dush!

 Lepas dah selsesai semua urusan anakanda, jam 9 am bertolak ke lab, tak boleh nak senyum pun. Itu yang cover dgn hp hikhik... berdebar tak hengat, viva jam 11 am.
Sampai je lab, baru baca email sensei yang patik kena print tesis untuk panel yang hadir. Ingatkan print power point je... adoii gelabah betambah berganda gitu kan... namun ada yang membantu. Sensei pun tegur, dia tahu patik tak sihat. Masa defend pulak time qna ada satu soalan ni prof tny lain patik jawab lain sampai kena tegur dengan sensei haha sabar jelah... paniks panikss aduiiyaaii, tapi apapun kelegaan yang teramat selepas tamat viva tu... nak pitam pun hado ha... stay di lab selesaikan urusan etc...

 balik je hotel terus cari anakanda yang sedang khusyuk main berus gigi... apakah? haha... sekarang dah tak nak pandang kamera, susah betul nak tarik perhatian anakanda... waktu tu lantas berbisik "yeayy, yatta... owari dayo" (owari=tamat, finish dan yang sewaktu dengannya).
Keesokannya pergi lab selesaikan urusan, isi borang etc... hanya ada sehari je di sendai untuk berjumpa rakan2 dan cari barang yang dikirim... memang packed sangat jadual (walaupun dalam hati verangan nak pergi sana sinun semuanya terkubur begitu sahaja uwaaa pasrah ajolah).

 sempat jumpa princess Khayra yang super duper comel! Tq Ami sekeluarga sudi datang sendai... 

 hari terakhir di sendai.. gambar masa nak pergi breakfast, anakanda belum mandi lagi haha...

 sampai di tokyo station, ambil cab ke hamamatsuchuo station sebab tak larat nak heret bag yang agak banyak (bawa balik barang saki baki di sendai, buku etc)...

 gambar Ken Hamza di Haneda Airport waktu balik hari tu 29 Jun 2013... kut2la ada yang rindu (eceh tak menahan!)... suka sngat cakap sambil muncung2.. entah apa yang ingin diberitahu... mama tak faham la Hamza... oh tak lupa buat ayu ladychenta yang sudi hadir jumpa i, ahauww... i loikee tengk ayu yang berseri preggy 2nd baby... semoga semua berjalan lancar beb... gambar takde plak nak upload, maybe in my next entry...

 my shayang2 (cakap pelat la pulak haha...) suka cakap tatata sambil tangan lambai ala princess diaries, ish penangan mama Hamza yang suka tgk citer pwincess ke ni? pengsan!


Owhh bercerita pasal IAD, yess... IAD u knoww hehe... Istanbul Aku Datang... Patik ketinggalan jaman okeh, baru je ada peluang tengok. And of course tengok seorang diri. Jiwang2 seorang diri uhuk2. My love mungkin tertidur 5 minit sejurus filem ditayangkan huhu... kalau bab filem romantika, fefeeling sorang2 ni bagi kat i la... not his kind of movie... Nasib baik ada my niece (along) who gave me this movie. Love it to the fullest! Ingatkan dah takde movie yang setanding BMBP (bawang merah bawang putih latifah omar) dan juga puteri impian where i can watch all over again tanpa jemu, hafal dialong remember most of the scenes and so on. Tak jemu tengok lagi setakat ni. Bagi patik cerita ni best sangat!

 Kecomelan Lisa surihani tu ya ampunnn tak menahan! Memek muka masa tulis blog, seriously comel! yang gambar atas ni pun super duper comel, bila kena paksa cari rumah haha kesian, baru je sampai istanbul. I am never a fan of tomok dan juga kumpulan apa tu new boyz eh? masa tu tak faham kenapa ramai sangat minat tomok. Naik pengsan dibuatnya, tapi itula taste masing2 kan. Tak sangka lakonan tomok not bad, showing off his romantic side (amboii ni ruangan ulasan pelem kew?)

 Siap goyang kepala tangan bagai! suka nya watak lisa dalam ni haha... sebab kadang2 patik ada jugak bermemek2 muka macam ni esp dengan my love, time writing pun hado. Tak dapat penuhi keinginan mula mencebik sendiri (belakang my love la) kalau depan2 mau kena laser haha...

 comel jugak time ni, jumpa maggi asam pedas ok, haha... ahh tengok movie ni macam terus nak terbang ke istanbul! i wish!

Adoii macam budak2 kan haha... terserlah keremajaan diri ini ahauww... remaja remaja jugak, esok puasa ok! patik pohon ampun maaf, selamat menjalani ibadah puasa buat semua...
 buat renungan semua...

jap lagi ada meeting curi masa waktu lunch ni... shawl patik dalam entri ni dari purdypetals... will story mory more about shawls... i loikee...

p/s: xoxo publish... haha...


31 comments:

Nieda Ramly said...

tahniah ..... tapi lepas ni mesti rindu sendai

Anum said...

hi sis

sudipVSsenduk said...

selamat menyambut Ramadhan Hanis, moga kita semua diberkati di bulan mulia ni :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Alhamdulliah happy for u dah settle semu Dr hanis
X sia2 ketaq lutut rush sana sini
Gomen ne jmpa kejap sgt
X Dan nk bermanja gituew awwwww
In shaa Allah ader rezeki jmpa lg next time k
Hugs ketat2ヾ(@⌒ー⌒@)ノ

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

yeay dh bole pgl Dr. Hanis la kn??hehe..hamza makin cute..gewam nye nengok die..

Unknown said...

Vi tumpang gembira. Tetiba vi rasa happy n terharu baca entri ni.
tahniah, Dr. Hanis! :)

maszull said...

assalamualaikum hana...selamat berpuasa yer..

amirah said...

legaaaa akhirnya dah selesai kan...tapi sedih jugak rasa nak tinggalkan sendai tu ..

Mitchamorchell said...

Congratulation! Finally habis sudah! Hehe.. Selamat menyambut Ramadhan Dr. Hanis!

Annisa said...

Assalamualaikum kak Hanis :-) apa khabar di sana? kak Hanis, Nisa ada tgk juga cte ni. Nisa suka watak Hero dlm cte ni, watak dia hidup.

Kak Hanis balik Malaysia tak tahun ni? ada good news nak gtau kak Hanis ^_<

rabu rabu kak Hanis <3

kyo_9 said...

Alhamdulillah
dah tamat belajar
sotsugyou omedetou gozaimasu :)

moga ilmu yang diperolehi itu dapat menyumbang kepada pembangunan negara!

whitecappuccino said...

tahniah sis! hamza makin comel.suka juga tengok filem IAD..

Dora Natasha said...

Masha Allah...

punyerlah lame tak jenguk blog sis ni. last jenguk mase u tgh preggy yg tk nmpk lg.

and plg lwk bile sy baru jer tgk IAD! seyesly sgt adore dgn watak lisa especially dia nanges mse beto bsh rmbt dia, ahaahha **feeling lebeh**

Neway, Ken Hamza sgtlah comelnyer! geram...! Selamat berpuasa sis ;)

mrs kayrul said...

tak pernah jemu tengok IAD..asal tengok jer movie tue, pastu mesti teringin nak makan maggi asam laksa...pengaruh filem...hehehe

fadhilah said...

tahniah!!! happy for you. lega ye bila dh tamat.

me suya said...

kak hanisss.. tahniahhh.. wow bangga pulak rasa ada kawan yg dah berjaya neh.. heheheh kagum!! tahniah2..loni stay mana?

Cik Pulau said...

Alhamdulillahh.. selesa sumoo.. bestnyooooo...

ustad jiji busy sungguh.. ritu g maso nikoh dio. tp xdea nk jupo nga wife dio.. xdop rezeki sungguh. hee

Anonymous said...

TAHNIAH ..

eh ehh .. awk dh slim lew..

Selamat berpuasaaaa

Munn Jaafar said...

Alhamdulillah!!! tahniah tahniahhh :D

ken hamza dh besar la...isy isy isy..ni skrg dh ada kt mesia ke?

*pssttt nape xleh komen kat blog ladyayu ek? rindu nk bblas komen kat sana tp xbleh :'(

نورعيم said...

hamza yg super cuteeee!

tahniah kakkkkk! :)

Chekgu Azrine said...

Tahniah sis..miss ur story bout hamza...wahh kena pggl DR la aftr ths ek..

pacificblue said...

Tahniah....selamat berpuasa......

Unknown said...

tahniah kakkkkk! comeynyo ank terunaaaa..

selamat berpuasa! bilo tau nok jupo dih..heeee

Pak Man said...

Tahniah.....

ishamizu said...

Bestnya dah lulus. Alhamdulillah! Tahniah mama Ken Hamza..Ken Hamza pon dh besar, semakin hensem! Geram tgk muncungdia tuh hihi

ke said...

kakkoii nya ken hamzah.. omedetou dr hanis :D

kesoma rai said...

omedetou`

HanisLazimAndTheShaklee said...

aloloo hamza dh pndai wat duck face nk amek gambo..kehkeh

akakkk anis pn sukaaa gilaaa muvi IAD nih!comellll sgt lisa dgn outfit dia..legging color lain,stokin color lain..omg cuteness overload..hihi

slamat bepuasa ^__^

Queen said...

dah habes ye pengajian hanis kat sana?..

ken hamza dah besar dah pun.. nampak begitu ganteng.. =)

Anonymous said...

Congratulations Dr. Cik Ha. hahaha

Cik Aann said...

Tahniah !! mesti nebes giler kan masa viva.. tapi alhamdulillah..dah abes pun..



Alfalfa Shaklee untuk milk booster dan keintiman wanita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails