Selingan jap sebelum meneruskan entri. Tadi ada jishin, jam 2.49 pm. Waktu tu saya tengah hadiri seminar tahunan iaitu G-COE Summer School. Tengah khusyuk dengar talk, kerusi rasa bergegar tak lama lepas tu satu dewan bergegar. Orang lain cool aje. Tapi bila gegaran makin kuat dan tak berhenti, semua orang pun bangun. Saya capai buku dan pegang hp. Kemudian jishin berhenti. Cuba msg cinta hati tapi tak boleh. Tak lama lepas tu dpt msg dari dia bertanya akan keadaan saya, tadi memang line tetefon terhenti buat seketika. Jishin berpusat di Fukushima M6.8, tapi kami di Miyagi rasa tempias M5. Kakak ku sayam
Kak As di Yonezawa nun pun terasa sekitar M3. Phew... cemas seketika. Alhamdulillah tak ada apa2 yang serius. Ok teruskan cerita...
Alta moda = high fashion. Itulah yang dijumpai di internet mengenai Milano a.k.a Milan. Tapi di stesyen Milano Centrale (MC) ni tak menggambarkan sangat alta moda tu. Cuma bangunan dia aje yang besar macam "resaksa" a.k.a raksasa huhu (dah terbiasa tulis resaksa mcm best aje hik2). Tarikan utama di Milano adalah seperti gambar di bawah...
(gambar dari about.com) Transportation di Milano. Duomo adalah tarikan utama kemudian tempat shopping iaitu Galleria Vittorio Emanualle II dan as quoted "the famous Fashion Quadrilatero" (Quad=empat/four) sebab terbahagi pada empat shopping lane iaitu Via Montenapoleone, Via Sant'Andrea, Via della Spiga dan Via Manzoni. Tak lupa juga kelab AC Milan bukan AC Mizal haha tiba2 pulak, apakah???
Tapi kami tak pergi pun! Tak terfikir untuk shopping dan tak ada perasaan nak tengok duomo (duomo tu gereja) walaupun ramai yang cakap cantik. Duit dan credit card kami hanyalah untuk hotel, pengangkutan dan juga makan minum. Di sini juga hanyalah transit kami untuk ke Venizia a.k.a Venice.Nak juga pergi jejakkan kaki ambil gambar di tempat shopping tersohor tu, tapi takut terkejar2 dan risau terlepas train ke Venizia sebab kami tak biasa kawasan ni, buatnya tersesat risau jugak...oleh tu duk diam2 aje di MC.
besarnya milano centrale ni, naik lenguh leher patik bila dongak ke atas... (heh, over betul).
di bahagian luar banyak gerai2, tapi kebanyakannya tak nampak macam orang italy pun tapi nampak ramai peniaga dari india, nepal dan sebagainya, dalam hati terdetik, eh betul ke kat milano (dush!)... mereka menawarkan kami pelbagai mainan kanak2.... Bila jalan di tepi bangunan, tak tahan dengan bau kurang enak dan dipenuhi najis burung huhu... tapi kat dalam bangunan ok la...
tak faham dengan cerita/sejarah yang cuba dipaparkan pada ukiran patung tu, sekadar ambil gambar kenangan di Milano Centrale. Ataupun itu mungkin sekadar corak menggambarkan ke-milano-annya, pepandai2 je bmkan perkataan milano :P. Kami di sini tak sampai 2 jam, train kami ke Mestre Venezia jam 5.35 pm.
deretan train di belakang tu...nasib orang sini tak jalan laju macam orang jepun di Tokyo eki, depa ni berlari pun ada....pening jap kalau berada di Tokyo eki... hehe
posing bersama bekalan makanan di bawa nun jauh dari Geneva haha... (yang anjing hitam nak hidu tu... ingat lagi tak di entri sebelum ni), kami tak makan pun di MC ni sebab bekalan roti, biskut masih banyak... makan gini seminggu boleh kurus hehe...
Sottopassaggio, lepas ambil gambar ni, terus cakap kat cinta hati, tak bestnya kalau kena lalu kat bawah tu...gelap... alih2... jeng jengggg...
Setelah menanti lebih kurang 40 minit di dalam train, tiba2 terdengar pengumuman dan kami lihat penumpang lain turun... risaunya, tanpa berlengah saya bertanya pada seorang wanita Italy yang cun (sempat lg cakap cun heh) di seat sebelah...
"What happened?" memang tertanya dari tadi pun sebab dah lewat tapi train masih kat situ.
"This train is not moving we have to go to next platfrom and take that train" jawabnya dalam pelat Italiano. Mujurlah dia boleh speaking mahu dia beritaliano dengan kami, blur jugak dibuatnya...
Tergesa2 dia berlalu, mana taknya train sebelah tu nampak macam dah nak penuh, saya dan cinta hati cepat2 bergeas ke train tu juga... Dari tadi saya nampak driver train (wanita) berada di luar train sebelah tu, rokok di tangan. Entah berapa puntung rokok dia dah hisap. Tiap kali saya toleh aje dia tengah smoking... nampak sangat stress...
Bila dah sampai train sebelah lalu Sottopassaggio yang samar2 tiba2 terkedu. Memang dah agak dah tak ada seat.
Sedihnya, terpaksa berdiri. Ramai juga pelancong lain nak ke Venizia... dengan backpack bagai. Ingatkan dah nak bergerak rupanya train tu jugak ada masalah aduiiyaaiii... macam amazing race la pulak... garang betul pemandu wanita yang smoking tu, bila penumpang bertanya kenapa lewat etc, kena tengking pula, tahula stress tapi hati penumpang/pelanggan kenalah jaga kan huhu... kami terpaksa menunggu 1 jam lebih pu;a untuk train tu bergerak, tak pasti ada masalah apa huhu, wahhh terasa perjalanan yang sangat lama sebab sebelum tengah hari kami dah bertolak dari Geneva ke MC, alih2 lewat pula kat sini. Musnah harapan nak terjah sekitar Mestre.

Ini ajelah gambar pemandangan yang sempat diambil, dah penat berdiri sementara tunggu train bergerak di MC, akhirnya patik akur dan duduk atas lantai train tu... tak mampu nak berdiri lagi kerana lagi 2 jam baru sampai ke Mestre, Venizia...sob sob... (beli tiket mahal2 alih2 duduk atas lantai ditambah pula lewat 2 jam, huhu sabar jelah). Masa tu tiba2 aje rindu shinkansen haha ayat tak menahan. Menyampah...
p/s: Bologna di Mestre...