Monday, March 19, 2012

Wasurenai...

Takkan dilupakan, i will never forget. Itulah makna wasurenai. Pada 11 Mac 2012 yang lalu, telah diadakan hari peringatan jishin 11.3.11 seluruh jepun. Dah setahun berlalu. Kebanyakan siaran tv menyiarkan secara langsung peristiwa peringatan tersebut yang berlangsung di beberapa tempat khususnya di kawasan terjejas. Tepat jam 2.46 pm siren dibunyikan dan para hadirin tunduk dan pejam mata, selama beberapa minit. Ada juga yang menangis. Seterusnya mengingati waktu tsunami melanda turut diulang tayang.

Walaupun tak berada di Sendai waktu tu, saya dan cinta hati turut merasa tempiasnya di Tokyo. Ada hikmah rupanya kunjungan kami ke Tokyo pada pagi 11.3.11 untuk bertemu abang saya di sana.

Kalau nak bercerita pasal instrument, lepas jishin tu ok, tapi lama-lama macam ada yang tak kena je. Mungkin kerosakan pada instrument mengambil masauntuk dikesan. Ianya masih boleh digunakan, tapi sebelum memulakan eksperimen tu patik perlulah memeriksa banyak benda bagi memastikan kondisinya adalah dalam keadaan tip top agar keputusan yang diperolehi tidak diragui. Bila kita nak report result pada "dunia" (uish tak menahan) atau dengan kata lain di paper/journal biarlah benda tu betul2 sahih, sebab orang akan rujuk balik kajian kita.

My sensei selalu cakap its the quality not quantity. Biar betul2 bagus sampai boleh jadi rujukan ramai orang dan zaman berzaman gitu kan. Setiap kali bila ada perbincangan habis semua disoal selidik sehingga ke akar umbi macam mana data tu diperolehi. Sampai yang basic2 macam cosine theta, trigonometeri etc. Kalau analisis macam ni apa relevannya etc. No komen untuk course/major lain sebab tak tahu huhu...

OPCL
gambar instrument diambil dari website makmal (gambar di atas) di LINK INI.

P1010314[1]
(from OPCL website) selepas jishin M9. teralih sedikit tapaknya... yang lain semua ok, lens, laser etc... alhamdulillah

DSCF1162[1]
(from OPCL website) bila dah repair. Macam ni la bile kumbang2 buat kerja, saya bersihkan lepas tu mesti berterabur balik hehe, tapi kalau ada prob kat kumbang lab jugaklah yg saya refer...

Ini baru satu.. tiap2 minggu ada ada 2 lg bestfriend ke nak panggil boyfriend eh? aka instrument yang saya hadap hari2... kadang di katahira. Semuanya tak ada di malaysia huhu... kena fikir cara nak buat resreach ni nanti bila dah balik belajar nanti. Mo chotto ganbarou!

p/s: story mory renew lesen memandu di sini...
 

Wednesday, March 14, 2012

White Day?

Lamanya membawa diri yang berduka lara. Sibuk sebenarnya.... sampai tak menang tangan dibuatnya. Saya jarang menceritakan tension mension study di blog. Setiap bidang ada liku-liku dan cabarannya tersendiri. Ada pasang surutnya, mat soleh kata ups and downs... yang penting jangan putus asa. Mo chotto.. ganbare Hani-chan... kata2 semangat yang kadang kala tak mampu nak menaikkan semangat ni. Huhu... bebel banyak2 bukan orang nak baca pun hehe... biasanya komen perihal gambar je. Baca atau tidak bukan persoalan, yang penting patik ada coretan memori di sini.

Pernah bercerita mengenai V-day dan White Day di ENTRI INI. Lupa pulak hari ni merupakan White Day di jepun. Sebelum datang lab, nak renew lesen memandu, sekali kaunter buka lambat lagi malas nak buang masa menunggu lebih terus ke datang lab, boleh sambung eksperimen semalam. Tiba2 terasa nak minum chai latte dan makan white choco cookie. Ajak la cinta hati singgah starbucks kejap (sempat lagi tu hik2). Kalau dulu dia mana ambil pusing. (pusing la pulak haha) tapi sekarang ni dia singgah jugak sebab dia tahu cik puan isteri bukan saja mengada2, wink!.

Sampai aje lab, T-san datang kat meja. "White day desu kara, dochi ga hoshi?" Sambil menghulurkan 2 jenis cupcake. T-san ni memang pandai masak kek (note: dia adalah lelaki ok! hehe, dan white day merupakan hari lelaki bg sesuatu pada wanita). Setelah bertanya content (mesti dia cakap banyak cekadak, orang nak bagi ambil jela...) Saya memilih yang ada corak bunga2 gitu, haish terror betul... i pun tak reti nak buat cenggitu tau. Hajat di hati memang dah lama nk makan kek. Konon nak buat kek pisang beberapa hari lepas, tapi bahan2 kat dapur tu tak terusik pun lagi dek kesibukan haha. Nak buat caramel cake atau red velvet cake uish jauh sekali... tak berapa konfiden. Kek pisang ajelah wuwuwu... entah bila akan terlaksana. Sekali hari ni dapat cupcake daaa hehe, alhamdulillah rezeki...

IMG_0706
macam nak pengsan nampak tumbler sakura starbucks untuk spring 2012. I likeee... terus beli dan guna :P... wallpaper desktop pun sakura, nama blog pun ada sakura... adoiii memang pengsan! Kek dari T-san. Hontou ni arigatou ne... (mood spring la kononnya tumbler sakura tu, walhal sendai masih sejuk dan 2-3 hari ni yuki masih turun tapi taklah lebat).

IMG_0708
Tak lama lepas tu F-san bagi coklat dan budak2 lain bagi biskut dalam bungkusan biru tu. Serius rasa macam biskut makmur. Tiba2 rasa macam makan biskut raya heh... Baru makan yang tu je, yang lain nak makan dengan my love malam nanti (eceh gedik tak? i kan romantika, mestilah nak makan dengan suami terchenta hehe). Banyaknya makan benda manis ish2.. tapi tak makan kang terliur wuwuwu...

Siaplah satu entri sementara menunggu sampel siap... okies back to work...

Thursday, March 8, 2012

20 perkara sebelum dan selepas...

Sekadar perkongsian... mungkin dah ada yang pernah membacanya. Bukan setakat 20 perkara ni malah lebih banyak lagi kan? Here goes...


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukakannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

By: Wonderful Life.my

Ye ke no 19 tu? mula2 kita rasa macam orang asing?... masa preggy ni pun dah bercakap2 dah dengan dia apatah lagi bila keluar nanti. Ada tak ibu dan ayah mithali di luar sana ingin tambah/kongsikan dengan saya yang masih newbie ni (eceh, nyampah,...hehe)...

Baru tahu hari ni adalah hari wanita, patutla google macam comel aje kan?
 selamat hari wanita!


p/s: risaunya meeting petang nanti huhu...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails