Friday, February 3, 2012

Pak pak... kapak...

Tap tap tap bunyi sepatu tinggi 3.5 inci. Kain kipas di depan terbelah sampai lutut... Kebaya pendek ketat betapa rampingnya pinggan eh silap pinggang daa... Runcing bak kerengga (ouch, sakit ok kalau kena sengat dek kerengga tu...). Itulah fesyen yang banyak dilihat dalam pelem P Ramlee antara filem kegemaran patik dulu kini dan selamanya...

Bukan setakat dalam filem, tapi masa kecik2 dulu pernah tolong mama kemaskan baju2 lamanya zaman muda mudi sebelum bertudung. Terjumpalah koleksi kebaya persis dalam pelem jaman dolu. Lepas tu mula berangan bila dah besar sikit nak pakai baju ni posing2 feeling macam dalam filem tu hehe... Ye patik bukan saja berangan nk jadi tuan puteri malah ada hati nak jadi pelakon tambahan pulak tu... Adoi pengsan! Pak pacak pun jadilah hehe...

Kemain lagi intro. Sebenarnya nak cerita perihal filem Keluarga 69. Sebelum ni pernah tengok tapi tak faham langsung. Hari tu berkesempatan tengok bersama cinta hati... Memang gelak sakanlah... Sampai kena tahan gelak takut didengar oleh jiran bawah. Scene yang tak boleh lupa time pakcik pekak tu... "Assalamualaikum pak" "oo ada ada" lantas diambilnya kapak. Lintang pulang yang bagi salam tu lari haha... Pak boleh pulak didengar sebab kapak dek masalah pendengaran. Zaman tu dah ada istilah PEKAK BADAK eh... Tapi patik tak mengerti apa kaitan pula dengan badak yang tak bersalah tu hehe... selain pekak badak selamba badak pun ada :P

Cerita ni sangat complicated. Tengok kali ni barulah faham. Fenin2, ada idea pula untuk buat cerita sebegitu. Mengenai Osman yang asyik suka berjoli lalu dihalau keluar oleh ayahnya (Bakar) yang telah lama bercerai dengan ibunya. Kemudian Osman mengenali seorang janda anak satu bernama Siti dan jatuh chenta kemudian berkahwin. Bekas suami Siti pula bekerja sebagai orang gaji di rumah Bakar. Manakala anak Siti pula tnggal bersama ayahnya dan telah dipikat oleh Bakar. Maka berkahwinlah mereka berdua. Osman insaf dan balik untuk berjumpa ayahnya dan mengetahui bahawa ayahnya dah berkahwin dengan anak Siti. Ada pula babak jejak kasih Siti dan anaknya teresak di atas anak tangga dan dialog lawak berbunyi ala2... "Yang mak pergi kahwin dengan anak suami saya kenapa?" "Kau pun satu yang kahwin dengan bapak suami mak kenapa" lepas tu teresak2 tepi tangga haha... lawak yang sangat ori ok... datang pula ex husband Siti dengan isteri barunya iaitu mak Osman.. tak ke pengsan tu? Macam mana nak panggil nanti sebab semua pun ada kaitan hehe...

Babak pekak...

P/s: tiba2 entri feeling movie zaman dulu pula, tskk...

19 comments:

nuwairani ismail said...

hihih...kite tak penah phm pon cerita ni walaupun dh tengok berkali2...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Darl ai minat la citer2 lama ni
Ai kureng sket ngeee

kasihredha said...

akak selalu berangan nak pakai kebaya mak akak waktu kicik2 dulu... waktu remaja try le pakai...tp x muat sebab finggang mak akak lagi kicik...uuwwwaaaa

anak2 akak pong suka pelem p romli

whitecappuccino said...

Memang fenin keluarga ni...orang zaman dulu pinggang masyaallah..boleh cekak.

Ijah EmoTemo said...

Heee dah lama tak tgk citer pesen gini hehehehe

♥ p a a n i ♥ said...

saye pun peminat citer p ramleeee. paling suka cerita seniman bujang lapok ;p tak jemu2 tengok ulang2 kali. hehehehe

Woofer Storm said...

cite2 zmn dulu best sangat walaupun warna hitam je tengok..

#tgk keluarga 69 ni buat pening..ehheeee tapi best^^

Miss Butterfly said...

dh lame jugak tak tengok cite nih. cane diorang boleh kawen cmtu? hahah lawak.



yang part kapak tu tak tahan. mmg lari lintang pukang ah. hiks

umie naziera said...

hahahha,citer ni mmg lawak

Daddylicious said...

cerita ni mmg pening lawak...hehe

CikUna said...

haha.. tadi petang adik ada buat lawak pasal cerita ni... tup.. tup.. akak pula buat post pasal ni... hehe

cerita ni memang lawak tak hengat dunia... he3

Cik Pulau said...

tengok sokmo citor p ramlee kak..
kalu ari senin tu gak..duk dpn tv la tgk teater lagenda.. hahhaa..

kak mah said...

Cerita lama tetapi sangat menarik ditonton bersama keluarga

Papa Mifz said...

Mcm tak pernah tgk jer citer nih..huhu

Ummi Alesya Sofea said...

hihi,citer lama2 mmg best kan..kualitinyer tinggi.

msredcheesecake said...

Tu pasal keluarga 69, tunggang terbalik.... Kelakar. Citer ni...

シャイマ said...

aaaa suke tgk cite pramlee ngan rizwan.. hehe. natsukashii.. sbb kecik2 we both membesar dgn tgk cote pramlee. hehe

amirah said...

citer p ramlee sume klaka2..besttt..pastu kalo sedih memang sedih..terbaekk

Munnafendy said...

sekali skala layan cite p ramlee mmg best..suka tgk wpun dah tahu jalan cerita =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails