Hari Khamis yang lalu, terlihat rancangan Semanis Kurma di Tv9. Cinta hati patik terjumpa satu link ni (http://jomtontontv.blogspot.com/ atau boleh klik SINI) sebab nak tengok bola punya pasal. Sejak dari tengok bola hampir tiap malam dia buka link tu. Rindu nak tengok tv malaysia :). Tapi tak semua siaran tv yang dapat, kalau tv3 takde siaran kami beralih pada siaran lain. Waktu tu nak tgk tv3, tapi tak bolehlah pulak, tv1 dan tv2 tak berapa syok rancangannya, lepas tu cuba nasib klik tv9. Kebetulan Semanis Kurma baru bermula dengan artis jemputan Ustaz Bad, Ina Naim dan suaminya Suhaimi.
Baru tahu tentang rancangan ni... pasangan suami isteri yang sangat serasi dan romantika mengacara rancangan tersebut. Sukalah tengok. Malam tu mereka mengupas tentang isu sekufu. Sesuailah bagi yang sedang mencari jodoh :P. Pertama sekali perlu tahu apa itu sekufu. Jangan salah faham dengan konsep seperti sama taraf, kalau ada phd pasangan pun perlu ada phd, kaya kahwin dengan keturunan kaya juga, keturunan wan dengan wan, syed dengan sharifah dan sebagainya.
Dulu saya tak pernah kisah akan bakal pasangan, tidak meletakkan sesuatu spesifik seperti
Eh ni macam nak buat rancangan sendiri aje ha. Berbalik pada rancangan tersebut, ada seorang pemanggil wanita yang sedang belajar master dan punyai pasangan kelulusan diploma. Mak dia tak restu dan suruh cari yang sama taraf pendidikan. Benarlah taraf pendidikan tu boleh menjamin dari segi kerja dan sebagainya tapi mengikut ustaz Bad, lelaki ni perlu ada 3 perkara AGAMA, KUNCI dan KUNCI. Kunci yang pertama tu kunci kenderaan tak kisahlah motor ke kereta ke lori ke, treller ke :P. Kunci lagi satu adalah kunci tempat tinggal, rumah sewa ke rumah beli ke janji ada tempat berteduh. Memang taraf pendidikan dan kekayaan tu penting tapi kalau agama tak kuat dan hidup asyik tipu sana sini pun tiada guna. Kalau tak kena dunia, balasan di akhirat pasti menanti. Kita perlu lihat dari jangka masa panjang. Bukannya nak kahwin sekejap kan? Kalau asas agama kuat insyaAllah berkatlah hidup dunia dan paling penting akhirat nanti. Yang paling best masa penerangan 3 perkara ni ustaz pengacara (ampunn tak tahu nama) menyampuk yang isteri perlu ada satu aje, owhhh so sweet... sejuk je hati dengar, eh i pulak yang hover ektim bukannya isteri dia ustazah pengacara tu (Kalau tak silap ustazah Bahyah kan, entahlah ampunnn).
Panjang pulak membebel. Kalau tulis entri ni lepas tengok rancangan tu pasti banyak isi lagi saya boleh tulis, tapi ni dah beberapa hari, ingat2 lupalah pulak wuwuwu. Sebenarnya nak letak gambar pengacara rancangan Semanis kurma, maka saya pun melalukan proses menggoogle, alih2 terjumpa satu entri ni dah lama tahum 2010. Dia cakap dia menyampah dengan rancangan tersebut sebab pengacaranya yang over acting nak tunjuk keromantikaan pada semua orang. Saya pun macam "Eh?" Tapi yelah lain orang lain pandangannya kan. Ramai juga yang beri komen pada entri tersebut dan satu komen ni menarik perhatian saya...
"Z, (nama dirahsiakan hehe, nanti pengomen tu marah pulak huhu)
emm.. aku rase ok jer ustaz ngan ustazah tuh jadi host.. dia bertepuk tampar pon x de haram.. halal dan setan lagi ler sakit hati tengok programme tu... nape kita nak nyampahz plak? kalu programme remaja kat tv3 tuh lagi meluat akutengok si azura ngan e-wan.. pompuan tuh kejap2 pegang lengan si e-wan.. kejap2 melekat tangan2 diowang.. lagi ler meluat.. dose plak tuh.. aku heran sebab kalu program yang melibatkan lelaki dan perempuan yg bukan muhrim jadi pengacara.... pastuh boleh bertepuk tampar x pulak orang nak tegur.. tapi kalu programme mcm semanis kurma tuh.. orang siap nyampahz lagi.. tuh la namenyer maknusia akhir zaman. nak kiamat dah..."
menarik juga komen dari beliau kan. Betulllah tu dah halal, biarlah mereka berdua nak bercanda. Tak nampak over pun, comel je ustazah tu panggil ling hehe, kawaiii...
Oklah patik nak beransur pulang, dah 7.30 pm. Hari ni balik awal sikit, sejuk2 ni rasa nak makan sup ayam la pulak... nanti nak bercerita tentang sejukkkk...
25 comments:
Ustaz Akasyah dengan Ustazah Bahiyah.. Sweet kan tengok mereka berdua? serasi mengacarakan program berbentuk perkongsian tu.. Layan je..
(^_____^)
lama xmenaip sekali keluar ,fuhh! penuh berinformasi..nice share la akak
for me ,kalau boleh biarlah padan dgn kita.If our partner terlebih segalanya drpd kita,rendah diri pasti akan dtg...pipit sama pipit,enggang sama enggang mana nak sama.Kalau yg boleh bersama peratusannya kecil sahahja.Kalau boleh biar sekufu spy keaiban suami atau isteri dpt dijaga oleh pasangan.Agama pon ada ckp kalau pilih pasangan biarlah sekufu.U and ur husband sgt sekufu..
hmm..
kalau dari segi pendidikan, memang saya leh faham dengan isu sekufu..
tapi ape kena mengena dari segi nama ek? syed-syarifah.. wan-wan.. tengku-tengku.. ada x ustaz ngan ustazah dalam rancangan tu ulas pasal nama ni?
Ni yg geng sepah dok tiru dlm ML dulu
Mmg best layan semanis kurma ni :))
ooo selalu gak tengok itupun kalau ada tajuk best. husband uztazah baiyah tu ustaz akashah rasanya
ehhmm..setuju..
yang paling utama..
restu keluarga...
bab pengacara tu, diorang memang best...
buat si Z... meme setuju sangat..betul gapo hok dio oyak tu..^^,
As salam... itulah salah satunya dilema org yg kawen lambat.. tapi saye terkecuali.. ekekke...
mak ayh sanggup tengok ank kawen lmbt (bile kawen lambat korang bayang la sendiri ape "zina2 kecil" dah berlaku)... sebabnye sang lelaki kerja gomen, xsetanding abg2 iparnya yg engineer engineer bagai... mak x berkonan... tapi alhamdulillah, finally they got married.. :D at d age of 31 y/o, after 10 yrs in love... huhu...
wish Hana Sakura happy always.. :D
Assalam Hanis,
dalam agama kita pun sudah diberi 4 keutamaan sebagai panduan memilih pasangan, dan usaha & ikhtiar cari pasangan, jodoh yang ditemukan tentulah Dia Yang Lebih mengetahu iapa yang terbaik buat kita.... maknanya kita memang berpeluang untuk pilih yang mana kita rasa serasi dengan diri kita, yang selebihnya itu walaupun kita telah merancang, sesungguhnya Dia Lagi Maha Perancang.
Ustazah NorBahiyah tu memang contoh isteri muslimah yang romantik....
salam hanis
akk suka tgk rancangan tu..pendpt akk psl sekufu tu depends pd org jgk..klu dia mmg nk cari yg sama ssh @ sng ngan dia better cari yg sekufu supaya xtimbul mslh kemudian hari
mcm akk..xksh sgt..even akk bljq tinggi drp mr hubby..tp mr hubby rajin cari duit sbb keje sendiri..yg pntg usaha tu..:)
wahhh..sonok tajuk ni...betol tu hanis...xyah la nk cari yg kaya, yg hensem...semua dh ditetapkan...lau dpt tu kre rezki Allah bg...kn??
gud luck...!! ni dh last year ke kat sana hanis?
oh sama jugak tengok kat asyik.tv ni. ada 4 channel. yg penting free. :D
*sejuk2 mmg sedap mkn sup panas. kalau ada nk mkn apa2 mesej akk eh. mybe nk gi sendai kot almaklum highway dah free all tohoku. hihi..
serasi bersama..:))
semanis kurma
Betullah tu ustazah bahiyah.. Sy pn suke je tgk semanis kurma.. Ermmm setuju gak dgn komen tu.. Dunia akhir zaman.. Benda tak elok diagung2kan.. Nauzubillah
ntah pelik sungguh...:)
Salam, kekadang tertengok jugak program tu, derang berutus surat berbahasa arab, kalau tak silap saya. Tringin nak tau jugak u dgn love speak japanese ke :)
Lepas geram nampaknya dik. N3 panjang lebar .... gud info. Rasanya ada jugak hadis pasal sekufu ni. Tapi tang nama Syed-Syaripah, Tengku-Tengku etc tu macam ikut keturunan jek.
@Anonymous
thank u so much! my instinct tells me that i know u :)
@kyo_9 dalam rancangan tu dia bagitahu yang nama tu lebih kepada nak kekalkan keturunan, kalau kahwin dengan org takde nama tu hilanglah keturunan mereka nanti...
wida ingatkan..kalau ada internet boleh jer nak tgk online cite2 kat malaysia ni. susah jugak rupanya yer..
suka dgn ustazah norbahyah tu..
Bnayak org byk ragam, lain orang lain seleranya .
Kekadang kita leka pada duniawi..
Berdakwah itu apabila tidak kena pada cara...
Pandai2lah kita sebagai menerima dakyah mengambil yg baik dari apa yg ingin disampaikan...
tu diaaaaaa! sekali keluar berguni2 hehehehe >_<
Inshallah Allah tahu apa yang terbaik kan untuk kita semua :)
hilang keturunan??
huhu.. ok2~
point noted..
sekufu...
mcmn lak ek org ckp pendidikan berbeza menyebabkan pemahaman berbeza.. pendapat berbeza.. kematangan berbeza.. leh sebab bergaduh..
contoh mcm ni.. suami die spm jerk.. maka kdg2 keputusan yg suami die buat tu x matang.. x berpandangan jauh.. x sesuai..
dan kdg2 krn perkara sebegitu mewujudkan perasaan kurg sng isteri dn boleh menyebabkan mereka bergaduh..
itula yg lady dgr.. kalau lelaki yg berpendidikan tgi dan perempuan trf rendh tu lbh baik rsnye..
Post a Comment