Saturday, March 19, 2011

Kenangan pahit...

Sangat berharap inilah satu-satunya kenangan pahit kami di jepun. Alhamdulillah kami dah selamat sampai di bumi malaysia, rabu yang lalu jam 9 pagi di LCCT. Terima kasih atas doa dan semangat dari anda semua. Memang terharu sangat2 dan saya tak nafikan ianya sebagai penaik semangat. Man dan Eyrique, terima kasih kerana sudi buat post untuk diri ku ini. Juga buat rakan-rakan lain maafkan saya jika ada terlepas pandang memandangkan line internet yang tak mengizinkan untuk saya BW semua orang dan juga follow balik follower baru. InsyaAllah akan saya usahakan bit by bit. Bak kata kawan sendai ku Ab, walaupun sendai gempa tapi internet kat sana 100x lebih up dari sini. Inipun hanya menumpang kasih dengan laptop kakak ipar. Hingga kini masih duk terfikir akan nasib laptop beserta data-data ku itu, bilik eksperimen, bilik tempat duk update blog hari2 kat lab tu huhu... malah seluruh rakyat Malaysia yang masih di jepun juga tak ketinggalan seluruh rakyat jepun. Semoga semua selamat terutamanya selamat dari radiasi yang kian merebak. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia, bolehlah balik ke negara tercinta tapi rakyat jepun dah tak ada tempat untuk dituju. Kak As, Kak Lia, Kak Umie, Kak Anie, Yatiey Comey, Kak Hana Kanazawa, Syaima, bagaimana keadaan kalian di sana?
 sumber dari seismic monitor www.iris.edu, kalau dilihatkan pada gambar lingkaran utama adalah di Amerika Latin (tiba-tiba teringat perkataan godak), Indonesia, New Zealand yang mini tu ada di negara lain seperti di Europe etc... Malaysia selamat tapi dekat la jugak dan mungkin kena tempiasnya

Man, arigatou gozaimashita (dicilok dari blog man), nak buat ayat kow2 pun takde mood lagi ha huhu...
Ok sekarang berbalik pada cerita, tinggal di lingkaran api saya dan en suami aka cinta, sudah terbiasa dengan gempa kecil sekali dalam setiap bulan namun pada skala yang kecil and it usually last for less than 5 seconds. Adakala langsung tak rasa gegaran cuma nampak lampu bergoyang dan air dalam gelas seolah-olah bergetar. Lebih baik rasa setiap bulan dari langsung tak rasa sebab bahaya kalau dia duduk diam2 kat dalam laut tu dan berkemungkinan gegaran yang lebih kuat berlaku. Sebab tu kat jepun ada detector gempa dan tsunami yang canggih. Mereka akan bunyikan siren bila gempa kuat berlaku dan juga akan bagi amaran tsunami. Tapi kami ni dah namanya bukan orang jepun bila rasa kuat sikit dari biasa mulalah gelabah, walaupun dah buat latihan gempa berkali-kali. Yang labmates lain rilek je makan macam biasa, maklumlah tak bunyi siren oleh itu tak perlu nak "kalut ribu" terkeluar pulak bahasa ibunda.

Gempa baru-baru ini mengikut skala jepun adalah 9.0 (skala dunia 8.9) dan ianya adalah yang paling dahsyat dalam sejarah gempa di negara jepun. kalau nak diikutkan skala tu bangunan masih mampu bertahan kerana pada gempa kuat yang berlaku tahun 1978 di Sendai, banyak bangunan musnah dan runtuh (lupa pula skala waktu itu) selepas itu mereka bangkit dan perbaiki pembinaan rumah yang tahan gegaran, dinding ringan namum kukuh dan bergoyang pada sudut2 tertentu. Namun yang mengeruhkan lagi keadaan adalah kesan dari tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa. Saya sempat melihat video siren tsunami dibunyikan, ramai orang berlari menyelamatkan diri ke tempat yang tinggi namun masih ada yang tidak sempat. Sungguh menyayat hati. T_T

Dalam keadaan yang serba kekurangan pengalaman kawan kami dari sendai sungguh mengharukan. Dengan terpaksa tidur di pusat evakuasi, makanan dan air yang serba kekurangan (bayi dan kanak-kanak lebih diutamakan dari segi kuantiti, bilangan) kerana kita orang dewasa mampu bertahan. Walaupun keadaan darurat, mereka tetap beratur seperti biasa dan tiada yang ambil kesempatan pecah rumah untuk mencuri dan sebagainya. Makanan dibahagikan sama rata tanpa mengira bangsa dan kaum. Rasa sayu sangat... mereka sangat baik namun dugaan yang diterima sangat kuat. Kalau beragama islam sudah tentu dapat banyak pahala (eh ke situ pulak). Ada rakan kami yang berteduh dalam kereta untuk pasang heater lantaran tiada bekalan elektrik di dewan evakuasi. Mereka tetap pergi dan ketuk cermin kereta untuk agihkan makanan. T_T.

Buat masa sekarang elektrik dan air sudah kembali normal di sendai cuma gas di sesetengah tempat lambat. Macam kediaman kami akan ambil masa sebulan. Tohoku University pula mungkin akan dibuka pada 24 April namun co-sensei saya akan update dari semasa ke semasa sama ada kami perlu pulang ke sana awal, on time atau lambat. Alhamdulillah pihak embassy juga telah mengeluarkan pelajar malaysia dari sendai ke tokyo. Kemudian terpulang pada mereka untuk pulang ke malaysia atau tidak. Tapi dengan nuklear yang main bahaya ni buat apa nak berada lagi kat sana. Semasa kami di tokyo pun makanan banyak habis di rak2 dan terhad. Kedai pun tutup awal untuk jimat elektrik.

Hari yang kami bergegas ke yokohama ada sesetengah train dihentikan dan train yang kami naiki tiada aircond dan kekerapan laluannya juga berkurang lantaran nak supply sedikit bekalan elektrik ke arah tohoku. Nasib baik kawan2 sendai kami sangat nekad. Sebelum ke tokyo meraka ada menelefon embassy meminta bantuan. Ayat yang paling mereka tak boleh lupakan adalah "teruk sangat ke kat sana?" astaghfirullah... kami yang ada di tokyo pun boleh rasakan dan bayangkan keadaan mereka di sana yang serba kekurangan. Masa tu reaktor kedua belum pecah namun kehidupan si sendai sudah cukup huru-hara dan menyedihkan. Di yokohama kami tinggal di rumah besfriend kepada rakan sendai kami bernama Ben, kebetulan dia berada di sana lepak2 di rumah kawan baiknya bernama Takuya (eh macam sebut nama artis Kimura Takuya, biasanya mereka panggil Kim Taku). Tak cukup masa untuk bercerita di sini dan berkongsi sekeping dua gambar semasa di yokohama dan juga sebelum kejadian kami sempat ke shibuya crossing.

Ada masa akan saya update lagi....terima kasih sekali lagi buat semua, berkat doa kalian semua...(Teringin nk jumpa rakan blogger terutamanya di KB dan KL, kalau sudi bglah phone number atau email address, ada masa ada rezeki pasti ketemu...)

75 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Alhamdulillah,
Hanis dan suami selamat........
Syukur!

Liza @ Adzriel AB said...

hanis contact akak di blog adzrien shoppe ye..

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

alhamdulillah...moga akak selamat..=)

Shafa said...

bencana kali ni memang melumpuhkan sekejap jepun. tapi mmg sebak la tengok keadaan selepas tsunami. T__T

whitecappuccino said...

Simpati dan sedih baca kisah ni..tapi alhamdulillah Hanis dah berada di Malaysia.

Mitchamorchell said...

Thank God you save liao Madam! My prayer still continues for Japan then.. God bless them all always.

PinKy MoMMa said...

syukur hanis slamat...
mmg kami smua risau masa tsunami tu jadi..org pertama igt..HANIS!
ada juga entry utk hanis ms tu..

http://eppyphamdiary.blogspot.com/2011/03/doakan-blogger-hanis-my-selamat-di.html

ZWAN SABRI said...

Alhamdulillah..
Selamat kembali ke Malaysia.. ;)


MySuaraBlog: Jom Kesan Kehamilan Cara Orang Dulu2

Eyrique Ettiqazz. said...

pahit manis adalah asam garam kehidupan..kenangan pahit itu jadikan sbg kekuatan utk hadapi masa akn dtg.go girl..

mrs kayrul said...

selamat kembali ke mesia hanis....dapat gak tau perkembangan kat jepun dari entri hanis nie

Dari Kelate Ke Copenhagen said...

Alhamdulillah dah selamat smpi ke tanah air. Semoga dipermudahkan segala urusan di Malaysia dan di Jepun. Semoga tabah dan cekal m'hdapi dugaan

Atashi In Hiroshima said...

Alhamdulillah dah selamat di Malaysia. Take care ye. :)

Anisa Hang Tuah said...

akak..semoga Allah melindungi akak & segalanya..
nis risau sgt.
hari2 tunggu khabar & update dr akak.
alhamdulillah,ade jugak update..rindu kat akak & sangat risau plus risau dan risau.

akak,nis doa,everything gonna be okei.

akak bykkn doa & sentiasa sabar menghadapi dugaan yaa..


ade rezeki,nk jmpe akak & abg.nak amik gmbr akak & abg juga..
:)

Cik Sara said...

Alhamdulillah... Semoga selamat semuanya..

eelobor said...

Alhamdulillah, selamat sampai sini.

*∽ IZAN ∽* said...

salam kenall.. syukur dah selamat balik mesia.. at least hati lebih tenang & selamat kat tanahair sendiri

Kekanak Osaka said...

Hanis,

Masa dengar berita sendai kena tu memang terus teringat kat Hanis.

Saya dah nak balik this ujung bulan. In case ada apa2 yang you need me to bring back atau apa2 yang diperlukan from here, jangan segan tuk bagitaulah ye.

InsyaAllah Allah akan taburkan keindahan selepas kegelapan yang melanda ni. InsyaAllah.

fadhilah said...

alhamdulillah dh sampai msia.

niesz said...

alhamdulillah, akak dah selamat smpai malaysia, kite doakan moga masih ramai yg dapat d selamatkan dekat sana..

Nur Liyana said...

takutnyer akak....
huhu

tapi Alhamdulillah..akak selamt tiba kat tnh air tercinta nie...huhuhu

teringin nk jumpa akak...

heheheh

akak senyum:)senyum:)senyum..insyaAllah semuanya baik baik saja nnt...senyum:)

qasehraihan said...

alhamdulillah..awak selamat sampai sini..huhu..saya teringat jg kat awak..sbb kalau xsilap mas kita bkenalan hari tu awak buat entry pasal main salji..jd masa kejadian tsunami tu ada gak terpikir pasal awak dn keluarga..

rasa mcm nk share je entry pglman awk ni...boleh ye..hoh

Anonymous said...

alhamdulillah.. doakan yg terbaik untuk kawan2 kita dan rakyat Jepun...

eyna azmi said...

alhamdulillah ..hanis sekeluaga selamat ...selamat kembali ke malaysia

mykhalis said...

berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnye..

najwa's said...

huhu sedihnya kan? hope evrything will be fine.

Umie said...

Alhamdulillah hanis dah selamat tiba kat M'sia..

akak masih kat nihon.. tgk psl nuclear plant nie nampaknye perkembangan semakin positif..kat tempat akak pun radiation level dah drop kat paras normal.. so, kitorg stay jela..catu bekalan makanan masih berterusan.. x kisah la tu, anggap je pengorbanan utk mangsa tsunamiyg lebih memerlukan bahan2x tu..;-)

yg lain2x tu, kitorang redha jela..insyaAllah DIA akan melindungi hamba2NYA nie..ameen...

bestnye hanis bole makan makanan m'sia puas2x.. nnt blk nihon rindu makanan tu sume..so, ada peluang nie makan aje..hehe

yatie chomeyl said...

alhamdulillah, slmt doh hanis smp. smp hati ore embassy royat gitu deh.. sie ko saing hanis hok keno kato gitu tu

Siti Noraisyah said...

Alhamdulillah kerana dah selamat pulang ke Malaysia...

Rohani Hashim said...

hana,
ALhamdulillah...ada kt kB eh?

tapi serius, hany kagum part org2 sana, mmg ikut arahan tak tinggal pusat penempatan sementara, rumah pun xkena pecah kan


semoga semua rakyat Malaysia di Jepun selamat...ameen...

Woofer Storm said...

moga jepun kembali aman sis..amin3

mommynadia said...

Alhamdulillah Hanis dah selamat smp M'sia...

kimchisu said...

akak hanis kt sendai ke..nasib baek akak kt tokyo time tu..alhamdulillah..time tahu tsunami ni terus terengt kt akak n mentor sy..die pun kt jepun..naseb baek slmt ^^
malaysia hritu kne tempias pun da teruk..ni lagi la..allah maha besar

Ciao Annin said...

Alhamdulillah! Been thinking about you there. Sorry for the late visiting ne T__T

Baru saya sempat masuk blogspot malam ni setelah dekat 3 minggu x 'balik rumah'.

Walaupun dalam keadaan darurat dan serba kekurangan, saya kagum sangat dengan kesabaran dan disiplin dorang.

Sangat berharap kejadiaan ini x akan berulang dan semoga keadaan dekat sana akan kembali pulih secepat mungkin, insyaAllah.

Hanis-san, genki de ne! :) InsyaAllah, we'll meet someday!

transformed housewife said...

salam kenal,

Akk kenal Hana melalui blog adik akk Yaatie Chomeyl. Dio alhamdulillah setakat ni ok. Tapi loni dok sokmo nok baco pasal kilang nuklear tu.

Unknown said...

serius..da mcm2 dengar cite pasal camne rakyat jpun hadapi tsunami kat sana. respek kat diorg. dalam kalut2 still gak jg harga diri..

Orkid Edyliyne said...

OE baca pun rasa meremang bulu roma...
takut sangat...
nasib baik selamat...

AA said...

alhamdulillah akq selamat :)

Kaseh said...

salam hanis.. syukur kamu dan suami selamat.. kita doakan mereka yg lain yg masih berada di sana pun dalam keadaan selamat...

saya pun ada buat entry utk hanis jugak.. alhamdulillah berkat doa semua...


http://transformasi2009.blogspot.com/2011/03/earthquake-tsunami-japan-doakan-kawan.html

Oasis said...

Terima kasih kerana sudi kerana berkongsi pengalaman mendebarkan saat berada di Jepun.

Alhamdulillah, semua rakyat malaysia selamat. Sama2 kuta doakan keselamatan negara kita.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

Alhamdulillah..kamu dah selamat sampai ye dik...

H A N S said...

hanis! u must strong dear...kita doakan utk rakyat msia yg stil kt jepun n rakyat jepun smua k..smua ni dugaan-Nya..

kema said...

org jepun sgt bdisiplin kan pn hanis..salute ngn dowg,kalau kt malaysia neh ...ntah lah~
alhamdulillah pn hanis n en term selamat =)

lady-D said...

Alhamdulillah k.hanis dh smpai Malysia..kalo dla pegi KB InsyaAllah dla bgtau k.hnis yer..tingin nak jmpe k.hanis..
neway,dla mmg respect dgn org jepun yg mmg berdisiplin dan berjiwa kental tu..hope dorg sume cpt2 recover

cik mici said...

alhamdulillah sis dah selamat~~


take care!

apdm said...

salam

alhamdulillah akak selamat...

kay_are said...

lame x dengar cite akak.. alhamdulillah r akak selamat sammpai malaysia.. xpe kak.. sume tu kan dugaan dari DIA yang maha esa untuk akak.. sabar ye =)

man yusoef said...

AlhamdulillaH! akak dah slmt sampai kat Malaysia

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. hanis dah selamat pulang ke Malaysia.. semoga keadaan di sana cepat redanya..

Amni said...

akak kat kl berapa lama?

farah fauzi said...

hanis..datang la kuantan...hehe...leh jalan2 cari makan...

Qaseh Dalia said...

alhamdulillah semua selamat

Unknown said...

ambo ado wat saloh ko????

Unknown said...

ambo ado wat saloh ko????

me suya said...

nak jumpa juga kak hanis..tp tunggu raya la.. bila suya balik KB.. hehehe

me suya said...

nak jumpa juga kak hanis..tp tunggu raya la.. bila suya balik KB.. hehehe

نورعيم said...

alhamdulillah akak dah slmt smpi. dah ade kat KB ke?

cikpuanhady said...

alhamdulillah..hanis dan suami dah selamat sampai ke malaysia..

Jom skodeng :Notre Belle Histoire

Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Penjejak Mimpi said...

alhamdulillah hanis slamat balik ke malaysia.
muge sume teman2 disane dan sume penduduk Jepun slamat sentiase.

PinKy MoMMa said...

ari ari tertunggu entry dr hanis..
hanis jg diri ye..
doakan semua di jepun dan kita di malaysia sntiasa di bawah lindunganNya..

miss hanis my ;(

kamarukom said...

owh akak, sy blk 26 ni..huhu xsabar nk blk for good..seram dh duk cni even toyama xkene efek pun..klu smpai toyama tu mknenye, jepun dh kiok la tu huhuk..cool down dlu ye kat msia ye kak :) ganbatte!

Dda Ly said...

alhamdulillah..:) Allah melindungi kamu...mesti itu pengalaman paling pahit kan?tapi, amat berharga kot?

meh ke rumah..
~kisah anak²~
keep in touch ye..♥♥♥

Unknown said...

Syukur ke hadrat Allah. Akhirnya Hanis sampai ke tanah air. Sepanjang akak mengikuti cerita2 Hanis.., akak dapat rasakan yang
Jepun ibarat tanah air kedua pada HAnis. Tentu kekok rasanya, apabila sudah lama tidak balik kampung. Rasa sedih dan hiba atas apa yang berlaku di Jepun masih terasa dalam hati. Bersabarlah. Sesungguhnya, bersabar itu besar berkatnya. Semoga semua kekalutan yang berlaku akan segera berakhir.

A.k.i.r.a ~ c.h.a.n said...

so good to hear that you're safe akak.. Alhamdulillah :)

♥ Che NamNam ♥ said...

owhh ngerinyer bacer entry neh..Alhamdulillah hanis dan suami selamat..risau gak ngan keadaan yang tak menentu skang neh kat saner..Harap-harap rakyat mesia kat saner dilindungiNya.

salam kenal dan sy minta izin follow hanis..:)

izatul qisteena said...

alhamdulillah..semoga akak & suami sentiasa selamat dimana jua akak berada..qis suke sgt bc belog akak nie! dapat rasa suasana duk oversea even xleh nk g ag..insyAllah nk g jgk..hihi^^

amirah said...

syukur hanis dan suami dh balik ke malaysia, mesti hanis sedih mngenangkan u dn kawan2 kan.apa2 pun akak syukur hanis dan suami selamat dan takde apa2. harap sabar ye.nnt bolehla hanis kongsikan lagi pengalaman bila dah balik ke sana semula..

So Shy Lady (SSL) said...

cemas + takut + mdebarkn...

harap tabah ye hanis n hb. smoga Allah mlindungi kita sntiasa.

FadhDeela said...

alhamdulillah akak dah selamat smpai...adik spupu deela pun ada blajo kat sana n selamat smpai ke malaysia..risau nyer time tu..sedih tgk keadaan di jepunnn hancur musnahh :(

Meh sini: Video: Nasib Janda!! 18sx

My Little Diary said...

alhamdulillah
selamat sampai ke malaysia..
take care ye

Ct Arina said...

syukur alhamdulillah kak anis dah sampai malaysia. amin amin amin

Bibu said...

sekom.

selamat kembali ke mesia.smpi bila kat mesia?kkanie kat mesia ni.ahad terbang le.....

cuma daku je blek tak de kene-mengena gan tsunami.hihihi

Aida Lela said...

Alhamdulillah ..

FazMelati said...

Alhamdulillah,. Selamat kedua-duanya,...
take care =)

I am sorry said...

kak hanis...alhamdulillah da selamat...kagum ya dengar cerita pasal orang jepun...sgt tabah...ada orang bijak pandai ke alim ulama(tak sure) ada kata...orang jepun ni sifatnya islam cuma bukan muslim je...pastu diorang kata die ambil tahu n tolong semua rakyat2 dia walaupun kat negara lain...kalau diorang beragama islam sure islam ni sangat kuat....huhu...

I am sorry said...

kak hanis...alhamdulillah da selamat...kagum ya dengar cerita pasal orang jepun...sgt tabah...ada orang bijak pandai ke alim ulama(tak sure) ada kata...orang jepun ni sifatnya islam cuma bukan muslim je...pastu diorang kata die ambil tahu n tolong semua rakyat2 dia walaupun kat negara lain...kalau diorang beragama islam sure islam ni sangat kuat....huhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails