Friday, March 4, 2011

Baca bila tension... (1)

Ini hasil daripada pembersihan email berjuta-juta lemonade maka terjumpalah email cerita lawak... so nak share kat sini... mungkin ada sesetangah dah pernah baca takpe layan jugaklah tak kira tak kira (eh pesen apa pulak ni?).


1. Cerita Penimbang
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur
berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan
diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis
dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup montel
cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00..
mesin komputer mengeluarkan jawapan:

"Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai! "
 p/s: tak sangka ada jugak penimbang macam ni eh?


2. Peguam materialistik
Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S
terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya..
sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan
pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dgn kuat..

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu
menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya
yang sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang
menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu.
Seorang dari mereka berkata,

"Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan
dan mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda
lain"

"kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam

lelaki itu menjawab.. "Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau
terputus diseret lori tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si penguam tadi dengan kuat.. "Di mana jam tangan
Rolex saya?!!"

p/s: aduilaa pengsan i!


3. Siapa Ini?
Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak
bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk... "
p/s: sah2 sebab panik sangat sampai tak faham soalan...

Banyak sangat nak copy paste nanti i cnp lagi k....

8 comments:

anie,Nagoya said...

suka yg no 3.memang sah panic punya cerita, soalan pun tak fhm.lagi...lagi....ketwa ni bagus.tp jgn tawa smpi jd gila le..hahahahaha

Hanis Azla said...

ha..ha..ha.. tergelak akak sorang2 membacanya mlm2 buta ni..

kay_are said...

lawak je cte ni.. hee

lady-D said...

hahaha..mmg sume lawak..pnh baca pun still leh gelak guling2.*oke part guling tu tipu!

Faaein Himura said...

best.. 'senaman' muka di pagi hari ni... hahaha..

AiN5zOL said...

hahahhaa....
citer yg no 3 kelakar giler...
:)

H A N S said...

hahahah..mmg klakar la hanis..adoilaaa..gelak sowg2 kt opis ni.. :P

mrs kayrul said...

kalo panic macam2 jawapan pelik boleh bagi...hehhehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails