Tuesday, May 1, 2012

Muryou iPhone4...

muryou = free/percuma
keitai denwa = hp (tapi saya biasa sebut keitai je)
bukan iphone 4s tapi iphone4 je (8gb)... 

Saya dan cinta hati bukanlah gadget freak sangat. Tak up to date pun. Kadang my love tu suka jugaklah survey2. Tapi kalau nak beli tu mesti fikir banyak kali. Al kisahnya, keitai saya ni dah macam tak berapa betul. Kadang orang call atau msg tapi tak dapat pun. Adakah sebab line atau telefon yang dah menunjukkan ciri-ciri minta ditukar. Tapi bila fikir balik, "ala tak lama je lagi, bertahanlah sekejap". Balik malaysia memang kena cari keitai dan register no baru... keitai kat sini tak boleh guna di malaysia itu yang tak bersungguh mana nak beli keitai yang elok. Tapi kalau iphone mungkin boleh, entahlah patik tak pasti...

Di sini lain sikit caranya. Ada banyak syarikat telekomunikasi seperti Softbank, Docomo, Au etc. Namun setiap syarikat mempunyai koleksi handphone yang berbeza. Kalau kat malaysia, pilih je keitai jenama apa dan register je dengan mana2... celcom, maxis etc kan? Kalau tak silap samsung under docomo manakala iphone pula under softbank. Brand lain lupalah pulak. Tapi memang pelbagai jenis dan model.

Masa awal2 sampai dulu kami tak target pun nak guna keitai model apa and so on. Bagi kami yang penting pilih pakej yang paling murah. Kebetulan softbank buat promosi dan semua pelajar malaysia di sini pun guna softbank sebab bila buat panggilan no softbank ke softbank ianya percuma dari 1am hingga 9pm. Nak cakap berjam2 pun boleh asalkan dalam tempoh waktu tersebut. Kemudian kami ambil keitai paling murah dalam koleksi softbank tu hehe... 
IMG_1031
maka terbelilah disney mobile Softbank (abaikan totoro yang comot tu...)
harga keitai tu sama ada bayar terus, atau secara bulanan bersama bil telefon dan kontrak bayaran ansuran ni biasanya selama 2 tahun...

contoh pengiraan
harga keitai Xyen bahagi 24bulan = Zyen
bil bulanan = Zyen + basic plan (980 yen) + penggunaan persendirian (sms percuma, yang akan dikenakan bayaran adalah email, panggilan ke no lain seperti docomo etc dan juga panggilan ke softbank di luar waktu percuma)
kalau guna internet maka bertambah lagilah bilnya. Selepas 2 tahun@kalau dah bayar lump sum harga telefon maka bil bulanan = basic plan (980 yen) + penggunaan persendirian
(mesti pening, takpelah buat2 faham jelah hik2)

tengok bahagian atas keitai tu, dah tak ada rupa keitai kan? tapi mmg tahan lasak... yang nampak macam tercabut tu ada kisah disebaliknya. Waktu tu nak cepat, entah macam mana boleh jatuh lepas tu tersepak pulak (timing jatuh yang cun sebab jatuh pada kaki yang kebetulan nak mengorak langkah), huhu, namun keitai itu masih setia berbakti pada tuannya yang comot ni, arigatou ne keitai...

IMG_1033 
salah satu butang pun hampir nak tertanggal, yang ni saya tak buat apa2... tiba2 je pada suatu hari dia toing dengan sendirinya...

Hatta arakian (eceh... atau lebih tepatnya pada minggu lepas), suami Iryd, iaitu Pitt khabarkan pada kami dia baru register iphone4 untuk Iryd. Yang menariknya pakej ini khas untuk student, tak perlu bayar harga iphone4 tu...

cuma bayar tatau apa nama plan ni (315 yen) + penggunaan persendirian. Tak ada basic plan 980 yen tu tapi masih layak untuk panggilan percuma 1 am- 9 pm tu.

Kalau guna secara berdisiplin, telefon pada waktu 1 am-9 pm dan tak guna 3G (hanya guna free wifi di tempat2 tertentu) bil bulanan pastinya 315 yen je... pengsan! murah betul... lepas tu dandan je my love cakap "hp sayang tu dah layak ditukar dengan yang baru."

IMG_1035 
Maka kami pun ke Labi (salah satu kedai elektronik di Sendai) untuk bertanyakan akan hal tersebut. Tak sangka dapat keitai free haha... macam jakun je, manalah patik yang kekampungan ni reti nak guna smartphone macam tu wuwuwu... walaupun orang kata iphone ni ipad versi mini namun tetap rasa janggal...
Takpelah ketinggalan zaman pun (sebab iphone4 instead of iphone4s) janji boleh digunakan dan yang penting FREE! En suami pun ambil juga. Alang2 percuma. Ingat senang ke nak dapat keitai free? Ye tak? Sebelum ni pernah ternampak tertulis 0 yen tapi tak berani nak tanya kut2 la muslihat peniaga kan... apapun terima kasih Pitt kerana memberitahu kami akan hal ini.

23 comments:

Nieda said...

Bestnya...comel pula tu. Rezeki jgn ditolak ...hohoho

Anisa Hang Tuah said...

kitae denwa =)

♥ p a a n i ♥ said...

untunglahhhhhhh iphone freeee. heheheeh

tp yg mula2 tuuu free call dr 1 am until 9 pm? lamenyeee!! :)))

Rohani Hashim said...

series free?

sangatlah untung hana. huhu gud gud...ambil peluang hehe, bkn senang nk dpt pree kan, iphone lak tu. kalau sini takde nya nak dpt pree tuh, nak murah sikit amek pakej, itu jer lah cara paling murah, kalau tak takde nya...

kyo_9 said...

welcome to iPhone family ;)

awal2 je free
tapi one thing for sure..
bil bulanan pertama akak nanti pasti akan terkejut bila tgk jumlah yg perlu dibayar :p

Hanis MY said...

@kyo_9
bil bulan pertama ada contract fee 4000 yen gitu bil seterusnya 315 yen plus penggunaan persendirian... tapi iphone free weee...

Daddylicious said...

free...ambik je ler...hehe

Unknown said...

anatawa keitan denwa bango nani o?

huhu btl ke? :P

Azian Elias said...

bestnyaa..

kelakar lah yang toing sendiri tu..

ijayuji said...

Salam hanis, freeeeee???????? Besssttttttnyerrrr! kat sini pun promotion cuma 50% diskaun tp ttp kena beli jugak kan kan, kalau free mmg senang hati nak ambik free iphone tu kat kedai :D

Umie Naziera said...

janji free,janji boleh guna..hehe..gud2

Ain said...

Haha...rezeki akachan kot....

Soo Hae Daa said...

Wahh..free?? Sonoknye..

Tpon kte sm..Kaler pon sm..hikhik...

Unknown said...

rindu dengan muryou keitai di nihon..hahaha..

tapi zaman ai dulu takde lagi iphone bagai..softbank pun tak wujud lagi..masih lagi vadofone.. zaman tu takde nak kena bahagi2 cam tu..keitai memang 0yen.. kalau gakusei dapat half price bil bulanan..still..ok la kan..hehe..

Munn Jaafar said...

ehhh camana diorang leh kasi free??? jeles teramat ni

Unknown said...

sy ngan gadget ni...nasib baik xgila sgt...hehe...xdpt nak follow sgt trend dier.. :P

Cik SHiNJU said...

nak satu keitai tu...
nak ipon4 gak..heheh..
leh?

Hanis MY said...

@Munnafendy iphone4 dah tak ada orang nak beli kut itu yg kasi free...

Hanis MY said...

@Cik SHiNJU
kalau boleh dah lama kasi atau ambil tuk adik beradik hehe... tapi kena register dgn student id etc..

Siti Aisya mzm-fc said...

bestnya dapat iphone fre...hehe

happyichigo♥ said...

untung hanis dan hubby..rezeki jgn ditolak!

Zainur said...

bestnya dapat free..teringin juga nak pakai iphone tp tiap kali nak beli fikir beratus kali...hehe...awal2 dulu aje mcm meroyan nak sgt sekarang dah hilang tp meroyan kat galaxy note pula...haih!

Annisa said...

nak satu nak satu *(^_^)*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails