Friday, November 2, 2012

Oyatsu...

Kalau keluar beli barang Hamza atau gorceries, patik paling suka singgah minum. Tak kisah la kat mana pun, asalkan minum kat kedai dan makan snek mcm biskut ke kek ke roti ke... i likeee... hehe (selalu kena perli dengan my love, kat rumah pun boleh nak oyatsu buat air teh goreng keropok ke cekodok ke) alaa sekali sekala nak minum kat luar, yang ni feel dia lain, hish ngengada eh kamu ni?

Oyatsu = snack/refreshment/minum petang
kalau tak Starbucks kami ke Tully's (balik mesia kompem tak pergi dah starbucks mungkin sekali sekala je kut huhu). Kat sini guna syiling je dah cukup. 500 yen je. Saya order hot royal milk tea, tapi terliur pulak tengok cafe latte my love ni, tetiba teringat kopitiam... eh apakah?

tak sah tak ada biskut atau kek, kali ni cuba royal milk tea cheese cake... sedap la jugak, mild taste of tea... just nice... tapi lagi best cheese cake biasa kut, huhu suka bebeno makan kek, tak dapat nak menahan diri dari makan kek dan cookies. Aduhh gimana sihh??

Ceritera pagi tadi:
Tak pernah-pernah Hamza poopoo tengah malam buta. Jam 2 pagi saya tersedar, biasa la instinct seorang ibu kan. Bau semacam je, poo2 ke Hamza ni? Dalam masa yang sama Hamza hisap jari dengan beria-ria. Lapar lah tu dah tiba waktu minum susu. Ish mana satu nak buat ni nak bersihkan dulu ke nak bagi susu dulu? Bagi minum la dulu nanti kang tengah bersihkan poops dia menangis lapar pulak, maka patik pun angkat dia bagi susu sekejap bagi kenyang ala kadar je. Letak balik dan cuci poo2 dia. Hamza ni memang kebiasaan dia la time tukar diaper waktu malam suka sangat la menggeliat dan angkat kaki tapi mata pejam, tapi kali ni takde nak pejam mata dah terus bulat mata dia, sebab waktu tukar diaper agak lama dari biasa. Mana taknya dah poo2 kena la bersih betul2. Sedar2 je terus bercakap... tapi dalam nada berbisik haha... macam tahu je tengah malam... adada uwawa agu entah apa lagi dia bebel... tak nak tido la pulak aduhai anakanda... bagi susu dia takmo patik biar je dia bercakap sekejap... pastu cuba bagi susu lagi dan tepuk2 nasib baik tido balik, kalau tak mau mama pejam mata datang kampus hari ni hikhik...



21 comments:

Anum said...

macam sama je kegeraman kita nie sis

SURIA AMANDA said...

haaa...dia dah start bangun poo poo waktu mlm..masak la mama dia..

Kuazue Mohamad said...

ara.. ara.. ara.. (betui dak utk alalalala... next week customer nipon dtg,.. harus ku praktis nie... kikiki)
hamza poopooo di tgh malam yer... tak per.. sikit hari lagi .. ada lagi aktiviti tgh2 malam2 dia... bila nak comeback malaysia nie??

LuN@_aiDi said...

Cedappnyer air tuh, terliur kejap..hehege
bby zahin pun klu jaga pagi2 buta, wat derk jer
biar die ngomel sorang2
kang tdoq ler blk..hihi
kejam tak?hihih

Puan Eka said...

nampak sedpa je kek tu..kat tempat eka ni hujan lebat.lapa terus bila tengok..
hehehehe

baby kalau dia dah poopo.mesti nak tido pun tak selesa kan..

panda montel said...

wahh mcm best je layan baby bila baca ni.... "tak sabar ada baby sendiri" (gatal) hahaha

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

OMG OMG sedapnyer cheese cake
tutup mater sebab still on diet
gigih nak kuruih ni babe...nangesssss!!!

Cho Zila said...

kat mesia derker kedaitu... starbuck mahal betoi.. masalahnyer kedai yang akan2pun mahal jugak... hamza nak test ibu dia...

aliza said...

sedapnya oyatsu lagi2 time musim hujan kat sini sekarang nie...

amirah said...

sedapnya kekkkk...

nabila azmi said...

dapnyeee..keliur tengok..hehehe..suke gak kek!!

nur easy said...

Comel lak bygkan keletah hamza tu :-)

ct kektus said...

kalau kite teringin nak makan kek, kkite suka carrot kek. hehee :D


gamaknya, memang pejam mata lah kalau hamza tak tidur2 kan kak. :D

Nieda said...

poo2 malam2?
minum susu byk kut?

Nadiah Sidek said...

sama la..suka juga singgah minum di kedai kalau keluar cuma jarang cakap kat suami nanti dia tak bagi jadi sedih. hihi..mengada-ngada!

senyumSOYA said...

huhuhu..hamza kacau mama malam2... sep bek mama nya x jadi zommbie..hehehhe

Chekgu Azrine said...

Akk terliur giler tgok chez kek tu..uhuk..

mamawaiz said...

ke mengigau si hamza ni..hehe

FnF Simple Life said...

aduh... kami pun suka oyatsu kat kedai masa di msia dulu... tp suka berdua2an je... ala2 dating gitu. problem nye kat jepun ni takleh berdua2an... gi mana2 kena angkut askar2 sekali... hmmmmm... buat pening kepala je oyatsu di kedai kopi dgn askar2 nih.

Kak Mahh said...

Tak cukup tidur,perkara biasa buat ibu muda. Cayang hamza dr Aunty Kak Mahh...(terasa muda guna nama sebegini hiihii)

mummy alisha said...

terliur la tengok kek itu... haha...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails