Geng sendai dah ada plan masing2. Tiba-tiba last minit terasa gedik pula nak rasa kelainan dari tahun sebelum ni, terasa nak keluar dari sendai. Konon nak ke gotenba di tokyo nun hehe... tapi dah last minit hotel pun tak ada. Pergi ke Sano pun best juga boleh jumpa Ayu pemilik blog ladychenta. Cinta hati pula beria-ria nak ke Karuizawa. Dulu pernah ke sana dengan pakej shinkansen pergi balik dan hotel 1 malam. Kali ni travel dengan kereta pula. Nak baca entri terdahulu boleh ke link di bawah:
-once upon a time at KPSP
-hotel green plaza
-kyuukaruizawa
-illusion1
-illusion2
Percayalah my love ni memang suka ke outlet tapi tak suka shopping. Dia suka survey barang, kalau ada yang berbaloi baru beli. Di sini ada 2 jenis outlet satu Premium outlet (johor pun dah ada satu, cayalah hehe) dan satu lagi tak pastilah apa. Mitsui ke? (mungkin pakar shopping lady ayu tahu agaknya). KPSP ni bukan under premium.
nasib baik masih ada bilik kosong di Apa hotel. Hotel biasa2 je tak mampu nak tinggal di hotel prince karuizawa. Hotel Apa ni walking distance je dengan KPSP...
bilik pun sedang elok je muat2 untuk solat hehe... yutaka bersama origami...
banyak bahagian outlet ni, west, new west, new east, new east garden mall dan karuizawa aji no machi. Untuk maklumat lanjut boleh ke LINK INI. Senarai kedai di SINI.
waktu ni di new east garden mall... lagi satu sebab utama ke sini cinta hati nak practice selok belok jalan kerana kakak patik akan datang cuti2 di sini dan dia nk terjah outlet. My love ni memang tak suka gamble je pergi dia suka ke tempat yang dia dah pernah pergi baru confident nak bawa orang katanya...
waktu tu ada illumination... tiba2 berangan berada dalam cerota hansel and gretel...err apakah???
sejukkk tak sabar nak pergi makan dan balik hotel... waktu tu kami terjah kawasan ni je, selebihnya kalau larat pergi esok je selepas check out... kat belakang tu ada tempat ski. Pengunjung di hotel tempat kami tinggal tu ramai yang bawa peralatan ski dan snowboard, nasib baik kami berdua tak terliur pun nak main sukan tersebut...
tak dapat tengok illumination di sendai tengok mini illumination kat sini pun jadilah...
dah nak bertolak ke sano bertemu geng blogger... air ni tertinggal dalam kereta terkejut tengok baru tinggal 1 malam dah ada ketulan ais, memang sejuk pun kawasan ni... brrr....
karuizawa ke sano lebih kurang 1 jam 30 minit - 2 jam bergantung pada lalu lintas. Check in di Candeo hotel, alhamdulillah dapat promotion rate, jimat sikit... murah dan jauh lebih selesa berbanding Apa hotel.
lepas tu terus ke rumah Ayu, terima kasih kerana sudi menjemput kami disajikan pula dengan hidangan super duper marvelous. Pertama kali juga jumpa Syaima yang tinggal nun di Niigata. Weee suka betul jumpa rakan alam maya secara live...
p/s: bersambung...
14 comments:
wahhh jumpa kaka ayuu! ngeee
Terjah karuizawa mmg Wajib gi outlets tue kan
Mmg luas giler x der nmpk padat sgt Mcm sano ekkk
Urmmm comey nyer otel uols stay ni
Omg muka buruk giler masa ni
Auwww Arigatou sudi terjah teratak kecik ai ni
Rasa u lah blogger yg ai jmpa lbh dari 2 kali ni nk masuk Kali ke 5 dah ngeh ngeh ai loike
Nnt kiter berjimba berdating lagik na
TC hugs ketat2!!
sis..chomella u pakai boot putih.. hehehe..seri ibu mengandung nih..
terjah je ke tak dak shopping2 ke?
seronokla kt cane letak air je beku..boleh wat ice blended selalu,hehehe ^_~
waa seronoknya, suke tgk lampu lampu tuh...besh nyer ;)
Seronotnyeee perjalanan tu..
Yg paling bestialah bilik hotel...
Ouh heavemmmm
illumination tu mcm illuminati ke?hahaa..ok tak klakar..ntah, tak kan terjah jek kot..shopping mesti ni? cepat..cabaran upload gambar barang shopping..HAHA
cantik bangunan2 ditengah malam..
best nya..nak pergi^^
keciknya hotel kat apa hotel tu..
dasyatnyo sejuk smp jd ado air batu dale botol air..hehe
waa berlampu2. cantekk
Lol patutla cari kat google tak jumpe hari tu, dlm sms akak tulis condeo hotel. Rupanya candeo. Hehe takde. Rezeki nak duk hotel samaa. Jalan tokyo pulak jom bila2.
Suka dengan baju polka-dot tu :-)
Post a Comment