untuk maklumat lanjut dan tinggalkan link penyertaan, sila klik pada gambar di atas...
Terima kasih buat DKKC (Dari Kelate Ke Copenhagen) di atas makluman, malah beliaulah yang mencadangakn agar BPM menganjurkan segmen ini. Syabas untuk anda kerana telah mencadangkan idea yang bernas. Apa yang perlu dibuat untuk segmen ini?
Buat satu entri yang sangat menarik yang mengandungi:
- Tajuk entri 'Saya Blogger Perantau'
- Sila sertakan link blog ini (Blog BPM).
- Gambar anda bersama keluarga atau rakan-rakan di sana.
- Nyatakan anda berada di negara mana dan buat apa? sama ada bekerja, belajar dan lain-lain..
- Ceritakan pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berada di negara tersebut.
- Tarikh tutup penyertaan : 29 Januari 2011 (jam 1 petang)
Maka bermulalah isi utama untuk segmen ini... wahh boleh ke nak buat entri menarik ni? Saya cuba ok! (peringatan: entri adalah sedikit skima gaban)
Saya dan suami buat masa ini tinggal di Sendai, Jepun. Kami sama-sama menyambung pelajaran di sini. Suami mengkuti jurusan 'Doctor of Science, Mathematics' manakala saya pula 'Doctor of Science, Chemistry'. Sendai merupakan salah satu bandar di bahagian utara Jepun yang dipanggil Tohoku. Ia terdiri daripada Miyagi (Sendai adalah bandar Miyagi), Yamagata, Iwate, Akita dan juga Aomori. Banyak universiti yang kami pilih di pelbagai negara termasuk di Eropah juga Australia dan New Zealand. Tapi amat sukar untuk mendapat respon kedua-dua pihak memandangkan kami mahu belajar di universiti yang sama. Alhamdulillah respon positif daripada kedua-dua penyelia diperolehi di 'Tohoku University'.
Ramai yang sedikit terkejut kenapa Jepun jadi pilihan kerana di Eropah pasti lebih seronok dan mempunyai banyak tempat untuk dilawati. Tidak mengapa, ilmu boleh dipelajari di mana-mana, belajar di Malaysia pun sudah setaraf dengan universiti luar negara. Malah kami bersyukur kerana berpeluang belajar di sini kerana ia merupakan peluang terakhir kami untuk menuntut ilmu di negara orang memandangkan sarjana muda dan sarjana kami di Malaysia.Lagipun sejak dari kecil Jepun memang menambat hati saya baik dari segi bahasa dan budaya mereka. Seolah-olah impian menjadi kenyatan. :D
Banyak pengalaman manis yang ingin dikongsi. Alhamdulillah setakat ini kami tiada pengalaman pahit cuma sibuk dan tekanan dengan pelajaran adalah lumrah biasa dan juga kesukaran di awal kedatangan kami di sini. Maklumlah hidup di tempat orang tambahan pula kami masih tidak tahu selok belok kehidupan di sini. Semakin lama semakin banyak yang diketahui dan semakin seronok dengan kehidupan di Sendai.
Nak berkongsi pengalaman dari segi pelajaran mungkin tidak semua yang memahami. Oleh itu saya ingin berkongsi tentang kehidupan kami di sini. Pengalaman manis yang utama sudah tentu dapat merasai pertukaran musim. Setiap musim memberi suasana yang berbeza dan menyeronokkan....
Saya dan suami buat masa ini tinggal di Sendai, Jepun. Kami sama-sama menyambung pelajaran di sini. Suami mengkuti jurusan 'Doctor of Science, Mathematics' manakala saya pula 'Doctor of Science, Chemistry'. Sendai merupakan salah satu bandar di bahagian utara Jepun yang dipanggil Tohoku. Ia terdiri daripada Miyagi (Sendai adalah bandar Miyagi), Yamagata, Iwate, Akita dan juga Aomori. Banyak universiti yang kami pilih di pelbagai negara termasuk di Eropah juga Australia dan New Zealand. Tapi amat sukar untuk mendapat respon kedua-dua pihak memandangkan kami mahu belajar di universiti yang sama. Alhamdulillah respon positif daripada kedua-dua penyelia diperolehi di 'Tohoku University'.
Ramai yang sedikit terkejut kenapa Jepun jadi pilihan kerana di Eropah pasti lebih seronok dan mempunyai banyak tempat untuk dilawati. Tidak mengapa, ilmu boleh dipelajari di mana-mana, belajar di Malaysia pun sudah setaraf dengan universiti luar negara. Malah kami bersyukur kerana berpeluang belajar di sini kerana ia merupakan peluang terakhir kami untuk menuntut ilmu di negara orang memandangkan sarjana muda dan sarjana kami di Malaysia.Lagipun sejak dari kecil Jepun memang menambat hati saya baik dari segi bahasa dan budaya mereka. Seolah-olah impian menjadi kenyatan. :D
Banyak pengalaman manis yang ingin dikongsi. Alhamdulillah setakat ini kami tiada pengalaman pahit cuma sibuk dan tekanan dengan pelajaran adalah lumrah biasa dan juga kesukaran di awal kedatangan kami di sini. Maklumlah hidup di tempat orang tambahan pula kami masih tidak tahu selok belok kehidupan di sini. Semakin lama semakin banyak yang diketahui dan semakin seronok dengan kehidupan di Sendai.
Nak berkongsi pengalaman dari segi pelajaran mungkin tidak semua yang memahami. Oleh itu saya ingin berkongsi tentang kehidupan kami di sini. Pengalaman manis yang utama sudah tentu dapat merasai pertukaran musim. Setiap musim memberi suasana yang berbeza dan menyeronokkan....
Kami sampai di sini pada November 2008. Musim sejuk (Fuyu) baru bermula. Sudah pasti teruja melihat salji memutih.....
Tapi salji di Sendai tidaklah lebat sangat, sedang elok saja untuk bersuka ria... kalau nak merasa salji tebal kami akan merantau ke negeri jiran iaitu Yamagata
tidak dapat dilupai juga kali pertama bermain 'snowboard' di Yamagata Zao Eboshi awal tahun 2009, pada mulanya agak sukar kerana asyik terjatuh tapi bak kata mat saleh "practice made perfect" namun masih tidak berani nak menuruni sepanjang bukit yang tinggi itu... Berterima kasih buat warga Sendai yang sudi mengajak kami ke sini... tanpa mereka kami pasti tidak akan merasa pengalaman ini...
Kami lebih suka bermain salji yang putih berseri dari 'snowborad'.... pengalaman manis seterusnya adalah dapat melihat 'Juhyo' iaitu salah satu fenomena alam. Perjalanan sejam dari Sendai ke Yamagata Zao Onsen....ini kononnya honeymoon kami di awal tahun 2010.
bersantai (berguling) di atas salji sambil menikmati 'Juhyo'...
ahhh seperti berada di alam lain....fantasi mungkin? (saya memang suka berfantasi!)
Musim sejuk berlalu disapa dengan pemandangan memukau bunga sakura (Hana Sakura) atau bahasa yang lebih betul 'sakura no hana'... semasa menubuhkan blog ini saya masih jahil dengan bahasa jepun lantas translasi secara terus dilakukan, terjadilah Hana Sakura namun sehingga kini tidak terlintas untuk menukar nama ini (sayanglah)... saya rasa di setiap negara empat musim pasti ada bunga ini dengan nama inggerisnya 'cherry blossom'. Tapi masih tertanya kenapa sakura amat dikenali di Jepun, mungkin di sini punyai spesis pohon yang berbeza?
Pemandangan sakura memang sangat indah di sini...tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, tambahan pula saya memang PENCINTA BUNGA. Aktiviti utama musim bunga (Haru) adalah HANAMI iaitu menikmati juadah ringan sambil melihat keindahan bunga sakura berkembang mekar... Hanami lepas bukan setakat jamuan ringan malah kami telah membakar satay di tepi sungai! Gambar di atas adalah kenangan kami bersama 'senior citizen' yang lain di Sendai(Iryd+Pitt=ai-chan). Jangan terkejut kerana kami warga 'postgrad' dipanggil 'senior citizen' dek kerana lebih ramai pelajar sarjana muda.
Bila Haru berlalu Natsu (musim panas) pun menyapa... suasana seperti di Malaysia tercinta... Musim ini ada Tanabata Matsuri yang mana wanita dan lelaki akan memakai yukata. Ia adalah sejenis kimono yang hanya dipakai untuk musim panas. Diperbuat daripada kain kapas lembut sesuai dengan suhu di musim ini... Perhiasan bersaiz 'gergasi' akan digantung di sepanjang 'mall' dan pertunjukan bunga api (hanabi) secara besar-besaran diadakan di setiap negeri. Hanabi di Sendai biasanya pada minggu pertama bulan Ogos. Memang mengujakan... saya memang bersungguh bila tiba waktu untuk pakai yukata tapi suami masih malu nak memakainya...
Setiap natsu juga warga sendai akan mengadakan acara tahunan iaitu ber-bbq di tepi sungai... makanan memang sangat 'marvelous' semuanya pandai masak...menu tetap adalah ayam bakar, ikan sanma dan salmon bakar dan pasti ada menu-menu sampingan yang berubah setiap tahun. adakalanya kami berbbq juga di musim luruh...
Sambutan Hari Raya kami ada dua...yang pertama adalah peringkat Sendai bersama warga Sendai dan keduanya adalah peringkat Tohoku yang dijalankan secara bergilir-gilir di setiap negeri yang ada di dalam Tohoku ni... gambar di atas adalah sambutan raya Tohoku di Iwate... semua tu adalah warga sendai yang memang sentiasa riang remaja... (perasan tak yang di belakang tu buat aksi terima anugerah gitu... haha)
Ni pula solat raya di Sendai... ada masjid di sini namanya 'Masjid Sendai' (betul, tak tipu, memang ditulis masjid, saya tak pernah bergambr di hadapan masjid, dalam masjid adelah...) masjidnya kecil sahaja persis rumah banglo satu tingkat (di belakang bangunan biru tu...) Bila tiba hari raya ramai yang datang solat, masjid yang kecil itu tidak mampu menampung semua ahli, jadi terpaksa solat di kawasan lapang berdekatan masjid. Pelbagai bangsa yang datang. Yang berpakaian ala2 hip hop rnb pun ada memang terkejut bila ke masjid sewaktu solat hari raya... nampak lelaki yang sedang bercakap di mikrofon tu? Dia adalah mualaf jepun, yang banyak membantu dalam pembinaan masjid dan juga perkara lain berkaitan umat islam di Sendai... syukur...
Berakhirnya Natsu... Aki (musim luruh) datang menjelma... waktu yang paling dinantikan adalah "KOYOU" iaitu menyaksikan perubahan warna-warna daun sebelum luruh ke bumi... Gambar di atas diambil sewaktu trip warga Sendai menikmati koyou di Yamagata (asyik kat Yamagata aje?? sebab ia paling dekat dengan Sendai, senang untuk kami pergi beramai-ramai tanpa perlu bermalam, tambahan kawasan berbukit bukau sudah tentu menghasilkan panorama yang indah)...
Ini pula koyou sekitar sendai...ahhh saya rindu pemandangan daun rona merah, jingga, kuning ini... sangat unik dan cantik... subhanallah...
Sebelum mengakhiri entri ingin saya ingin berkongsi sedikit mengenai pemakanan. Ianya tidak sukar. Ada dua kedai berhampiran kediaman kami yang menjual barangan halal juga barangan import seperti rempah ratus, sos dan sebagainya. Makanan halal boleh juga dibeli melalui internet dan akan terus sampai di hadapan pintu rumah. Elaun yang kami dapat adalah bersesuaian dengan kehidupan kami di sini. Selain itu restoren halal Iran dan Bangladesh juga ada yang mana kami boleh menikmati makanan seperti roti nan, nari beryani, kari dan lain-lain. Banyak juga restoren jepun yang menghidangkan makanan berasaskan hidupan laut, maka bolehlah kami berkunjung di hujung minggu... yang pasti saya dan suami sudah jadi peminat sushi yang dulunya kami tidak pernah makan dan tidak ada keinginan untuk mencuba sewaktu di tanah air. Walaubagaimanapun kami tetap merindui makan seperti 'nasi berlauk' 'nasi kerabu' dan sebagainya sebab kami ni punyai tekak melayu. :P
Jika nak berkongsi semuanya sudah tentu penulisan 3 hari 3 malam pun belum tentu habis... itulah serba sedikit pengalaman yang dapat dikongsi di ruangan ini... selebihnya bolehlah anda baca di entri yang lain...
p/s: Buat rakan seperjuangan di luar sana sama-samalah kita memeriahkan segmen ini ya... (kalau suka dengan entri ini, sudilah kiranya untuk tekan like kat bawah tu... arigatai)
62 comments:
tahniah!!!...karangan anda dapat A...bagus...haha..benci,post mcm ni lah yg menaikkan smgt saya utk pegi luar negara...sugoi!!..haha
Haha yer ker bagus..kalau bagus tekanlah like hehe... bangga ni artis puji i likeee... bagus! semangat itu yang kita mahu eh apekah tiba2 akak plak ober ni?
wahwah sweet nye dua2 pun phd~ haaa tu dok ada main snowbod tuh! hehehe..ganbatte!
arr.. jeles tol.. hukk...
=P
kamarukom hehe sweet ka...tima kasih naa... skali tu je snowboard lpas tu tak dak dah pun huhu tak terror lah wuwuwu...
along usop..jgn jeles dong! moh dtg jalan sini...
menarik a kak hanis! sy teruja!! :P
hehehe
dapat dok setaun rase 4 musim2 pon cam best .
selamat bergumbira aw! :)
ps: saya rindu nasi kerabu n nasi berlauk ayam kampong gak :(
akak & abang sgt sweet.
yg baring atas snow tu cool laaa
(:
all the best & gud luck hidup di negara org yaaa
(:
bestnye tinggal di negara 4 musim ni..macam2 blh tengok dan timba banyak pengalaman..hehe
perfect! suker sangat hana...xpe la skima gaban pun skima lah...hihihi suke owhh tgh hana berkimono, teringin jugakkkk...
Nisa...hehe sama2..nanti meh jaley sini... tula rindu sgt dengan masakey klate pagi2 makey nasik belauk best tuuu...
Nis ni mmg sweeettt...thanks nis all d best tuk nis jugak...
Kak sal betul tu, samalah anak akak pun...akak dh pernah dtg sini?
Hany..ok nanti hana buat post pasal pakai yukata ye! thanks hany harini mood skima gaban hik2..
p/s:dah beli ke bag cun tu?
suka..suka..suka..dan suka...
nak bagi anak2 akak baca nih..biar diorang bersemangat..seronok akak tgk suami hanis ambik course Dr of science,mathematics..anak akak yg ke4,sekarang sdg mengikuti kursus matrikulasi di Tangkak,Johor dan dia amat2 meminati bidang maths..akak dah tau dah nak suh dia ambik apa nanti..
suka tengok gambar yuki ^__^ and gambar main snowboard :) suka baca cerita & pengalaman kawan yang merantau tempat lain ^__^
good luck kak hanis <3
Kak Anym... sy sokong la cadangan akak tu... tak ramai anak melayu yang ambil matematik..semoga dia akan berminat dan sy pun harap enrti ni dapat naikkan semangat dia. goodluck untuk anak akak...
Nisa comey...ye ke...time kasih goodluck utk nisa jugak!
Doctor of science ek namanya? Kewl! Karangan yang memang best! Fara tak mampu lar mengarang camni. Like dua tiga kali tak aci ek..Hik
Oh, jangan disebut nasi kerabu..setahun lebih dah fara rindu ni tapi tak terbuat2 pun. Huhu.
harap2 umur panjang dan rezeki melimpah2 boleh pergi japan. teringin sangat
ehm2..takdok ko doc2 ho singgle lagi..hahaha
Seronok baca kisah hanis ni..lebih kurang pengalaman kaknor masa kat US dolu2 tapi kaknor amik degree jer..Tahniah juga sbb hanis dah sampai peringkat doktor..all the best ya :)
Boleh dapat markah tambahan untuk karangan terpanjang :D
dah lama gak tak berkunjung ke sini. lawa la gambar header kat atas sana tuh.....cantekkk bangeettt
kak, bile nk bwk nieszg jepon..niesz da li sweater tebal2 ni..hahaha..best nye la kalau dpt g..
updated entry :acik bembot 44
cerita yg menikam kalbuku...i loikes dear...gambo2 pun semua kakD suka...neleh ayo lio nengoknya..entah bila la..kakD nk sampai sana...
Memang bestttt... seolah2 dapat menyelaminya sendiri... selam selam selam.. kalian romantik. Saya doakan selamanya bahaiga taw! cepat2 dapat baby k... mesti comeyyy..
hai hanis :)
trimas krna follow blog sy :) sgt suka bca ttg pnglman awk d sendai. sy ad bbrpa org kwn yg sdg blajar d jepun jga, tp mostly blaja d uni of akita. huhuhu. anyway, nice blog :)
salam
sweetnya,,,,seronokbaca dan menatap picture2 disini..semoga bahagia itu akan kekal menjadi milik anda =) amin3..
salam kenal,
bestnya baca, saya link kat bloglist ye.
nak join juga la.. sekadar berkongsi pengalaman
hanis!!! sgt skema okeh?? the skema entry kot? heheh..bestnyer dia bceriter..x tau dh baper kali dok ckp dh ni..nak gak g jepong! hahaha
Hanis! perfect!! hehe.. cukup rempah ratus, asam garam. memang like2. hehe..:p
bestlah hanis ye.. suka akak tgk korang berdua ni
haisy kuat nyo maen angen ambo..ahahah..nyo wi hebat teruh nah..ahaha..
Lya...amin...insyaAllah rezeki tak ke mana...
Fara..yup kat sini degree dia nama cenggitu hehe, fara nyer uni caner? Hanis pernah wat sekali je nasi kerabu pastu tak buat dah...jum lah join suka jugak baca tulisan fara...
Ji jolo ko demo single... kalu jolo buleh ngejah rama saing doctor hak single ni! :D
Kak nor hebatnyaaa belajar di US mmg tabik...hebatlah belajar degree kat sana...
Sis amsterdam...haha really?? thanks sis!
eelobor...wahh cantik keee i likeee
Niesz, wahh dah siap beli sweater.. jum dtg sini hehe...kita jenjalan sama2..
Kak D ye ke? time kasih..jumlah dtg sini...insyaAllah ada rezeki Kak D nanti..aminnn...
Astina...aminnn thanks a lot dear mmg kehadiran baby sgt dinanti-nantikan..semoga ada rezeki kami... doakan utk astina juga...
hye aurelia thanks dear nanti dtg lah japan k!
Sissyira..aminnn insyaAllah... sy pun doakan kebahagian sis juga...
salam sis fa..jum join sy pasti pengalaman sis fa lagi best...
Honey! skima kan hahaha...takpe skali skala gitu...jumlah dtg sini teringin nk jumpa honey!
Kak As! ye ke wahh seronoknyaaa time kasih kak...
x pernah jejak g sane.. ntah bile r baru dapat g.. huu
wahh..sronoknyer d prantauan..!
bila lah laila dapt g sana kan..humm..
sangat bestt dapat merantau & cari mengalaman kan..;)
info yg menarik...seronok baca kisah anak perantau kat jepun...tmpat2 kat situ smua cantik2 belaka.....
sib baik tak poskan ubat gatai.hihihihi....nak join.tapi ms dah singkat.lak tu tgh sakit peyut ni.sakit pempuan le.
tp tarikh akhir smpi esok.fkr...fkr...dulu
kalo tak de gmbo keluarga tak leh ke?i malu gimau.hahahaha.........
maceh Hanis pelawa kat kkanie.kang free nak selongkar album.hahahaha....
hoo macam dah lama xbaca post puan, masuk2 ja page, wahh berwajah baruuu~ heheh gila cuteee header puan tu. romantik gituu and baru tahu when puan nd ecik termimi ke japan sambung phd. nov 2008 dah 3 tahun oo puan kat sana. macam kejap je rasa kan? lol semoga berjaya utk puan hanis dan en termimi!! ganbatte! :D
teringin nyaaa nak gi jepun!! insyaAllah akan saya ke sana nnti, tggu kumpul duit dulu lol :D
kay are..insyaAllah leh sampai sini satu hari nanti...
Hye princess of course boleh... thanks folo akak dh folo balik...
Kak aishah ye ke? sy pun suka tgk akak n family...
ayue..alhamdulllah sesuatu yang akan diingati sepanjang hidup...
syah-kayrul terima kasih, sy berkongsi sekadar termampu...
Kak anie sy dh agak dah akan dapat komen malatup dari akak hik2... join je kak tak sabar nak tgk koleksi gambau auuwww...
itulah jap je kan like u n haru too hehe...ganbatte to u too..hows working life? sy tunggu awak dtg make sure sebelum sy balik eyh..
Mencari info tentang Yamagata di PokCik Google, membawa Ate ke blog hanasakura-tomodachi yg telah lama tidak disinggah ini (blog Ate pun terbiar dingin membeku mcm snow di Yamagata Zao Onsen jugak). Tengok gambo Hanis pakai topi di celah2 keputihan salji (pokok yg di liputi snow ke tu)terus terfikir...Alamak perlu beli topi cam tu ke? :D
Post a Comment