Showing posts with label Hiroshima. Show all posts
Showing posts with label Hiroshima. Show all posts

Saturday, October 2, 2010

Backpackers Diary-Day 4 "Hiroshima - Miyajima"

Day 4 masih di Hiroshima...there's another place that is famous here. Another world heritage monument. Masa kecik2 dulu pernah tak tengok iklan macam nikkei ke nippon ke... there's always this trademark... the red Torii gate... seperti di bawah...
 (courtesy of shutterstock.com) but when we went there air pasang pagi surut pukul 5, nyonya bangun... eh termenyanyi plak...
 tunggu tram untuk ke Hiroshima eki, naik tram pun boleh tapi lama dalam 2 jam baru sampai, so my love and i decided to go with normal train..dalam 30 min je we can reach the jetty...
 hiroshima eki...setiap ken pasti ada trademark masing2...sendai=samurai, tottori=payung yang tak tahu nama tu hehe...and hiroshima=momiji leaf (daun maple)
 the train that we took...sungguh klasik mesti dah bertahun2 usia train ni...tapi masih berguna... we bought a package ticket, train with ferry ticket which cost us 570 yen... quite cheap i guess.. so sampai jetty terus naik ferry je tak perlu nak beratur and so on untuk beli tiket ferry pulak... nasib baik ada information counter di hiroshima eki, mana2 eki pun ada..sangat useful and they can speak english very well...
 Gambar atas tu Miyajima Eki... apabila perkataan tu ada "JIMA" maknanya pulau...so kenalah naik ferry atau bot untuk ke sana... jeti untuk naik kapal ke miyajima seberang jalan tu je, tapi my love and i terpaksa lalu underground passage...ada pagar di sekeliling tu..so tak boleh lintas.. doushite? (why) entahlah...sebab ramai sangat tourist agaknya...
 Jum naik ferry..besarnyaaa..nak bawa kereta pun boleh..yes i admit jakun, naik ferry ke penang masa berumur 2 tahun oleh itu memang tak ingat apa2 huhu..sadiss...
 Torii gate from far..sekejap je naik ferry dalam 10 minit...
 outside the jetty...ada map...wahh besar jugak pulau ni, confirm tak cukup sehari untuk cover semua, ramai tourists that we saw semua bawa baggage, confirm mereka bermalam untuk menikmati suasana pulau Miya ni...
 deers are everywhere...jinak pulak tu... my advice, sila jangan makan di area lapang ni, pasti anda akan diserang hehe, mereka tanpa segan silu nak turut serta makan sama2..chumillll kan. Kesian yang ni tanduk dia kena potong mesti pernah gaduh sama geng dia, tak pun serang tourist hehe...who knows...
 ohh..pasal "senduk nasi"kayu ni (bantai je kasik nama ni, nama betul wakaranai) i don't know anything about it, the information is in japanese, lepas tu kat kedai omiyage pun ada jual...apakah sejarahnya?? i pun tak tahu hikhik..ambil gambar ajelah... maybe can ask my lab mates later on
 jauh jugak nak sampai ke torii gate ni, lalu taman, lalu deretan kedai..besttt...ureshi ne.. nak lalu tepi laut pun boleh menikmati angin pantai...
 almost there...
 dah sampai pun...at one of the spot to take pictures...my love cuba nak takutkan deer tu, ish2 "kerenat" betul..biarla dia nak beristirehat tu... tapi kan i rasa deer tu cakap "hek eleh tak takut pun" hehe... sopan santun je dia duduk tak bergerak dari situ...
masa tu air pasang...kalau air surut boleh turun and jalan ke torii gate tu... tapi rasanya takkan jalan kut, tengok dari jauh pun dah cukup...
 thank you mr stanger for the photo...
 of course la ada shrine tapi my love and i tak masuk pun...
 
 those are wild deers...please handle them with care...of course, definitely..i love animals!
 we walked until the other side..kat tepi pantai... rehat kejao...santai and make our way back...sob2
 on the way balik jetty..singgah makan "manju momiji"...kuih tu nama manju... bentuk momiji, kawaii kan... and it was delicious.. satu tu inti cheese satu tu inti kacang... ada lagi satu inti cream, tapi tak beli... saje je nak try...
 did u see what i saw? it's a jelly fish ada segerombolan...tapi sempat snap sekor ni je... hati2 mandi kat sini nanti kena jellyfish...itchy...
 walking back towards Miyajima eki...ada several spot tak sempat pergi, tapi tak apelah at least dah kenal Miyajima sedikit sebanyak kan?...
 dengan masa yang ada sebelum catch up our bus at 7 pm, my love and i sempat pergi ke Hiroshima castle, this is our first experience pergi castle jepun, puas ajak my love sebelum ni untuk pergi kat castle2 lain..kali ni baru berjaya..thank u my love!..us.. at the entrance...
 unik...sebab made of wood...tak tahulah pulak pasal castle lain, nanti kita pergi yer love?...
tingkat paling atas...menikmati pemandangan bandar hiroshima... ureshiikatta ne... 

lepas tu balik hiroshima eki, solat, makan, fesh up..and ready to go back to tokyo... huhu... tak adelah ready mana but everything have to come to an end right.... my last post about this vacation would be Day 5...working on it...hope u guys sudi baca ok...

Friday, October 1, 2010

Backpackers Diary-Day 3 "Hiroshima Atomic Bomb Dome"

Its time to say goodbye to Tottori...sooo sad sebab tak sempat pear picking and watch kunang2... huhu. Traditional betul i ni kan, kunang2 la, petik buah la..hehe..yes, because i love animals and nature... bas ke Hiroshima jam 10 pg. Selepas makan bekfes yang sangat best dan mengenyangkan, lepak bilik dan kemas, we headed out...
bye2 Tottori...i will missss uuuu... perjalanan yang dijamu dengan pemandangan indah..terbantut niat nak lena dalam bas..sebelah kanan lautan...sebelah kiri pula...

padangan sawah padi dan bukit bukau..oohh tottori, i fell in love with this place... masa ni masih lalu jalan biasa sebab ambil penumpang di stesen local..bila dah masuk highway dah berkurang pemandangan memukau jiwa...
Ada peristiwa semasa awal perjalanan kesian juga pada bus driver tu... tapi of course la silap dia kan, alhamdulillah tiada sesiapa cedera. Sistem traffic light kat Tottori that we notice banyak lampu kuning blink2... maknanyaaa kenalah slow down bila menghampiri traffic light... so sampai la satu traffic light ni kebetulan tengah lampu kuning... ada 3 orang budak sekolah naik basikal standby untuk melintas... pakcik driver tu tengah laju, mungkin dia ingat lampu blink2 kuning. Tiba2 lampu bertukar merah...alamak! masa tu my love and i dah nampak...pakcik tu dah tekan brek tapi slowly, sebab kalau tekan mengejut akan bahayakan penumpang pula...he did the right thing, lepas tu salah seorang budak ni dah terkedepan, tak pandang kiri kanan, mmg aim nak lintas bila lampu melintas hijau...pakcik ni pun hon, dia pandang and sempat under sikit..dalam keadaan blur, fuhhhhh nasib baik, sikit lagi nak kena... berdebar takyah cakap, kalau kena melambung budak tu... huhu... kebetulan ada pakcik polis pulak at the other traffic light... maka kena saman la bus driver tu... huhu..berkali2 dia naik bas minta maaf sebab perjalanan dah delay... dengar makcik belakang merungut cakap polis tu strict, sebab pakcik driver ni terlebih sikit dari line dan lampu merah... tapi yerla...dia silap bajet.. apapun sabar ye pakcik..ada hikmah tu... hu...

Ok sambung cerita... kami sampai pada jam 3 pm di Hiroshima bus station, ingatkan sampai di Hiroshima eki, maka terkonfius sudah masa tu terkial2 jugak sebab dah set dr awal apa nak buat and cari when arrived at Hiroshima eki. Tengah jalan2..datang la 2 mat saleh (kalau zaman degree panggil mat soleh, ajuk akak roomie hehe, dia cakap panggil macam tu supaya mat saleh dpt hidayah haha). Kami terkejut bila sampai Hiroshima ni raammaaiiii sangat foreigners ada tu nmpak pakai baju kerja ada tu macam pelancong, bandar dia pun besar. Eh lari topik pulak... ok dia datang and said "are you ok over there?" My love bercakap dengan sorang tu and the other one approach me... i buat donno ajelah, sampai dia tanya datang sini buat apa... cakap jela terus terang datang jalan2... Lepas dah tahu arah tuju dia pun mengiterbiu la my love and i
"where do you come from, how old are u, what are you doing here?"
"We are from Malaysia (ckp ala2 bangga gitu haha, tipu jerla), just sight seeing, we studied in the north side, are you guys studying too?"
"We are missionaries... based on the south side, we approach people to teach them english and teach about Christian"
Haaaa tokojut u...pendakwah rupanya mereka ni siap ada port di selatan jepun lagi, baru perasan mereka memegang buku itu, lepas tu...boleh pulak dia tanya
"What religion are you? What is the religion in malaysia..." huhu diriku berlitup dengan hijab masih mahu ditanya...and i answered...
"We are muslims, in malaysia we have all religions, muslims, christian, buddhist and hindus..."
They just nod and said "If you want to learn english, this is our card and our numbers back here, if anything u can just call us, and u can search the office in sendai"
We took the card and nodded, and want to make our way... salam dihulur tak berbalas, maaf ye, takkan nk bersalam dengan bukan muhrim, i just move behind my love, nod and smile... huu...
Nasib baik hotel dekat dari stesen bas tu, lepas check in hotel and solat, my love and i went to the nearest sightseeing... Atomic Bomb Dome...
 Jalan kaki dari Chisun, tak sampai 10 minit, wahh bandar ni ada tram....
Terpegun berada pada tapak sejarah dunia, 6 Ogos 1945, bom atom telah dijatuhkan di Hiroshima seterusnya di Nagasaki 2 hari selepas itu....
 my love di hadapan bangunan yang dibina sejak 1915...and one of important building at that time... tinggal rangka selepas terkena bom.. bangunan sekitarnya hancur musnah...
menikmati suasana angin sepoi2 bahasa di tepi sungai..sambil memerhati ke arah one of the world's heritage memorial....
 the other view...
 the history....

 on the way to hiroshima peace memorial museum...not far from the dome... lintas jambatan tu je...
 Peace memorial park...suka pokok kat tepi tu boleh main ciku cak/peek a boo hehe...
 masih di peace memorial park..belakang tu museum...
 with my love darling, tq mr stranger for the photo... jalan2 kat sini sangat ramai palancong di mana2 nampak group tour sedang bagi taklimat dan tunjuk arah jalan...
 another view...
entering the museum, nasib baik sempat, sebaik saja kami masuk kaunter tiket dah ditutup... murah 50 yen aje... i am wondering tang nak masuk temple mahal la pulak, ish2...
 some of the pictures during that time....
 bom atom dijatuhkan pada 6 Ogos 1945 jam 8.15 pagi... the watch that survive on that day...kat poster tu ada tulis... sewaktu ia berlaku pemilik jam tu sedang melihat keluar tingkapnya ada pepatung di atas pagar...dia mengambil topi untuk keluar rumah melihat pepatung lebih dekat dan pada ketika itulah ia berlaku....
 the watch...
 ada maklumat dalam bahasa melayu!
 gambar kemusnahan bandar hiroshima selepas bom djatuhkan...
 kanak2 tiada tempat untuk belajar... it felt real... seolah2 boleh membayangkan apa yang berlaku dan dialami oleh mereka, sungguh menginsafkan, betapa kerosakan yang sengsara akibat senjata manusia yang inginkan kuasa, cuba bayangkan umat islam di luar sana, dibom setiap hari, berada dalam ketakutan... kehilangan anak, kehilangan ibu bapa, kehilangan keluarga, diseksa, tiada sekolah untuk belajar...dan lebih teruk lagi dari ini...oohh..sedih dan sayunya... Ya Allah lindungilah mereka...

 mangsa yang survive pada hari kejadian..tapi hidup mereka tidak lama kesan radioaktif sangat kuat...
 tempat bom atom dijatuhkan
 bahan sejarah....
 pakaian sekolah kanak2 lelaki yang hampir hancur...

 kat luar tu ada fountain...dan gambar bawah tu merupakan tempat sebenar di mana bom atom dijatuhkan....
 view dari seberang sungai...
 night view at the dome...
 jalan2 cari makan...terserempak dengan street magician..wow...terpegun dengan majiknya... tapi love control buat macam ala2 biasa je hehe...
Hiroshima eki... 
End of day 3.... lawatan yang memberi kesedaran dan pedekatan yang mendalam tentang salah satu sejarah dunia....being and seeing in real...makes the difference...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails