Tuesday, December 6, 2011

Yasashi kuni wa doko?

Kajian secara kasar telah dilakukan. Yang saya belajar dulu yasashi ni mudah/senang/easy. Mungkin dalam konteks ni yasashi=baik, entahlah sape2 faham boleh tolong explain huhu. Kuni=negara. Wa=particle (susah nak explain,  sebab saya pun kurang arif akan cara penggunaannya), doko=mana/di mana. Staff dalam satu rancangan jepun ni telah pergi ke 5 buah negara iaitu Amerika, Sudan, China, Italy dan juga di Jepun sebagai perbandingan. Ujian dilakukan ke atas 20 orang bagi setiap negara.

Nak uji sejauh mana orang negara tersebut ringan tulang untuk membantu. Seorang jejaka (staff rancangan tv) berjalan membawa buah oren penuh di tangan lepas tu bila nampak ada orang jalan dari arah bertentangan serta merta dia buat kononnya terjatuh semua oranges tu. Dah la bawa oren banyak2 dengan tangan je hehe lawak la pulak. Macam2 ragam, tapi budak2 memang senang untuk menolong sebab mereka masih innocent suci tulus mulus (eh ayat apa ni, kemain lagi ha).

Ada yang buat tak tahu. Ada yang sekat oren tu dengan kaki untuk mengelak daripada bergolek lebih jauh. Ada yang membebel kenapa bawa dengan tangan, letak ajelah dalam plastik hehe... siap bagi nasihat tu. Baiklah, mari kita lihat keputusannya...

Amerika --- 12/20
Sudan --- 8/20
China --- 1/20 (aiyo, pengsan!)
Italy --- 15/20
Japan --- 20/20 (pling, pling)

Agak2 kalau buat kat malaysia berapa ramai yang tolong out of 20? Saya rasa belas2 orang kut tak pun full macam jepun. :)
Yang halang guna kaki tu berlaku di amerika dan italy, yang membebel tu di italy. Lepas tu ada yang komen, seorang mamat ni (italy) wahhh pakai punyalah segak, muka ikemen, bila nampak oren jatuh buat tak tahu je, ahaha pengsan! Sebab tu tak ada pepatah dont judge a book by it s cover, eceh bermadah la pulak... Di china pula, yang bantu tu dia bukan bantu kutip oren tapi bagi plastik terus, supaya jangan bawa di tangan, nanti jatuh lagi...

Sebelum keputusan keluar saya dan cinta hati dah boleh agak negara mana nombor 1. Dari hari pertama sampai jepun lagi kami ni dibantu bak "menatang minyak yang penuh" (eh kenapa entri malam ni banyak betul perumpamaan). Bersungguh benar mereka ni bila bab2 bantu membantu... saya pun tak banyak pengalaman di  negara orang, hanya beberapa buah negara je kami pernah pergi, dan antara negara luar, pengalaman paling lama adalah di jepun sebab kami belajar di sini. Setakat ni alhamdulillah... seronok!

Takpelah orang tak nak tolong, jangan kita sendiri yang jadi macam tu dah la kan... tapi kekadang takut juga nak tolong lebih2 sebab ada jugak penipuan dilakukan dengan cara meminta belas ehsan orang kan? scary huhu, nauzubilah....

p/s: Sekian babbling patik dah mengantuk hehe, oyasumi...

27 comments:

whitecappuccino said...

Bagusnya orang Jepun..rasanya Malaysians pun tak macam mereka..

Fatin Syahira said...

wow! japan won it. hmm ada jugak atin belaja sikit pasal negara jepun masa dlm kls. tp kls jepun 2 jam ja smggu. tak dpt nak belaja byk sgt. cuma kdg2 sensei akan bg view culture diorg. mcm best! hrp2 one day dpt jejak kaki ke sana =)

Atashi In Hiroshima said...

yoo pun agak jepun...hehe. tak pernah pergi negara lain tp dr layanan yg diterima kat jepun ni...mmg yasashi lah nihon ni. :)

アヌムちゃん said...

kalaula ada malaysia dlm list tu kan.huhuuu.oyasumi k.hanis :)

Nieda said...

Salam Hanis . Dah tidur ke?
Bonus tu akan masuk separuh sbb masa raya dulu dah dpt separuh. Kiranya thn ni dpt bonus sebln gajilah.

mzhany said...

tp hana, mmg bleh agak jepun akan fullmark. and rsnye kat malaysia mesti lebih dr separuh la. china, budak kena langgar pun tak tolong, apatah lagi oren yg jatuh, kalau duit jatuh maybe full mark ahaha

Anonymous said...

Org china bersikap begitu sbb undg2 ng mereka?nilai kemanusiaan ade tp lebih takutkan undg2 yg semacam x logik....

kyo_9 said...

huhu..
saya pon tengok gak citer nih..
Malaysia menang ranking negara paling banyak SMS dalam sehari.. xleh blah..

hmm, kagum dengan orang jpon yang gunakan tangan sewaktu angkat oren tu.. kalau saya, mungkin kaki akan keluar dulu ntk tahan oren.. mungkin sebab saya lihat oren tu bulat dan saya pula memang kaki bola.. (lol)

Cik Pulau said...

xleh nk komen gapo...
xajim g negara ore ekpom..
klu thailand tu ajim la..
muahahaha.

Asmara said...

sekai banzuke mlm tadi eh. tengok gak, paling x thn bg plastik tu, rasa tuan kedai yg bg sbb dok ulang kali jatuhkan limau depan kedai dia. haha..tp yg pasti mmg cina tanah besar xkan membantu org. huhu..(ingat kes bdk kene langgar tu) camtu la diorg xnk tanggungjawab nnti kene saman.
*Msia no 1 guna sms terbanyak, mau x byk semua prgram tv nak undian penonton, org msia giler sms. hahaha..yg smlm dr msia Aron, DJ kelab kat tokyo. next week kak ita tu ada kot. :D

wida said...

yelah..org jepon mmg terkenal dgn peradaban diaorg yg tinggi.
patutlah kes budak china yg kena langgar tu..x de org perasan & amik tau pon..rupa2nya mmg perangai diaorang buat hal sendiri je ek

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

citer kat Sekai Bantzuke kat NTV tue khen...ai pow tgk semlm...ada special selalu sejam jer....then perasan yang kak ita saitama x der juga maybe dia cuti lagik kot. Antara negara yg penduduknyer self fish adalah china....hope mesia x gini la...! tengok nihonjin di ajar hormat kat makanan....theyols x guna kaki nak sekat limau tue....

Kakzakie said...

Patut pun di Cina 1/10 sebab yg satu tu dah bagi plastik terus.

Bagus juga buat survey mereka

LydSunshine said...

Org di China mmg susah nak tlg org sbb mereka takut nnt akan dtg masalah. Kalo tak caya, cuba kaji kisah budak kena langgar 2 kali tp takde sape tolong tu. Then saya mmg kagum dgn rakyat Jepun. Mereka sgt bertamadun. Sampaikan ada ustaz kt sini yg cakap, kalau nak tgk Islam, tgk la kt negara bukan Islam. Kat situlah akhlak Islam byk dipraktikkan.

*∽ IZAN ∽* said...

betul betull.. malaysia mungkin tak dapat markah penuhh.. kat mesia ni byk kes org menipu/menyamarr.. kadang bukan tak prihatinn.. nak tolong pun takutt..

contoh kes2 org tahan nak mintak tunjuk jalan laa.. tengok2 kena samunn.. ada yg kena tepuk, kena pukau kena samunn.. tu yg org malaysia mungkin lebih berhati2 dan nampak mcm tak prihatin pulakk uhuhuhu

Teratak Hami said...

Orang Cina takut nak tolong ... Kang dorang kena saman, kena "take care" buah oren tu etc .. tiba2 teringat kisah budak kecil kena langgar tu.

Rancangan tayang kat Jepun, of course le Jepun no 1. hehehe ..akak emotional pulak :)

Kazman & Sue said...

banyak pengajaran yg boleh di belajar dari kajian tu...

Noraim said...

Pttnya kita amik contoh rakyat jepun sana kan akak.

Cik TeN10 said...

Pernah skali transit kt beijing.. Satu jam gurai.. So pusing2 kt dlm air port je la.. Tbe2 dh xtau kt mna nk transit cri gate xjmpe.. Mse tu xsmpt nk buka mulut lg nk bertanya kt sorg staff dia tp i pegang boarding pass kt tgn la.. Staff tu tbe2 jerit kuat2 ckp go straight turn left !! Makk aii dingin gila.. Mmg jauh beza la dgn servis kt japan..baru la i mcm ya Allah bersyukurnya aku dok kt japan tka dok kt china.. Ngeee

aizamia3 said...

cuba try kat Malaysia pulak..

Hanis Azla said...

kalau semua org malaysia dapat meniru cara dan sikap org jepun tu alangkah bagusnya kan hanis..

Chekgu Azrine said...

dengar citer orang jepun ni mostly baik2.. kalau brg tertinggal dalam train ke apa.. boleh dapat balik even brgan yg mahal2.. walahualam..

kasihredha said...

baiknya org jepun
dan dahsyatnya org china...hihi
Kat Malaysia rasanya 18/20 kot.

Papa Mifz said...

That why tun mahathir suruh pandang ke timur,negara mcm jepun ni kan..

msredcheesecake said...

Pernah ada org brg2 dia jatuh bertabur kat tepi jalan... Msred malu nak tolong tapi paksa mr bf tolong...ngeheheee...

Outbound Malang said...

berkunjung sob..salam blogger
salam kenal dan sukses selalu ..:)

siti kektus said...

hebatlah jepun. kalau orang malaysia, mesti 20/20 jugak ni. *pk positif. hehehe


=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails