Tuesday, July 23, 2013

Cukup cukup sudah...

Amboi pagi2 dah feeling dengan lagu jiwang. Ia bermula pada suatu hari (not in a far far away land of coure..) nyempat lagi nak far away land bagai. Status seorang kawan A (zaman sekolah menengah dulu) menyatakan dia nak pergi melawat kawan B kami (sama sekolah dan pernash sekelas) yang mana dia nak pergi melawat anak kawan B yang baru meninggal. Terkejut dengan berita itu lantas memberi komen mendoakan yang terbaik buat B dan bertabah dengan ujian ini. Masa tu memang tak tahu apa2. Kemdian banyak komen dari kawan2 lain. Bertanya kenapa, macam mana dan sebagainya. Tiba2 ada sorang kawan tu letak link berita online. Patik pun apa lagi terus klik untuk tahu kisah sebenar. Bila dah baca ya ampunnnn tak terkata... terkejut semua ada... besarnya dugaan buat kawan ku Za. Bila ajal dah tertulis ia pasti datang dalam apa jua cara sekali pun.

Tak cukup dengan apa yang ditanggung, ramai pulak manusia lain siap berforum bagai menyalahkan si ibu dan ingin menghukum beliau (tahu ni pun sebab kawan C lain inform dan tak ada masa pun nak pergi jenguk forum tu wuwuwu). Saya ternampak Fazura ada post di instagram beliau (tapi rasa macam dah delete kut). Bila lihat sepintas lalu komen2 yang diberi ish macam nak pengsan! Macam takde akal pun ada. Ada jugak yang cakap pergi shopping tinggal anak bagai. Eee tak baca berita betul2 la tu. Nyampah. Tak kurang juga yang cakap mak jenis apa, tak sayang anak... Allah hu akbar, kenapa la sampai macam tu... tak sanggup dah nak tulis lagi.Tak kurang juga yang tak putus2 share gambar arwah. Siap ada kawan D yang nasihat sudah2 la share gambar etc... cuba faham situasi ibu arwah.

Itu yang tiba2 cukup cukup sudah kat entri hana sakura ni. Cukuplah menambah derita dia kena tanggung atas apa yang terjadi. Besar sungguh dugaan tu. Terkini, dia mungkin akan didakwa di atas kecuaian. Huhu lindungilah sahabat ku Za. Semoga terus tabah. Pasti ramai yang sentiasa menyokong mu Za. Ditambah dengan tulisan dari Wardina Safiyyah...

"Tulisan dari hati oleh Wardina Safiyah berhubung kejadian kanak-kanak mati lemas dalam kenderaan.

Kepada si ibu Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, anak anda adalah milik Allah. Suami kita milik Allah. Malah anggota tubuh kita, tangan, kaki, mata, telinga pun milik Allah. Ya semuanya pinjaman, Tiada satu pun kita yang punya. Apatah lagi rumah dan kereta serta buisness juta-juta kita.

Semua ini ditakdirkan dan inilah saat yang paling baik untuk Nawal Iris Shamsudin kembali bertemu Penciptanya. Dia kini berada di Jannah. Allah lebih Mengetahui. Redha, Sabar dan kuatkan kesabaran. Anda boleh bersedih dan kecewa... Saya juga turut bersedih.

Dunia ini adalah permainan... Ya mainan seperti mana permainan anak-anak kita tu... Permainan dan senda gurau. Dunia ini juga perhiasan cuma "...untuk kami menguji siapa diantara kamu paling baik amal perbuatannya" Surah Al Kahf ayat 8

Di dalam surah Al Baqarah ayat 156 Allah mengingatkan kita manusia... SEMUA dari kita PASTI akan diuji dari 1 daripada 5 perkara ini. Ketika mendalami ayat ini bersama guru saya, dia menegaskan dan mengingatkan kami SEMUA bahawa kita akan diuji samada :-

1. Dengan perasaan takut, resah, risau.
2. Dengan kelaparan
3. Kekurangan harta.
4.Kehilangan nyawa (meninggal keluarga etc)
5. Hasil tanaman hilang (mungkin tak releven bagi kita yang bukan petani)

Yang mana sudah kita lalui? Mungkin satu, mungkin dua darinya, mungkin juga tiga...

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:" (2:156)

Siapa dia orang yang sabar? Iaitu....

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.(2:157)

Itulah dia ungkapan "Innalillahi Wainnailaihai Rajiun"


”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]

Salam Sayang dari seorang ibu juga kepada anda **Hugs** Beratnya dugaan. Kita semua manusia biasa semua ada kekurangan.. Yakinlah semua ini telah tertulis dan mungkin ada hikmah yang tidak kita nampak lagi kerana kita ini tak dapat memahami rahsia kenapa Allah melakukan sesuatu."


Tak perlulah nak bagi kata2 kurang enak, cukup sekadar ambil iktibar... semoga semuanya baik2 belaka buat mu sahabat ku...

11 comments:

Nurzakiah Hanum said...

salam sis
sis apa khabar

me suya said...

setuju sangat. Kadang-kadang masyarakat ni terlalu terbuka menyuarakan pendapat.. Sampai lupa nak fikirkan orang yang bersabit. Melempiaskan rasa amarah ibarat ianya disengajakan.. Sedih!

btw, Ari tu napok kak hanis at Jakel..Nak g tegur, tapi masa tu tgh adjust jahitan, ingt nak tegur lepas tu..Sekali, siap tu tgk akak xde doh. Tinggal husband ng ken hamza je.. Suya pulok rushing doh.. Aiya.... ;'(

amirah said...

tu la. sudah2 la tu. kesian dia. dahla trauma hilang anak, kena hentam sana sini. ini masa dia diuji kan..supaya jd pengajaran pada org lain

Queen said...

Setuju.. saya yg baca sikit tu pun tak sampai hatinak baca semua..

siapa nak anaknya jadibegitu..
siapa minta diri ini terlupa sampai begitu akibatnya

cukuplah.. Allah dah turunkanseberat2 ujian bila anaknya hilang daam cara begitu

Bayangkan betapa beratnya keksalanyang dibawa sampai dia sendiri menutup mata..

Allah..

moga kawan u tabah
tiada ibu yang sekejam tu..

Benda nak jadi..
Allah yang mengaturkan
Pasti ada hikmahnya

Munnafendy said...

dan sy tak setuju sbnrnya bila ada pihak yg nak sabitkan cikgu ni dgn akta sekian2..kesian, kehilangan anak kandung itu dh ckup teruk, jgn la ditambah lg dgn denda or pnjara. fikir la anak2 beliau yg lain, n family..

yatie chomeyl said...

oo yg tu saing hanis ko..sie ko dio, doh la hile anok ore2 pulok duk salahkan dio. ore doa kawan hanis tu kuat mghadapi dugaan berat ni.

rayo ni kelik kelate x? hehe

Hanamiko Sakura said...

innalillah.. dunia ini hanya ladang bagi kita untuk menanam kebaikan, hasilnya akan dapat di akhirat nanti :)

DaZzlingLilLy said...

setiap yg berlaku ada hikmahnya..kalo dipikir logik pun,takkan lah dia sengaja nak cuai camtu,tambah2 lagi melibatkan nyawa anak kesayangan sendiri kan..

kesoma rai said...

ibunya bertabah hati.. semua tu penyebab saja..

ct kektus said...

sedih bila dengar berita ni. lagi sedih bila ada yg kutuk2 tu lah. mudah-mudahan si ibu tuu dapat harungi semua ni dgn baik. :)

happyichigo♥ said...

Besar dugaan ibu iris.....kenapa lah ada aje org yg komen teruk2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails