Sunday, April 8, 2012

Sisterhood...

Tiket ni kakak saya beli sejak tahun lepas waktu promosi. Maka pada 27hb Mac yang lalu akhirnya mereka sekeluarga jejakkan jua kaki di bumi jepun. Sebelum datang, permintaannya adalah nak pergi Disneyland, Disneysea, tengok yuki (snow) dan juga shopping di outlet. Dari Sendai 27hb pagi bertolaklah saya dan en suami ke Oyama, tumpang parking kereta di rumah Ayu Ladychenta. Kami dijamu dengan pelbagai juadah yang sangat menyelerakan. Terima kasih tak terhingga ye Ayu! Hugs ketat2 (trademark ladychenta). Dari rumah Ayu kami naik densya (train) ke Ueno.

Inilah itinerari yang termampu kami buat...

27hb Mac - jemput di Haneda airport bermalam di Toyoko Inn
28hb Mac - DisneySea bermalam di Lumiere Kasai
29hb Mac - Disneyland bermalam di Lumiere Kasai
30hb Mac - Asakusa dan Ginza bermalam di Dormy Inn Asakusa
31hb Mac - bertolak ke Oyama dan ke Sano outlet bermalam di Chisun Sano
1hb April - bertolak ke Karuizawa (yuki dan outlet) bermalam di Chisun Karuizawa
2hb April - bertolak balik ke Sendai
3-4 April - di Sendai bermalam di teratak buruk kami wuwuwu
5hb April - bertolak balik ke Malaysia

IMG_0750
Di monorail Haneda International Terminal. Disebabkan flight AA sampai waktu malam 10.30 pm ambil bag, kastam etc dah pukul 11 lebih. Kami terfikir yang mereka pasti penat. Dari monorail Haneda turun di Tennozeu Isle. Jalan 300 meter untuk ke hotel Toyoko Inn. Rate hotel ni adalah per room: family 9800yen, couple 7800 yen, kalau member dapat murah sikit. Nak tahu dalam RM tukarlah sendiri hehe, sebab rate tak menentu hari2 pun bertukar. Waktu kekanda patik datang 100 yen=RM3.70 [9800x0.037]. Setahu kami rangkaian hotel Toyoko dan Chisun ratenya adalah per room with breakfast. Hotel lain adalah per head dan kalau nak breakfast kena tambah lagi. Kalau per head tu memang naya la kan wuwuwu.

Nanti saya story mory aktiviti tu di lain entri ye (ada ke yang nak baca huhu...). Plus preggy mama asyik penat, jarang betul bergambar. Setakat ni belum sempat nak belek memory card camera. Entah2 sikit je gambar yang diambil tsskk..

IMG_0797
5 hb April... goodbye for now my sis! Sayonara for now anechan! Di pintu masuk shinkansen Sendai Station. Mereka turun di Ueno, kat situ ada Ueno park. Saya suruh mereka jenguk di sana kut2 sakura dah berbunga. Alhamdulillah happy for them... kakak pun seronok shopping. Semua barang yang dicari/target jumpa dan dapat dibeli. Dia memang miss yanggi dan kaki shopping hehe... patik ni buta jenama sket, banyak belajar dari dia hik2...

p/s: bercakap pasal kakak sendiri=ane (bukan ane mamak ok :p), pasal kakak orang lain= oneesan, kalau abang sendiri=ani (macam nama perempuan kan?), abang orang lain=oniisan, more info klik SINI.


20 comments:

Nadiah Sidek said...

seronoknya ahli keluarga datang..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hope k.hanim & family enjoy da holiday in nihon ekkkk....babe nk tgk pics jejln tue...nnt upload na @_@

Niza Romli said...

Mau menangis ni masa diorang nak balik kan...itu klu saya la.. :)

msredcheesecake said...

Shopping kat jepun murah ke? Brg apa yang murah?

whitecappuccino said...

rupa kakak hanis pun macam jepun :)

Ain said...

Wahhh...merasa onesan kak hanis....untung2

Umie Naziera said...

seronok bila family melawat,dn family mesti syiokk melawat japang,huhu

wida said...

best dpt jumpa family kan..

LuN@_aiDi said...

nak juge tgk sakura!
semoga 1 hari nnt impian termakbul^^_

yatie chomeyl said...

mesti best kan dpt melepas rindu ko kakak ;)

Hanamiko Sakura said...

seronoknya jalan2.. lagi2 pergi disneyland.. :)

Nieda said...

Hanisss........akak tunggu entry makan angin ni.Lebihkan part shopping. APa brand yg bagus tu?? KOngsilah kat sini.

Kazman / Sue said...

bila ahli keluarga datang memang seronok buat aktiviti kan... mesti ceria je kakak sampai sana...

Unknown said...

kat nihon jarang biliknya dikira per room..biasanya per head.. sebab tu agak mahal..

kalau tak silap rate sekarang dah turun ke 3.1 atau 3.2...

Asmara said...

kan.. toyoko inn berbaloi. lg satu mmg dibuat dekat dgn eki. benri sangat. tp kalau nasib baik boleh dpt yg berstar2 dgn hrga murah bila ada promo. mesti enjoy diorang kan, semua impian terlaksana gitu. eheh..:)

CikUna said...

waahhhh... jumpe family.. sweet.. kalau una dah nanges guling2 before diorng balik.. uwaaa... heheh

Hanis Azla said...

seronoknya kaka dia datang.. sama cantik keduanya.. suka tgk gambar hanis dengannya..

Kamalia said...

ok..tq for sharing itinerari ni..
next time nak pi disneyland bolehla kot cuba stay kat Lumiere Kasai..

ciQ tyah said...

kak, nati kalu mirah nok g sendai nok tido umh kak buleh?wahahaha.. :p

ciQ tyah said...

eh kak..sory2.. guno hok saing ni.. baru perase..hehehe..

p/s: mirahhhhh misi :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails