Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah...

 credit to google search...
Tahun lepas Maal Hijrah in white kebetulan waktu tu snow... Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur... semoga akan terus diberkati, dilindungi dan diberi kekuatan oleh-Nya...

Baru aje lepas baca doa akhir tahun tak lama lagi maghrib akan menjelma. Banyak jugak post tentang maal hijrah ni... salah satunya post dari adik angkat eh silap adik LS, bolehlah refer link MAN ni.

Terbaca entry terbaru dari GENTA RASA... best jugak kalau share kat sini bait2 ayat yang boleh dijadikan pedoman untuk para wanita... dan juga para lelaki, kebetulan post kali ini berkisar tentang tragedi cinta isteri...

"Inilah hakikat yang mesti menjadi pegangan dalam menghadapi tragedi cinta di dalam rumah tangga. Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada… bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita."

"Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah, ada isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Siti Asiah isteri kepada Firaun laknatullah. Bujukan Allah cuma satu, bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga. Ini bukan ‘escapeism’ tetapi itulah iman. Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada isteri atau suami."pembacaan lebih lanjut lawatilah laman tersebut k...

Pedoman untuk diri sendiri juga kerana kita tak tahu bila dugaan itu datang dan apa jua yang dilakukan dalam rumah tangga, dalam pekerjaan, dalam belajar, dugaan pasti datang dan berbeza2 untuk setiap umatnya... semoga kita dapat menghadapi hari mendatang dengan penuh kekuatan dan keimanan... salam maal hijrah 1432.


3 comments:

man yusoef said...

salam maal hijrah dari kami di Malaysia...ok tak??..hehe

Hanis MY said...

haduiii dapat komen dr anak uncle usop ni mesti mengundang senyuman haha ok sesangat tu! patik shuke...

Rohani Hashim said...

hana, salam maal hijrah jugak buat hana dan suami...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails