Mentang-mentang baru je lepas ABPBH, terus letak tajuk entri ada fofuler gitu kan... Tapi percaya tak? Saya tak tahu ingat pun pasal ABPBH ni. Tak tengok pun, alih2 tahu pemenang. Tahniah buat pemenang ya! Wahh AA menang besar gitu... sekarang ni dah jadi trend ramai yang letak nama baby Aaron, penangan AA huhu.
Terbaca di Yahoo malaysia tadi. Saya cnp di sini...
Dialog atau catchphrase yang popular dalam filem-filem tempatan.
"Muka saya ganas, saya ni rempit, tapi dalam hati ada taman." (Adnan Sempit, 2010)
"Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka." (Ringgit Kassorga, 1995)
"Bawah jambatan rupanya yang begitu tu ye?" (Nujum Pak Belalang, 1959)
"Yelah, teman takde SPM." (Zombie Kampung Pisang, 2007)
"Pokemon punya dragonball." (Sumolah, 2007)
"Daripada kita buang masa dengar cakap si Usin ni, baik kita bako je rumah Kak Limah tu." (Hantu Kak Limah Balik Rumah, 2010)
"Walaupun rupamu tak ku kenal tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku." (Seniman Bujang Lapok, 1961)
"Tipah tertipu, bang. Tipah tertipu." (Ali Setan, 1985)
"Dah kahwin ke belum?" (Gila-Gila Remaja, 1985)
"Berapa kali kau nak malukan aku ha?" (Perempuan, Isteri Dan..., 1993)
"Siapa yang nak jantan? Aku nak lelaki!" (Pesona Cinta, 1995)
yang ni boleh guna dialog "Tipah tertipu bang tipah tertipu..." dapat email ni tapi dalam spam. Ingat senang2 ke SB nak bagi $100 coffee card. Sukar untuk dipercayai. Owh perasaanku dipermainkan (sambil letak belakang tangan kat dahi, nasib tak pengsan. heh over betul!)
23 comments:
hehehe semua tu mmg dialog2 popular tu ngeee
:facepalm:
Seniman Bujang Lapok tu... macam tak ada kaitan antara rupa dan lubang hidung, tapi tetap tertawa kalau menontonnya.
dialog adnan sempit, ringgit kassorga, seniman bujang lapok ngan ali setan paling fofuler rasanyer...ahaks...ayat terbaek dari ladang budou ngeee
haha,keluar filem apa2 lpstuh ada la budax2 ikut
'Cinta takkan datang jika tidak di cari. Cinta takkan dapat jika tidak memberi...' KL Menjerit, Rosyam Nor
I loike!
Salam hanis! lama tak singgah sini, genki? aka chan wa? tak pernah nak ambik tahu skrg ni dunia hiburan kat mesia ehehe... dah lari ke arah lain pulak, tp sesekali layan best jugak, kes dah boring :D
Biasalah kalau ianya popular dialog dalam filem mereka mesti jadi trend semasa.
tipah tertipu! Hahaha
kih kih... tebus dulu boleh?
hehe tringat dialog nasir bilal khan dlm PID...tu 'HAAAAA' - klasik!
memang tipah tertipu...selalu je dgp emel yang rupe gini. malas nk amik tau dah
ali setannn hahaha natsukashii.kalau dpt 100 rggt tu kan best.dapat la jugak 10 gelas kat msia tuuu.
lain kali jgn cepat cayo kak. nipu jah byk lonie.
Aslkm
Moga anakanda dalam bahagia.
menci2kan tpu2 camni
hihi dialog2 yang hot yek :)
bukan tipah yang tertipu...hanis yang tertipu..hehe..
hehe agree! betul betul betul, semua ni ayat femes
sekarang ni guna dialog adnan sempit.. dalam hati ada taman.. hehe
lagi2 yg adnan sempit punya tu, memang ramai sangat guna :-)
siapa yang malu, mereka dan keluarga mereka....haha, memang selalu di gunakan..
masa femes cerita hantu mak limah, kat tempat kerja dira budak2 suka cakap "kita bakor je!" dan "ceciter..ceciter!"
Ayat filem Adnan Sempit sekarang " what sorry2, this time banana already fruit two times... " haha cumil je beliau time ni..
Post a Comment