Showing posts with label Masjid Kristal. Show all posts
Showing posts with label Masjid Kristal. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Buffet Ramadhan Taman Tamadun Islam 1434H

Sehari sebelum birthday patik, cinta hati patik menyuarakan cadangan berbuka puasa buffet di mana2 tempat sesuai. Sempena birthday katanya... auwww thank you my love! Maka hari ahad pagi tu browse through beberapa tempat. Terjumpalah Iftar ramadhan di Taman Tamadun Islam (TTI).

 link web di SINI. Nama restoren tu Bbeteng. Hajat di hati nak ke Ri-Yaz tapi macam mahal pulak huhu, lagipun my love nak belanja sorang lagi kawan lama dia yang dikenali sebagai "apok". Lebih afdal kalau booking dulu sebelum pergi. Kebetulan hari 28hn julai tu ramai orang. Full house gitu.

 
Haishh... Hamza and his fav shoe, tak bagi bukak ok... bawa sampai ke tido, adoii pengsan mama! Ken Hamza dan birthday girl ecece.. dush!

 
Seronok jalan sana sini... Lebih kurang 13.5 bulan macam tula baru Hamza mula jalan. Cuma minggu ni macam laju sikit dan dah boleh balance dengan baik hehe... apalah mama kamu ni nak berbalance bagai...

tak nak bagi pegang... siap potpet potpet.. mungkin dia cakap "Mama let me go... i can walk already." Eh speaking london u haha...

Dah macam rupa jogging pun ada hikhik...

Thank you my love for the buffet treat and for the advance pressie! Aishiteru... muahs! eh terjiwang plak kat sini... :p

Pengsan tak? habis licin semua ok, pelahap la kamu ni hanis oii...

ruang makanan, banyak menu dan dia buat sikit2 je, just nice la... ikan bakar dan daging bakar paling best!

kuih muih dan bubur pun ada... tapi tak semua kuih best, talam macam kureng sket, amboii syok je komplen haha...

kat depan tu ada surau, lepas solat boleh sambung makan sampai pukul 9 malam. Tapi surau wanita dia kecik sangat la kena lalu ruang lelaki baru boleh ke ruang wanita huhu... nasib baik dah siap2 ambil wuduk kat rumah sebelum pergi. Tempat wuduk wanita pun kena jalan sket.

Overall, for me 3 out of 5 stars


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails