Wednesday, February 23, 2011

Antara restu ibu bapa dan kata hati...

Eh tadi kan tiba2 rasa macam nak menangis, tak tahu kenapa... huhu.. hati rasa sayu... bukannnn, tak ada kaitan dengan encik suami, its just that there are moments which made me felt touched. Oh please go away.... tiba2 speaking london gitu kan... ok kembali serius... hidup mesti sentiasa ceria no emo2 ok! (saya ni memang manja dan cepat tersentuh...huhu kadang tu tengok haiwan mati pun menangis dah la dalam movie pulak tu, hanya rekaan semata2 kan...huwaaa teruk betul!)

Anda single? sudah berkahwin? Punya kekasih hati? Zaman sekarang mana ada dah nak ikut pilihan ibu bapa mahupun minta ibu bapa carikan pasangan. Dunia dah semakin moden dan lebih terbuka kan...tiba-tiba nak jadi dr cinta la pulak... hanyalah perkongsian dan pendapat syok sendiri melalui pengalaman hidup. Bacalah dengan rilek dan sempoi saja ye...

Walau apapun perkara yang paling penting bagi saya adalah restu kedua ibu bapa. Kalau tak dapat restu mereka, hidup kita pasti tak tenteram dan bahagia. Mungkin tak semua kes, atau contoh terdekat seperti cerita lagenda budak setan tu, demi menurut pilihan keluarga kebahagiaan tergadai. Tapi ada ke kes macam tu kat donia ni ehehe... mungkin ada cuma saya je tak tahu. Mereka (ibu bapa) lebih banyak pengalaman hidup. Sekali pandang mereka dah tahu calon tu sesuai atau tidak untuk anak mereka.

Suatu masa dahulu...
- Saya membesar dalam keluarga yang berdisiplin dan sederhana dalam hidup. Ibu bapa tak mewahkan kami dan sangat garang huwaaaa takuttt. Nak beli apa2 sori naik lori beli sendiri ok! Cuma mama ada kalanya kasihan lalu dicuba pujuk abah, tapi dengan abah kalau cakap elok2 dan kena caranya pasti akan di-approve (yang ni hanya kakak atas saya anak ke-5 je tahu taktik, macam mana ntah dia buat sampai la ni tak sempat menuntut eheh). Sebagai anak bongsu saya selalu menagih simpati kakak dan abang :D...

- ampun sebab lari topik, dari sekolah rendah sampai menengah saya belajar di sekolah semua perempuan, saya hanya terdedah pada lelaki waktu tuition dan jika sertai apa2 aktiviti yang melibatkan sekolah lain. Kalau tiba2 lelaki sesat entah dari mana dapat no telefon, mencuba nasib telefon rumah pasti di soal siasat oleh abah... lepas sol siasat mengalahkan inspektor Shahab abah tetap tak kasi cakap pun lepas tu, pasti bagi alasan hanis sibuk hehe... tiada siapa berani telefon melainkan dia betul2 lelaki ecece... biasala jiwa muda remaja nak tunjuk ke"gentleman"annya...

- melainkan kalau si pemanggil beritahu nak telefon pukul berapa dan saya perlulah duduk berdekatan telefon agar tidak disambar dahulu oleh abah... tapi abah boleh camlah... walaupun dah berlakon buat2 borak pasal pelajaran haha.. baru cakap tak sampai 5 minit abah pasti akan tegur "lamanya cakap telefon, tak ada kerja sekolah ke?" ok masa tu pasti kecut perut dan cepat2 letak telefon... tapi dalam hati "ala abah ni baru je cakap dah kena stop huu" (zaman tu mana ada hp sendiri oleh itu tak boleh cakap sembunyi2 dalam bilik dalam selimut dan sebagainya). Kadang2 dengan kawan perempuan pun tak boleh cakap lama, musykil betul... semua pun tak percaya... over protective ok! itulah yang bermain di fikiran waktu itu... kenapa itu kenapa ini walhal untuk masa depan jugak kan... cuma waktu tu banyak yang kita fikir tu lebih betul dan rasional berbanding apa yang ibu bapa kita sarankan, gelora jiwa remaja... dush!

- sebab mama abah ni garang sangat jadi saya selalu takut nak berkongsi cerita, sebenarnya yang paling penting kena cerita dan beritahu ibu atau ayah atau yang mana anda lebih rapatlah. Biar mereka tahu dengan siapa anda berkawan. Very the important you know! Jangan terlalu ikut perasaan yang asyik masyik bercinta tu... tapi biasanya jiwa remaja ni selalu memberontak susah nak kawal dan bagi nasihat, makin kita marah makin dia menjadi ye tak? Adakalanya saya sangat cemburu dengan anak yang rapat dengan mak ayah dan mak ayah mereka sporting gitu, yelah parenting skills berbeza-beza tak sama untuk semua orang... apa yang pasti semua ibu bapa pasti buat yang terbaik untuk anak2 mereka...

- Sebagai wanita, penting sangat untuk jaga diri anda (yang ni superduper penting) banyak mahkota dan mahligai yang perlu dijaga, lagi satu, wanita (tak semua) lebih cenderung untuk kecewa yang mendalam tertusuk dalam sanubari... wanita (tak semua) senang jatuh tumpas pada panahan asmara dan kata2 dusta serta janji palsu kerana itu adalah lumrah wanita yang memang lembut dan tulus mulus hati dan jiwanya (Allah maha besar). Manakala lelaki (tak semua) senang untuk "move on" dengan kehidupan mereka. Sat ja dah ada pengganti. Betul tak? Nak2 sekarang ni wanita lebih ramai dari lelaki. Yang perempuan pulak duk merana... "aku masih sayangkan dia! "i tak boleh lupakan dia" "tak ada orang lain yang lebih memahami aku selain dia" "dia hanya tercipta untuk i" Owhh tidakkk jangan begitu ok! Inilah panahan asmara! Sebab tu ada lagu "ohh begini rasanya, hati ku sengsara" eheh lagu sape ntah lupa. Tiada ubat tapi kena kuat! Jangan sampai ternoda kerana ikutkan nafsu dan janji palsu! Selagi belum sah jangan buat macam dah sah... kelak masa depan mu tergadai wahai wanita...

Apa nak buat kalau ibu bapa tak restu?
- saya hanya mampu bersabar... itulah kunci. Jangan nak memberontak mahupun tunjuk perasaan. Lihat balik hubungan anda dan teman. Jika betul dia yang terbaik jangan berhenti berdoa minta diberi petunjuk...
- fikir betul2, nilai balik kenangan kalian bersama, give and take, keserasian, mampukah hidup tanpa dia... siapa yang lebih banyak berusaha ke arah hubungan tersebut... pujuk ibu bapa dan suruh si lelaki/perempuan tu tunjukkan sikap positif. Kalau dia duk takat tu jugak dahlah, jangan menaruh harapan. Lelaki yang betul2 nak bina masjid atau berumah tangga ni lain cara dia... begitu juga wanita yang sememangnya lebih senang untuk berikan komitmen dan setia terhadap komitmen tu...
- perjalanan hidup kita berbeza ada suka ada duka ada susah ada senang ada yang lancar ada yang payah ada yang bahagia ada yang tidak.. ini semua kententuan yang terbaik yang telah dirancang sebaik-baiknya untuk kita.
- berlandaskan restu ibu bapa lah saya berjumpa cinta hati pengarang jantung diamond umbrella.
- masa tak dapat restu suatu masa dahulu, mujur ada faktor lain yang boleh alih perhatian saya dari terus melayan kekecewaan. I was driven by my ambitious! my career! Sentiasa berdoa dan pohon diberi kekuatan dan kehabagiaan dunia akhirat... ikut kata hati yang tak semestinya betul kerana ada bisikan syitan yang suka melihat kejatuhan dan kelalaian manusia...
- Bila sudah sampai jodoh... cepat dan lancar sahaja prosesnya... insyaAllah... 

Ku cinta En T syg!.... cinta kami bukan bermula sejak dari sekolah mahupun di universiti, cinta kami bermula di alam pekerjaan itupun sekejap sahaja mungkin boleh masuk kategori percintaan selepas berkahwin... apapun bersyukur dikurniakan cinta sejati... alhamdulillah...

Kalau ikutkan hati banyak nak bercerita dan berkongsi tapi kan selalunya tak ada masa, lagi satu mesti fikir ada ke orang nak baca, kut2 la ramai tak suka kalau tulis cerita geli geleman macam ni huhu...

49 comments:

Eyrique Ettiqaz. said...

ni mesti ingat kisah cinta zaman dolu2 ni....retro seyh...
BTW,syukur ats ape yg u ade skrg ni(ur hubby) bcoz Allah knows that he is the best for u...

whitecappuccino said...

ohh..macam tu ceritanya ya..semoga hanis akan terus berbahagia..betul restu ibubapa itu penting kadang anak tak nampak kenapa ibubapa bersikap sedemikian..nasihat yg baik untuk anak2 muda zaman sekarang..jgn terlalu ikut nafsu .

whitecappuccino said...

ohh..macam tu ceritanya ya..semoga hanis akan terus berbahagia..betul restu ibubapa itu penting kadang anak tak nampak kenapa ibubapa bersikap sedemikian..nasihat yg baik untuk anak2 muda zaman sekarang..jgn terlalu ikut nafsu dan memberontak.

man yusoef said...

jadi dr chenta dia....haha..tp btol gak cakap akak..restu parents tu penting...mcm kondusi sy skrg..krna menghargai restu parents tu, hubungan sy dan dia smpi sini shj...lgpon sy dgn dia bru nak kenal-kenal...msing2 dpt terima tak de jodoh....nak jd mcm akak & abg la...tak yah pening2 nak fikir...kalau dah jodoh tu, tak kemana...bercinta bbrp bulan je dah bole kawen klu niat nak kawen tu dah ada.....so skrg ni fikir nak mantapkan kerjaya, dan smbung bljr * ni smngt azam, tp smpi skrg msih confuse nak amek course ape*..huhu...trima kasih krn mendgr luahan sy kaunselor

Adzriel AB said...

akak suka entry ni. kalau kita pandai jaga diri sendiri..insyaallah everything will be ok. tak perlu menyalahkan ibu bapa. restu mereka paling utama. akak rela tinggalkan pakwe kalau ibu bapa tak restu... ecehh.. tapi kalau kita tahu taste depa, semua mestio ok. wah..abg eyrique bagi komen...best ekk.

khairunnisa ♥ said...

sweet.. ingin merasa percintaan selepas berkahwin ^_^ doakan nisa ♥

moga kekal dunia dan akhirat. amin.

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

hanis..ayah kite pun garang..dlu masa cakap tepon ngan encit papa dia siap curi2 dgr kat tepon luar..eiii geram kdg2..penah kena kejar 1 taman ngan penyapu sbb x nak sapu cencorot mati depan umah..hahahaha..

tp yer la dia garang pub sbb nk kita jd org..tgk hanis skrg kan..alhamdulillah dh berjaya =)

Azwani said...

tak geli pun..emm citer la lagi sejarah percintaan ngan Mr.T tu..hihi

JIJI YU said...

gu ambo kabo..cinto pas kawen ni manis leting..

puterinuraqiliah said...

kata hati parents lagi betul~,~

mzhany said...

hana, gambar itu sgt laaaa cantik wlaupun muka ur love mcm terkejut ke ape....

εїз Cik Fasya εїз said...

suka3..

dulu lu papa mama cha gtu jgk.tp xdela bekeng sgt..mama sporting sbb dia slalu ckp, nak kawan bole,tp jgn lebih2..papa plak,protective..even tau pasal aizu pn dia still isau lg..alhamdulillah,skrg ni dia ok da..nti nk kawen,tatau la papa camne..sbb dia penah ckp,ssh nk lepaskn cha..:'(

adnil linda said...

hanis sensei .....

so suweeet....kem slam kt En T ye...hehehehhe...
yg pnting restu kn....
parents pn xd la memilih sgt...diowg cume nk kte tumpu kt yg penting dulu...

fara said...

Hanis, saya totally bersetuju!!
kalau buat apa-apa tak dapat restu diorang, rasa hati tak sedap jer, gundah gulana semacam. ada baiknya bila diorang tak merestui perkara tertentu dalam kehidupan kita.. sebab mereka terlebih dulu merasai masam manis hidup..mereka dapat tahu, yang mane jantan dan betina kalau tengok ikan sekilas di air (erk..sesuai kah peribahasa ini??)

Eine Frau aus Botnang said...

Hi Sis Hanis, benar tu, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan Ibubapa. Tanpanya hidup ni macam sia2 kan...Take care dear!

cikshahida said...

woww akk..romantik..hik3
nk cinta cmtuh jgk lah =)

hope korang bhgia ye =_=

sissyira said...

salam

samalah ayah kita pun garang juga...


semoga terus bahagia bersama cik husband =)

waniey_sakura said...

like it.. ^__^
thanx for sharing..

A.s.t.i.n.a said...

Niss... shoulder plis.... :'(

H A N S said...

hanis! i loike ur advices..thanks for sharing :)

wida said...

wah..gigih m'baca n3 yg pnjg ni:)
dulu kita rasa x suka ibubapa cam too overprotective kat kita..tp skrg rindu saat2 itu.
sbb skrg ni nak buat apa pon dah tak ada org larang kita dr buat sesuatu benda tu.

cik blink blink said...

ayah akak, sebijik macam ayah sya...garang...kadang2 jelez dengan abg2, nak kuar boleh, kita anak prmpuan, kena je duduk kat rumah....yg pasal cinta tak restu 2 pon pernah rasa...kadang2 fikir macam cerita dalm novel...hehehehe

MAPPIAU said...

vavava ai like citer2 lomantika de amor ni okeh, boleh jadi dr love okeh ko dik hehehe.

ape2 pun akak setuju ape yang hanis bagitau tuh, kot mane2 pun restu keluarge memang penting. Sebab kite nak hidup dengan pasangan kite tuh untuk sepanjang hayat.

akak doakan hanis dah hubby akan kekal bahagie buat selamenyer :))

Hanis MY said...

@Eyrique Ettiqaz.
Eh takde kaitan dgn cinta zaman dulu hehe tu dah buang jauh2 lama dah.. yup stuju sgt dan bersyukur dengan perancangan dan kurniaan dr Allah...

Hanis MY said...

@whitecappuccino
betul tu kak nor anak muda zaman sekarang ni lainlah, kalau boleh tak nak ramai wanita kat luar sana jd mangsa cinta yg belum tentu pengakhirannya huhu...

Hanis MY said...

@man yusoef
ya ampunnn citer sedih rupanya... ingtkan akan ke jinjang pelamin, takpe pasti ada jodoh nanti muda lagi kan rilek la hik2.. wahh bagus tu nk sambung belajar kaunselor kena pikir nasihat2 bernas sat g baru kaunselor jawab balik ehehe...

Hanis MY said...

@Adzriel AB
org ppuan ni mmg perlu sgt utk jg diri... betul tu sy pun rela kak... ehehe eyrique serkap jarang je tu... retro benda lain hik2...

Hanis MY said...

@khairunnisa ♥
Neesa dear semoga dapat jodoh terbaik nanti aminnn...insyaAllah terima kasih neesa.. rabuuuu

Hanis MY said...

@♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥
pinkyyyyy lawak la tapi comel ok... naper pinky taknak sapu cencorot tu noti tau ahaha...
alhamdulillah sgt2.... ^_^

Hanis MY said...

@Azwani
wani..betul ke tak geli??? insyaAllah sudah tentu hehe...

Hanis MY said...

@JIJI YU
ehe..meney manis letting oleh itu sila bercinta selepas kawin :D

Hanis MY said...

@puterinuraqiliah
betul tu puteri... kena tanya pendapat dan restu mereka...

Hanis MY said...

@mzhany
Hany, hana punya love tu mmg posing terkejut mcm tu..geram tau...

Hanis MY said...

@adnil linda
betul tu linda stuju sngt..okies salam akan disampaikan take care linda dear...

Hanis MY said...

@fara
Fara sesuai tau peribahasa tu betul dah tu hanis pun fail jugak bab peribahasa hehe..sgt2 stuju nanti kita akan rasa taksedap hati gitu...

Hanis MY said...

@Eine Frau aus Botnang
hye fasha...yes! very true... totally agree with u...u too take care dear...

Hanis MY said...

@cikshahida
terima kasih..semoga shida pun jumpa cinta sejati....

Hanis MY said...

@sissyira
sis, jarang jumpa ayah tak garang kan hehe...

Hanis MY said...

@waniey_sakura
hye waniey...u r most welcome dear...

Hanis MY said...

@A.s.t.i.n.a
sis i want ur shoulder toooo...

Hanis MY said...

@H A N S
honey! sama2 dearie....

Hanis MY said...

@wida
Wida..mama abah hanis still lg concern sampai skrg plus en suami hehe but i likee....

Hanis MY said...

@cik blink blink
wahh sama lah akak pun jeles ok kita ppuan kena duk umah jek mencik huhu...itulah akak pun ada fikir mcm tu huahua...so comelsss

fadhilah said...

sangat setuju.

kalau nak tolak pilihan family takpe tapi pilihan sendiri tu mesti direstui ibubapa.

amirah said...

@man yusoef huk huk huk..terbatuk pulak kat sini..lala

amirah said...

bagi ahkak kan hanis, senang je.kalau kita yakin dengan Allah, kita akan dipermudahkan semua urusan. Ujian dugaan tu semuanya untuk menguji tahp kesabaran keimanan kita. Tiap2 mak ayah nak yg terbaik utk anak2nya. Kalau kita sbagai anak redha, segalanya akan ok..!! hihi..byk bg komen serius harini..buleh jdik kaunselor tak?lala

man yusoef said...

@amirah sabar jela...selalu kena bantai teruk dgn kak amirah dgn kak hanis..sedihnye...sobs sobs...hehe

Hanis MY said...

@man yusoef
eheh mana der...teruk ke? ok baiklah insoffff..

sabiqahT.Anuar said...

hanisSan..awww i loikeeee this topic..haha i suko sore2 kott baco :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails