Monday, August 30, 2010

Is it just me?

Menginjak ke 10 hari terakhir ramadhan...hari ni cepat betul penat..pagi2 lagi perut dah buat latihan vokal. Huhu...banyak kali, tengah hari pun dia nyanyi..tak sat pun dia nyanyi, buat keje sikit pastu penat..termenung depan pc jap...rasa seperti nak tidur..tak sama seperti hari2 sebelum ini which I can do my labwork normally seperti bulan2 lain. Tapi hari ni... tak dapat nak terangkan bagaimana... mata asyik melihat jam tika buat kerja lab...berapa jam lagi nak berbuka?...astaghfirullah, syooohhh pergi jauh2 perasaan ini...am i tired?Is is just me who felt like this? atau sebab ramadhan dah hampir ke penghujung...? semoga hari esok dan seterusnya tak sama seperti hari ini....
gambar hiasan...(google)
Cepatnya ramadhan berlalu..adakah hari2 ku terisi dengan manfaat ramadhan... adakah diri ini telah manfaatkan sepenuhnya fadhilat ramadhan.... tak mahu dia pergi terlalu cepat...semoga my love and i dapat gunakan sepenuhnya 10 malam terakhir dengan penuh keberkatan terutama pada malam ganjil....cebisan artikel dari sini. Rasanya semuanya dah sedia maklum akan malam lailatulqadar..saja nak selit sikit...

"Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir."


Nak buat apa pada malam itu?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.
Nak minta apa jika bertemu malam itu?
Siti Aisyah r.a. juga bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatulqadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innakaafuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang tarawikh.
 
InsyaAllah semoga mendapat keberkatan...



2 comments:

fadhilah said...

kalau saya time pms memang asyik kebulur aje...

Hanis MY said...

Fadhilah..hari ni perut tak buat latihan vokal dah hehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails