Wednesday, February 23, 2011

Kuruma no shaken...

Setiap 2 tahun kereta di sini harus melalui proses yang dinamai SHAKEN. Sebut betul2.... mula2 dulu saya sebut ala2 menyebut minuman milk SHAKE. Sebutan baku Sha (macam sebut shasha) dan Ken (macam sebut ala2 nk "ken"en kan org tu dengan org ni takpun "ken"ek). Faham ke idok ni? ehehe... bahasa apa ntah yang saya merapu ni. 
mungkin dah tengok banyak kali... takpe sebab nak ceciter pasal kereta terpaksa la letak lagi, kereta ni namanya Honda Civic type R tahun 1998 dibeli dengan harga convert ke RM plus minus RM5000 tunai dan sah 2 kali bayar hik2.. nasib baik la owner dia baik hati... namun masa beli tu bukanlah fresh selepas shaken tapi previous owner dah guna beberapa bulan... dah banyak nama yang cinta hati panggil pada civic tu seperti skyline, hummer, bmw 3 series dan sebagainya haha...
Shaken tu apa? 
--> Lebih kurang car inspection, dia check segala mak nenek, paling penting dia tak nak ada bocor ekzos ke minyak ke etc... segala details kecik atau besar diambil kira. Kalau kereta lulus shaken ni maknanya kereta tu sihat walafiat... kalau nak beli kereta belilah kereta yang dah di"shaken", dijamin good condition.
--> shaken juga bayaran untuk insurans setiap 2 tahun kat sini yang mana ada 2 jenis insurans Pertama: kerajaan (melalui shaken) dan juga Kedua: personel bayar sendiri tiap2 bulan. Kerana jika berlaku apa2 (nauzubillah) insurans bulanan tu tak dapat tanggung sepenuhnya maka insurans kerajaanlah yang akan cover selebihnya...
Pilihan untuk shaken kereta...
1. Di kedai servis kereta contohnya Honda, Toyota... (kalau kereta baru sudah tentu kami akan ke huhu... tapi agak mahal)
2. Di stesyen minyak (agak mahal lebih kurang pilihan pertama agaknya)
3. Pergi sendiri tempat inspection tu... (owh tidakk.. sebab kami punya nihonggo tak pera2 (fasih) lagipun mana ada masa sebab weekday kan kami ke kampus huhu)
4. Kedai servis kereta umum... atau nama lain bengkel kereta, kat sini ada beberapa pilihan tapi kami pilih Autobacs sebab dekat dengan kampus dan bila ditanya sana sini autobacs lah yang paling murah.
Proses Shaken...
1. Pertama sekali kena buat "mitsumori" check and estimation (percuma sahaja). Dalam sejam jugaklah tunggu sebab sangat detail dia check...huhu pengsan!
2. Selepas tu dia akan bagitahu apa yang rosak dan perlu dibaiki berserta kos yang perlu dibayar sebab kereta mesti in good condition sebelum dibawa ke pejabat shaken kalau tak kena rejectlah shaken tu nanti.
3. Jika bersetuju dengan amaun yang harus dibayar, bookinglah tarikh yang sesuai. Proses ini mengambil masa beberapa hari bergantung pada kerosakan kereta dan dalam tempoh itu kami dapat guna kereta autobacs secara percuma (memang style kat sini dapat kereta tank minyak penuh, tapi kena hantar pun dalam keadaan tank penuh juga ok!) jangan nak mengada hantar tank bawah dari limit E seperti yang selalu dibuat masa sewa kereta time belajar dolu2 tu huhu...
4. Bila kereta dah siap mereka akan maklumkan dan buat pembayaran, maknanya 2 kali inspection, satu di autobacs dan satu lagi ni tempat shaken tu... sangat detail kan? tapi bagus jugak sistem ni kerana kereta kita terjaga dan boleh tahu kondisi kereta kita baik atau tidak... (baru faham kenapa iklan kereta kat sini higlight shaken dan juga mileage kereta).
 kami dapat guna kereta ni! Subaru PLEO gear kat stereng sangat tak syok masa drive tapi best boleh letak barang kat depan antara 2 seat tu, hehe...
 first time tahu kewujudan kereta ni huhu...
 sedang2 elok saja...
 subaru pleo yang kelihatan ala2 kancil.
Kat sini Viva tu ada 2 versi 4 pintu dan 2 pintu nama jepun dia, alamak lupa la ampunn... kancil=mira, myvi=passo, kelisa=dino, kembara=lupa jugak huhu
honda jazz=honda fit, honda city=honda aria, toyota vios=toyota belta/platz...

Awal feb yang lalu ada plan nak jalan2 ke Yamagata sekali lagi tapi bukan di Zao Onsen, teringin nk pergi Yonezawa (ehem2) pula sebab ada matsuri... tapi tak boleh pergi hari tu kerana kebetulan kereta masih di autobacs dan tarikh kereta siap sama dengan tarikh tamat matsuri di yonezawa huhu, kebetulan senior citizen yang lain rancang trip ke Morioka, Iwate... siap dah bincang sewa kereta semua, sehari sebelum bertolak kereta kami pun siap di-shaken aiyoyo.... tapi stick dengan plan asal... alih2 pagi nak pergi trip tu ada masalah yang tidak dapat dielakkan masa nak ambil kereta sewa... last2 konvoi 2 kereta ke Morioka... will update soon ya!...

p/s: Rasa macam nak buat GA... tapi belum dapat restu cinta hati...

40 comments:

apezs shah said...

Shaken see apezs boleh sebut k haha.. wah wahhhh pjg lebar dia bercerita.. walaupun kat sini xde mcmtu tapi takpe utk info ape salahnya kan kan..;) nak passo jg haha.

farah fauzi said...

warghh..bestnyer..kereta saya maseh belum "shaken" lagi nih...hehe

Asmara said...

ehem2.. bila la nak sampai yonezawa tu! eh hanis skrg dah bukak jln baru tau dr yamagata ke yonezawa. jimat lebih kurang 15 minit gak kot. uesugi matsuri nnti dtg la. :D ala anytime free pun boleh je..

Ct Arina said...

rajin malaysia ni ciplak design org ye. hakhak ;D

Kamalia said...

shaken keta kami bulan 11 ni..tapi, sungguhla mahal..Mr K kate, kot ade rezeki, beli jela keta yg nak bawak blik terus..tp,ade ke duit tu?hahaha..

Fazleyatul Aini said...

macam kelisa pon ye gak rupa kete tuh

PinKy MoMMa said...

masa keje ngan perodua dlu mmg ari2 terlibat ngan shaken hehe..
tp dh setahun berlalu..
GA? wahh dah dpt restu nnt sila teruskan niat tu ye..saya sokong hehe!

Anisa Hang Tuah said...

akak.bestnye...!
nis nak sgt merasa suasana sana..
erk.ade kos media utk MBA kat jepun kan
ehee

amirah said...

hehe..ala la sian dah honda tu..mcm2 nama dah husben hanis bg ek..tkpe2..itu namanya memujuk minda di bawah sedar supaya berusaha ke arah itu..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

wah...chumelnya...

best boleh letak barang kat depan antara 2 seat tu?

letak barang je ke?....hohohohoho..

mrs kayrul said...

murahnyer keta tue...info menarik...klu kat malaysia buat sistem shaken tue mcm mana la erk....

KakD said...

ni nak bagi tau nih akak baru lepas antar kete pegi "shaken". vavava tetibe akak dah pandai berbahase jepung la tak sie2 akak menebeng kat belog ko ni okeyyyy

okeh dun worri kali ni takde motip akekekeke (eh ape motip akak bagitau lak nih hahahaha :P)

Hanis Azla said...

shaken.. bunyi mcm best.. balik ni nak eksyen dgn en.asben suruh dia pi shaken kereta wp belum sampai due datenya.. ha..ha.. nnt mesti dia tanya balik shaken tu apa..

matahati-aishahazhar said...

baguskan ada inspection detail macam ni..

Hanis MY said...

@apezs shahmestilah boleh sebut sebab dah ajar tadi hehe..yup2 passo mmg menawan kan...

Hanis MY said...

@farah fauziaiyooo nanti g shaken tau...

Hanis MY said...

@Asmaraye ke kak as? wahh ni yg seronok ni..itulah fikir cmtu gak tak perlu tunggu ada matsuri...insyaAllah pasti akan bersua nanti...

Hanis MY said...

@Ct Arinahye rina hehe itulah tapi rasanya cm ada kerjasama gitu kut.. ntahlah akak pun tatau...

Hanis MY said...

@Kamalia akak bestnyaaaa of course ada rezeki si kecil tu... nanti reveal tau ecece sebuk plak hanis ni...

Hanis MY said...

@Lya Colours ha ah la tapi cm tinggi sikit hehe...

Hanis MY said...

@♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ ohhh pinky keje perodua eh dulu bestlah gitu! hehe of course hanis nak sgt teruskan niat iteww hik2...

Hanis MY said...

@Anisa Hang Tuah nis mestilah ada nak2 kat tohoku uni ni..please come here ok! harap2 sempat jumpa nis...

Hanis MY said...

@amirah kak amirah betul tu semua nama tu yg tak mampu dibeli pulak tu huwaaa...

Hanis MY said...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ yelah kak d letak barang (dgn muka penuh innocent) hehe

Hanis MY said...

@shah-kayrul itulah mmg bagus kalau buat shaken ni... murahkan..maklum la beli kat negara pengeluar dan tanpa tax import/export

Hanis MY said...

@MAPPIAU vavava akak mmg kellas hokay! i loike... akak takpe, motip itu penting..takde motip nanti sy windu ehehe...

niesz said...

mcm pelik lak bile gear tu kat ctu..hehe..mesti rase janggal je lan mule2 nk bwk..mmg mcm kancil la..ehe..

yatie chomeyl said...

civic tu nk wat balik msia terus ek?

man yusoef said...

boleh bukak shaken klu blik msia nnti kak hanis..haha...gmbr nak romantik je...huhu...owh padanlah, man pelik kdng2 nmpk keter tulis nama honda fit, tapi rupe macam honda jazz....

A.s.t.i.n.a said...

Nis, sebelum balik Mesia nanti belilah hi spec kete bawak balik sini.. cun wooo..

qaseh johanna said...

hurm..letak barang ye..bukan tangan..hihi

nnt org sebelah tak leh wak kete..

yatie's EPISODE said...

bestnyeee!!! memang mengidam nak kesini. huu~

shaken ye. sebut betul2. hekhek

Prettyvrach said...

wahhh..susahnyee nak setel keter cmtu.tp cm berpatutan je hrge keter kt sane.nnti update citer di morioka k?=D

Bibu said...

kete beta akan tggu giliran nak shaken.eh...kete kkanie pun subaru pleo.suka kete tu.comei.tapi model tu dah tak kuar lagi.

Annisa said...

kak hanis, suka word ni.. "dia check segala mak nenek" ^_^ hm, lain lain ye nama kereta..nisa pun nak buat GA.. Tapi tak tau masa sesuai.. :(

p/s : insyallah ada gambar nisa satu hari nanti ^_^ hari tu tak sempat nak amik gambar ramai ramai :) ♥♥♥

Unknown said...

wohooho subaru pleo..nak sebijik..

fara said...

ooh..shaken.. lebih kurang MOT sini lar kot rasanya.kan bagus kalau mesia buat sistem camtu kan. nak beli second hand pun kita takde ragu2.

Liza @ Adzriel AB said...

akak linkkan entry ni ke fb hubby. dia pasal kereta ni suka!

H A N S said...

auwww..kete sy kete mira! hehehehe.. =)

kyo_9 said...

macam tu rupe nyer proses syaken..
huhu.. baru tau..
thanks for writing this entry ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails