Friday, June 3, 2011

Antara pakcik kubur, minah kekwat dan makcik baik...

Macam2 pesen orang yang kami jumpa. Masa tu bantu warga baru sendai. Beliau adalah pelajar phd attach dari UTHM. Buat masa ni dia datang seorang, dah setel semua dia akan bawa wife dan anaknya. Dia nak cari rumah sewa. Kami ni sejak datang sampai sekarang tinggal di rumah uni tapi kena keluar juga nanti sebab dah dapat notis huhu... maka kurang ilmu la bab-bab rumah ni. Boleh tolong dari segi transportation je. Ok sambung cerita, kami pun bawaklah kawan kami cik nab yang nihonggo pera-pera (pera-pera = fasih/fluent). Nak cari rumah sewa kena jumpa orang di bawah ni:

oyasan= tuan rumah, susah sangat nak ada can malican oi oi jumpa oyasan ni sebab kebiasaannya mereka akan iklan rumah kosong kat fudosan terus, kalau bernasib baik dan cari betul2 mungkin boleh jumpa rumah melalui oyasan.
fudosan= agen mencari rumah. Setiap poskod/area ada agen berlainan, katalah nk cari rumah di tempat nama Kashiwagi maka kena cari fudosan yang in charge kawasan tu.Tapi ada je dua fudosan di kawasan sama namun berlainan company. Setahu sayalah... kalau salah info patik minta ampunnn...

So, nak senang kami ke fudosan, sebab memang tak kenal oyasan mahupun sesiapa yang mengenali oyasan yang ingin sewakan rumahnya. Banyak fudosan yang kami pergi tapi yang paling kami ingat adalah 3 fudosan ni.

Pertama: Pakcik Kubur
Takleh bayang apa yang anda fikirkan tatkala membaca pakcik kubur tu hik2... kenapa pakcik kubur? dia baik, elok je dia layan, bawa kami tengok 2 rumah. Satu tu apartment 4 tingkat tapi rumahnya agak kecil, macam tak boleh bernafas je rasa.. lepas tu dibawa pula kami ke rumah kedua. Wahh satu semi-d satu lagi banglo satu tingkat. Sangat cantik dan sedang elok je. Tapi bila buka tingkap...terus nampak kubur. Kami takde perasaan pun tengok kubur jepun, sebab macam tak scary aje kan. Rumah dah cantik tapi tepi kubur la pulak. Sebab tulah nama dia pakcik kubur. Dia cakap sekarang susah nak cari rumah sebab mangsa tsunami banyak dah berpindah ke arah sendai ni. Tuan empunya badan berkenan tapi nak fikir dulu... yela sebab kat sebelah kubur kan, lagipun ni baru fudosan pertama... maka kami pun ke fudosan seterusnya...

Kedua: Minah Kekwat (lupa pulak fudosan ke berapa ni)
Haha saya pun tak tahu kekwat tu apa, ni sebab bercerita dengan kawan2 last2 bagi nama kekwat kat dia. Kekwat tu kerek ke? Berbalik pada cerita, nampak la satu fudosan ni, kami pun singgah. Masa parking kereta tu saya nampak perempuan dalam kedai tu pandang semacam aje. Tapi takdelah fikir apa-apa pun. Maka kami pun masuk dalam kedai tu. Dia suruh duduk dan tunggu sebab tengah layan sorang customer ni. Sorang lagi pergi buat air, mak aih siap hidang air teh. Baru je puji tapi lepas tu rasa ampes je. Dua-dua ni nampak masih muda maybe early or mid 30s kut. Lepas dah setel, staff lagi sorang tu datangla... staff ni kami panggil MK. Manakala yang buat air teh tu duduk kat situ sambil buat apa ntah, belek file gitulah. MK ni suruh isi borang (MK=minah kekwat). Lepas tu punya la detail dia tanya, sapa nak tinggal? berapa orang? nak rumah macam mana? dari negara mana? belajar kat mana? berapa tahun kat sini (masa ni dalam hati rasa macam lain macam, kenapa pulak tanya benda2 yg mcam tak releven je, fudosan lain rilek je). Ok, lepas sesi soal jawab yang sangat lama, dia pun duklah depan pc tu... buat2 cari rumah tapi macam tak cari pun... lamaaaaaa kitaorg tunggu.

Alih2 dia tak print apa pun lepas tu macam ambil sesuatu kat atas almari tepi tu, dua keping kertas laminate tunjuk rumah. Dia cakap ni aje yg ada... tak nak la fikir negative kan... Kebiasaannya org jepun ni kalau sedang berurusan dengan pelanggan dia akan "ignore" panggilan hp personal dan akan tumpukan pada customer. Masa kami nak tanya rumah tu, hp dia berbunyi yang staff lagi sorang tu siap cuit suruh dia angkat hp. Ok, kami tunggu lagi, lama betul dia cakap... yang sorang lagi tu buat dek je kat kami padahal nampak macam dia tak buat apa pun, belek2 kertas je. Pandang muka kami pun tak... cik nab pun cakap, rasanya dia tak suka "gaijin" ni (Gaijin=org luar/foreign). Lebih baik jangan buang masa kat sini. Cik nab suggest pergi je fudosan lain. Maka kami pun keluar lah sambil tunduk2 dan cakap terima kasih, tapi rasa geram membuak2. Cik nab dah lama kat jepun ni tambahan pula dia tinggal belah2 bandar nun di tokyo dan dia punya banyak pengalaman. Manakala ini pula pengalaman pertama kami jumpa orang sebegini huhu.. terkejut jugaklah... sebab biasa jumpa yang baik2 je...

Ketiga: Makcik Baik
Pencarian rumah bermula selepas zuhur hinggalah ke petang, masa tu dah penat. Kami lalu satu traffic light (atas sikit je dari kedai MK tu) nampak kedai fudosan dan mengambil keputusan untuk cuba tanya kat situ. Masuk2 kedai je terus dia suruh duduk. Kami bagitahu kriteria rumah yang diingini dan lepas tu makcik tu duk depan pc dan mula mencari. Banyak betul contoh rumah dia print sampai naik pening kami nak pilih. Tapi kena call oyasan la tanya ada kosong lagi ke tak. Malangnya yang warga baru tu berkenan dah dibooking awal sikit je dari kami. Yang lain tu agak jauh dan ada juga yang melebihi budget.

Tapi alhamdulillah akhirnya ketemu juga rumah yang berkenan di hati. Satu pengalaman yang takkan dilupakan. Lain tempat lain caranya kan... tak boleh nak prefect, ada rumah lebih tang situ tapi kurang tang sini... kena pandai2 la survive kat tempat orang ni kan... tak lama lagi kami pun kena alaminya juga nasib baik dah ada exposure sedikit sebanyak...

p/s: akan sambung ceritera abu dhabi/dubai soon... hari ni patik kena buat presentation huhu ganbatte to me!

27 comments:

Kakzakie Purvit said...

Baguslah Hanis bila berada di perantauan sama-sama saling membantu teman satu negara. Rasa dah macam saudara kan....

Unknown said...

kak mas pernah kena dgn brother kekwat.. siap soal siasat ngalahkan polis.. siap cek kami punya alamat tu betul ke idak.. ape lagi, angkat kaki terus la.. marah betul.. ingat kita mai sini nak merompak ke ape.. huhuhu

mujur dapat oyaasan baik skrg ni.. lega.. nak cari rumah kat jepun ni kena bertabah la.. duit banyak nak kuar.. pengsan!

Unknown said...

ahaha..pakcik kubur tak menahannya.

mrs kayrul said...

susah gak ye nak cari rumah kat sana...kat sini pun macam peel tuan rumah...kita yang nak menyewa pun kekadang sakit jiwa

Kamalia said...

hoho,yg baru smpai tu batch Mr K rsnye,cuma dia budak awam kot, ke sama..ntah,akk xkenal pun.yg oyasan kami sgtla baik.ni last week baru dpt bayam 2 plastik bosar.naik hijau mata tgok sayur tu,sedekah je kat budak2 yg duk aparto len.kdg2 bg beras,buah.even capsicum tu pun dia bg smpai 20bjik.ha,nak buat ape byk2 camtukan..amik jela.tp,mmg baik sgtla.bole negotiate lg sewa rumah ngan die.kami syg oyasan kami.tetiba jek..hahaha.(sori,trpnjg la pulok komen ni:p)

Unknown said...

susah juga cri rumah sewa kat jopun nun haaa. kalau kat malaysia ni. senang jek=,=

Ayuraza said...

BW..follow u dear...

Ayuraza said...

BW..follow u dear...

Anonymous said...

glupppp , tang kubur tu yg x leh blah tu ... huhuh ngeri , kang mlm2 ado plak yg teman tidoq

Amni said...

all the best akak... hehehe.. mas abaca ni mesti dah bis present kan... huhu...

err.. cam geram jugak ngan MK tu.. kalau tak nak, cakap la awal2 kan.. haiya.. tak de la orang tunggu lama.. hummm...

p/s : tunggu cite abu dhabi.. hehe...

farah fauzi said...

mujur ader makcik baik..amik nak print smer jenis umah yang ada..hehe...apapupn hanis gud luck untuk presentation..hihi...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

bestkan dpt jugak kiter kenal sifat warga nihon...selalunyer makcik2 or pakcik2 tua ni memang baik sangat...ada jugak yg kerek but rasa x ramai yg ai jumpa gitew...alhamdulliah :))

transformed housewife said...

ada juga yg kekwat ye.

Nieda said...

Byk pengalaman di tempat org .Tempat sendiri pun berbagai2 nikan pula di negara luar.

Rtp Farra Arisha said...

but alhamdulillah u and ur partner still can survive hidup disana kann.

btw, wishing u all the best for ur presentation then :)

Anonymous said...

ooo patut la awal update....ganbatte kudasai...xmo gagap2 erk.hikhik...

Anonymous said...

hanis lupa nak ucap salam satu rejab....puasa x ari ni...ermmnak dekat ramadhan dah...

nur easy said...

kerenah cari umah kat sini kan.. macam2 gaya..;)

Annisa said...

masa kat u dulu pun pening cari rumah
sesuai sebab nak tgk suasana rumah
tu macam mana & alhamdulillah
dapat housemate yg best ;)

aduhh =.="teringat sem 2 dulu, buka
je tingkap bilik, terus bleh tengok
kubur atas bukit. satu sem, tutup
tingkap waktu malam. hee.

anumuchan said...

aa kan..kalau tgk kubur org jepun ni mcm xberperasaan sgt..huhu..tapi kalau sebelah rumah mm takut ke eh..sbb hari2 dok tengok kan..huhu

Juwita Jamaludin said...

Hanis... Memang mcm2 kerenah dgn fudosankan.. Rumah akak lama nasib la fudosan sama dengan oyasan so tsk la pening.. Baik plak tu..:)

anismelon said...

sume cite sal jepunnnn...woooo..na dok sane jugak..

okek la kalo org sane na tolong menolong..tp yg bab umh kat kubur toh..huuuu..xmo..

Ct Arina said...

ingat kat malaysia je susah carik rumah, rupenye kat sane lagi susah. dah la x kenal orang kan. naseb kak hanis dah ade cinta! hihik^^

Umie said...

fuhh...nasib baik kitorang bertemu jodoh dgn fudosan & oyasan yg baik hati..hehe..tp tu le kan, duk kat negara orang nie takle le nak eksen2x..kot kat m'sia tu, dah lama kte sound MK tu kan...hahaha

kalau tak silap akak, ada sorang lg staf uthm gak tgh further phd kat tohoku dai tu..pompuan..nabilah kot namanya..;-).. ke tu adalah 'cik nab' yg dimaksudkan? kui3x

Nur Liyana said...

hahhaa..mula baca tajuk entry ingatkan cerita apa tadi..hahaha

ganbatte:)

KakD said...

hihihihi macam2 ape2 pun dik good luck tau hehehe

So Shy Lady (SSL) said...

macam2 prangai org... d mn2 sama aje kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails