Showing posts with label Milan. Show all posts
Showing posts with label Milan. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Geneva to Milano Centrale...

Kami tak punya banyak masa, peluang sebegini entah bila akan muncul lagi. Oleh itu kami memilih untuk ke negara jiran Swiss, iaitu Italy atau versi nak nampak keitaliannya, kena tulis Italia. Hehe. Dush!
IMG_1394-tile
Cinta kena jadi model sebelum train sampai... hehe saya dah set dalam kepala nak ambil gambar pemandangan sebanyak mungkin sebagai memori sebab saya memang sukakan pemandangan, gambar ketiga tu train baru bergerak dan dimulakan dengan pemandangan tanaman...train ni akan transit di Brig... kemudian dari situ kami perlu ambil train lain ke Milano Centrale...
IMG_1403
maaflah, gambar banyak ada reflection kat cermin dari cermin seat bertentangan, huhu, patik tak reti la nak ambil gambar cun2... Teruja betul ambil gambar, belah sana nampak tasik geneva, cantik jugak tapi seat sebelah tu penuh maka patik layan blues ambil gambar pemandangan tanaman dan bukit bukau ajelah...
IMG_1416-tile
suka tengok rumah di sini, berlainan dari yang pernah kami nampak, maklumlah pertama kali jejakkan kaki di eropah... huhu tak sempat singgah dan teroka Lausanne. Ambil gambar eki (station) pun jadilah... tanaman apa eh terususn elok dalam petak2 macam sawah padi hehe... sudah tentulah bukan padi, grape kut...
IMG_1408
comelnya warna rumah dan laman tu, i likeee... rasa nak lari2 dan guling2 dan picnic... weee...
IMG_1466
adakah itu Mont Blanc? ish la mont blanc aje kamu ni, hehe (nak lihat mont blanc dari plane boleh ke entri INI).
IMG_1467
tengok dari jauh tapi seakan terasa kesejukannya... rindu yuki Sendai kat depan rumah, eceh ke situ la pulak (err over acting betul penulis ni).
IMG_1438-tile
rumah, pemandangan, ladang, tanaman...sukanya jamu mata dengan pandangan sebegini... rasanya yang kuning tu rapeseed, atau nama jepun nanohana (pernah tengok nanohana di Miyagi, kalau nak baca boleh singgah di THE LONGEST DAY dan TULIP, SAKURA dan NANOHANA ).
IMG_1472
uishh sihat2 aje semuanya... comel!
IMG_1482
tengok sungai tu terus rasa nak celupkan kaki dalam air, pasti sejuk sebab masa kami pergi ni masih di musim spring... huhu nak posing atas jambatan kawaii tu wuwuwu...
IMG_1490
subhanallah.... saya paling suka gambar sungai dan latar belakangnya...saya bukan reti sangat ambil gambar dan edit lagilah tak tahu huhu, bila belek koleksi gambar suka sangat tengok yang ni...
IMG_1510
yang ini pun suka jugak...perasan tak warna air sungai tu? membuatkan hati ini teruja nak jalan2 di tepi sungai sambil berpegangan tangan ehehe i kan romantika kihkih...
IMG_1481-tile
suka rumah ada laman macam tu tapi tak suka rumah 2 tingkat, 1 tingkat cukuplah, tak larat nak cuci, lainlah kalau ada orang gaji hehe... alamak penulis dah mula nak ber"koya"(koya tu bahasa kelantan=berangan/berkhayal)... eh eh macam istana di atas bukit...(koya lagi) bila tunjuk pemandangan ke-4 tu pada cinta hati dia cakap "owh, biasa lah tu, rumah setinggan, tapi atas bukit." Cinta memang, hehe... atau adakah saya ni yang terlebih excited? Patik memang macam ni, dulu balik kg setakat pergi pantai pun suka kemain lagi... entahlah suka sangat dengan nature tak kisah la kat mana pun... lembu kat belakang rumah cinta pun saya sibuk nak ambil gambar, cinta hati cakap, gambar lembu pun nak ambik haha... adoiii.... pengsan dia dengan kerenah isteri dia ni...
IMG_1526
dah sampai di Brig, saya sibuk nak ambil gambar, padahal kena cepat2 hehe... tukar platform kena lalu bawah tu huhu i takuttt (dush!)... macam travel sorang aje gayanya haha sungguh over...
IMG_1531
Ni train kami untuk ke destinasi sterusnya... kenapa train laju, mesti ada muncung gitu bahagian depan eh?

Untuk trip seterusnya patik tak dapat teruskan aktiviti ambil gambar... huwaa kachiwa sangat-sangat. Kenapa??? sebab orang sangat ramai, tiket kami ada nombor seat tapi bila sampai pada seat sepatutnya, tengok2 ada orang duduk dah la depan tu ada anjing hitam yang sangat besar uwaaaa...takuttt...  tingginya paras lutut patik, (sila imagine huhu), rasa nak pengsan serta merta (jangan dilayan penulis yang over ni). Elok aje dia landing kat tengah2 laluan tu. Dah la orang yang duduk di seat kami tu tak nak beralih, konfiden aje ha duduk, pastu kami check banyak kali dan minta dia tunjuk tiket, sekali dia tak beli tiket daa... naik lompat2 sebab dia nak pergi dekat2 je kut, adoii lepas tu barulah dia bangun, dah la barang dia banyak... saya dan cinta terpaksa keluar dari train sebab nak bagi laluan kat anjing hitam tu, kebetulan masa tu bawa bekal roti dan madu, boleh pulak doggy tu datang dekat nak hidu, uish nak tercabut jantung patik tau, laju2 saya keluar huk huk.. shinkansen mana ada orang bawa anjing, huwaa walaupun orang jepun ni pelihara dan sukakan anjing dan dilayan bagai menatang minyak yang penuh, tapi haiwan tak dibenarkan naik dalam train sesuka hati macam penumpang wuwuwu...

Train sangat sesak, macam sesak nafas je (ok, over acting haha, sebab nak gambarkan kesesakan, tak berani nak ambil gambar, patik kan penakut wuwuwu). Ramai aje yang berdiri, tiket free seating agaknya, entahlah.. Tengah ramai2 orang tu sempat gambar di bawah, rasanya Lake Como. Kami transit di Milano Centrale (Milan Central, eh teringat KL Central :D).

IMG_1533

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails