Monday, August 23, 2010

Tenang dan damai...

I got this from email umt. Kiriman photographer terkenal dan tidak asing lagi di umt, Encik Mokhtar. Mohon kebenaran untuk letak di blog ye... (macam la dia tahu kewujudan blog ni hehe). Memang agak rutin kiriman beliau ni. Pasti ada sahaja gambar yang memukau dititpkan dalam emailnya. Hari ni baru tergerak nk berkongsi salah satu antara puluhan/ratusan kiriman email scenery capture beliau di blog ini.
cantik tak??? cantik kan..(sendiri tanya sendiri jawab daaa...) tenang dan damai seperti tajuk post ni... the sea, the sky... so blueee...and warm... pernah pergi beberapa kali kat pantai ni tapi exact location macam dalam gambar tu tak pernah dan tak tahu pun hehe...belum habis explore lagi masa zaman keje dulu...
Best tau...waktu petang hujung minggu...bosan2 mesti pergi hirup udara pantai..jalan2..takpun duduk je tak buat apa terkedu, terpaut, khusyuk menikmati alam...ada kalanya makan menu celup tepung... ada kalanya malas nak bergelumang dengan manusia yang ramai,  beli pisang goreng dan keropok.. makan kat tepi pantai sambil melihat keindahan dikurniakan oleh-Nya. Masa zaman solo molo pergi dengan housemate... seronok! Masa dah jadi isteri seronok juga..tapi takla se"huha" dengan teman serumah bergurau senda bagai... my love ni pemalu..nak jalan pegang tangan kat pantai pun segan, walhal perbuatan itu adalah halal...hehe..kelakar je, kalau dirajuk pun tak guna..diri sendiri akan pujuk diri sendiri... biasalah wanita benda kecil pun nak dirajuk walau sebesar kuman, kelakar kan? Saje nak tarik perhatian sang suami...hehe...

Hujung minggu yang amat busy...sibuk makan... hari sabtu pulang dari lab, iftar di rumah warga baru sendai Illani and family, she came as a research assistant before furthering her phd study. Ada baby girl sorang, comelll.. .sayangnya satu gambar pun tak diambil sebagai kenangan.. huhu... selepas solat berkunjung beramai2 ke rumah kawan pada kawan, orang Turkmenistan di atas kehadiran orang baru. Omedetou! Kesesokan harinya iftar di masjid Sendai..nak cepat punya pasal kamera tertinggal. Maka tak ada juga gambar kenangan berbuka di masjid, huhu sedih.. time hujung minggu la nak berasa berbuka di rumah atau berbuka with my love... kalau hari di lab Isnin hingga Jumaat...my love and i berbuka sendiri2 aje di bilik masing2, kalau tak biskut dan air, my love and i ke cafe fakulti untuk menikmati hidangan di bawah... bila my love ada mood nak ke cafe, i would be the happiest person sebab boleh berbuka with my love.. ureshiii ne...

(google search) buka puasa di kampus, onigori dan sup miso... yummy!

Balik malam baru lah masak nasi dan lauk pauk...sekali harung dengan sahur dalam jam 10 atau 11pm... sebelum tidur munch la apa2 yang patut, ringan2... huhu itulah rutin pada hari biasa. Imsak dalam pukul 3, waktu berbuka dah makin awal hari ni 6.21 pm.. Awal puasa pun waktu berbuka adalah sebelum 7 pm takkan nak balik dah masa tu, kalau nk berbuka di rumah kena balik lagi awal nak masak semua...seganlah pulak..oleh sebab itu my love and i try to make it like usual days seperti bulan2 lain selain ramadhan, cuma kami tidak lah pulang lewat sehingga jam 10 atau 11, mungkin dalam jam 8.30 atau 9 paling lewat... till then...masa untuk sambung kerja...yosh!

7 comments:

Anonymous said...

OMG! lawa gile gmbr tu.. ske..! =)

p.s : onigori tu ape dlm dia ek?

Hanis MY said...

Nisa cyg..glad u like the picture.. onigiri tu mcm2 usually available inti, sayur, tuna, ayam, daging. kalau buat sendiri boleh la nk letak apa pun. I always take tuna, ayam n daging of course la cannot kan..sayur tak penah try..

fadhilah said...

wah lewatnyer blk. kul 8@9? gi lab kul brape?

Hanis MY said...

huu..kite la antara student yg balik plg awal hehe depa ni rajin bebeno..g lab dlm kul 9 plg awal pun 8 plus...

Dina Zakaria said...

kalau dina, belom tentu leh telan makanan2 cenggitu..huhuhu..patut ler xde rezeki lagik nak gi Jepun..=D

Fathurrahman said...

pn hanis..saye dah tukar url..hehe update

Hanis MY said...

Dina..mula2 mmg cmtu.lama terbiasa, pastu jadi sedap hehe.. takper ada rezeki nanti mungkin bukan di jepun...

Fat...oh yeah? baikss akan diupdate

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails