Wednesday, November 30, 2011

Arau dan raccoon...

Bukan nak bercerita tentang pengalaman saya jumpa raccoon di Arau, Perlis. Belum pernah jejakkan kaki di sana. Jangankan di Arau, negeri lain di Malaysia masih banyak yang belum dijelajahi. Huhu... pasrah. Siapa orang perlis angkat tangan! Semoga sudi jadi tourist guide i ok...

Kat jepun pun ada "arau" :). Tapi bukan nama tempat namun ia merupakan satu perkataan. Cara sebutan pun lain sikit.

ara macam sebutan baku biasa macam nak sebut "ara"ng
tapi tang "u" kena sebut macam perkataan "u"bat
maka sebutannya menjadi a-ra-u sebab perkataan jepun ni ikut sukukata, あらう

Bagi yang dah biasa, sudah tentu dah sedia maklum apa itu arau, bagi yang tak tahu pula, ia membawa maksud basuh/cuci.

Kok apa pula kaitannya dengan raccoon. Ah sudah, mula beranganlah tu kalau dah keluar bahasa yang macam2 hehe. Bagi patik, raccoon adalah yang haiwan paling pembersih yang pernah saya tahu. Suka bebeno la dengan haiwan yang comel-comel seperi meow, bear, panda bear dan yang sewaktu dengannya.

Kenapa raccoon pembersih? Bagi yang baru tahu macam patik ni, raccoon suka sangat "arau" tangan dia. Mula2 ingatkan dia makan macam kucing etc. Rupa-rupanya dia makan dengan tangan, pegang makanan kedua2 belah dan suap ke mulut. Yang bestnya mesti dia akan basuh dulu tangan dia dan juga makanan yang akan dimakan. Contohnya bagi buah epal, (bukan bagi cik epal ye). Cik raccoon akan gigih basuh buah tu sambil pusing2 lagi dalam air. Comel sangat! Saya lihat di telibisen (bak kata blogger lady Dyla). Percubaan mencari video tersebut di youtube gagal sob sob....  ada yang di bawah ni je, tak pasti dia basuh apa tapi macam bukan makanan je...


comel tak? raccoon yang obses dengan kebersihan hehe...

Raccoon dipilih jadi maskot cecair pembersih tangan, tapi lupa pulak nama produk tu. Usha2 jugak nak beli, tapi mahal la huhu... eh, terjumpa gambar raccoon comel di google...

percubaan untuk membasuh anak patung... erkk pengsan!

p/s: macam geram je nak pegang raccoon tu huhu... agak2 suka gigit jari macam hamster tak?

44 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Ai ngan binatang ni kureng sket
Penakut giler
Geli pun ader....*lap peluh*

whitecappuccino said...

cerdik la raccoon ni kan?

Chekgu Azrine said...

kurang suka la sis binatang2 macam tikus ni.. geli.. hehehe

Anisa Hang Tuah said...

comelnyeee...nis suke kucingg

umie naziera said...

igatkan betul Arau perlis tadi..heheh

siti kektus said...

ouh. baru ku tahu kak raccoon ni pembersih. hehe >.<


comel lah gambar last tu kak. haha :p

babYpose said...

I nak jadi tourist guide u kat penang atau selangor k :)

Gen2Merah said...

a-ra-u....wahh, saya beljar perkataan baru hari ini.. ehehe. Thanx for sharing

Amie said...

e..eee....eeeeh.. kalau dia pi sekolah, agaknya boleh belajar adab sopan dalam hidupnya ye Hana... menarik pula baca n3 raccon ni.

kyo_9 said...

huhu..
kalau tgk kamus..

raccoon = araiguma

raccoon dog = tanuki

kasihredha said...

akak pun belum sampai lagi ke Arau..:)

Pembersihnya ye binatang ni..kalah manusia ni

Soo Hae Daa said...

ohhh...cm tkut je nk pegang...huhhh...

Cik Pulau said...

pandanya raccoon ni..
nk sekor..hehehe

nur easy said...

cam lembut je bulu dia ya

Hanis Azla said...

alolor.. comelnya bila binatang pun pandai menjaga kebersihan smp mcm tu sekali.. akak pun baru tahu racoon tu pembersih.. he..he.. thanks yer beritahu kat sini.. boleh citer dgn anak2 nnt..

wida said...

emm gelilah hanis.
semua bintang berbulu ni wida geli..w/pon dia comel

DaZzlingLilLy said...

ingatkan u jumpa raccoon di arau perlis..hehehe..comels i suka tgk binatang berbulu camni..terutamnya meowww..

amirah said...

eee...comelnya dia ni..pembersih sungguhhhh... : )

noraim said...

tgk belakang mcm tupai pun ade. hihi

Syaima' said...

haha sama mcm kak ayuuu saya pon penakut binatang geliii.

Hanie_Dew said...

uuuuhhh...raccoon mmg comel. siap pandai arau bende yang akan dimakan.

agaknya kalau kite gomol gomol dia cam kucing dia basuh kite dulu tak sebelum gigit. hahahahahaha

Kazman & Sue said...

aduh.... pandainya diaaa......

c'axoera said...

comey lah pulakkkk :D

Dalila Hamid said...

alahai... cutenya...tome tome

ekabukanmakcikkau. said...

ihhh memang comel pon macam tu tapi kan cer tgk ekor dia beb , geli ahhhhh

Yan said...

eeeee.. akak geli dggn menatang bulu2 niii...eee

Cik TeN10 said...

kl tgk dr belakang nmpak mcm kucing pn ade jugak.. ke binatang ni spesies kucing ??

pssttt.. kite subscribe raacuun utk tgk tibi mesia.. siaran dia mcm wktu kt mesia.. kl nk g la raacuun.com :) sebulan 10USD lbh krg 800¥ kalau tak silap la..

msredcheesecake said...

Racoon ni jinak ke dgn org? Kiut jugak.... Pembersih plak tu....

So Shy Lady said...

ya Allah geramnye rs nk pluk

Cikli said...

dapat satu vocab hari ni

Fizah Ibrahim said...

Hehe, agak2 semua binatang hok ad sana tu, kat jepon tu pembersih la ye =) budaya pok2 dio hehe ^^

Papa Mifz said...

Racoon nih rakus tak..hehe

LadyBird said...

sangat2 comel..

Nur-nba said...

Comel dan pembersih rupanya.. Perlis memng tak pernah sampai lagi..

Chaza said...

penat mulut saya nak sebut perkataan arau cara jepun!huhu

Anati Soki said...

rumah anat dkt arau. adoooi..igt kot kamu turun arau. :)

Anati Soki said...

dtg la perlis. :) anat ada sini :p

♥ p a a n i ♥ said...

comel..ahaha suke bce blog akak sbb byk ajar sebutan word jepun.

Anonymous said...

anon datang menyerang...anon dr arau.wuwuwwuuwu

ahsfantasy24 said...

Wah..
kenapa comel sangat
racon ni?? cute !

1. Nak Salahkan Siapa Kalau Kau Sakit?
2. Jom Sertai Bloglist ahsfantasy24.com 2012 !

z a z a said...

ishhh ! tgk tail binatang tu. dah la belang2 lps tu fluffy plk tu. geramnyeeeeeeee ! comelllll !

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

geli lah kaknis nk pegang benda bulu2 kecik mcmtu...hekhek...

amy djaini said...

I ada tgk kat YouTube psl raccoon ni. Klakar gila. Cara dia mencuri kat umah orang cam pro. Makan makanan kucing siap tgk kiri kanan cam manusia. Pastu, anjing kejar dia lari. Yang paling best sang kucing dok berjaga depan pintu umah tuannya. Kena amaran oleh kucing. Lari lintang pukang sang raccoon. Pi kat youtube pas tu cari funny raccoon. Hehe :D

amy djaini said...

Saya dah tgk kt YouTube. Klakar raccoon mencuri kt umah org cam pro Jew time dia mkn mkanan kucing. Tgk kiri kanan sambil mkn pki tgn. Pastu, kna kejar anjing dia lari. Pastu dia msk lagi tp kali giliran sang kucing lak berjaga dpn pintu tuannya. Kucing tu siap bagi amaran roar kat raccoon. Sang raccoon pun takut n lari. Pi kat YouTube n tgk kat funny raccoon. Hehe :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails