Setiap ken (negeri) pasti akan ada kuih tersendiri, kalau melawat ke mana2 negeri, pada kebiasaannya okashi akan dibeli sebagai souvenir, lain tempat lain okashinya..walaupun beza cuma sedikit je, tapi pasti ada trademark tersendiri...contoh pertama, okashi sendai...
kaunter jualan okashi di sendai eki...mite2(look2)...guys kat sini bawa handbag (usih kecoh betul)
gambar ni dah lama diambil masa beli okashi untuk jumpa NC di Kagoshima dulu... sesiapa yang rajin untuk tugas2 imabuan kembali boleh la klik di SINI, SITU, dan juga SINUN...
Kalau dilihatkan gambar kat atas tu adalah "salah dua" antara okashi2 yang agak pelbagai di sendai ni, tapi kena la cari ingredient yang selamat suci murni untuk dimakan. Selepas interview penjual2 tentang content dalam okashi, content yang selamat dan harganya mampu la untuk kami beli. Satu tu ala2 kek lapis gulung berinti, lagi satu nama dia "MOCHI", ala2 kuih koci tapi lagi sedap yummylicious i very like...inti dia macam2 kacang merah, teh hijau etc... satu kotak tu ada 3-4 inti berbeza..campur2...dapat rasa kuih ni pun sebab tumpang sekaki okashi yang dibeli untuk salah sorang staff umt di Kagoshima (ayuk)...time dia tengah makan tu baru kami tahu rupa paras okashi yang dibeli.. walaupun dah biasa makan mochi kat sendai ni tapi bila ayuk dah offer, kami pun rasala malu2 kucim hehe...sebab kalau nak beli saja2 untuk makan diri sendiri, ish macam membazir pulak...
My love went to kanazawa suatu masa dahulu, ada conference, dah lama dah, dalam bulan march.. cuma baru terfikir nak letak dalam blog.. Ni dia okashi glamer kanazawa ken.
tadaa...yang merah tu kuih, yang besar tu biskut, sorry hanya ambil gambar yang merah, biskut tu lupa nak snap...tapi kan bila makan biskut tu terus teringat biskut tiger, kelakar je, dan bentuk serta rasa hampir sama cuma ada tulis kanazawa je kat biskut tu...ok jum tengok kuih kanazawa-ken...
wahh..siap balut guna daun apa ntah..daun pisang kut? pisau kayu disediakan untuk potong kuih...
dalam dia ada buah berangan...erm macam kuih apa eh,..tak reti nak nak cakap, tapi rasa makan kuih macam kat mesia je...
rupa setelah dipotong...oishikatta...^__^
Kebiasaannya ahli dalam lab ni bila melawat luar negara atau dalam jepun mahupun pulang ke kampung pasti akan kembali bersama okashi daripada ken masing2... ada yang boleh dimakan ada yang tak boleh (zannen desune). Biasanya sesetengah kek atau biskut ada diletak rum, alkohol, liquir, tapi tak semua la... biasanya selepas dioffer oleh lab mate, i will check the ingredient first. (kadang2 mereka yang tolong check dan bagitahu mana boleh dan tak boleh dimakan). Omiyage belah2 negara barat nun, seperti europe yang ada bahan2 yang disebut tadi. Kalau bawa pulang ke rumah sempatlah snap2 (itupun kalau ingat). Kalau tak, selamat masuk perut. Ini adalah beberapa contoh okashi dr labmate...
lupa dari ken mana..tengok ada atas meja di bilik seminar, ingredient lulus..hehe..so i took it and put it in my bag to eat at home with my love...
yang packaging siler tu ala2 "kelepek/kerepek" disalut rumpai laut...sedap la jugak..not bad...
yang packaging putih tu..comel..bila buka bentuk ayam hehe...ke anak ayam, ntah2 burung..kompius dah..yang ni yummy..i like...
ini rupa dalam dia..ala2 kuih suji pun ada err.. tak reti nk explain..the taste is better than the first one....
i will share more about japs okashi next time k...till then
7 comments:
alolor...tomey nye okashi tuh pn hanis..lg2 y mcm ank aym/bird tuh...
kawaii ne~...hehe~
kema...hehe comey kan...i likee..
ohhh sedap....
krok krek da perut ni lapo... haha..
Pia..sabar lagi beberp jam je nk bbuka hehe...
suka la baca blog akak, santai yet informative hehe..
saya pon blaja oversea gak, but kalo ikut blog ni nampak jepun lagi best la pulak :p
Hye anonymous..thank u dear, wahh yer ker...belajar mana? tunjukkanlah diri mu hehe..ada blog? nanti pass it to me k...nak baca experience awak kat sana jugak
saya xde blog la akak, minat baca org punya tp sdri xnk wat :p
saya dihantar blaja medic di cairo u, egypt..
moga selamat & ceria2 sllu utk akak n fam :)
Post a Comment