Showing posts with label etc.... Show all posts
Showing posts with label etc.... Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Atapon...

Kisah benar yang saya lihat di tv suatu ketika dahulu. Ada satu rancangan ni, berkisar tentang kisah benar yang pelik serata dunia dalam versi lakonan semula. Rasanya diambil dari rancangan tv luar tapi dialihbahasa ke bahasa jepun. Sudahnya saya dan cinta hati selalu tak faham sepenuhnya tentang apa yang diceritakan. (kalau bahasa asal belum tentu faham jugak tambahan pula jika cerita dari negara yang ada bahasa sendiri). Faham sikit2 je, yang mana tak faham pandai2 je buat tekaan sendiri. Tekaan yang di luar jangkauan sudah tentu dari si dia. Walaupun saya selalu berangan jadi tuan puteri, tapi sekali cinta hati kasi dia punya khayalan, kalah i ok hehe, tak agak2 betul rekaan dia tu tau :P. Kisah benar ini berlaku di Thai.

Oh Atapon
Di sebuah perkampungan di thai, lahirlah seorang bayi lelaki diberi nama Atapon. Sejak dari kecil dia suka sangat makan, mak dia tengah masak kat dapur pun dia syok makan, bila mak dia hidang makan nasi sekeluarga dia makan lagi. Dia juga suka sangat makan kuah minyak. Wuwuwu... bila mak dia tengah goreng (tatau goreng apa, tapi tak ada rupa ayam pun) Atapon akan hulurkan pinggan minta mak dia letak minyak goreng tu. Huwaa pengsan tak? Kut ye pun sayangkan anak jangan la sampai bagi makan minyak huhu...

Di sekolah dia tak ada kawan lelaki sebab geng2 lelaki asyik ejek tubuh badan dia. Haish tak baik betul bebudak ni. Tetiba terfikir takutnya anak saya nanti ada perangai suka ejek orang, saya akan cubit mulut tu (eheh "garam" tak i?). Sudah tentu la kita tak ajar kan, cuma takut dia terpengaruh dengan kawan huhu... back to the story kawan yang gegirls pula suka ajak dia bermekup, sebab Atapon ni baik je, dia rela je dirinya dimekup oleh gegirls tu semua. Last2 dia pulak terjebak. Balik rumah ambil barang mekup kakak dia dan duk koya2 depan cermin. Ayah dia punyalah marah tapi mak dia rilek je. Sayang betul pada Atapon ni.

Bila dia dah besar perasaan nak jadi perempuan tu ada tapi senyap2 aje sebab nanti ayah dia maran. Namun ayah dia meninggal tak lama lepas tu. Kakak dan abangnya pergi merantau ke belajar tak pastilah pula. Tinggallah Atapon dengan mak dia di kg. Dia nekad nak jadi perempuan dan tak lama lepas tu dapat kerja di salon dekat rumahnya... Pada suatu hari datanglah seorang jejaka. Atapon terus jatuh hati. Bagai cinta pandang pertama pling pling keluar bintang dan bidadari berterbangan, dush!. Lelaki tersebut suka dengan cara Atapon potong rambut dan jadi regular customer. Tak tahan memendam rasa akhirnya Atapon meluahkan perasaannya. Dengan tak disangka-sangka cintanya berbalas. Maka gembiralah Atapon, sebab happy sangat dia pun makan lebih banyak dari biasa senang jatilah katakan, bila keluar dating pun dia makan makan jugak...

Namun cintanya terhalang bila mak lelaki tu tak nak terima dia. Siap dah carikan calon perempuan kg tu jugak dan suruh mereka segera kahwin. Perempuan pilihan tu siap muka gedik lagi ha (sila bayangkan macam drama melayu tu) sambil pegang dan peluk2 boifren Atapon tu. Lelaki tu serba salah tapi dia terpaksa ikut cakap mak dia. Frust dan kachiwa la Atapon ni. Bila sedih, lagi banyak dia makan secara non-stop, tak pergi kerja, minum mimuman keras (eh baiknya bahasa) etc. Mak dia tegur pun dia tak nak dengar. Kemudian mak dia meninggal, maka lagi parahlah keadaan dia. Tak pastilah berapa ratus kilo berat dia masa tu. Patik lupala pula. Nampak macam dah kronik sampai dia tak boleh bangun katil siap kena angkat dengan crane...

Lepas tu tak tahu macam mana, siapa yang bawa dia ke salah sebuah hospital di negara urm.. erm... kalau tak silap di china, untuk menjalani pembedahan pembuangan lemak. Pembedahan tersebut berjaya. Salah seorang wartawan dalam rancangan tv jepun tu telah berkunjung ke thai untuk lihat kehidupan baru Atapon. Nampak dah recover, berat pun dah banyak turun. Mekup dan baju yang sangat vogue d vass... dia pun nampak happy je dan ada bisnes kedai makan di depan rumahnya... semoga Atapon berbahagia dengan kehidupan barunya itu...

Motif tiba2 cerita Atapon ni? Asal saya masak yang goreng2 je pasti ada orang kat belakang cakap "eh Atapon suka makan kuah ni", sampai sekarang tau... Nakal betul en suami patik ni ish2...

Bercerita tentang dugaan kehidupan ni, sebagai orang beragama Islam, jika berlaku dugaan dalam hidup itu adalah lumrah dan Allah berhak untuk menguji hamba-Nya. Kita perlu selalu rujuk pada Allah... jangan sekali2 lupakan Dia, paling takut bila kita rasa jauh dengan Dia bila mana senang untuk kita melakukan perkara yang dihasut syaitan. Cakap senanglah kan, tuan empunya yang menanggung derita. Tapi ingatlah ayat al-Baqarah 286 "Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned."

p/s: patik ada happyou (presentation) tolong doakan eh huhu... kowaiii (takuttt)...

Thursday, March 31, 2011

Tak best tengok wayang bila...

Sendai dah semakin pulih tapi pasti ambil masa yang lama untuk pulih seperti sediakala... Tak dapat bayangkan bila kembali ke sana. Tohoku University akan dibuka pada 24 April. Sentiasa berdoa agar dipermudahkan segalanya. Bila balik sana tak berani nak makan makanan laut, minum air etc... due to the radiation. T_T. Ada la update dari labmate ku F-san. My bestie kat sana...kalau anda pernah baca conference trip saya ke New Zealand pasti kenal dgn "abang jepun". Dia akan kembali ke sendai dalam masa terdekat selepas beberapa hari berehat di rumah. Dia nak kemas lab dan selenggarakan apa yang patut. Ada beberapa gambar yang dikirim. Sekarang ni update blog kat cc...eheh...sadis betul ok. So tak dapek la nak include gambar dan ada beberapa info terkini...nak beli makanan masih beratur tapi makanan tu ada cuma kena tunggu giliran. Petrol lagi lama sampai berjam-jam...haduii laa... dugaan sungguh. Moga2 time kami balik sana nanti semua beransur pulih...lebih baik dr sekarang...

Buat masa sekarang enjoy sepuas-puasnya waktu bersama keluarga. Dan juga jalan2. Mukaddimahnya memang menyimpang jauh hehe... Saya dan en suami adalah pergi tengok wayang. Cerita yang best pun jadi tak best bila mana...(pengalaman kami tonton movie sekitar e@curve dan Midvalley)

1. Manusia "buas" bila mana tak reti duduk diam tendang sana sini sampai kerusi yang saya dan cinta diduduki bergerak. Rasa macam jishin pun ada..fobia seihhh...
2. Feeling sangat tengok cerita sampai geram takpun gembira dengan kejayaan hero sampai tepuk2/tumbuk2 kerusi belakang.
3. Cakap mengalahkan speaker...macam itu wayang dia yang punyalah huhu... sampai benda remeh pun nak cakap... antara contohnya...
"Oh sh*t...kenapa kena buat macam tu.. sh*t....oh...sh** sh**?" entah berapa kali kena sebut macam tu...
"Eh, dia tengah high ke tu...euwwww."(yang ni perlu ke cakap kuat2?)
"ha tu ha...tadi dia kat situ..ee cepatlahhh...kenapa dia kat situ lagi bla bla...." ya ampun... mahu pengsan kami berdua dalam wayang tu nak tunggu cerita habis..seat penuh..kalau tak for sure dah pergi cari seat lain.

Ok itu je kut..masa pun suntuk...till my next updates...

Wednesday, January 26, 2011

Cita-cita saya...

Diharap entri ini dapat membantu para pelajar sekolah rendah yang meng"gugel" untuk buat karangan bertajuk cita-cita saya...haha... tak adalah gurau aje... perasan tak rumah baru saya? eh eh tiba2 aje "baik" macam manyeusof cakap bersaya-saya hehe... (tolong ajar ahkak cemana nak letak icon2 kecik tu ala yang ada lambang b untuk blog, f untuk facebook, huhu dalam template ada tapi bila dah guna takde puleks, kachiwa daku ini) Rumah baru 'feel' baru kali ni nak cakap guna saya kalau dalam bahasa kalau "speaking london" barulah guna "i". Boleh ke? Tak tahu berapa lama bisa bertahan hik2. Rasanya macam tak bisa bertahan lama. Entry ni menjadi saksi yang i telah bertungkus lumus 'renovate' rumahku duniaku ini. Ok cukup. Masa kecik dulu anda semua nak jadi apa eh? Jangan pengsan kalau dengar cita-cita i ok?

Tak pernah pergi tadika, alih-alih terus ke darjah 1 (SRK Zainab 1). Bila guru bertanya akan cita-cita... saya kelu, hanya mengikut teman sekelas... vouge betul cita-cita kawan2 ni.... sebabnya masing-masing nak jadi penyayi...pramugari....model... fuhh...tapi i pun turut serta nak jadi macam depa jugak haha. Maklumlah sekolah semua perempuan...cita-cita pun harus vouge ok.

Tapi memang tak boleh lawan cita-cita anak-anak jepun yang comel ini. Bayangkan tiap kali tanya akan persoalan itu mereka pasti menjawab....
"penjual bunga"
"penjual aiskrim"
"penjual gula-gula"
tapi yang paling tak tahan bila besar nak jadi "DRAGON BALL!!!" comel tak???
*from google...

Thursday, January 13, 2011

Mari bersukan/bersenam menggunakan jari...

Dapat dari email... unik jugak seni guna jari ni ye...
 atlit balapan... (eh dah lama tak guna istilah balapan ni..valid lagi ke?)
 sukan kayak... tak reti naik kayak huhu...
 eh silap kategorilah.... apepun tetap hot! ntah apa yang hot pun i tak tahu hehe...
 bola sepak...
 bola sepak lagi...tapi jadi penjaga gol... eh khairul fahmi jersey no berapa? ampunn patik tak tahu...
 sukan angkat berat a.k.a weightlifting. 3 gambar kat bawah ni bukan lagi senaman mahupun sukan nampak macam seni abstrak hehe...
 wah wah u know what is this?... "Murid-murid cikgu nak tanya, ini gambr apa?" Tiba2 seorang pelajar bernama (nama dirahsiakan) bangun dan menjawab dengan penuh konfiden. "Itu kipas cikgu, cantik macam corak kipas pada belakang kain cikgu tu" "Eh eh dah la salah jawapan sempat lagi kamu nak kipas saya ye." haha lari topik pulak, sebenarnya dah lama tak pakai baju yang ada kipas kat belakang tu, biasanya baju kebaya ataupun kurung riau kan? Berbalik pada gambar, itu kan burung merak a.k.a peacock (ingat tak zaman sekolah kalau orang tu tak berapa nak dengar walaupun adela 2-3 kali kita ulang benda yang sama tapi dia duk cakap "apa?" "haa apa?" "tak dengarlah"... maka layaklah memberi nama samaran peacock for pekak hehe...)
 the pianist... i tak pernah tengok movie tu... eh ana raffali boleh main piano tak???
 ini adalah ayam tambatan atau nama glamer dia rooster...

majulah sukan untuk negara... dah lama tak bersenam, senaman yang selalu buat adalah joging, last masa zaman belajar dulu lepas tu masa tanam anggur... sekarang no more senaman huhu. Takpe turun naik tangga pun dikira senaman jugak tau, sebab membakar kalori, jangan asyik naik lif je ok, tapi kalau 8 tingkat ke atas tu layak lah naik lif huhu... (kalau i lah kan, naik tangga 5 tingkat dah tercungap2).


Wednesday, October 20, 2010

Just watched...

Sedih..sob2..cerita ni baru keluar kat sini last weekend. Tapi oklah dari tak masuk pawagam langsung kan? Cerita apa tu? tadaaa...
fuhh...action dia best!
Rasanya kat m'sia dah lama tayang kan? I'm sure u guys enjoyed watching it especially yang sukakan action movie. Tak na la buat review sebab dah basi hehe (kalau buat macam la ada orang na baca kompem tak laku, tsk). Menampilkan pelakon2 hebat dan mantap selain 3 orang kat dalam gambar tu ada Bruce Willis dan juga governor Arnold Schwarzenegger. Ingatkan turut sama beraksi rupanya artis jemputan di awal movie je. Tapi oklah juga kalau mereka ada tenggelam pulak "mr rambo" tu kan.

Jalan cerita dan action seiring...berdebar dari awal sehingga ke penghujung cerita. Tak sedar masa berlalu... alih2 dah habis. My love la tak puas hati dia cakap sekejap sangat cerita tu. Ok love, nanti i email kat mr Stallone tu suh buat part 2 plak ye, hehe... two thumbs up!


Saturday, October 16, 2010

Acik Olish...

Hehe...sorrylah guna bahasa pelat kanak2 comel... dulu my cousin kalau sebut polis aje mesti acik olish (stands for pakcik polis). Tak tahulah kenapa kena ada pakcik kat depan tu, comel aje kan? kalau askar pulak jadi "cheka" super duper comel.
kerete dan motor polis miyagi... baguslah mereka buat program macam ni. Memberi motivasi pada kanak2.. uniform polis versi mini pun ada untuk mereka pakai dan bergambar di atas motor mahupun di dalam kamera ala2 dah jadi jadi polis gitu kan... pangkat tak hengat ada 4 jalur tu kawaii ne... :D
asalnya nak posing kat tepi kereta je, lepas tu acik olish yang bertugas bukakan pintu untuk masuk (eh terharu jap, my love pun tak pernah buka pintu kereta untuk i hehe...) serba salah pulak orang dah buka pintu masuk ajelah, pastu buat2 posing pegang apa eh nama dia... roger...roger...
 Maskot Michinoku... tak sah kalau tak bergambar dengan maskot...haishh...
Tapi kan... ada beza la acik olish kat sini dah kat mesia nun..mungkin boleh diambil mana yang baik...
acik olish jep (J) versus acik olish mes (M)
(J) pakai seat belt 
(M) so far yang selalu nampak macam tak pakai je tsk..
(J) ikut peraturan yg mereka tentukan, contohnya dari segi kelajuan kalau kat situ 40 kmh
(M) no komen hehe... 
(J) rajin buat rondaan, cergas, cekap, rasa selamat
contohnya..dia sangat peka dengan orang asing, hari tu my love masuk toi awam agak lama la, sebelum masuk toi tu dia perasan ada cctv atas, my love amik wuduk, cuci muka etc, sebaik aje my love keluar terus dia datang check, kut2 la my love ada buat apa2 sebab lama sangat (dia tak check my love, just jenguk2 masuk toi je, sebab tak ada cctv dalam toi bahaya, he), haa bagus kan, dia protect negara dia.. orang asing datang negara kita ni macam2 niat yang tidak diketahui..ada baik ada buruk...
(M) tatau nak cakap, banyak juga baca or dengar dari kawan2 macam2 cerita, yang g ngadu kat balai polis pun boleh sakit hati dan bikin tension sebab polisnya acuh tak acuh aje... siap2 marah2 pulak tu...huhu...orang datang nak minta pertolongan tapi kena marah pulak, kasihannn..
Mungkin tak semua di atas tentang acik olish M adalah benar, hanyalah random semata2... just my opinions and experiences hehe...


Wednesday, September 22, 2010

Neko no uchi...

Apa pulak berneko, berteko bagai ni..saje je takde keje... kalau bahasa kelantan yang nak dekat2 sama "nako" tu tingkap cermin, nak explain pun tak reti, ala yang macam kat sekolah tu, susah betul bila kena turn bersih tingkap sebab dia ada banyak lapis, lagi satu kena extra care, adakala..tepi cermin tu tak rata, nanti boleh cedera u!....tak ada gambar nak tunjuk...itu je makna yang i tahu, kalau ada makna lain tak tahu la pulak... sesiap yang familiar wiht bahasa jepun (which i am still working hard to speak dengan lancarnya-stakat ayat basic tu boleh la tapi, terkial2 lagi huhu). Neko no uchi=rumah kucing. Came across at yahoo...masa nak search pasal instrument. Baik sungguh pakcik ni jaga all those cutie cat-cat. All pictures, courtesy from HERE.
the owner with stray cats...injured cats...
nice houses! (nak tengok dalam rumah tu, agak2 kucing2 ni ingat tak mana satu rumah dia)
tu diaaa siap ada city hall!
dan juga wallmart!.macam la meow2 tu semua pergi shopping huhu...tempat beristirehat adalah...
Here kitty2....the entrance to caboodle ranch...(eh tolong promote ke ni?)

Saja nak tunjuk gambar comel2 di atas, banyak tau kos yang harus dikeluarkan... tabik kat pakcik, apapun pakcik..teruskan niat murni ini....


Friday, September 17, 2010

Spoookyy...

 gambar hiasan...(google)

Apa la yang spooky sangat tu.. hehe...i am looking for an old friend... dah lost contact... tiba2 pulak teringat cerita yang pernah dikongsi oleh beliau semasa mengikuti BTN dulu... memang spooky for me.

Ingat2 lupa sebenarnya, tak apelah, i try to story mory. Panggil dia Kak A lah ok? Kak A pergi berkursus tempat dah lupa la plak tapi belah2 barat mesia nun... Bilik Kak A bersebelahan dengan member dia, Kak B. Satu hari tu derang g trekking balik dah penat, lepas settle down Kak B cakap penat nak tido..ok la fine...

Kak A pun mandi manda semua, bila keluar bilik air tengok Kak B duduk depan computer Kak A. Terkejutlah Kak A ingatkan Kak B dah nyenyak tidur. Kak A tegurlah Kak B, "Eh, td kata nak tidur..tak ngantuk ke" yang Kak B ni sonyap ajo..dia jalan oergi kat tngkap sambil sikat2 rambut dia dan merenung keluar, Kak A takdelah terfikir apa2 mungkin dia tengah bad mood agaknya. Kak A bersiap semua duk atas katil..dia borak2 lagi, tapi Kak B tak ada respon pun sekadar mengangguk atau menggeleng kepala...Kak A pun tertido dek kepenatan dan dia pun tak sedar pukul berapa dia tidur...

Keesokan hari, Kak B datang ketuk pintu bilik untuk pergi bekfes sama2... Kak A dengan selamba tanya... "Eh, pukul berapa balik bilik smalam, sori tak sedar bila masa tertidur." Terkedu Kak B, dia cakap dia tidur tak sedar dunia lepas balik bilik... masa tu Kak A terus rasa meremang ler...i yang dengar dia cerita pun meremang juga huhu..adakah Kak B berjalan dalam tidur atau Kak A bermimpi? huhu tak tahula apa yang sebenarnya berlaku..biasanya baca majalah mastika tak pun tengok citer bab2 mistik ni... tak sangka berlaku kat kawan sendiri huhu...

Sentiasalah kita beringat baca ayat kursi, selawat etc, walau di mana kita berada. InsyaAllah kita akan dilindungi oleh apa jua, tak kisah la mistik ke bala ke, oleh-Nya dengan izin-Nya....


Tuesday, September 14, 2010

Surprise dari Lating...

Kejutan 1 Syawal.... my love received a parcel from his home. Murah rezeki kami di hari raya... opened the parcel at night selepas pulang dari lab...
dalam bungkusan semuanya...apakah??? (ceh gimik la kunun)
taraaaa..2 boxes of biskut raya...almond london, satu lagi tatau apa (tapi tersangat best sampai takleh nk stop makan)...to our surprise ada baju raya...i got a jubah and tudung and my love got jubah ala2 punjabi gitu...terima kasih banyak2 buat Kak Ros dan mek di atas surprise yang sangat special ni.... 

Ureshikatta..will update when menggayakan jubah itew okayh...berdebar ni..first time pakai jubah... how will i look?


Monday, September 13, 2010

Clueless...

Tonnes of work this week..so many things to update about our weekend. But i just don't have the time... clueless about this....
Just my 1 cent opinion. It's about the previous issue... i noticed it at yahoo last week, but i was so busy with some work, and when i went back home watched tv and it was showed in the japs news.
 source...yahoo news...
Of course la terkejut sebab the holy Quran will be burned, but i am far more shocked with the protests. Of course it's not wrong. Tapi ada sesetengah tu nampak macam keras sikit. I really don't like protest ke perhimpunan ke, but if it is because of a good cause and it is done properly, it is ok. Muslim has been labeled as terrorist yet our religion and faith doesn't teach us to be like that...and i know we are not. And other faith also guide to goodness. Mungkin sekadar ingin mencetus kemarahan? melihat reaksi umat islam?... i ddon't like the harsh protest, and i asked my love's opinion...he said, cuba buat reverse psychology. Dia nak bakar kitab kita, kita treat kitab dia elok2 hantar kat gereja ke..etc, kinda of make sense. Show the soft side the good side of islam, the one written and taught in the Quran itself.


Sunday, September 5, 2010

Eto...

Eto=Chinese zodiac..contohnya seperti gambar kat bawah ni...
antara 3 dari 12 eto, dari kiri... tora=rimau, ushi=moo2 dan uma=kuda... 
(iklan jap..bila sebut tora teringat iklan tora datang lagi... hehe..dulu jarang beli tora, asyik beli ding dang je..moh kite tengok nostalgia dulu sat...)
 makanan feberet masa zaman kanak2 sebab ada mainan free...
taklah sedap mana pun tapi mainan free punya pasal..nak2 tengok iklan kat tv yang sangat la tipu, maklum la masa tu kecik lagi percaya aje apa yang dilihat...haha..
ini dia salah satu contoh mainan free...comel yang ni
(semua gambar courtesy from HERE)
ok sambung cerita, gambar first tadi merupakan cover buku abstract, symposium yang baru berlalu... 2-3 September, attend je...kalau menghadiri majlis ilmu sebegini sudah tentu banyak yang dapat diketahui..research terkini...research orang lain supaya terbuka minda dan boleh banding dengan research yang kita buat...

For this symposium several labs invited speakers from various countries, my lab has invited James from Strasbourg. He came here a few days early from the symposium, ada discussion with my lab members..mereka sempat hang out karaoke, buat bbq, pergi party, pergi minum2..hehe.. of course la i tak join pun kecuali bbq, itupun sebab siap buat special time iaitu nak dekat iftar, they are concern, siap tengok jadual solat which i put near my desk kadang tu siap cakap "kyou... 6,08" (kyou=hari ni) and on that day they also prepared my favourite seafood, so nice of them terharu plak... Fujita-san la yang ingat my fav coz he always like to watch my bento during lunch time. Takkan la tak nak pergi pulak kan...

From that cover yang ada eto tu, little did i know that, it is sendai's omiyage... sendai's craft. Sebab James beria2 cari utk bawa balik sebagai souvenir, kepala eto tu goyang, he just loved it and said that is the cutest omiyage ever and he will never find it back in his country. Beria-ria dia bercerita about that omiyage to me, nasib baik tak bukak kotak dan tunjuk. Terkedu sebab dah biasa tengok, kat mesia pun ada err adakan? hehe...ntah la..
them...they became best buddies in just a few days...siap ada future collaboration lagi... bila la nak ada visitor perempuan..nak la jugak best buddies.....

Till then....have a nice remaining weekend...esok dah monday huhu...


Friday, September 3, 2010

Lawatan...

Thank you so much for my dearies for the support. Sangat2 berharga. Meh ceria2kan diri. Tak tahu nak cerita apa. Tajuk entry sungguh menyedihkan... macam lawatan sekolah aje. Do you like shopping? My love and i like to window shopping hehe alang2 beli groceries kadang2 singgah la shopping mall... cuma suka shopping pada waktu tertentu je, iaitu sale... kalau suka shopping atau jalan2mesti pernah pergi ke tempat seperti ni kan?
ada macam2 jenis..ada yang mewah, ada yang sederhana... my love and i pergi yang biasa2 sahaja ikut kemampuan... our favourite right now of course la outlet :D, lagi best kalau ada....
sale!!! wow wii i very like sale...tapi tengok barang jugak..sebab tu my love and i suka window shop kadang2 sale pun macam tak sale, konon 50% tapi kurang sikit je dari harga asal... my love kan mathematician so dia suka tengok harga pasaran sebelum dan selepas sale... kalau sukakan sesuatu, tunggu sale...barulah..erm apa eh pepatah tu lupa la, yang ada alah membeli memakai tu huhu..helppp...tapi, bila time sale tu.....
uish tu dia..tak ada la sampai macam ni..haruslah wasathiah yerr... :D
Masa kat tanah air terchenta pernah la ke tempat2 seperti KLCC, Midvalley, yang baru tu tak pernah pergi erm apa nama dia lupa..sat..sat...haaa Pavillion yang sangat mewah tu...dan juga tempat mewah yang lain juga tak pernah pergi sebab dah tahu mahal dan kalau masuk kedai..sekadar nak jenguk2 baik tak payah..i will tell you later k... sebelum ni tak pernah masuk kedai2 macam ni...
woww...
dan bermacam brand2 vasssss yang lain...

Saje nak cerita pengalaman yang pernah saya alami di malaysia dan juga di sendai ni. Negara lain cuma di Abu Dhabi (Mekah dan Madinah masa sekolah rendah, lagilah tak reti apa2 :P) itupun kejap je so tak boleh nak buat bandingan. Kenapa eh? Tak nak masuk sebelum ni sebab...
1. segan la...seperti tidak dialu2kan
2. muka pekerja butik masam mencuka tak peramah langsung...ikut "sekaki" (eh bahasa standard ke ni? takpelah sekali sekala keluar bahasa ibunda), naik rimas jadinya...
3. walaupun sekadar ingin tahu dan nak tengok2 pun masih tak nak masuk sebab pekerja butik tu mesti akan pandang dari atas sampai bawah nak terkeluar biji mata, pandangan kerek seolah2 "dah tahu tak mampu sebuk je nak masuk tengok" (over exaggerating je ni tapi seolah2 macam tu la)
4. kalau kita ni selebet pakai barang cikai, langsung tak pandang apatah lagi nak senyum..kalau kita keluar tangan kosong pasti dia pot pet kat belakang... ini pengalaman dulu la, cerita dari kawan dan juga tengok drama swasta hikhik...tatau la kalau sekarang dah bertamadun sikit...
5. nanti terberkenan duk berangan2 la pulak hehe...(alasan tak seswai langsung)

Tapi bila kat sini....walaupun tak masuk semua butik2 eksklusif tu, but i enjoyed and tried masuk several boutiques, jenguk2 aje cuci mata sebab...
1. ada penyambut tetamu..kita jenguk aje dia dah ajak masuk dengan senyuman manis...
2. beria2 perkenalkan barang, tunjukkan etc...walaupun belum tentu nak beli.. layanan superb
3. bila kita ckp nak fikir and jenguk2 dia pun faham dan taklah ikut setiap langkah dan lihat setiap gerak geri
4. kalau kita saje nak tengok pun tak apa.. ada tu suruh try depan cermin...
5. yang tak nak pun jadi nak beli hehe...sebab baik sangat pekerja kedai tu...
6. bila keluar tangan kosong siap terima kasih, sebab datang jenguk kedai dia..bagusss kannn...kalau beli lagilah..dia siap hantar depan pintu.. dan tunjuk ala2 "bongkok tujuh", begitu menghargai dan menghormati pelanggan..i very like...
ada lagi nak bebel tapi kena buat kerja...till then...


Monday, August 30, 2010

Is it just me?

Menginjak ke 10 hari terakhir ramadhan...hari ni cepat betul penat..pagi2 lagi perut dah buat latihan vokal. Huhu...banyak kali, tengah hari pun dia nyanyi..tak sat pun dia nyanyi, buat keje sikit pastu penat..termenung depan pc jap...rasa seperti nak tidur..tak sama seperti hari2 sebelum ini which I can do my labwork normally seperti bulan2 lain. Tapi hari ni... tak dapat nak terangkan bagaimana... mata asyik melihat jam tika buat kerja lab...berapa jam lagi nak berbuka?...astaghfirullah, syooohhh pergi jauh2 perasaan ini...am i tired?Is is just me who felt like this? atau sebab ramadhan dah hampir ke penghujung...? semoga hari esok dan seterusnya tak sama seperti hari ini....
gambar hiasan...(google)
Cepatnya ramadhan berlalu..adakah hari2 ku terisi dengan manfaat ramadhan... adakah diri ini telah manfaatkan sepenuhnya fadhilat ramadhan.... tak mahu dia pergi terlalu cepat...semoga my love and i dapat gunakan sepenuhnya 10 malam terakhir dengan penuh keberkatan terutama pada malam ganjil....cebisan artikel dari sini. Rasanya semuanya dah sedia maklum akan malam lailatulqadar..saja nak selit sikit...

"Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir."


Nak buat apa pada malam itu?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.
Nak minta apa jika bertemu malam itu?
Siti Aisyah r.a. juga bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang doa apakah yang perlu diminta jika bertemu Lailatulqadar. Jawab baginda bacalah “Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni, seperti yang selalu dibaca selepas sembahyang tarawikh.
 
InsyaAllah semoga mendapat keberkatan...



Friday, August 6, 2010

Ceritera passport...

 
from mr wikipedia...
パスポート = pasupooto = passport..hehe saje mengada nak tulis dalam katakana, sebutan japs-eng adalah seperti yang ditulis tu. Hmm cerita 2 bulan yang lalu tapi baru terdetik nak post. Pagi tadi ke immigresen nak apply renewal visa. On the way back teringat kembali cerita ni and we loughed talking about it this morning. Kepulangan ke tanah air yang hanya sedetik tu sempatlah my love and i renew the passport...dalam half year lagi nak tamat...tak tahu bila lagi boleh balik baik renew terus aite?

Biasanya kalau nk ke tempat macam ni kena pergi pagi2 kan..kalau lambat dapat no giliran yang angka dia banyak hehe..tapi immigresen dah makin efisyen skrg sebab passport pun boleh siap dalam hari yang sama. My love and i walked to the counter ambil nombor lagipun nak tanya staff kat kounter tu..tentang visa yang lama masih ada pada passport malah masih valid, kalau renew ada effect apa-apa tak? Hari tu yang jaga kounter tu seorang lelaki bermisai, hitam manis, lingkungan umur lewat 20-an? Ntahla agak aje tu... selepas kami bertanya dia mengerutkan kening dan kelihatan berfikir sebentar dan menjawab...
"biasanya kalau buat passport baru dengan automatic akan terbatal semua maklumat pada passport lama."
terkejutlah kami mendengarnya...alamak macam mana ni boleh ke nak renew... macam mana nak balik  jepun ni? tak puas hati kami bertanya lagi.. "betul ke? atau bergantung pada negara tempat belajar..." masih menaruh harapan untuk renew passport.. kalau tak boleh renew sekarang jawabnya kena hantar di embassy jepun apabila passport hampir tamat..it would be costly and ambil masa agak lama... dalam beberapan bulan.
"kalau nk lebih lanjut boleh tanya akak kat kaunter depan tu" sambil menuding jari pada seorang staff berkaca mata putih melepak. We turned around and walked towards her... bila ditanya lain pula jawapannya berbanding saudara tu tadi
"tak ada masalah, boleh masuk negara tu dengan bawa bersama passport lama ke mana2 sehingga tamat tempoh visa".
lega jugak dengar jawapan akak ni, tapi kata2 staff lelaki tu masih terngiang2..tak apalah alang2 dah sampai buat ajelah... kalau sampai narita kena tahan cakap aje tak tahu kalau dia nk tahan pun tahan la tak kisah..pastu buat visa baru ke etc hehe.. aci ke gitu..kami berjalan semula ke kounter nombor tu and told him that we decided to renew the passport. Sambil bagi nombor da borang dia cakap lagi
"lebih baik check embassy, nanti kalau tak boleh masuk..satu hal pulak...biasanya macam tu la terbatal semua maklumat di passport lama" haish encik ni saje je..my love and i nekad... sebab lebih percaya staff dalam cermin tu hehe...passport siap after lunch hour..kami pun pergi menjamu selera makan nasi ayam and laichikang yang ku renduuuu... silap pilih kedai daa..kurang kick.. lagi sodap yang i buat (eceh perasan tahap ultraman taro)... lepas makan pergi tambah coins kat car park terserempak dengan encik tu tadi...ish2 dia tak puas hati lagi gamaknye...
"saya dah biasa dengan perihal international macam ni, kena tanya pihak embassy sebab lain embassy lain peraturannya. tapi memang biasanya visa dalam passport lama dah tak valid"
I just ignore, tapi my love tak lena tidur jugak la dibuatnya sampai kami the nest day early morning pergi ke cc untuk email embassy malaysia di tokyo nun...and nasib baik dapat respond cepat. Kelegaan yang amat sangat because the embassy staff said, boleh, tak ada masalah cuma bila ada masa sila transfer visa tu ke passport baru... yahuuuu
Haish beria betul staff lelaki tu cakap sampai kami terpengaruh sedikit sebanyak, nasib baik consider other opinions...


Thursday, August 5, 2010

To go or not to go...

Ermm..benda kecik je..but i'm still giving some thought...setiap kali tiba bulan 8 (gaya macam dah duduk sini banyak tahun, hehe) kat sini rasa seolah2 raya... kenapa??? Sebab ramai orang main bunga api, and bunga api dijual besar-besaran pada permulaan natsu hingaa akhir natsu. (from my observation la). And then every year jugak which is today (Aug 5) the same date every year (delayed to Aug 6, kalau hujan) ada pesta hanabi (fireworks), everybody will dress in summer kimono (yukata). Yukata akan dijual dalam pelbagai corak dan fesyen. Pasti ada fesyen baru diperkenalkan setiap tahun..ubah2 sikit..tambah riben la renda la..that sort of stuffs... I bought it last year... with a really cheap price, kedai tu nak tutup bisnes, so dia lelong stok lama.

Tapi i wore it masa tengok perhiasan tanabata, kat bandar...masa tu tebalkan muka je, sebab my love tak pakai version lelaki, puas dipujuk rayu dia tak nak..bila lagi nak turut serta menyelami dan merasai pesta julung2 kali warga Miyagi ni. As an experience right? Pakai yukata bertudung, semua orang lihat sampai juling, terteleng kepala, ada yang suka, ada yang kagum, ada yang berkerut dahinya dan macam2 melihat diri ku ini..hehe..well i'm used with it. I didn't go to hanabi last year, my labbies told me that is is more beautiful to see from top of the building..tapi sayangnya pada malam tersebut, awan tebal menghalang penglihatan and the result = yoku mienai (tak nampak apa pun). Sungguh kachiwa sekali diri ini..and i asked my love to see it at Matsushima...alhamduillah boleh la merasa melihat hanabi walaupun spot yang kurang ideal, but that's the best we could find. Satu lagi tang nak ambil gambar...sangat tak reti, sebab dia jadi blur, pakar kamera cakap kena ada tripod baru cun, hmm tengok harga tripod...uishh mahalnya..lupakan sajelah..just enjoy the hanabi...simpan elok2 dalam memori, takpun tengok kat website aje hehe...
 courtesy of...http://mari.cocolog-nifty.com/mari/2006/07/index.html

Vivi invited me to tag along with her for tanabata today..my love pulak ada seminar sampai pukul lewat petang. Kalau ke hanabi, kena pergi awal...paling lewat 7 pm, kalau tak nanti sesak dengan orang ramai..hmmm serba salah dibuatnya..nak merasa tengok hanabi lebih dekat and wearing yukata with friends but without my love by my side..how??? masih difikirkan..apapun i have some lab work.and may i find the right instinct along the way...hanabi started at 7.30 pm, cunss, sebab maghrib around 6.43 pm so no problem with that.. tanabata 2009...click HERE to read...

Tuesday, July 27, 2010

Poison...abunai!

Takde kaitan dengan en abu yer hehe...abunai=danger, I was shocked when i got this email... i'm not sure either as this is the first time i read about it. I got this from my sis in law, apapun sharing is caring dan better berjaga-jaga...
looks familiar to me..

"Sila perhatikan pokok hiasan ini betul2. Jika anda sayangkan anak2 dan keluarga anda, musnahkan pokok ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletakkanya di ruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini, segera pindahkan ia ke tempat jauh dari anak-anak anda.

Kesan daripada menggigit daun beracun ini, lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan setrusnya menghalang pernafasan yang boleh mengakibatkan kematian. Sila sampaikan kepada saudara mara dan rakan-rakan anda.

Pokok ini sering terdapat di pejabat dan sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan Uganda. Terdapat kes kematian diakibatkan pokok ini yang jarang dilaporkan. Selalunya kes ini diklasifikasikan sebagai 'food poisoning'.

Keprihatinan anda menyebarkan perkara ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang."

I hope i can have more proof. Organic chemists out there can find out what is the poisoning chemicals if that plant is really poisonous. Preventing is better than curing... 

Wednesday, July 14, 2010

I wish...

 My anniv flower...dry up process after that letak some lavender, vanilla, musk etc..to make as a potpourri... :)

Wish to have more time to walk along the river...or just near my house..really want to take the pictures of flowers, birds, cats and so on..capture the nature... and the people as well..the way/style they dress.. but it's difficult though some people will feel uneasy if they knew they were being candid etc... plus i'm more interested in nature... yet it's just feeling sorang2 je ni coz i don't have talent, just for fun...

As a flower lover (nak jugak ckp miss flower) several flower seasons i have missed..huhuhu...there are several event..after sakura, there are tulips..lepas tu nano hana and then....roses (of course roses all year round but the peak time here is during end of may to june), and then urm, erm...i forgot the name, the flower is slightly bigger than roses, cantik and then the next flower is lavendar..... sigh..sedihnyaa...banyak kan huhu hopefully can make it the next year..i still have himawari and cosmos..hopefully can make it...

Lately, i noticed this flower...on the way to campus, kat mesia pun ada, bunga tiga musim eh? in japs tatau apa... (zeti..help me...). Mula2 white color and then slowly changing..so far i saw, pink, purple and blue kadang tu all three colors in one bushes... kalau la ada taman boleh ambil gambar ni. I snapped some while in the car...so the imaged captured were limited.
in the changing process...what color could it be...
blue...i very like blue..at the edge ada purple color..i like too...
looks like this one is going to be bluish too..
 a lil bit further there are 2 car parks and stairs...bila dongak atas ada rumah rupanya, dah clear..before this lots of trees and i didn't notice ada rumah kat atas bukit... see that small entrance gate..kawaii ne.. macam kelakar plak tiba2 ada gate kat situ...rasa macam autumn sebab ada daun merah tu...
cinta hati..my love...over there..is my love's dream car...
loople sendai, a special bus to tour around sendai and the bus will stop at interesting places around sendai...(tak pernah naik lagi stakat ni)..i think every ken have their own special tourist bus
one of the loople stop... we've never been here either..sudah diajak my love..but no success yet, biasala tempat dekat ni diendahkan2 dulu hehe...or should i huhu...
otamayashita..or known as perkampungan melayu by the others sebab most of malaysian students tinggal at these two mansion.. mahal niii..tak mampu huhu..nasib baik la my love and i still can stay at our current place...the kaikan...
faham tang seatbelt tu je.katakana version shiitoberuto, (kawai tak hehe).warning pemakaian seat belt kut..

Ok masa untuk edit data...amek feel lepas exp la kununnya, before starting the next task..yosh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails