Thursday, June 30, 2011

Jom Reka Dialog...

Baru aje lepas jikken (eksperimen), ternampak pula segmen ni, eh ada masa lagi sebelum balik rumah ni...


En Ben cakap nak 5 dialog bermula dengan gaduh lepas tu berdamai... bak lagu P Ramli dalam drama 3 Abdul,

"sedangkan lidah lagi tergigit apa pula suami isteri, (sila ulang sendiri untuk verse saloma hehe)" betul kata beliau... dalam rumah tangga adakalanya ada salah faham maka tolak ansur dan kominukasi itu sangat penting untuk mejadikan kita pasangan yang lebih memahami dan lovey dovey ahauww... ayat tak menahan... eh panjang pulak melalut... ok berbalik pada segmen, ni hanyalah rekaan semata-mata...

Dinda: Kanda! Tengok, tas tangan dinda ni sudah comot terkena air kopi yang kanda tumpahkan... ini tas tangan hantaran ni kanda! Dinda sayang sangat...

Kanda: Ala dinda, maaflah, kanda tak sengajalah... siapa suruh dinda buat air panas sangat dah melecur lidah kanda ni lihat! (sambil menjelirkan lidahnya)

Dinda: Eh, kanda ni dah namanya air kopi panas mestilah dibuat panas2, kanda pun satu tak sabar2, tunggulah sejuk dahulu baru minum... dinda tak peduli, lidah kanda cedera ke, melecur ke, dinda nak tas tangan baru jugak, yang ni dah comot tak boleh pakai lagi dah huhu (mulut muncung pandang ke tempat lain sambil tangan disilang di dada) [eh ni dialog ape daaa haha, penulis dah penat seharian kat lab ni ha]

Kanda: Mari kanda lihat... comot sikit aja ni dinda, mari kanda bersihkan,
(alasan mahu tas tangan barulah tu... bisik hati si kanda, diambil tisu lalu dilap dan dibersihkan tapi masih belum tanggal), nanti kanda bersih sampai hilang, tak baik membazir, elok lagi tas tangan ni, membazir amalan syaitooonnn, dinda pakai la dulu yang ini, nanti bila betul2 rosak kanda belikan yang baru, iya dinda... hari ni kita pergi makan malam di luar, nak tak?

Dinda: Betul ni kanda? Dinda minta maaf. Tadi dinda "tersentap noks" lepas tas tangan tu terkena air kopi, tas tangan tu bermakna sangat buat dinda. Kanda memang selalu macam tu, cikgu bahasa dinda cakap "clumsy" tau, lain kali hati2 ya kanda... baiklah, malam ni kanda bawa dinda makan malam di tempat pertama kali kita bertentang mata... Sudah lama kita tidak ke sana, oh dinda rindu kenangan waktu dulu... (sambil memeluk lengan kanda lalu melentokkan kepala ke bahu kanda)


Sekian, ok patik dah penat...nak balik dah....

13 comments:

Anonymous said...

hakhak....drama queen selalu over acting...tp mesti hanis ckp harusla...

lmbt blk erkkk arini..selalunya around pkl 8 dah chow chin chau...ade eksperimen erk??

man yusoef said...

mane aci join segmen BA...haha..eh lupa

salam perkenalan....nice blog...follow u

kyo_9 said...

wuiyoooo..
dahsyat btol leh update blog lepas jikken~ siap leh tulis banyak tuh..
gokentou o inoru~

Belog Sambal Belacan said...

bc cerita ini...

http://akutetapaku85.blogspot.com/

suha said...

hehe kanda dinda ye (^_^)

apdm said...

salam

ala2 busyuk ni,,, manja sangat....hahhaha

♥ p a a n i ♥ said...

kehkeh. kopi panas ke tak panas kee, handbag ttp mau baruuu!!!! hahaha

farah fauzi said...

kopi ke neskopi..hehe...

nur easy said...

kih2.. ni berlakon sekali ke apa ni.. ;)

Unknown said...

hanis, vavavava .. dah mcm citer nora elena plak romantik nya .. hehehe

KakD said...

hahahaha kelakar okeh, ngade2 tau dinda nih hihihihi

lady-D said...

perghhh..yg last tu berdarah hidung bace..hehe

Ct Arina said...

rina x dpt bukak blog abg ben. dah lame x singgah blog beliau. nape tah internal error dr aritu! grrrrr!!

auwwww, ala2 novel gitu! ahaks ;D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails