Sudah menjadi lumrah bila hidup di negara orang tambahan pula negara yang penduduk islamya tak ramai atau dengan nama lain minoriti, pasti makanan HALAL dan TAK HALAL menjadi persoalan dan sentiasa bermain di minda (eh kenapa skima
gaban aje ayat saya ni? haha). Sekali sekala apa salahnya... ye tak?)entri panjang..macam biasa, kalau tak pengsan, anda dijemput tidur ehehe)
Bila ada yang bertanya "HALAL KE?" Patik susah betul nak jawab yang tu, dalam keadaan di sini ia jadi subjektif, sebab tak ada tanda halal kan? Terlebih dahulu mari kita tengok maksud halal itu sendiri (eh macam forum la pulak, takpelah saya pengacara dan saya juga tetamu jemputan... err, sila pengsan!). Dipetik dari
sini.
"Yang dimaksudkan halal dari segi makanan iaitu memakan makanan yang tidak diharamkan oleh syarak' dari segi jenis pembuatan dan pengeluarannya."
Suatu masa dahulu ter-BW kat
SINI. Lepas tu dalam entri dia ada link ke entri
INI. Eh macam berbelit aje huhu, takpe buat2 faham ajelah ye... kat situ dia ada tulis...
"Apa-apa yang tersembunyi dari (pengetahuan) kita , tidak perlu ditanya mengenainya."
Bila tanya cinta hati, dia cakap memang boleh diguna pakai, tapi kami tak guna spenuhnya dan masih berhati-hati dalam memilih makanan... kalau nak beli barang makanan memang saya akan hafal kanji di bawah.... sebelum tu nak bagitahu apa itu kanji...
Bahasa jepun ni ada 3 jenis alphabet...
1. paling basic - hiragana (ひらがな) membantu dari segi sebutan dan suku kata
2. nak tulis perkataan "import"- katakana (カタカナ) import di sini bermaksud perkataan yang diimport dari luar. Macam nama saya ni bukan nama jepun kan, oleh itu kena tulis guna katakana Hanis-ハニス dan lagi satu contoh perkataan english SPEED, bila diimport dan ditulis dalam katakana jadilah supiido-スピード (ahaha harap2 tak pening la sensei ajar hari ni ok...)
3. kanji - perkataan utama yang tulisannya sama macam tulisan cina tu, sampai la ni berapa kerat je kanji yang patik faham selain alamat rumah dan juga beberapa kanji yang penting.
Now boleh sambung ceritera... kanji2 penting yang dihafal adalah seperti dibawah:
niku = daging 肉
toriniku = daging ayam 鶏肉
gyuniku = daging lembu 牛肉
butaniku = daging ba** 豚肉
(kami panggil cik baba sebab nak elak sebut ba**, macam sesuai je nama "buta", sape makan nanti buta hati huhu)
kalau jumpa 肉 memang kami takkan ambil la...
Nak beli shoyu (kicap soya), roti, biskut dan lain2...
alkohol = アルコール (aruko-ru, ni perkataan import maka ditulis dalam katakana)
sake = japanese alcohol (beras yang diperam) 酒
mirin = anak buah sake みりん sebab peratusan alkoholnya kurang sedikit dari sake
shortening = ショートニング
emulsifier = nyuukazai 乳化剤
gelatin = geratin ゲラチン (kenapa RA bukan LA? sebab sukukata jepun tak ada RA, imbas kembali sila baca di
ENTRI INI)
Shortening, Emulsifier dan Gelatin pula ada 2 jenis, dari tumbuhan dan juga haiwan. Biasanya ia akan ditulis dari haiwan atau tumbuhan dan kalau tak tulis kita boleh tanya company tu sendiri. Tapi kat sini dah ada muslim association, mereka dah keluarkna senarai biskut dan roti yang boleh dimakan terutamanya yang mengandungi 3 perkara tu tapi syarikat tak beritahu sumber tersebut. Mereka akan telefon atau email untuk sahkan sumber tersebut. Jadi bolehla kami makan tanpa was2 hehe...
Sushi halal/haram?
Lagi satu bila kami berkunjung ke kedai sushi, biasanya yang kohai (junior) pergi tu mesti boleh dimakan. Sebab mereka dah tanya kandungan shoyu (sos soya) sebab setengah sos soya ni ada diletakkan sedikit mirin atau alkohol. Ada juga kedai yang kami tanya sendiri untuk kepastian. Ada yang timbul persoalan sushi halal atau haram, sushi itu sendiri halal sebab kandungannya nasi dan cuka serta lauk seperti ikan dan juga seafood yang lain, yang haram tu hanya melibatkan kandungan dalam shoyu. Kalau ada alkohol/sake/mirin maka shoyu tu tak boleh dimakan/diguna untuk cicah sushi. Manakala bila kami berkunjung ke kedai makan lain, especially yang banyak menu ikan dan seafood, kami akan tanya
"Oniku, aruko-ru, sake, mirin, haitemasuka?" (haitemasu=dimasukkan/include)
bila dia jawab "haitenai" (nai=pernyataan negatif maknanya tak dimasukkan)
kami tanya lagi untuk double check "zenzen haitenai desuka?" (zenzen=tak ada langsung/none)
Kalau dia cakap tak ada kami akan makan dengan yakin, takdelah sampai nak pergi dapur tengok dia masak macam mana sebab tak percaya etc... dalam situasi macam nilah kami guna pakai kenyataan di atas tu. Yang penting yakin, walau terdetik sedikit je perasaan was2 baik jangan makan...
Itu sahaja yang patik mampu share, kalau ada input, pendapat, etc sudi-sudikanlah tinggalkan di ruangan komen ye...