Showing posts with label US. Show all posts
Showing posts with label US. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

New York - Rockefeller and premium outlet...

Harap maaf dengan kepanjangan entri yang boleh membuatkan anda pengsan hehe. Sedikit sebanyak pengalaman di NY sebelum pulang ke jepun. Malam sebelum tu cinta hati bertanya nak pergi mana esok sebelum ke outlet. Fikir punya fikir patik memilih Rockefeller instead of Empire state building. Dengan masa yang tak banyak ni, lebih baik tengok bandar NY dari atas ajelah huhu... Rockefeller boleh pergi dengan subway dan kena jalan sikit, manakala Empire kena jalan dari hotel, agak jauh jugak la, tak pun naik teksi... huhu tak naklah naik cab mesti mahal...

IMG_6840-tile
ohayou gozaimasu NY... alhamdulillah cuaca hari tu nampaknya sangat baik...

IMG_6844-tile
keluar dari hotel menuju ke subway, sebelum tu cari makan dulu sebab tak ambil breakfast di hotel, owh busy busy NY... tiba-tiba teringat cerita Ugly Betty suka sangat cerita tu...

IMG_6850
keluar je dari tangga subway nampak bangunan-bangunan tinggi ni, semua pun tinggi, naik lenguh nak tengok...

IMG_6852
maka saya dan cinta hati pun memulakan langkah berjalan menuju ke Rockefeller center...

IMG_6853-tile
heat tech uniqlo! hehe tengok posing yang ala2 ada hati nak jadi jurucakap uniqlo gitu kan... owh patik sangat terpikat dengan reben merah butik cartier tu...

IMG_6865-tile
Rockefeller center di fifth avenue... sekali silap daa haha... kalau nak pergi observation deck kena pergi Rockefeller plaza... tanya en kat dalam bangunan tu, dia cakap... "You know, the one with big christmas tree every year in front of the ice skating rink". Dalam hati patik berkata, pakcik ni cakap macam saya dah duduk sini setahun dua hehe... ataou patik ni yang kurang ilmu tentang rockefeller, tapi angguk2 jela sambil merakam arah yang diberi tu ketat2 dalam fikiran patik ni...

IMG_6862
jom kita ke Rockefeller plaza...

IMG_6871-tile
di luar Rockefeller center dan Rockefeller plaza di kejauhan...

IMG_6887
inilah ice skating rink di luar Rockefeller plaza yang pakcik tu cakap ada pokok krismas, tapi patik tengok tak ada pun mungkin belum dipasang lagi... bila tulis entri ni baru la tahu dengan lebih terperinci sikit tentang Rockefeller...
pokok yang dimaksudkan oleh pakcik tu, picture taken from here.

taken from here. Banyak yang boleh dilakukan di sini, Tour dan juga Explore, tapi kami pilih yang paling basic iaitu Top of the Rock observation deck. NBC studio pun menarik yang mana anda dibawa ke ofis dan bilik berita kemudian boleh menjadi weather forecaster di tv NBC studio dia buat ala2 live gitu siap dengan, cameraman, mekup bagai wahhh i likeee boleh berangan jadi pengacara tv sekejap hehe... tapi tinggal angan2 ajelah, dengan masa yang seciput mana mungkin sempat nak turut serta untuk tour tu. Dan sudah tentu ongkos tambahan diperlukan...wuwuwu...

IMG_6883
the founder of Rockefeller...

IMG_6890-tile
sebelum masuk tengok kawasan sekitar. Gambar ketiga tu ramai orang sedang menyaksikan rancangan live di tv, tengok dari jauh ajelah huhu... gambar keempat nampak tak ada booth kecil? Kami beli tiket observation di situ, tapi ya ampunnn punyalah tak berapa mesra alam penjaga dia tu, siap baling2 kredit card patik setelah dia charge. Dah siap baling jeling pulak, sabar ajelah... memang fesyen orang kat sini macam tu agaknya, pengasar. Tak pernah patik alami kejadian sebegitu rupa di jepun ni. Kat subway pun sama, baki duit dibaling2 aje...ganasszz betul. Tapi ada je yang baik... dah nasib kami ada pengalaman dengan orang sebegitu... boleh jugak cerita kat blog haha...

IMG_6902-tile
dah masuk ke dalam bangunan dan jenguk2 apa yang ada... kemudian bila dah tiba waktu yang tertera pada tiket kami pun beratur di lif khas. Macam biasalah sekuriti tahap dewa, siap masuk metal detector semua, bag pun kena masuk mesin pengimbas jugak... 

IMG_6905
yeayy dah lepas sekuriti hehe... ambil gambar kenangan kat depan tu, dia bagi dalam bentuk kad, lepas tu beratur untuk naik lif ke observation deck... 

IMG_6936-tile
worth a visit, my love pun nampak seronok, khusyuk betul dia tengok pemandangan... ureshikatta...

IMG_6906
nun di sana... nampak tak statue of liberty hehe? dan juga pulau apa entah. Ada terbaca di bot tour liberty tu tapi disebabkan tak cukup masa nak pergi info tu semacam terus pudar dari ingatan... kurasakan pudar dalam hati ku .. eh termenyanyi la pulak...dush!

IMG_6912
sebelah MetLife tu adalah Rolls Royce building...

IMG_6914
NYC...

IMG_6920
maaflah gambar senget hehe... suka sangat tengok park tu, rasa tergedik2 nak pergi huhu...

IMG_6951
i love you my love.. eh sempat lagi bicara cinta di sini (sila jangan pengsan!) nasib baik juga cinta hati beria suruh patik ikut, walaupun saat naik shinkansen hati ini berat, tapi alhamdulillah dan syukur atas pengalaman ni...

IMG_6952
observation deck, kebetulan waktu kami pergi tu ada rombongan sekolah rendah, suka betul tengok kanak2 riang ke sana ke mari sambil cuba yang terbaik untuk lukis bangunan tinggi yang mereka nampak, bila siap je terus beria nak tunjuk pada cikgu mereka... kawaii ne...

IMG_6992
tiket dan gambar memori... totally agree dengan caption tu... berehat dan makan kami naik subway ke port authority untuk naik bas ke outlet...

IMG_0147-tile
antara pemandangan sepanjang di dalam bas menuju ke outlet, seronok juga sambil berehat sambil menikmati alam sekeliling, perjalanan lebih kurang 40-45 minit...

IMG_0163
inilah outlet yang sempat kami singgah Woodbury common premum outlet, nak pergi butik tak mampu, survey2 kat outlet ja jawabnya hehe...

IMG_0167
tak banyak pun gambar kat sini... sejukkk sampai kena beli glove huhu... yang patik suka adalah kasut, sebab banyak saiz patik. Ketahuilah sejak di mesia lagi susah nak cari saiz kasut huhu, bata sah2 tak ada saiz (saiz 8 ketat ok!), vincci pun tengok design, clarks pun tak banyak design yg ada saiz sebab patik suka pakai flat, kena pergi kelumpo atau kuantan kalau nak cari kasut huhu, bila kat sini bersepah saiz kasut idaman wow wiii... kat jepun pun tak ada, walaupun branded, mereka hanya import saiz kebiasaan wanita jepun sahaja, tensen betul...  tapi kesian cinta hati sebab banyak saiz besar hehe takpe dia punya saiz boleh dibeli di jepun dan juga mesia...

p/s: tamat jua akhirnya ceritera ni, untuk kenangan mendatang... sekurang-kurangnya bila baca balik boleh membawa patik kembali semula pada waktu itu, eceh ayat tak menahan, menyampah...


Saturday, January 14, 2012

New York, New York...

Dari Ronald Reagan airport DC ke JFK New York Sebelum balik semula ke jepun. Walaupun tak berapa nak pandai buat2 pandai ajelah. Tak boleh tunjuk macam rusa masuk kampung. Takutlah dengan tipu daya bandar besar metropolitan macam ni huhu...

Kami pilih hotel yang berdekatan dengan Penn Station, sebab tak nak jalan jauh dan juga membazir duit/tenaga naik cab etc kalau stay di hotel yang jauh.
hotel kami berhampiran Penn Station. Paling murah dari JFK airport ke Penn station ni naik air train sampai jamaica station dan dari situ ambil LIRR terus ke Penn st.

IMG_0143
dalam LIRR menuju ke Penn st, cermin comot huhu, gambar tak clear (eceh cover line tak pandai ambil gambar). Hari kami sampai tu hujan. Hancur musnah harapan wuwuwu...

IMG_0144
tak ada kerja ambil gambra diri sendiri la pulak haha...

Bila transit di NY ni banyak tempat dalam fikiran patik ni... (tak sedar diri betul, padahal jalan sikit dah penat hehe)
- Statue of Liberty yang mana kena beli tiket bot online dan nak naik bot tu macam biasalah perlu lalui sekuriti ala2 airport, tak dapat tengok dekat tengok dari taman pun jadilah - (tapi dua2 pun tak ada rezeki redha ajelah...)
- Brooklyn bridge and Brooklyn park (kebetulan waktu kami pergi tu ada demonstrasi besar-besaran dari wall street yang sedang menuju ke Brooklyn bridge, kalau pergi jugak macam cari pasal aje kan...)
- Empire state building (tengok di kejauhan)
- Lalu depan trump tower (tengok di kejauhan jugak wuwuwu)
- Top of the rock Rockefeller, tak pernah tahu tapi tahu secara tak sengaja semasa nak cari info tentang empire state building
- outlet

IMG_6789-tile
hujan agak lebat nasib baik keluar aje Penn st tu terus nampak New Yorker Hotel. Huwaaa NY sangat sejuk... bangunan tinggi2 angin sejuk di lorong-lorong nak jalan pun rasa macam nak pengsan (over exaggerating betul haha), serius sejuk banding dengan DC... bilik kami di tingkat 35, antara pemandangan dari tingkap bilik. Kecil je biliknya tapi itu antara termurah...

IMG_6800-tile
berehat dan makan2, konon nak pergi empire state building jalan kaki tapi makan langsat la pulak, lepas tu patik dah penat huhu... keadaan cuaca pun tak mengizinkan... ada hikmahnya kut, kena berehat tak boleh nak jalan sangat...

IMG_6812
hotel kami di 7th avenue, wow ada fashion ave gitu hehe...

IMG_6805
model sambilan untuk new yorker hotel hehe... aishiteruuuu... mmuuaah!

IMG_6803
kiri kanan pun bangunan tinggi, kena dongak, jakun je rasa. Bangunan sekitar pun banyak construction, bahu jalan kecil tapi orang yang berjalan ramai rasa macam sempit aje, macam2 betullah penulis ni hik2...

IMG_6809
masih mencari arah tuju... peta ada kat tangan tapi kenapa la macam pening je nak faham huwaaa...

IMG_6808
empire state building di kejauhan... 

IMG_6820-tile
madison square garden, ntah kat mana gardennya hehe... bandar yang super duper busy, fenin2. Tour bus terdekat pun macam tak jalan je, ke kami yang tak pandai cari huk2. Kami ke Macy's, kemudian cari makan dan balik hotel rehat huhu... my love pun penat macam patik, jalan pun tak bermaya, mungkin kami memang penat kut entahlah, ke cinta hati turut meraka kepenatan isteri dia ni hehe i likeeee. Tinggal sehari je masa sebelum balik, nanti patik ceritera di entri seterusnya k...

p/s: sedang tengok Mr Labuci.. ahauww...

Thursday, January 12, 2012

Washington DC - US Capitol Building...

Sebelum balik, kami tukar hotel berdekatan dengan bandar DC. Bukan apa tak nak bayar mahal charge Marriot tu sebab tempoh free dah tamat memandangkan conference dah habis. Maka jumpa hotel yang agak murah lebih kurang range kat jepun ni. Lagipun lebih dekat dengan airport. My love and i stayed at Liason Capitol Hill. Antara paling murah yang kami dapat cari. Ish2 nak yang murah aje kamu ni haha... mestilah kan. Yang bestnya boleh check in awal. Kami sampai kat hotel tu dalam pukul 11 am via cab lepas check out di Marriott. Saje je tanya kalau check in awal kena bayar berapa. Sebab kat jepun check in super duper awal sebelum tengah hari ada extra charge. Kalau 1-2 jam sebelum waktu check in kira free ajelah. Receptionist tu check bilik, kebetulan ada bilik dah tersedia tapi doube queen beds. Tercengang seketika. Alamak kena bayar lebih ke? tanya dia sekali lagi berapa extra charge (maklumlah makan pun kena bayar extra banyak percent, tax lagi service lagi huhu). Alhamdulillah lega boleh check in awal bilik yang besar tanpa bayaran. Rezeki...
IMG_6716
rate lebih murah dari Marriot tapi bilik jauh lebih cun... 

IMG_6717
penulis terus serbu katil, ambil gambar sekeping dua dan tiba2 dunia menjadi gelap gelita, zzzzz.... untuk beberapa minit...

Hotel tu berdekatan dengan The Capitol building. Lepas solat dah makan ringan-ringan kami pun keluar. Sayangnya hujan pulak waktu tu, mula2 ingat nak redah je sebab nampak tak lebat baru jalan beberapa langkah tiba2 lebat pulak, terpaksa beli payung wuwuwu.

IMG_6723-tile
some of the autumn view, tak sempat autumn kat japun, autumn kecil-kecilan kat sini pun jadilah huhu...

IMG_6726
momiji kana....

IMG_6742
macam momiji tapi tak pastilah... 

IMG_6731-tile
sukalah park ni! kalau daun tak basah dan tak hujan dah lambung2 daun eh apa ke jakun sangat  kamu ni... ish2... masa di kaikan (asrama uni) dulu, kalau pergi lab lambat sempat tengok budak2 tadika datang depan rumah waktu daun gugur dan cikgu sekolah bagi peluang mereka guling2 atas daun sambil lambung2 daun tu...seronok betul patik tengok, rasa macam nak join... :P

IMG_6738-tile
lots and lots of squirrels, masa di lincoln memorial lagi dah nampak ke hulu ke hilir tak duduk diam siap gaduh2 lagi berebut makanan, bila jumpa kat taman ni terus snap gambar, sampai kena tegur dengan my love, sudah2 la tu, dah naik jemu dah dia tunggu haha... penulis ni memang ala2 animal lover gitu kan (dush!)... 

IMG_6737
approaching the building.... called The Capitol...

"The Capitol is among the most architecturally impressive and symbolically important buildings in the world. The Senate and the House of Representatives have met here for more than two centuries. Begun in 1793, the Capitol has been built, burnt, rebuilt, extended, and restored; today, it stands as a monument not only to its builders but also to the American people and their government."  info from here.

Boleh masuk ke dalam bangunan ni tapi waktu kami pergi tu mungkin dah tutup. Tapi kat sini agak leceh la, semua tempat nak masuk tak boleh bawa bag besar seperti bagpack dan mesti melepasi sekuriti ala2 airport gitu kan wuwuwu. Ramai abang polis dengan pestol-pestolan yang besar gedabak. Siap folo dari jauh tatkala kami masuk sampai la kami jalan menghampiri kawasan bangunan. Punyalah ketat sekuriti.

IMG_6756
ada lake dan monument kat depan tu tapi tak pergi pun, tskk...

IMG_6754
i like flowers! siap request cinta hati ambil gambar kat bunga tu walaupun nampak dah layu2 semuanya haha...

IMG_6760
arigatou mr stranger!

IMG_6770-tile
my love and i...

IMG_6775
saigo desu (last)...

IMG_6749
eh ada lagi la hehe... hari dah makin gelap, nak pergi food hunting pula...

IMG_6767
Washington monument dan nun di belakang adalah lincoln memorial, semua ni berada selari je.... boleh refer peta di entri ini...

IMG_6780
one last memory at the park, nak duduk kat bench untuk dapakan feel/tinggalkan kenangan (macam2 betullah hehe) tapi basah, berdiri tepi bench pun jadilah...

p/s: Goodbye DC, hello NYC, tapi pengalaman selama sehari je, tak banyak memori di sana huhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails