Showing posts with label Maryland. Show all posts
Showing posts with label Maryland. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Washington DC - US Capitol Building...

Sebelum balik, kami tukar hotel berdekatan dengan bandar DC. Bukan apa tak nak bayar mahal charge Marriot tu sebab tempoh free dah tamat memandangkan conference dah habis. Maka jumpa hotel yang agak murah lebih kurang range kat jepun ni. Lagipun lebih dekat dengan airport. My love and i stayed at Liason Capitol Hill. Antara paling murah yang kami dapat cari. Ish2 nak yang murah aje kamu ni haha... mestilah kan. Yang bestnya boleh check in awal. Kami sampai kat hotel tu dalam pukul 11 am via cab lepas check out di Marriott. Saje je tanya kalau check in awal kena bayar berapa. Sebab kat jepun check in super duper awal sebelum tengah hari ada extra charge. Kalau 1-2 jam sebelum waktu check in kira free ajelah. Receptionist tu check bilik, kebetulan ada bilik dah tersedia tapi doube queen beds. Tercengang seketika. Alamak kena bayar lebih ke? tanya dia sekali lagi berapa extra charge (maklumlah makan pun kena bayar extra banyak percent, tax lagi service lagi huhu). Alhamdulillah lega boleh check in awal bilik yang besar tanpa bayaran. Rezeki...
IMG_6716
rate lebih murah dari Marriot tapi bilik jauh lebih cun... 

IMG_6717
penulis terus serbu katil, ambil gambar sekeping dua dan tiba2 dunia menjadi gelap gelita, zzzzz.... untuk beberapa minit...

Hotel tu berdekatan dengan The Capitol building. Lepas solat dah makan ringan-ringan kami pun keluar. Sayangnya hujan pulak waktu tu, mula2 ingat nak redah je sebab nampak tak lebat baru jalan beberapa langkah tiba2 lebat pulak, terpaksa beli payung wuwuwu.

IMG_6723-tile
some of the autumn view, tak sempat autumn kat japun, autumn kecil-kecilan kat sini pun jadilah huhu...

IMG_6726
momiji kana....

IMG_6742
macam momiji tapi tak pastilah... 

IMG_6731-tile
sukalah park ni! kalau daun tak basah dan tak hujan dah lambung2 daun eh apa ke jakun sangat  kamu ni... ish2... masa di kaikan (asrama uni) dulu, kalau pergi lab lambat sempat tengok budak2 tadika datang depan rumah waktu daun gugur dan cikgu sekolah bagi peluang mereka guling2 atas daun sambil lambung2 daun tu...seronok betul patik tengok, rasa macam nak join... :P

IMG_6738-tile
lots and lots of squirrels, masa di lincoln memorial lagi dah nampak ke hulu ke hilir tak duduk diam siap gaduh2 lagi berebut makanan, bila jumpa kat taman ni terus snap gambar, sampai kena tegur dengan my love, sudah2 la tu, dah naik jemu dah dia tunggu haha... penulis ni memang ala2 animal lover gitu kan (dush!)... 

IMG_6737
approaching the building.... called The Capitol...

"The Capitol is among the most architecturally impressive and symbolically important buildings in the world. The Senate and the House of Representatives have met here for more than two centuries. Begun in 1793, the Capitol has been built, burnt, rebuilt, extended, and restored; today, it stands as a monument not only to its builders but also to the American people and their government."  info from here.

Boleh masuk ke dalam bangunan ni tapi waktu kami pergi tu mungkin dah tutup. Tapi kat sini agak leceh la, semua tempat nak masuk tak boleh bawa bag besar seperti bagpack dan mesti melepasi sekuriti ala2 airport gitu kan wuwuwu. Ramai abang polis dengan pestol-pestolan yang besar gedabak. Siap folo dari jauh tatkala kami masuk sampai la kami jalan menghampiri kawasan bangunan. Punyalah ketat sekuriti.

IMG_6756
ada lake dan monument kat depan tu tapi tak pergi pun, tskk...

IMG_6754
i like flowers! siap request cinta hati ambil gambar kat bunga tu walaupun nampak dah layu2 semuanya haha...

IMG_6760
arigatou mr stranger!

IMG_6770-tile
my love and i...

IMG_6775
saigo desu (last)...

IMG_6749
eh ada lagi la hehe... hari dah makin gelap, nak pergi food hunting pula...

IMG_6767
Washington monument dan nun di belakang adalah lincoln memorial, semua ni berada selari je.... boleh refer peta di entri ini...

IMG_6780
one last memory at the park, nak duduk kat bench untuk dapakan feel/tinggalkan kenangan (macam2 betullah hehe) tapi basah, berdiri tepi bench pun jadilah...

p/s: Goodbye DC, hello NYC, tapi pengalaman selama sehari je, tak banyak memori di sana huhu...

Wednesday, January 11, 2012

Antara charge 5% dan 20%...

Sekejap aje kami di Lincoln memorial, makin petang makin sejuk pulak. Tak nak lewat sangat sampai ke hotel. Lama jugak tunggu bas seterusnya, nasib baik kami tak stop banyak tempat kalau tak mesti penat nak tunggu bas.

IMG_6703
lincoln memorial di kejauhan... bas melepasi National World War II Memorial...

IMG_6707
lepas tu bas lalu/stop di white house, hanya mampu tengok dari jauh, tak turun sebab rasa macam tak larat nak jalan dah, plus lapar hehe...

IMG_6708
tak tahu bangunan apa tapi macam cantik je...

IMG_6711
national museum, dalam pamphlet tu cakap one of the best museum, tapi kami tak masuk pun haha...

IMG_6714
gambar terakhir sebelum pergi makan.

Berjalan ke Chinta Town, ambil metro untuk ke Prince George Plaza ternampak Restoren Thai yang menyediakan sajian seafood dan vegetarian. Nampak menu tertampal di dinding rice with fish etc... rice??? apa lagi laju2 masuk ke dalam kedai. Pelik betullah. Dulu masa kami ke Italy tak ada pun ketagih nasi enjoy je makan pizza, pasta dan roti yang yummy, tapi kali ni tak tahu kenapa membuak2 rindu pada nasi huhu...

Masuk dan duduk terus ada waitress datang bagi air kosong dan bagi menu. Ok fine... sama je macam kat jepun ni, kadang kalau makan di kirara sushi tu pelayan siap melutut untuk ambil first order. Tskk.. Di jepun biasanya harga yang tertera dah siap charge tax 5% dan tak ada service charge kira dah sekaligus dengan 5% tu. Tapi menu tempat kami makan tu tak ada tulis berapa charge tax. Harga pun boleh tahan. Cinta hati cakap, takpelah order je nak makan apa janji nasi. Dia pun nak makan nasi juga.

Kami pun order dan makan dengan riang gumbira. Paling tak boleh lupa sotong celup tepung pun ada wowwiii i likee... lepas tu order tomyam share 2 orang. Lagi satu lauk ikan salmon masak apa entah. Bila dapat bill kami assume semua tu dah termasuk, siap dengan service charge. Sebab mahal la jugak charge yang dikenakan tu huhu... (cinta hati kan calculator bergerak, dia cakap sekali dgn service charge dah kut). Bila dah bagi duit, waitress tu tak bagi baki dan terus cakap thank you. Kami pun terus tercegat kat kaunter tu tunggu duit baki. Kemudian dia duk cakap thai sesama mereka. Akhirnya dia bagi baki tu dan bila en suami ambil duit tu terus dia cakap, "actually its a rule here that you need to pay service charge," sambil tangan dia tekan2 calculator dan  sambung ayat "about 10 usd". Huwaaa pengsan! baki kami 10 usd, kira burn terus untuk bayar kat waitress tu huhu. Nyampah mak hokeh wuwuwu... Lepas tu nekad tak nak makan restoren dah, nak makan macam fast food seperti mcd (burger telur/ikan), aunty anne's pretzel ke... tak sanggup dah nak bayar service charge yang melampau2 wuwuwu. Sebelum ni asyik makan hotel aje kan huhu, resit yang dapat tu dah siap dengan charge tax juga 20% service charge. Ingatkan sebab hotel sebab tu charge mahal. Rupanya semua kedai pun macam tu.

Kalau kat sini 5% gov tax je, dan layanan yang diberi tak dikenakan charge pun. Tak tahulah pulak di restoren mahal sebab tak pernah pergi hehe. Kat mesia sekarang macam mana eh? Dengarnya banyak kedai nak kenakan charge ni. Kalau dulu makan di pizza je ada charge tambahan. Tak kisah nak charge pun janii makanan sedap, layanan bagus dan kedai pun bersih. Kalau nak charge bagai tapi tak pandai jaga hati customer, makanan tak sedap etc memang akan rasa menyesal makan kat kedai tu. Kat negara lain macam mana eh? maklumlah pengalaman patik hanya setoet sahaja...

erk panjang pulak membebel... walaupun tahu bukan ada orang nak baca dengan terperinci pun haha, takpelah untuk memori diri sendiri...

Monday, January 9, 2012

Washington DC - Lincoln Memorial...

Sambungan dari entri sebelum ni. Sepanjang naik tour bus tu ada satu tempat yang kami singgah. Sebab jatuh hati dengan taman yang dipenuhi dedaun autumn berguguran.
Sewaktu bas berhenti ambil peumpang dan juga menurunkan penumpang, "Cantik kan?" Kata en suami pada patik.
"Ha ah la..." mata memerhati sekeliling.
"Ni kat mana ni?" tanya lagi en suami pada patik.
Cepat2 keluarkan peta tour bus, "Entah, macam lincoln memorial je. Nak turun ke? Jom la kita turun sekejap, nak bergambar kat pokok tu." jari menunjukkan ke arah taman berkenaan.
"Ye ke? Ok jom, kena cepat2 lah... malas nak tunggu next bus."
Saya dan cinta hati terus turun, konon sekejap aje haha... lepas tu terus khusyuk dengan panorama yang disajikan. Akhir sekali ambil keputusan untuk pusing kawasan sekitar dan tunggu bas seterusnya sebelum pulang ke hotel.

Lincoln Memorial
"Another of DC’s instantly recognizable landmarks, the Lincoln Memorial honors the nation’s 16th president, Abraham Lincoln. Dedicated in 1922, architect Henry Bacon designed the Greek-inspired. The Lincoln statue, which tops out at 19 feet, was sculpted by Daniel Chester French, the chairman of the Commission of Fine Arts. Above the temple’s 38 columns are the names of the 36 states that were in the Union at the time of Lincoln’s death in 1865. Murals sculpted by Jules Guerin adorn the temple’s inner walls. Emancipation is engraved on the south wall and hangs above the inscription of the Gettysburg Address. Unification is on the north wall, above Lincoln’s Second Inaugural Address." info from here.

Temple? erk... janji niat tu penting. Kita datang nak tengok tempat orang, bukannya dengan niat yang tak sepatutnya.
IMG_6605
taman berhampiran, autumn view yang menarik bagi kami...

IMG_6614
bangunan peringatan presiden Abraham Lincoln...

IMG_6617
patik telah jatuh hati dengan taman ni, lantas ajak cinta hati turun dari bas dan ambil gambar untuk kenangan...

IMG_6622-tile
our memories... tak ada gambar berdua la sadis betul... cinta hati cakap ala guna photoshop je combinekan gambar, ye ye je... padahal dua-dua pun tak pandai guna software edit gambar haha...

IMG_6623-tile
kat depan tu sikit ada patung askar kalau tak silap korean war memorial tskk ampun, i am not good in history apatah lagi negara orang wuwuwu...

IMG_6653-tile
ingatkan tak nak naik, sebab patik macam nak pengsan tengok anak tangga banyak sangat...

IMG_6659
bila nampak dalam dia, lantas kami berdua berkata "Eh, macam dalam movie planet of the apes (tahun 2001, lakonan Mark Wahlberg)" yang cinta hati pula "Eh, macam movie Transformers..."haha masing2 pun nampak dalam movie berbeza, tak ingat la pulak ada dalam scene transformers tu... apa lagi naik la jugak sampai atas, sebab nak tengok dari dekat...

IMG_6678
tq mr stranger! ada banyak tulisan pada dinding kiri dan kanan tapi kami tak baca pun, ramai sangat manusia...

IMG_6679-tile
masa dalam bas duk berimaginasi pegang tiang tu hehe, nasib baik sempat jugak pegang haha ntah apa2 tiang pun nak pegang wuwuwu... Wasington memorial from far... boleh masuk tapi samalah macam reflecting pool which is under construction...
IMG_6660
Teringin nak tengok view bersama reflecting lake, wuwuwu kachiwanya... takpelah rezeki kami setakat tu aje...

IMG_6681
sempat lagi landing, nasib baik tak baring atau guling2 kuch kuch, koi mil gaya...

IMG_6683
sambil menikmati pemandangat aeroplane yang tak henti2 passing by, maklumlah dah dekat dengan airport... Tiba2 teringat dari NY DC kami naik Delta air... padahal dekat aje NY-DC, kan senang kalau ada shinkansen tak perlu nak check inn lalu metal detector bagai...

p/s: ceritera makan yang hot hot ni haha, over acting sungguh. Akhirnya jumpa nasi tapi tak ambil gambar, patik cerita pengalaman ajelah ye...

Saturday, January 7, 2012

Washington DC via tour bus...

(Map from here) Antara tempat yang menjadi tumpuan, White House, US Capitol dan Lincoln Memorial with reflecting lake and Washington monument... Tapi kami tak sempat pergi pun ke White house, bukan boleh pegi dekat pun, tengok dari jauh je, ramai acik polis jaga. Nasib baik juga tak pergi malam tu tengok kat berita ada kes tembakan pada petang tu, phew scarynya...

Kenapa Washington DC? dan dipanggil sebagai DC. Melalui pembacaan di tenet (bukan dari buku sejarah bertauliah pun hehe), sekitar tahun 1791, tengah giat buat pembangunan "federal city" yang kemudiannya diberikan nama baru sempena penghormatan kepada presiden washington, maka diberilah nama federal city tu district of Columbia. Waktu itu Columbia merupakan nama yang sangat puitis di US (peotic name). Huwaa betul ke tak ni? sesiapa yang tahu bolehlah tolong patik ye.

Kat sini penuh dengan bangunan pentadbiran. Ala macam kat putrajaya tu hehe. Tapi ni pentadbiran di US. Seronok jugaklah tengok bangunan dan suasana yang sangat berbeza. Pengalaman baru buat kami.
IMG_6463
masih tercari-cari tour bus. Kat depan tu sikit je... berhampiran Madame Tussauds museum...

IMG_6464
ada banyak pilihan setelah bertanya maka kami memilih tour bus yang ni, 35USD untuk sehari. Boleh duduk kat atas tu sambil tengok pemandangan, tapi terpaksa tahan angin yang sangat sejuk wuwuwu...

IMG_6466
bergambar kat depan Madame Tussauds, tapi tak masuk pun hehe...

IMG_6470-tile
dah naik tour bus dan saje ambil gambar yang nampak macam comel haha... comel kew? comel apa ballerina shoes tu, dulu kecik berangan pakai baju kembang2 ropol net tu pastu jinjit macam ballerina tu aduiiyyaii dush!

IMG_6490-tile
gambar first tu patik tak pasti, banyak sangat bangunan hampir sama keliru la, second tu old post office diikuti national archives dan akhir sekali Union Station yang dalam proses pengubahsuaian kat depan tu, sangat banyak construction...

IMG_6512
jalan yang mengelirukan, sebab kami tak biasa... tang alamat pun masih tak faham hehe...

IMG_6482-tile
many views of US Capitol Building... dari atas bas. Kami sempat singgah sebelum balik. Tapi kat luar tu aje tak sempat masuk dalam... akan diceritakan di lain entri k...

IMG_6560
autumn leaves... geramnya nak posing kat tepi pokok tu...

IMG_6528-tile
lagi gambar di hadapan Union Station, kat depan union station tu ada fountain yang tak ada air sebab tengah renovate. Patung di depan tu adalah Christopher Columbus. Tasik di hadapan Us Capitol, masa ni saya dan cinta hati berkira-kira nak turun ke tak nak, kang tak larat pulak. Takpelah hold dulu, nasib baik jugak sempat singgah tapi bukan dengan tour bus la...

IMG_6572
yang ini pula adalah L'Enfant Plaza tapi tak tahu ada apa... ampunn...

IMG_6568
Kat dalam tu ada botanical garden, tapi tak pergi jugak wuwuwu... maaflah gambar senget maklumlah ambil masa bas tengah bergerak hehe...

IMG_6577-tile
Washington monument
" The Washington Monument was built as a powerful tribute to the country’s first president, George Washington. The marble monument was made to look like an Egyptian obelisk, a design often used in that country to pay tribute to kings and pharaohs. You’ll notice that the Washington Monument appears to be two different shades of white. That’s because construction halted during the Civil War when funding ran out. When it resumed in 1879, marble was imported from a different state. " info from here.
dan juga Jefferson Memorial
"With a memorable form reminiscent of the famous Pantheon in Italy, the memorial to the third president took only nine years to complete and was dedicated in 1943. Architect John Russell Pope incorporated one of Jefferson’s favorite design elements, the rotunda, into the memorial design. Jefferson stands proudly at 19 feet tall under the rotunda surrounded by engraved passages from the Declaration of Independence and other famous works by the president. " infor from here.


IMG_6600
masa tour bus lalu kat Tidal Basin ni, tiba-tiba pemandu dia cakap, eh sebelum tu nak cerita best la dengar slang hip hop kat sini y'all, y'noe, etc haha... pemandu tu cakap "y'all i tell you this is the best scenery for me, please take photos and later i'll get the president to sign it for you" haha lawak je... ye ye o je eh...

p/s: belum habis lagi nanti patik sambung ye, dah penat nak story mory till then...


Friday, January 6, 2012

Washington DC...

Tak tahu sangat apa yang menarik sekitar di sekitar Maryland. Dengan masa yang suntuk haruslah terjah ke tempat berdekatan iaitu Washington DC. Seperti yang patik dah tulis pada entri sebelum ni, sejak tahu ada dua Washington memang panggil Washinton DC as DC je takde Washington kat depan tu tskk... jakun je rasa...

IMG_6419
okane desu ne... memang kebiasaan kalau patik jalan2 ke luar mesti ambil gambar duit sebagai kenangan, takkan nak simpan kut, mestilah guna dengan sewajarnya...

setelah bertanya di reception, kami perlu menaiki metro dari Prince George Plaza ke China Town. Bas ada, tapi kebetulan hari tu tak frequent jadi kena tunggu lama. Maka receptionist tu suggest kami naik teksi dengan tambang 10usd termasuk tips. Sigh... tips aje. Nasib baik guna duit jepun 10 usd=790 yen. (1usd=79yen, i likeee)

IMG_6439
sedang menanti metro di Prince George Plaza. Walaupun mesin beli tiket in english, tapi ya ampunn susahnya nak guna. Tak mesra pengguna macam mesin di jepun ni. Mungkin kami dah terbiasa dengan keadaan di jepun dan jakun dengan keadaan baru di sini. Kaunter pertanyaan ada, tapi staff bertugas tengah gayut telefon, siap gelak2, eh eh gosip ker? Lama kami tunggu depan cermin tu tapi dia boleh buat tak tahu je. Siap tengok dan jeling wuwuwu style orang sini macam ni kut. Kat jepun dah ada orang standby kat kaunter mesin in case ada orang nak tanya. Malas nak tunggu lama kami gamble aje guna mesin tu. 
Pelancong mat soleh pun terkial macam kami jugak walhal negara dia sendiri, masing2 pun saling berpandangan macam mana nak guna. Lepas dah figure out caranya, terkejut ocopot tiket keluar gedebush ke lantai haha... terkial2 cinta hati patik ambil tiket takut terbang lagi jauh. Memang agak windy sedikit hari tu. Di jepun senang je... tekan butang keluar terus harga, tempat kita nak pergi tu dah ada range harga dia, bila tiket keluar mesin cakap sila ambil tiket, kalau ada baki siap bunyi2 lagi suruh ambil baki in case terlupa. Tapi hari tu kami tak dapat duit baki kami ok, kena telan berapa usd ntah, lupa pulak. Ish2 tak efisien langsung mesin dia. Masa ni mulalah rindu nak balik jepun haha...cinta hati siap cakap, bersyukur tak belajar kat sini. Ish2 ke situ pulak my love ni, rezeki masing2 mungkin kami berdua ni sesuai dan sebati sangat dengan cara hidup jepun yang ada unsur asia gitu kan. Asia yang sangat maju vogue d vasss... tapi dalam masa yang sama masih mengekalkan unsur traditional eh apa punya ayat da melalut ni...

IMG_6440
posing kemain sekali silap track hik2, laju2 transfer ke opposite lane. 

IMG_6442
exit di China town... dalam kepala still tak ada idea nak pergi mana...

IMG_6443
keluar je dari metro terus nampak pintu gerbang ni. wahh glam la china town ni kat negara mana2 pun ada kan, femes sungguh... pandai depa berbisnes... lagipun chinese food ni memang kesukaan ramai eh apakah tiba2 masuk topik food? lapar lah tu...

IMG_6444
sekitar exit china town, tak tahu nak belok ke mana hehe...

IMG_6445
masih ada autumn leaves... masa ni kami dah tahu hala tuju iaitu nak cari tour bus bandar DC...

IMG_6449
tak tahu bangunan apa, ambil gambar ajelah hehe... jauh juga berjalan, tapi jalan perlahan2 je sebab patik kan membawa akachan...

IMG_6451
lots of newspapers... newspapers vending machine, eceh pepandai je buat nama sendiri...

IMG_6456
banyak betul bangunan ada tiang yang besar macam tu...

IMG_6457
hotel apa ntah, tapi nampak mewah... kereta hitam kat belakang tu pun tak menahan haha...

IMG_6458
american art and portraiture, banyak betul gallery dan museum tapi satu pun kami tak masuk huhu... kalau banyak masa baru boleh masuk tempat2 macam ni, dan kami bukan minat sangat tskk...maksud patik bukan priority places, nak explore tempat lain kut2 ada yang lebih best dalam masa yang suntuk ni...

IMG_6461
spy museum pun ada, tapi tak masuk jugak hehe.. apelah penulis dan cinta hati dia ni kan, dah semua tak masuk abis tu ke mana kamu dong mas???

p/s: kenapa dipanggil DC, peta dan tempat yang sempat dilawati versi penulis HS yang cincai-cincai hehe...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails