Monday, March 14, 2011

Another update...

Alhamdulillah kami sekrang berada di Yokohama. Hari ni agak kelam kabut, menanti kawan kami dari Sendai. Ab+Akmal+Gen, Iryd+baby dan Su. Mereka berusaha datang ke Tokyo. Here goes a bit update to share... gambar dan video telah banyak diupload anda boleh cari di CNN dan juga youtube. Kami hanya lihat di tv dan memang menyayat hati. Setiap masa pun update pasal jishin.
Masa tiba di kedutaan Malaysia kami bayangkan akan ada bilik atau dewan berserta sedikit keperluan. Ada seorang pegawai menanti dan menegur kami tanya dari mana dan berpesan supaya buat macam rumah sendiri. Tambahan pula kami tidak membawa pasport semasa ke Tokyo since it was just a short trip and we'll be going back to Sendai in 2 days time. Tak sangka pulak gempa besar berlaku. Setelah solat Subuh, cuba rehatkan badan di surau tapi sangat sejuk dan kami tak tahan. Kami duduk di sofa, saya lihat ramai orang keluar masuk jalan melepasi kami tanpa sebarang terguran dan hanya berjalan menuju ke bilik belakang. Cuba bayangkan kami tak ada arah tuju... nasib baik pakej shinkansen yang kami beli tu dah termasuk dengan hotel oleh itu untuk malam 12hb tu kami boleh tidur hotel. Lepas tu ada 4 org pelajar lagi datang. Tiba-tiba datang seorg jepun staff di embassy...bila nampak kami terus dia tanya...how r u? R u ok? dan bertanya tentang perihal lain. Oh prihatinnya dia... malah dialah yang ambil semua maklumat kami. Kami turut bertanya boleh tak nak buat passport emergency etc dan respon dr salah seorang pegawai adalah "kena pastikan pasport betul2 hancur dan rosak baru boleh buat baru kalau tak nanti overlap ada 2 passport". entahlah saya pun tak tahu tentang prosedur ni. Kami memang tak tahu apa yag berlaku di rumah kami. Tapi yang pasti kami tak boleh balik ke sendai untuk ambil passport. Takkan nak balik ke tempat bencana.

Walaupun agak blur kami tetap berjumpa beberapa staff menyatakan bahawa kami akan ke hotel dan saya bersalaman dengan salah seorang dari mereka. Kami tidak diberi sebarang maklumat atau briefing. Lagi 4 pelajar undergrad juga dilepaskan balik. Kami meneruskan perjalan ke hotel dan cuba menghubungi kawan2 sendai yang lain serta ahli keluarga untuk update terkini. Public transport juga baru dibuka dan kami boleh naik subway untuk bergerak sekitar tokyo. Salah seorang pelajar undergrad telefon pihak embassy untuk bertanya tentang penginapan tapi hampa kerana dimaklumkan dia kena cari penginapan sendiri...

Memang plan nak ke Nagoya ke rumah kak anie dan kami juga dapat panngilan dr kak umie. Terima kasih kak! Kebetulan kawan kami dari sendai nekad nak datang sini selamatkan diri mereka. Oleh itu kami hold dulu dan tunggu mereka di tokyo. Menurut rakan di sendai, hari kedua selepas gempa Embassy indonesia pergi beramai2 berusaha mencari dan mengeluarkan semua rakyat mereka dari sendai. Menurut mereka juga embassy malaysia pergi hantar makanan. Kemudian embassy bagitahu pada rakan di sendai, kalau nak keluar dari sendai sila inform dan mereka akan pergi ambil. Ab dan aAmal tetap nekad dan tak nak tunggu lebih lama dan mereka tolong ambil passport kami dan terus ke Tokyo menaiki kereta. Mereka hanya mahu keluar dari sendai secepat mungkin. Malangnya pertol dicatu dan jalan jem teruk. Mereka berhenti di Yamagata dan menaiki special bas service ke Tokyo. Alhamdulillah mereka selamat sampai. Kami jumpa di stesen shibuya berpelukan dan menangis. Syukur mereka selamat. Pengalaman mereka lebih teruk jika nak dibandingkan dengan kami.

Kawasan kami di sendai selamat dan tidak dinaiki air kerana agak jauh dari pesisir pantai. Bangunan pun stabil cuma barang2 habis jatuh berselerak dan pecah. Jika diikutkan saya nak bercerita lebih lanjut tapi masa tidak mengizinkan. Kami telah membeli tiket balik ke Malaysia. Alhamdulillah kami tak sabar untuk pulang.

75 comments:

TunTeja said...

semoga selamat semuanya kak.take care!

b a m b a m ' s said...

moga selamat semuanya yer.. :)

Salmah MY said...

Syukur alhamdulillah, gembira mendengar berita dari Hanis & moga anda semua selamat pulang, utk Iryd & Ai Chan, syukur & semua keluarga menanti kepulangan anda...

Ct Arina said...

alhamdulillah kak anis n hubby n friends sume selamat. welkam home kak! ~_^

yatie chomeyl said...

Alhamdulillah Hanis. ore doa selamat belako2..teriok titik air mato teringat ko Hanis

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

bile hanis nak balik?
kesiannye hanis agak kelam kabut dsana..

pulang ye hanis..
dsini kamu lebih slesa..
pinky xhenti2 doakan utk hanis..

pls take care =)
hugs~

JP Nurul said...

better balik sis!

sebak sy baca...huhu..take care plez!

Azwani said...

syukur ye kak hanis selamat. selamat pulang ke malaysia. bila bertolak balik?

Cik Sara said...

Syukur alhamdulillah dengar akak dan rakyat malaysia yang lain selamat dari bencana.. Welcome back to Malaysia kak..~

TheFusionTea said...

Alhamdulillah, you dalam keadaan selamat di Japan. Sentiasa berdoa, paling terbaik. InsyaAllah semuanya pulih seperti sediakala. Amin.

wa khairul onggon said...

Semoga sentiasa selamat dilindungi Allah SWT hendaknya..

me suya said...

sedihnya baca pengalaman akak.. banyakkan bersabar yer kak Hanis.. Balik Kelatey tenangkan fikiran dulu yer.. Home sweet home

nur khairunnisa mohd azuhar said...

kak hanis be strong okay, take care of urself, family n friends :)
i'll always pray for u guys safety

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

kak, hati2 kak...Moga Allah lindungi kamu semua..=)

Oasis said...

Alhamdulillah semuanya selamat...

Orang Jepun memang bagus kalau bab membantu org lain...

Salam perkenalan

Ina said...

Alhamdulillah..syukur..balik la dulu hanis..biar keadaan reda. All the the best dear.

fa10 said...

moga hanis selamat smpi ke Malaysia!

kyo_9 said...

Alhamdulillah..

εїз Cik Fasya εїз said...

insyaAllah everythings will fine..

semoga perjalanan pulang dimudahkan..amin~

anie,Nagoya said...

bgus jg hanis blek mesia tuk sementara.tabah ya.kkanie pun blek mesia.isnin depan.

DeLancrettLurpak said...

Hanis,
It must be the most horrific experience in lifetime. So relief to hear that you're coming back to Malaysia. Be strong. Our thought and prayers are always with you guys.

kema said...

syukur semua selamat kan.. =)
pengalaman yg pn hanis xkan lupa smpai bila2 tuh...

fara said...

akan pulang ke Malaysia? Alhamdulillah. have a nice journey!! take care dear. bila di mesia, jangan lupa update yeah

mzhany said...

Alhamdulillah hana, ameen...

sabar ye hana...hany baca update hana pun berdiri bulu roma...tgk kt tv bergenang air mata...org kat sana yg hadapi tak tahu la...

d_LA said...

Sedih baca entry ni..syukur keadaan rmh k.hanis selamat..samat pulang ke tanah air k.hanis..tenangkan fikiran kat kg yer..take care sis

whitecappuccino said...

Tak tau nak kata apa..sedih..semuga hanis selamat pulang ya..

whitecappuccino said...

Tak tau nak kata apa..sedih..semuga hanis selamat pulang ya..

fika79 said...

Hanis,bila dgr dr kawan2 kat nihon ptg tu,terus teringat hanis.psl study tu jgn k sgt,insyaallah allah ada perancangan yg lbh baik.yg penting hanis selamat serta kaean2 selamat..take care!

miszlullaby said...

Kak Hanis balik Malaysia???Alhamdulillah..Semoga selamat semuanya. take care=)

kamarukom said...

akak daijyobu kan? huhuhu.....kiotsukero kak...tgk sendai teruk sgt kene huhu..

H A N S said...

ya Allah...smoga hanis n suami n kwn2 selamat pulang ke msia..be strong dear!! smua yg blaku ader hikmahnyer..

adnil linda said...

alhamdulillah pn hanis selamat...tc taw...

cik blink blink said...

nasib baik la...akak selamat....saya tgk berita pasal tsunami ...terus t'ingat akak

Min Aina Ila Aina said...

Oh Malaysiaku...apakah peranan anda sebagai kedutaan di sana?

Shaofie said...

take good care, kak hanis and husband. see you in Mariesha.

farah fauzi said...

Hanis...alhamdlillah..syukur dah semua selamatkan..selamat pulang ke tanah air terchenta...

Lya Colours said...

selamat pulang ya sis

wida said...

semoga selamat sampai:)

fiza said...

Alhamdulillah...hopefully hanis selamat balik m'sia.

Masa tsunami tu saya teringat kat hanis, Alhamdulillah tak der apa².

Take care.

Nur Liyana said...

semoga selamat tiba di tanah air...harap semuanya kembali seperti biasa kat sana!!!!

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

nanti dah blik ke malaysia jgn lupa bgtau ye..kakD doakan perjalanan kamu berdua semoga selamat semuanya...insyaallah...

eelobor said...

wife saya tanya saya, bagaimana keadaan "kawan" abang kat jepun. kawan di sini merujuk kepada blog ini, kerana wife saya selalu juga membaca di sini.

man yusoef said...

oh akak ku...alhamdulillah segalanya selamat. jalan terbaik skrg ni pulang ke Msia sajelah...huhuhu

Raji berkata said...

yokatta ne ^^
alhamdulillah

A.s.t.i.n.a said...

Ya Allah syukur.. smoga selamat kembali Nis...

Umie said...

hanis dear, again take care.. semoga ujian yg menimpa nie membuatkan kite lebih tabah & semoga ia cepat2 berakhir..

Amni said...

Akak, take care.... nanti update lagi yer...

MAPPIAU said...

alhamdulillah dik, mudahan hanis dan suami serta rakan2 yang lain selamat sampai ke malaysia.

dah sampai malaysia inform yea dik.

really worried about u dik.

take a good care yea dik :)

rATu kEBaYA said...

semoga selamat dek.. jaga diri ye..

radziah AR said...

semoga selamat semuanya...juga utk kawan2 hanis disana...

Mr Naz said...

As Salam,
Apalah Embassy Malaysia kt sana tu, patut tolong tanya2 dan update semua rakyat M'sia. Tapi biasalah, bila dah sibuk camtu, semua prosedur hilang. (im also work at embassy). Anyway, alhamdulillah semua rakyat m'sia selamat. Better balik M'sia buat masa skrg, apapun tak blh buat kt sana. Masalah reaktor nuklear pun blh jd lebih worst.... Suh kawan2 m'sian balik jgk.

niniafifi said...

kak hanis..nini doakan agar semuanya selamat..amiiin..

Penjejak Mimpi said...

As-salam

Hanis, akk doakan sumenye dalam lindungan dan rahmat Allah, insya Allah.

Lee Sha said...

1st person i remember was u sis when i 1st know the Sendei tsunami coz sy follow blog sis..alhamdulillah syukur sis selamat.

inimiela said...

insyaAllah everything will be fine..welcome home kak ^^

happyichigo♥ said...

nak menangis bace entry hanis....take care hanis!!!

Anonymous said...

HanisSan dear, i'm glad to hear you're both safe and sound...semoga dlm perlindungan Allah, selamat balik kelate, nt i will try to call u again later ..

cik Sa~~

ARJUNA.Inc said...

waa..dgar je tsunami..trus p page hana tau..hrap x ppe je eh..mga samat pulang..

My Little Diary said...

salam

alhamdulillah... semoga selamat kembali ke malaysia...

Yong Ana said...

Hana & Suami,
Semoga selamat sampai di tanah air.. :)

Titisan Hujan said...

moga akak selamat senantiasa x kira di mana pun....byk bsabar tau kak.kami di sini sentiasa mdoakan keselamatan kalian di sana

Hidayati said...

Sangat gembira dapat berita dari Hanis. Akak berdoa agar Hanis &suami sentiasa dalam peliharaanNya. Semoga selamat tiba ke tanah air. Keadaan amat genting terutama apabila berlaku letupan demi letupan di logi nuklear. Amat gerun rasanya.

Faaein said...

bila dapat email tntg gmbr2 keadaan di Jepun.. terus teringat kat sis hanis.. semoga segalanya2 selamat di sana n selamat smpai ke tanah air..

puterinuraqiliah said...

alhamdulilla. hope akk dpt pulang ke malaysia dgn selamat. kalau dpt jumpa akk..bestnya! boleh dgr citer akk^^
boleh bljr bhs jepun!

Cheqna said...

Alhamdulillah, semoga selamat semuanya dan dipermudahkan u all semua dalam perjalanan pulang ke tanah air.

E-na said...

Salam hanis..
semoga semuanya selamat...take care dear...

apezs shah said...

salam

Hanis.. Apezs baru perasan
yg awak dgn hubby kat sana..
so I hope both of u dalam keadaan baek.. Moga dilindungi olehNya. Patut lama xnmpk.. barru perasan ni.. Ya Allah lindungilaa mereka berdua sahabat ku ini. AMin.. ape2 take care okeh..

Ujang9897 said...

lega akak selamat

sissyira said...

salam

harap akak dan suami selamat hendaknya..

Hanis Azla said...

semoga dipermudahkan segala urusan.. dan semoga selamat segalanya di sana.. Take care Hanis..

sweetsal said...

semoga selamat pulang kt Msia..anak akak dh sampai blk dah..syukur semua selamat..

JIJI YU said...

balik2..alos la..lamo tok dengar kabar weh..beraso ghusim jgk ni

miss_L said...

Alhamdulillah you are safe T_T..take care and have a safe flight home..

fauzus said...

ermm walaupon sekali sekala mnejenguk blog ni akak antara org yg saya terlintas pikiran selpas keluar berita psal gempa bumi ni....

harap akak dan suami tabah dan semuanya selamat...semoga akak selamat sampai ke malaysia nnt...

Ezma FaSham said...

Hanis dear... macam mane kamu sekarang? still in japan or dah kat malaysia?... Do take care ya...
Bila dengar pasal tsunami di jepun terus teringatkan hanis di sendai...

Please update ur status so that we all can know ur situation.. n please please please take care urself dear..

Really want to know ur current situation... Hope everything will fine.. take care...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails